perbankan islam

Post on 11-Jan-2016

66 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

BANK ISLAM

TRANSCRIPT

APAKAH PERBANKAN ISLAM?

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu Fiqh Muamalat (Hukum-hukum Islam dalam transaksi).

Hukum-hukum tersebut berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber-sumber sekunder yang lain seperti : Kesepakatan Ulamak (Ijmak), Analogi (Qiyas) dan hasil usaha para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum melalui kaedah istinbat (Ijtihad).

MURABAHAH

DEFINISI

Pengkelasan jenis kontrak jual beli yang

merujuk kepada harga barang dijual dan

dibandingkan dengan harga modal asal

barang.

(BAI’ AL-MURABAHAH) المرابحة بيع Definisi

Syarat

Contoh

Jualan dengan harga yang lebih tinggi daripada harga modal.

Pembeli dimaklumkan harga modal dengan penuh amanah.

Sekiranya berlaku penipuan maka akad jual beli akan rosak.

Jual beli rumah.

التولية ( JUALAN TAWLIAH)بيع Definisi

Syarat

Contoh

Jualan dengan harga SAMA dengan harga modal.

Pembeli dimaklumkan harga modal dengan penuh amanah.

Sekiranya berlaku penipuan maka akad jual beli akan rosak.

Jual beli basikal.

الوضيعة (JUALAN WADIA’AH)بيع Definis

Syarat

Contoh

Jualan dengan harga yang lebih RENDAH daripada harga modal.

Pembeli dimaklumkan harga modal dengan penuh amanah.

Sekiranya berlaku penipuan maka akad jual beli akan rosak.

Jual beli rumah radio (terdesak).

PEMBIAYAAN MURABAHAH ANTARA 3 PIHAK (TRI-PARTIED MURABAHAH)

BANK ISLAM

PELANGGAN

PENJUAL KERETA DAN RUMAH

1

2 4

3

BAI’ AL-’INAH DEFINISI ISTILAH Menurut Mazhab Syafi’i

Menurut Mazahab Hanafi

“Iaitu apabila seseorang menjual satu barangan dengan harga

tangguh dan menyerahkan barang tersebut kepada pembeli,

kemudian dia (penjual tadi) membeli semula sebelum menerima

bayaran (daripada hasil jualan pertama) dengan harga yang lebih

rendah secara tunai.”

“Iaitu jualan barang dengan harga tambahan secara bertangguh

(bayaran), bagi tujuan menjualnya kepada peminjam dengan

harga tunai yang lebih rendah, ia bagi tujuan melunaskan

hutangnya.”

BENTUK BAI’ AL-’INAH YANG DIBENARKAN OLEH MEJORITI ULAMA

Dua transaksi jual beli yang dibuat tanpa sebarang niat atau keinginan di peringkat awal untuk

melakukan pembelian dan jualan semula kepada dua individu sama.

Kedua-dua transaksi berlaku tetapi dengan harga yang sama. Dijual dengan harga RM500 secara tangguh, dibeli

semula dengan harga tunai RM500 jua. Ia dikira seperti hutang biasa tanpa faedah.

Terdapat selang masa yang munasabah antara dua transaksi.

GOLONGAN YANG MENGHARAMKAN BAI’ AL-’INAH

Majoriti ulama dan mazhab termasuklah mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Kesatuan Fiqh Antarabangsa dan Majlis Syariah Majlis perakaunan dan Kewangan Islam.

Hampir semua Majlis Penasihat Syariah bank-bank Islam selain Malaysia dan Brunei.

JUSTIFIKASI PENGHARAMAN BAI’ AL-’INAH

Hujah Nas daripada Hadis :

Maksudnya: “Seorang ibu bertanya kepada Aisyah r.ha: ‘Sesungguhnya aku telah menjual seorang hamba lelaki milik Zaid (bin Arqam) kepada ‘Ato dengan harga lapan ratus dirham, kemudian aku membelinya semula dengan harga enam ratus dirham secara tunai.’ Sayidatina Aisyah r.ha. Berkata: Buruk sekali cara jual belimu itu. Sampaikan kepada Zaid bahawa (cara jual beli ‘Inahnya tadi) telah membatalkan pahala jihadnya bersama Rasulullah SAW kecuali ia bertaubat.

