perisian pembelajaran berbantukan komputer … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran...
Post on 12-Aug-2019
222 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DALAM
SATU TAJUK KECIL MATAPELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4
(SISTEM PENCERNAAN MANUSIA)
NORHAFIZAH BINTI SAPUAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti teknologi Malaysia
OKTOBER 2003
iii
DEDIKASI
Khas buat emakku, Noriah binti Haron, bapaku, Sapuan bin Markom, adik-adikku,
Abdul Halim dan Abdul Hafiz, dan semua sahabat-sahabatku sekalian. Terima kasih
kuucapkan atas sokongan, dorongan dan bantuan yang kalian berikan.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan yang ikhlas dirakamkan pertamanya buat
penyelia tesis, Profesor Madya Dr. Mohini Mohamed atas segala bimbingan dan
dorongan yang diberikan sepanjang menyiapkan tesis ini.
Penghargaan ini juga ditujukan buat semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan perisian ini. Segala jasa
kalian tidak akan dilupakan sepanjang hayat.
v
ABSTRAK
Pembinaan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) penting pada masa kini
dimana teknologi maklumat dan komunikasi telah mula diserapkan dalam bidang
pendidikan di negara ini. Kemunculan sekolah-sekolah bestari yang menggunakan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan lagi keperluan
terhadap PBK yang berunsur tempatan dan menepati kurikulum terkini. Atas dasar
ini pembangun membangunkan suatu perisian pembelajaran yang bertajuk “Sistem
Pencernaan Manusia” dalam subjek Biologi tingkatan 4. Perisian ini dibina sebagai
medium pembelajaran alternatif selain pembelajaran guru di dalam kelas. Perisian ini
membolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri.
Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium pengarangan dan
beberapa perisian sokongan lain contohnya Adobe Potoshop 7, Ulead GIF Animator
5 dan Sonic Foundry Sound Forge untuk menggabungkan unsur-unsur multimedia ke
dalamnya. Semoga perisian ini dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
vi
ABSTRACT
Developing Computer Assisted Learning (CAL) software is important today
where information and communication technology (ICT) is integrated into our
education system. Emergence of ‘bestari’ schools rising the needing of software that
are locally featured and based on latest curriculum. Based on this, developer
developed software entitled “Sistem Pencernaan Manusia” for Biology form 4. This
software is developed as an alternative learning medium other than in the classroom.
This software enable student to create and control their own learning process. Using
Macromedia Authorware 6.5 as an authoring tool and some other software such as
Adobe Photoshop 7, Ulead GIF Animator 5 and Sonic Foundry Sound Forge for
integrating multimedia elements in it. May this software are useful in learning and
teaching process.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
BAHAGIAN PERTAMA
BAB 1 PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Projek 5
1.3.1 Objektif Rekabentuk 5
1.4 Kepentingan Projek 6
1.5 Skop Dan Batasan 7
1.6 Definisi Istilah 8
1.6.1 Multimedia 8
1.6.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 8
1.6.3 Hipermedia 9
1.6.4 Perisian 9
viii
1.6.5 Interaktif 10
BAHAGIAN KEDUA
BAB II SOROTAN PENULISAN 11
2.0 Pendahuluan 11
2.1 Penggunaan Sistem Komputer dalam
Pendidikan 12
2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 13
2.3 Aspek-aspek Penting dalam Pembelajaran
Berbantukan Komputer 15
2.4 Jenis-jenis PBK 17
2.4.1 Tutorial 18
2.4.2 Simulasi 18
2.4.3 Penyelesaian Masalah 19
2.4.4 Latih Tubi 19
2.4.5 Permainan 19
2.4.6 Penemuan 20
2.4.7 Eksperimen 20
2.4.8 Demonstrasi 21
2.4.9 Ensiklopedia 21
