peribahasa yang terdapat di dalam dialog

Post on 29-Dec-2015

215 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

3

TRANSCRIPT

Peribahasa yang terdapat di dalam dialog:-

1. Peribahasa : umpama aur dengan tebing

Makna : hidup saling memerlukan antara satu sama lain

Contoh ayat : Farah dengan Hana umpama aur dengan tebing kerana saling membantu dalam masalah pelajaran

2. Peribahasa : seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing

Makna : sikap mementingkan diri sendiri

Contoh ayat : Hidup di rumah pangsa seperti enau di dalam belukar yang

melepaskan pucuk masing-masing.

3. Peribahasa : seperti kera sumbang

Makna : tidak suka bercampur gaul dengan masyarakat

Contoh ayat : Lee Yan tidak banyak berkawan kerana dia bersikap seperti

kera sumbang.

4. Peribahasa : ringan tulang

Makna : sikap rajin bekerja

Contoh ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

5. Peribahasa : ringan tangan

Makna : sikap suka membantu atau menolong orang

Contoh ayat : Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia ringan tangan.

6. Peribahasa : besar hati

Makna : bangga

Contoh ayat : Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya.

top related