peraturan dan undang-kompetensi.moh.gov.my/portal/www/admin/files/kkm/notapdf...peraturan dan...
Post on 16-Feb-2021
31 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
PERATURAN DAN UNDANG-
UNDANG ELEKTRIK
SISTEM KEJURUTERAAN
ELEKTRIKMembolehkan
pegawai
mengetahui,
memahami dan
mengaplikasikan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
PERKHIDMATAN SOKONGAN
HOSPITAL / KLINIK
NAIKTARAF / PENGGANTIAN /
PEMBAIKAN BANGUNAN, SISTEM DAN
PERALATAN KEJURUTERAAN
PENGURUSAN ASET
01
03
05
02
04
-
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
ELEKTRIKSUKATAN PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN KKM
PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK)
-
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN AKTA BEKALAN
ELEKTRIK 1990 & PERATURAN-
PERATURAN 199401
PENGENALAN PIAWAIAN
PEMASANGAN ELEKTRIK MS IEC
6036402
PENGENALAN ARAHAN
KESELAMATAN ELEKTRIK 03
POP KUIZ 04
-
Pengenalan Akta Bekalan Elektrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
01
-
AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN I - PERMULAAN
BAHAGIAN II - PERJAWATAN
BAHAGIAN III - FUNGSI, TUGAS DAN KUASA SURUHANJAYA
BAHAGIAN IV - PEPASANGAN BERLESEN DAN BERDAFTAR
BAHAGIAN V - KAWALAN KOMPETEN
BAHAGIAN VA - PENGGUNAAN ELEKTRIK DENGAN CEKAP
BAHAGIAN VI - PEMBEKALAN OLEH PEMEGANG LESEN
BAHAGIAN VII - PEMBERITAHUAN KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN
BAHAGIAN VIIA - KESELAMATAN PEPASANGAN DAN KELENGKAPAN
BAHAGIAN VIII - SIASATAN DAN TIMBANG TARA
BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI
BAHAGIAN IXA - KUMPULAN WANG INDUSTRI ELEKTRIK
BAHAGIAN X - AM
BAHAGIAN XI - KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN
BAHAGIAN XII - PELBAGAI
-
SEKSYEN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
BHG I - PERMULAAN
Seksyen 1 : Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian ABE1990 (Akta 447)1 September 1990
: Terpakai di seluruh Malaysia tetapi Menteri boleh menggantung
penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-
mana negeri
PERINTAH PENGGANTUNGAN KUATKUASA AKTA (SARAWAK) 1990 - P.U.(A) 272
· Enforcement of Act 447 being suspended in Sarawak
-
SEKSYEN YANG PERLU DIBERI PERHATIANBHG I - PERMULAAN
Seksyen 2 : Tafsiran
Orang Kompeten :
“Orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya untuk melaksanakan kerja mengikut sekatan-sekatan jika ada, yang
dinyatakan didalam perakuan itu;”
Pepasangan Awam :
“Pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi membekalkan elektrik
kepada mana-mana orang selain daripada pemegang lesen;”
Pepasangan Persendirian :“Pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-mata bagi
membekalkan elektrik kepada dan penggunaannya di atas harta atau premis
kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri,...;”
-
SEKSYEN YANG PERLU DIBERI PERHATIANBHG IV – PEPASANGAN BERLESEN & BERDAFTAR
Seksyen 21 : Pendaftaran pepasangan
Subseksyen (1) : Sebelum siapnya sesuatu pepasangan baru, selain pepasangan yang
dipunyai oleh pihak berkuasa bekalan atau pepasangan yang dikendalikan atau
dipunyai oleh pemegang lesen, pemunya pepasangan hendaklah mengemukakan,
dengan pendua, kepada Suruhanjaya, suatu permohonan bagi pendaftaran dalam
bentuk yang ditetapkan.
Subseksyen (2) : Tiada seorang pun boleh memiliki atau mengendalikan sesuatu
pepasangan, melainkan jika pepasangan itu didaftarkan pada suatu Perakuan
Pendaftaran yang sah.
-
SEKSYEN YANG PERLU DIBERI PERHATIANBHG IV – PEPASANGAN BERLESEN & BERDAFTAR
Seksyen 21 : Pendaftaran pepasangan
Melalui Notis Pemberitahuan Bekalan Elektrik (Pengecualian) 1994, Menteri telah
mengecualikan pendaftaran pepasangan selain daripada pepasangan-pepasangan
berikut :
a) Penjanaan sendiri melebihi 5 kW;b) Pepasangan yg menerima bekalan elektrik daripada pemegang lesen & jika
terputus bekalan menerima bekalan daripada janakuasa tunggu sedia;
c) Pepasangan menerima bekalan elektrik daripada pemegang lesen atau pihak
berkuasa pada voltan 11 kV atau lebih.