2.4.10 Rekreasi 21
2.5 Perisian Berbantukan Kompuer yang Berkesan 22
2.6 Masalah Dalam Pembelajaran Biologi 23
2.7 Kelebihan PBK 25
2.7.1 Tahap interaktif yang tinggi 25
2.7.2 Berdasarkan kebolehan pelajar 25
2.7.3 Pelajar mengawal sendiri
pembelajaran 26
2.7.4 Menarik 26
2.8 Teori Pembelajaran 27
2.8.1 Teori Behaviorisme 27
ix
2.8.2 Teori Kognitif 28
2.8.3 Teori Konstruktivisme 29
2.9 Model-model Rekabentuk 31
2.9.1 Model Pendekatan Sistem
(Dick and Carey) 31
2.9.2 Model ADDIE 34
2.9.3 Model ASSURE 35
BAHAGIAN KETIGA
BAB III REKABENTUK PERISIAN 37
3.0 Pendahuluan 37
3.1 Perancangan Model Pembangunan Perisian 38
3.2 Model rujukan 40
3.2.1 Analisis 41
3.2.2 Rekabentuk 41
3.2.3 Pembangunan 41
3.2.4 Pelaksanaan 42
3.2.5 Penilaian 43
3.3 Teori Pembelajaran 43
3.3.1 Aplikasi Teori Behaviorisme Dalam
Rekabentuk Perisian 43
3.3.2 Aplikasi Teori Kognitif Dalam
Rekabentuk Perisian 44
3.3.3 Aplikasi Teori Konstruktivisme
Rekabentuk Perisian 45
3.4 Pemilihan Perkakasan Pembangunan 46
3.5 Pemilihan Medium Pengarangan 49
x
BAHAGIAN KEEMPAT
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 51
4.0 Pendahuluan 51
4.1 Pakej Perisian 51
4.2 Kandungan Perisian 52
4.3 Komponen Perisian 59
4.3.1 Antaramuka 59
4.3.2 Interaktiviti 60
4.3.3 Teks 60
4.3.4 Grafik 60
4.3.5 Animasi 61
4.3.6 Audio 61
4.3.7 Video 62
4.4 Cara Penggunaan Perisian 62
BAHAGIAN KELIMA
BAB V PENUTUP 64
5.0 Pendahuluan 64
5.1 Ringkasan Kajian 64
5.2 Kebaikan Dan Kelemahan Perisian 66
5.2.1 Kebaikan Perisian 66
5.2.2 Kelemahan perisian 67
5.3 Masalah dan Kekangan 67
5.4 Cadangan 68
5.5 Kesimpulan 69
xi
BAHAGIAN KEENAM
BIBLIOGRAFI 70
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Fasa-fasa yang terdapat dalam model
ADDIE 40
4.1 Carta alir perisian 53
4.2 Paparan montaj perisian 54
4.3 Skrin memasukkan nama 54
4.4 Paparan Bantuan 55
4.5 Paparan Menu Utama 56
4.6 Antaramuka submenu organ sistem
pencernaan manusia 56
4.7 Paparan Pengenalan 57
4.8 Paparan ganjaran respon betul dalam
Latihan Sumatif 58
4.9 Paparan ganjaran respon salah dalam
Latihan Sumatif 58
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sedang berkembang dan sedang giat
diaplikasikan dalam semua bidang di negara ini. Ini termasuklah dalam bidang
pendidikan. Era teknologi maklumat di Malaysia adalah dirintis daripada projek Koridor
Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC). MSC ini telah diumumkan
secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad
semasa merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995. Putrajaya pula merupakan
pusat pentadbiran kerajaan yang baru dimana akan dijadikan kerajaan elektronik atau e-
government satu masa nanti.
Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, orang ramai perlu
menyedari hakikat perkembangan teknologi komunikasi serta kemunculan media baru
yang menuntut mereka mengejar ilmu moden dan canggih. Sehubungan itu, kerajaan
sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan teknologi dan komunikasi maklumat
(ICT) dari semasa ke semasa untuk rakyat selain memberi peringatan mengenai
kepentingan komputer sebagai sumber ilmu supaya menjadi masyarakat yang berilmu.
Pada masa kini, kerajaan sedang giat berusaha untuk melaksanakan ICT dalam
bidang pendidikan. ICT kini harus dianggap sebagai satu senjata penting untuk sektor
pembelajaran di negara ini dengan membabitkan keseluruhan subjek pendidikan di
sekolah, bukan hanya dijadikan tumpuan bagi satu subjek pembelajaran sahaja. Menurut
Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah, berdasarkan keupayaan
teknologi itu, ICT seharusnya dianggap sebagai senjata penting untuk sektor pendidikan
khususnya dalam usaha perkongsian maklumat, kerjasama, perbincangan dan
sebagainya.