(Riwayat al-Baihaqi dan al-Daru

Qutni)

JUSTIFIKASI PENGHARAMAN BAI’ AL-’INAH

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Apabila kamu berjual beli dengan cara al-’Inah, dan kamu mula lebih reda dengan perniagaan pertanian dan cucuk tanaman sehingga meninggalkan jihad, lalu Allah akan menimpakan ke atasmu kehinaan dan tidak akan mencabutnya daripadamu sehinggalah kamu kembali kepada (mengutamakan hukum) agamau ( berbanding helah riba dan kecintaan kepada harta).”

(Riwayat Abu Daud)

PENGHARAMAN BAI’ AL-’INAH

Hujah Akal

Ulama mazhab Maliki: HARAM kerana ia tergolong dalam pemberian pinjam dengan balasan riba.

Membenarkan Bai’ al-’Inah bermakna memandulkan sektor perbankan Islam daripada berusaha keras bagi mencari konsep dan kaedah yang lebih baik dan diterima ulama seluruh dunia.

PENGHARAMAN BAI’ AL-’INAH

Hujah Akal

Para Ulama Mazhab: Bai’ al-’Inah adalah jalan menuju kepada riba dan ia merupakan helah kepada pemberian pinjam dengan faedah tetapi menggunakan nama jual beli.

Pelaksanaan Bai’ al-’Inah yang diaplikasikan oleh sektor Malaysia khususnya tidak bersamaan dengan ijtihad Imam Syafi’i.

Imam Syafi’i. Disokong oleh

Ibn Hazm.

Resolusi Majlis

Penasihat Syariah Bank

Negara Malaysia.

GOLONGAN YANG MENGHARUSKAN

BAI’ AL-’INAH

NAS HADIS

Maksudnya: “ Rasulullah menghantar seorang ke Khaybar dan pulang membawa tamar yang baik. Rasulullag bertanya: ‘Adakah semua tamar di Khaybar seperti ini?’ Dia menjawab: ‘Tidak. Tapi kami menukar satugantang tamar(yang baik) dengan dua gantang (yang tidak baik) dan dua gantang (yang baik) dengan tiga gantang (yang tidak baik).’ Rasulullah bersabda: ‘Jangan buat begitu. Jual keseluruhannya dengan dirham kemudian beli tamar yang baik dengan wang tersebut.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

HUJAH AKAL

Hujah Mazhab Syafie

Maksudnya: “Asal pandangan kami apabila setiap kontraknya sahih pada zahirnya, tiadalah dibatalkan hanya kerana tohmah, dan juga hanya kerana kebiasaan pihak penjual dan pembeli, dan diputuskan hukumnya dengan sahihnya zahir, dan niat tidak digalakkan, namun sekiranya niat itu terzahir maka ia akan merosakkan transaksi.”

HUJAH AKAL

Maslahah ia dikira sebagai satu kepentingan umum bagi jalan awal dalam memperkenalkan perbankan Islam yang lebih sempurna.

Helah yang dianggap sebagai jalan keluar atau makhraj. Terdapat dua jenis helah dalam Islam yang diterima dan ditolak. Bai’ al-’Inah boleh dikategorikan sebagai helah yang diterima.

PRODUK PEMBIAYAAN SECARA BAI’ AL-’INAH

Pembiayaan peribadi Pembiayaan modal kerja Istisna antara dua pihak Bai’ bi thaman Ajil (BBA) Kad kredit Islam Sukuk BBA Sukuk Murabahah Overdraft Islam Murabahah Trade Financing

BANK PELANGGAN

Jual RM10,000Bayar tangguh

Jual semulaRM3,000 tunai

JUALAN TANGGUH BAYARAN (BBA)VمVٍنT آِجQل Qَث YعX ب Vي الَب

DEFINISI Perkataan لQآِج TٍنVمV Qَث merujuk kepada erti ب

“harga bertangguh”.