-
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN I - PERMULAAN
BAHAGIAN II - PEPASANGAN
BAHAGIAN III - PENGENDALIAN
BAHAGIAN IV - PENYENGGARAAN
BAHAGIAN V - PELBAGAI
-
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
BHG I – PERMULAAN
Peraturan 1 : Mula berkuatkuasa pada 30 Januari 1994, kecuali subperaturan (2) yang mula berkuatkuasa pada 30 Januari 1996
Peraturan 2 : Tafsiran
- Jurutera Elektrik Kompeten
- Jurutera Elektrik Kompeten Residen- Jurutera Perkhidmatan Elektrik
- Penjaga Jentera
- Penyelia Elektrik
- Peranti arus baki
- Voltan amat rendah : ≤ 50 V ac atau ≤ 120 V dc- Voltan rendah : 50 V ac ≤ V ≤ 1,000 V ac atau 120 V dc ≤ V ≤ 1,500 V dc
- Voltan sederhana : 1,000 V ac ≤ V ≤ 50,000 V ac
- Voltan tinggi : 50,000 V ac ≤ V ≤ 230,000 V ac
- Voltan amat tinggi : ≥ 230, 000 V ac
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 3-10 : Pendaftaran Pepasangan
P3(1) : Permohonan Bagi Pendaftaran Pepasangan - Borang A, Jadual Pertama
P3(2) : Perakuan Pendaftaran – Borang B, Jadual Pertama
P3(3) : Perakuan Pendaftaran - sah bagi tempoh tidak kurang daripada 1 tahun &
tidak lebih daripada 5 tahun dari tarikh ia dikeluarkan
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 11-14 : Penyeliaan dan Ujian Pepasangan
P12 (1-2) : Pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan hendaklah di bawah
penyeliaan langsung Pendawai yang akan memperakukan Perakuan
Penyeliaan & Penyiapan (Borang G, Jadual Pertama)
a) menerima bekalan fasa tunggal - Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Tiga Fasa
b) menerima bekalan tiga fasa - Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa
P13 (1-3) : Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan,
pepasangan hendaklah diuji oleh Pendawai/Jurutera Perkhidmatan Elektrik yang akan memperakukan Perakuan Ujian (Borang H, Jadual
Pertama)
a) fasa tunggal - Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Tiga
Fasa
b) tiga fasa - Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasac) melebihi voltan rendah - Jurutera Perkhidmatan Elektrik
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 15-18 : Bahan, Kelengkapan dan Kaedah Pemasangan
P15(1) : Mana-mana radas, konduktor atau aksesori bagi maksud penyambungan
kepada sesuatu pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa dan bilangan yang
mencukupi bagi menepati maksud yang dicadangkan dan hendaklah dibina,
dipasang, disusun, dilindungi, dikerjakan dan disenggarakan sedemikian rupa bagi mencegah bahaya
P15(2) : Sesuatu konduktor hendaklah ditebat dan dilindungi secara berkesan atau
ditempatkan atau dikawal keselamatannya sedemikian rupa bagi mencegah
bahaya
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 19-21 : Pepasangan Papan Suis
P19 (1)(b) : Lukisan skematik dipamerkan berdekatan papan suis
P19 (2) : Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah diletakkan di
atas lantai di hadapan setiap papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali
P19 (4) : Tiada sesiapa pun, kecuali orang kompeten atau orang yang bertindak di
bawah penyeliaan langsung orang kompeten, boleh mendapat akses kepada
mana-mana bahagian papan suis
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 22-23 : Talian Bekalan Bawah Tanah
P23 (2) : Sesuatu cantuman, sambungan atau penamatan mana-mana kabel
hendaklah dijalankan oleh Pencantum Kabel
Peraturan 24-25 : Radas Mudah Alih
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 26-28 : Pemasangan Papan Tanda Elektrik
P27 (2) : Suis bomba hendaklah mematuhi kehendak-kehendak berikut :
a) hendaklah dicat merah dan dipasang berdekatan dengannya suatu plat
nama yang mempunyai perkataan 'SUIS BOMBA' yang tertulis di atasnya
dalam huruf besar bewarna putih dan kedudukan 'ON' dan 'OFF' hendaklah ditunjukkan dengan jelas dengan kedudukan 'OFF' di atas dan
semua huruf hendaklah mudah dibaca orang yang berdiri di atas tanah
b) hendaklah dipasang pada tempat yang boleh dilihat dan boleh diakses
oleh ahli bomba dan tidak lebih daripada 2,700 mm daripada tanah
c) suis bomba hendaklah disediakan dengan kunci atau alat pengunci direka bentuk untuk mencegah suis itu dengan tidak sengaja terbalik
pada kedudukan 'ON'
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 29-33 : Pepasangan Lain
Peraturan 34-36 : Pembumian Pepasangan
P23 (2) : Sesuatu cantuman, sambungan atau penamatan mana-mana kabel