Sekolah bestari adalah merupakan salah satu aplikasi perdana Multimedia Super
Coridor (MSC). Projek sekolah bestari ini akan bertanggungjawab untuk menyediakan
generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia baru teknologi. Kemunculan
sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan
guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Perisian
Berbantukan Komputer (PBK) dan multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang lain menjadi semakin giat. Guru
dan pelajar mula dilatih untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
1.1 Latar Belakang Masalah
Dalam dunia yang serba moden ini, perkembangan sains dan teknologi amat giat
dan pesat. Corak pendidikan masa kini dipengaruhi oleh perkembangan ini dimana
teknologi moden harus diserap dan dieksploitasi dengan sepenuhnya dalam duinia
pendidikan. Negara Malaysia telah jauh ketinggalan dalam penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berbanding Negara maju yang lain. Untuk
meninggikan mutu pendidikan, corak pendidikan masa kini harus dipelbagaikan dengan
penggunaan multimedia. Corak pengajaran tradisional sudah tidak sesuai dalam dunia
yang moden kerana menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
membosankan dan kurang menarik. Pelajar tidak mendapat gambaran sebenar mengenai
sesuatu topic kerana tidak dapat rangsangan oleh semua deria.
Penggunaan alat Bantu mengajar yang sesuai dan menarik mampu merangsang
dan memotivasikan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun belum
terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan pembelajaran Biologi
berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita percaya bahawa
pembelajaran Biologi akan lebih menarik, bermakna dan produktif melalui penggunaan
perisian multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan multimedia dapat
menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk mewujudkan corak
pembelajaran baru yang kaya dengan input data yang membolehkan pelajar berinteraksi
dengan subjek yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat Bantu
mengajar yang lain seperti buku, pita video, pita audio dan lain-lain yang bersifat satu
hala atau unidirectional.
Namun begitu, pada masa kini perisian berunsurkan pendidikan yang berciri
tempatan dan menepati kehendak kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia masih berkurangan. Pembangunan perisian berbantukan komputer
yang berbentuk multimedia interaktif ini adalah antaranya bertujuan untuk memenuhi
keperluan kurikulum pendidikan masa kini seperti kurikulum sekolah bestari yang
banyak menggunakan media berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, penggunaan perisian PBK ini adalah untuk mengubah corak pengajaran dan
pembelajaran tradisional yang hanya menggunakan pendekatan yang stereotaip kepada
corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dimana berbagai-bagai
pendekatan dapat diaplikasikan dan lebih berpusatkan pelajar.
Menurut kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996), menunjukkan kesanggupan
guru-guru untuk membangunkan perisian adalah tidak menggalakkan. Ini merupakan
salah satu faktor yang menyumbang kepada kurangnya perisian sebegini dalam pasaran.
Penggunaan multimedia merupakan satu alternatif kepada penggunaan buku. Perisian
yang dibangunkan berasaskan kepada ciri-ciri tempatan dan menepati kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Anjakan paradigma dalam bidang pendidikan negara yang
menjurus kepada penggunaan kelengkapan perkakasan dan perisian komputer serta
pencapaian maklumat tanpa sempadan telah membawa satu perubahan besar kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang mana tidak lagi berpusatkan guru semata-
mata. Dengan kepekaan dan keprihatinan pihak kerajaan dalam memajukan tahap
pendidikan, PBK dipercayai boleh memenuhi aspirasi negara dan rakyat yang mahukan
pendidikan berkualiti.
1.2 Pernyataan Masalah
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional tidak mampu meningkatkan
kefahaman pelajar dan ingatan yang berkekalan. Para pelajar menghadapi masalah
dalam mata pelajaran sains kerana sukar untuk memahami sesuatu konsep sains yang
abstrak atau kurang menyedari fenomena sains yang sentiasa berlaku di persekitaran
mereka. Menurut Okey (1978), pelajar hilang minat terhadap pembelajaran disebabkan
oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati objektif pengajaran,
penyusunan isi kandungan yang tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang tidak
memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik yang mana faktor-faktor ini akan
menyebabkan para pelajar kurang memahami konsep sebenar dalam mata pelajaran
sains.