Konsepialah BBA ialah pembelian dengan bayaran harga dibuat secara bertangguh.

NAMA-NAMA GELARAN PEMBAYARAN TANGGUH

بيع التقسيطJualan dengan bayaran secara ansuran

:

بيع المؤِجلJualan yang harga ditangguh:

بيع السيئةJualan dengan penangguhan :

بيع اآلِجلJualan yang bertangguh :

Kesimpulan maksud: tangguh bayaran

HUKUM BBA

HALAL

Tiada sebarang masalah untuk membeli suatu item dan membuat pembayaran secara tangguh dalam tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan dengan harga keseluruhan yang juga dipersetujui.

DALIL

Hadis riwayat al-Bukhari, 2068; Muslim, no. 1603)

Maksudnya: “Daripada Aisyah r.ha. Bahawa Rasulullah SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan bayaran bertempoh, dan Baginda mencagarkan baju besinya yang diperbuat daripada besi.”

NILAI MASA (TIME VALUE OF MONEY) DALAM JUALAN BBA

CONTOH: Jika harga bayaran secara tunai RM1000, tetapi jika dibayar secara tangguh melalui konsep BBA, harganya meningkat kepada RM1500. Adakah ia HALAL?

Menoriti ulama mengatakannya HARAM manakala majoriti ulama silam termasuk keempat-empat mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ia HARUS.

PENDAPAT EMPAT MAZHABMazhab Hanafi

الَثمٍن قد يزاد لمكان األِجلMazhab Malikiِجعل للزمان مقدار مٍن الَثمٍنMazhab Syafieالخمسة نقدا تساوي ستة نسيئةMazhab Hanbaliاألِجل يأخذ قسطا مٍن الَثمٍن

DALIL

Dalil menyokong pendapat keharusan jualan secara al-Salam.

Nabi saw sampai ke Madinah dan penduduk Madinah membeli (menempah) tangguh tamar yang hanya akan diserahkan dalam tempoh dua dan tiga tahun. Lalu Nabi saw bersabda : “Sesiapa yang ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian (al-Salam) hendakalah ia dilakukan atas barang yang diketahui, timabangan yang diketahui dan tempoh yang diketahui.”

Riwayat al-Bukhari, no. 2086)

Property Sale Agreement (PSA)

Sales & Purchase

Agreement (S&P)

1. Beneficial ownership

1. 10% down

payment

3. BBA price (deferred payment)

Property Purchase Agreement (PPA)

2. House

2. Cash price (90%

balance)

3. House

BANK Customer

5. Bank pay

developer the 90% balance

BBA HOME FINANCING MODUS OPERANDI

Developer/Vendor

ADAKAH ‘LOAN’ DAN ‘FINANCING’ MAKSUD YANG SAMA?

LOAN FINANCING

Pinjaman Pembiayaan

Berkaitan dengan transaksi pinjaman sahaja

Berkaitan dengan transaksi jual beli, pelaburan, usahasama, perkongsian dll ‘aqad yang

disahkan oleh syara’

Digunapakai dalam bank Konvensional

Digunapakai di dalam perbankan Islam

Menghasilkan lebihan/Riba daripada pinjaman Menghasilkan keuntungan

Produk Konvensiona

l

Produk Islam

Berasaskan

KontrakHutang (Loan)

Berasaskan

KontrakJual-Beli

Fin. Amount : RM100KTenure : 25 yrs

(1981-2005)

Single Rate : BFR-0Ceiling Rate : 9.90Ta’widh : 1%

Total Selling Price

Perbankan Islam vs

Perbankan Konvensional

Loan Amount : RM100K

Tenure : 25 yrs

(1981-2005)

Single Rate : BLR-0

Ceiling Rate : -no-

Penalty : 8% compounded

Total Repayment

top related