hendaklah dijalankan oleh Pencantum Kabel
P34 (2) : Mana-mana paip air yang disambungkan kepada sistem bekalan air awam tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi
P34 (3) : Mana-mana paip gas tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi
P34 (5) : Jika point neutral atau point tengah sistem tidak dibumikan dengan berkesan, peranti penunjuk dan pelindung hendaklah dipasang bagi mengelakkan bahaya yang disebabkan oleh kebocoran arus ke bumi daripada konduktor hidup
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
P36 (1) : Pepasangan di tempat hiburan awam - peranti arus baki yang digunakan mestilah tidak melebihi 10mA
P36 (2) : Pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau
jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah - peranti
arus baki yang digunakan mestilah tidak melebihi 10mA
P36 (3) : Pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan
tangan digunakan atau mungkin digunakan - peranti arus baki yang
digunakan mestilah tidak melebihi 30mA
P36 (4) : Selain dinyatakan di P36 (1-3), peranti arus baki yang digunakan mestilah
tidak melebihi 100mA melainkan :
a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan
perlindungan itu; atau
b) adalah tidak selamat atau bahaya untuk mengadakan perlindungan itu
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 37-40 : Kehendak-Kehendak Am Pepasangan
P37 : Mana-mana bahagian sesuatu pepasangan yang papan suis atau kelengkapan
dipasang di dalam mana-mana premis :
a) hendaklah cukup terang, dialih udara dan sentiasa kering
b) hendaklah bebas daripada halangan bagi membolehkan papan suis atau kelengkapan itu dikendalikan dengan selamat
c) hendaklah cukup dimensinya bagi mengadakan ruang yang cukup
bagi pengendalian atau penyenggaraan yang selamat; dan
d) tidak boleh digunakan bagi apa-apa jenis penstoran
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 37-40 : Kehendak-Kehendak Am Pepasangan
P38 : Suatu notis standard yang mempamerkan perkataan 'DILARANG MASUK' dan
'BAHAYA' hendaklah diletakkan di luar tempat yang mengandungi kelengkapan
elektrik
P39 : Arahan dalam bahasa kebangsaan tentang cara merawat orang yang terkena
renjatan elektrik hendaklah dilekatkan pada mana-mana pepasangan, selain
daripada pepasangan domestik
P40 : Alat pemadam api hendaklah disediakan oleh pemunya, pengurusan, pemegang lesen atau pihak berkuasa sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan
domestik dan hendaklah disimpan di premis itu untuk digunakan pada bila-bila
masa
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 41-43 : Pepasangan Talian Aerial
Peraturan 44-59 : Peperiksaan Bagi Orang Kompeten
P46 : Kelayakan menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE)
P47 : Kelayakan menjadi Jurutera Elektrik Kompeten (JEK)
P48 : Kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik (PE)
P49 : Kelayakan untuk menjadi Penjaga Elektrik
P50 : Kelayakan untuk menjadi Pendawai
P51 : Kelayakan untuk menjadi Pencantum Kabel
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
P59 (2-3) : Suruhanjaya boleh menggantung atau membatalkan Perakuan Kekompetenan jika pemegang Perakuan itu telah memperolehinya dengan
perakuan atau representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis
atau selainnya serta dalam salah laku yang serius
P59 (4) : 'Salah laku yang serius' ertinya satu atau lebih daripada berikut :
a) tidur semasa bertugasb) menyebabkan kerosakan kepada kelengkapan kerana pengendalian tidak
cermat
c) menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana pengendalian tidak cermat
d) menyebabkan kerosakan / bahaya pada kelengkapan / nyawa kerana
tidak menggunakan peranti keselamatan yang disediakane) berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau kedua-duanya sekali
semasa bertugas
f) membuat atau menyebabkan dibuat pengisytiharan, perakuan atau
representasi palsu atau fraud secara bertulis atau selainnya
g) gagal menjalankan apa-apa tugas yang ditetapkan dalam Peraturan ini
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 60-65 : Orang Kompeten
P60 (1) : PEPASANGAN ELEKTRIK ORANG KOMPETEN
≤ 600 V
Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau
Jurutera Elektrik Kompeten atau
Penyelia Elektrik atau
Jurutera Elektrik Kompeten residen
600 V ≤ V ≤ 132,000 V
Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau
Jurutera Elektrik Kompeten atau
Jurutera Elektrik Kompeten residen
≥ 132,000 V Jurutera Elektrik Kompeten residen
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 66-70 : Pemeriksaan Tetap oleh Orang Kompeten
P67 (2) : PEPASANGAN ELEKTRIK BILANGAN MINIMUM LAWATAN
≤ 600 V dan menerima elektrik
melalui gear suis ≥ 100 A1 / bulan
≤ 600 V dan menerima elektrik
melalui gear suis ≥ 100 A
(tempat hiburan awam sahaja)
2 / bulan
600 V ≤ V ≤ 11,000 V 2 / bulan
11,000 V ≤ V ≤ 132,000 V 4 / bulan
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
P68 : Setiap JPE/JEK/PE yang memeriksa pepasangan di bawah P67, hendaklah merekod dan menghantar laporan pemeriksaan tentang dapatan, syor dan
arahan kepada ST dan pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan
dalam masa 2 minggu dari pemeriksaan (Perakuan Pemeriksaan - Borang I,
Jadual Pertama)
P70 : Mana-mana JPE/JEK/PE yang memeriksa pepasangan di bawah P67(2), dan
mengetahui akan apa-apa kecacatan dalam pepasangan itu atau mana-mana
kelengkapan dalamnya yang kemungkinan menyebabkan bahaya hendaklah
dengan serta-merta memberitahu pemunya, pengurusan atau pemegeng lesen
pepasangan itu supaya membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, dan membuat laporan segera kepada Suruhanjaya
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 71-74 : Pendaftaran Kontraktor Perkhidmatan Elektrik
Peraturan 75-79 : Pendaftaran Kontraktor Elektrik
Peraturan 80-83 : Unit Pendawaian Persendirian
Peraturan 84-87 : Pendaftaran Kontraktor Papan Tanda Elektrik
Peraturan 88-91 : Pendaftaran Kontraktor Pembaikan Elektrik
Peraturan 92-96 : Pendaftaran Pengilang Papan Suis
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 97-101C : Kelulusan Kelengkapan
P97 (1) : Tiada seseorang pun boleh mengilang, mengimport, mempamer, menjual
atau mengiklan apa-apa kelengkapan domestik, apa-apa kelengkapan
voltan rendah yang biasanya dijual secara langsung kepada orang awam
atau apa-apa kelengkapan voltan rendah yang tidak memerlukan kemahiran khusus dalam pengendaliannya, kecuali kelengkapan itu diluluskan oleh ST
Peraturan 102-109A : Pembaharuan, Pindah Milik, Pembatalan, Pemotongan dan
Pemasukan Semula Perakuan
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 110-113 : Penyenggaraan Pepasangan
P110 (1) : Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan
berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi setiap masa
untuk mencegah bahaya
P110(3) : Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah
diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
lima tahun atau bila-bila masa yang diarah oleh Suruhanjaya
P110(4) : Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentu ukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya
sekali setiap dua tahun, atau bila-bila masa yang diarah oleh Suruhanjaya
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
P111 : Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa
pembaikan, penggantian, penservisan atau pembersihan mana-mana
kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan
P112(1) : Orang kompeten hendaklah mengambil langkah awasan yang mencukupi untuk mencegah mana-mana pepasangan atau kelengkapan daripada
terhidup secara tidak sengaja semasa orang sedang bekerja
P113 : Tiada kerja atau pengendalian di bawah kawalan orang kompeten boleh
dimulakan sehingga arahan bertulis telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang di bawah kawalannya
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
BHG II – PEPASANGAN
Peraturan 114-123 : Pelbagai
P122 : Kesalahan apabila disabitkan – denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara
tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya
PERATURAN - PERLU DIBERI PERHATIAN
-
Pengenalan Piawaian Pemasangan Elektrik MS IEC 60364
02
-
PENGENALAN PIAWAIAN PEMASANGAN ELEKTRIK MS IEC 60364
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
3.0 PERLINDUNGAN KESELAMATAN UNTUK :
3.1 KEJUTAN ELEKTRIK
3.2 ARUS LEBIH
3.3 VOLTAN LEBIH
4.0 KEPERLUAN KESELAMATAN UNTUK KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK
5.0 SISTEM PEMBUMIAN
6.0 KEBOCORAN ARUS
-
PENGENALAN PIAWAIAN PEMASANGAN ELEKTRIK MS IEC 60364
1.0 - PENGENALAN
a) MS IEC 60364 merupakan sebuah peraturan yang diguna pakai untuk menentukan keseragaman dan mutu sesebuah pemasangan bagi pendawaian
elektrik.