Perisian Berbantukan Komputer merupakan salah satu kaedah yang berkesan
dalam penyampaian isi pelajaran disamping mempunyai ciri-ciri yang menarik dan
interaktif yang dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Koleksi perisian
multimedia pendidikan yang berciri tempatan khususnya yang menggunakan bahasa
kebangsaan adalah sangat berkurangan. Projek ini adalah suatu usaha untuk
menghasilkan satu perisian PBK berciri tempatan dan mengikut kurikulum sekolah
kearah pengisian kekurangan perisian tempatan dan juga sebagai tambahan kepada
perisian-perisian tempatan yang telah sedia ada.
1.3 Objektif Projek
Projek ini adalah bertujuan untuk merekabentuk satu perisian aplikasi
multimedia yang interaktif dan berciri tempatan dalam usaha meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini merangkumi tajuk kecil Sistem Pencernaan
Manusia yang berada di bawah tajuk Nutrisi dalam sukatan pelajaran terbaru Biologi
tingkatan 4 KBSM. Objektif Projek pembangunan perisian PBK ini secara umumnya
adalah untuk membantu pelajar lebih memahami topik sistem pencernaan dan membantu
guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Perisian ini membantu dalam
memahami konsep yang asbtrak dengan menyediakan grafik, animasi, audio, video dan
aktiviti yang menarik. Selain itu, pembangunan perisian adalah untuk mengaplikasikan
ilmu yang telah dipelajari ke dalam bentuk yang lebih konkrit dan memberi faedah.
1.3.1 Objektif Rekabentuk
Berpandukan kepada huraian sukatan mata pelajaran Biologi yang terbaru, antara
objektif bagi membina perisian ini adalah seperti berikut :
i. Pelajar dapat memberikan definisi sistem pencernaan dengan betul.
ii. Pelajar dapat menyatakan organ-organ yang terlibat dalam sistem
pencernaan manusia dengan betul.
iii. Pelajar dapat menyusun urutan proses yang berlaku dalam sistem
pencernaan manusia dengan betul.
iv. Pelajar dapat menyatakan bahan-bahan yang diuraikan oleh pencernaan
manusia dengan tepat.
v. Pelajar dapat membezakan proses pencernaan yang berlaku dalam setiap
organ dengan betul.
1.4 Kepentingan Projek
Tujuan projek ini dibina adalah berdasarkan tanggapan bahawa sistem
pendidikan pada abad ke-21 akan mengalami revolusi yang ketara dibandingkan dengan
sistem yang sebelum ini. Ini juga adalah berikutan saranan kerajaan dimana
menggalakkan setiap sebuah rumah memiliki sebuah komputer. Tujuan kerajaan berbuat
demikian adalah untuk melahirkan negara yang berteknologi maklumat seterusnya
mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, dunia pendidikan juga
perlulah berkembang sejajar dengan fenomena ini. Dengan itu, para pendidik harus
bersedia untuk menuju kearah pendidikan alaf baru. Perisian yang dibina ini dijangka
dapat :
a) Meningkatkan pemahaman tentang konsep Biologi melalui konsep sedikit
demi sedikit yang digunakan.
b) Membolehkan pelajar mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman
mereka menguasai isi mata pelajaran semasa sesi penilaian formatif dan
sumatif.
c) Membolehkan pelajar mengulangi proses pembelajaran secara
berulangkali sehingga mereka benar-benar faham tentang konsep
tersebut.
1.5 Skop Dan Batasan
Perisian ini merangkumi subtajuk “Pencernaan Makanan” dibawah “Nutrisi”
yang terdapat dalam sukatan terbaru bagi mata pelajaran Biologi. Tajuk ini adalah
bertemakan “Menyiasat Fisiologi Kehidupan” berpandukan kurikulum yang terbaru. Isi
kandungan yang dirangkumi dalam perisian ini termasuklah :
Sistem Pencernaan Manusia yang meliputi organ-organ berikut :
a. Mulut
b. Esofagus
c. Perut
d. Usus
e. Hati
top related