b) MS 60364 adalah standard yang telah diadaptasi daripada standard antarabangsa
iaitu IEC 60364. Standard ini mengandungi kaedah dan garis panduan bagi
rekabentuk dan pepasangan elektrik pada bangunan bertujuan untuk memastikan pepasangan adalah selamat dan berfungi seperti diinginkan.
c) MS IEC 60364 - Part 1
-
PENGENALAN PIAWAIAN PEMASANGAN ELEKTRIK MS IEC 60364
2.0 - SISTEM BEKALAN ELEKTRIK
a) Faktor ruang untuk conduit hendaklah 40% dan untuk trunking hendaklah 45%b) Litar pemanas air hendaklah mempunyai suis 2 kutub (double pole) dan dipasang
pada tempat yang sesuai atau berdekatan dengan beban
c) Saiz kabel minimum hendaklah 1.5mm ≤ tembaga atau 2.5mm ≤ aluminium. Oleh
itu amalan menggunakan 1.25mm ≤ kabel tembaga adalah dilarang sama sekali!
d) Kabel untuk sub litar TIDAK BOLEH DISAMBUNGe) MS IEC 60364 - Part 1
-
PENGENALAN PIAWAIAN PEMASANGAN ELEKTRIK MS IEC 60364
3.0 - PERLINDUNGAN KESELAMATAN UNTUK
3.1 : Kejutan Elektrik
a) MS IEC 60364 - Part 4 Section 41
3.2 : Arus Lebih
a) MS IEC 60364 - Part 4 Section 43b) Surge Protector Device (SPD) adalah disyorkan untuk bekalan dari talian atas
3.3 : Voltan Lebih
a) MS IEC 60364 - Part 4 Section 44
-
PENGENALAN PIAWAIAN PEMASANGAN ELEKTRIK MS IEC 60364
4.0 - KEPERLUAN KESELAMATAN UNTUK KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK
a) MS IEC 60364 - Part 4b) MS IEC 60364 - Part 5 Section 56
5.0 - SISTEM PEMBUMIAN
a) MS IEC 60364 - Part 5 Section 54
6.0 - KEBOCORAN ARUS
a) Nilai-nilai peranti arus baki (RCD) sebagaimana disebut di dalam ABE 1990 & PPE
1994
-
Pengenalan Arahan Keselamatan Kerja Elektrik
03
-
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
ISI KANDUNGAN
1.0 TUJUAN AKTA
2.0 BAHAYA DAN PUNCA BAHAYA ELEKTRIK
3.0 PAKAIAN KESELAMATAN
4.0 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
5.0 AMALAN KERJA SELAMAT
-
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
1.0 - Seksyen 4 : TUJUAN AKTA
(a) untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
(b) untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang
sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit
daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja; (c) untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang
bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
(d) untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-
peringkat oleh sistem peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk
mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.
-
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
2.0 – BAHAYA DAN PUNCA BAHAYA ELEKTRIK
(a) Rujuk PPE 1994 - P15 (b) Lain-lain rujukan
3.0 – PAKAIAN KESELAMATAN
(a) Rujuk Panduan Presedur Kerja Selamat ST - 5.3(b) Lain-lain rujukan
4.0 – KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
(a) Rujuk PPE 1994 - P38, P39, P40(b) Lain-lain rujukan
-
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
5.0 – AMALAN KERJA SELAMAT
(a) Rujuk PPE 1994 - P16, P17, P18, P19, P20, P21(b) Lain-lain rujukan
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
ISI KANDUNGAN
1.0 LATAR BELAKANG
2.0 TUGAS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
3.0 TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN DAN MAJIKAN
4.0 KAWAL SELIA SISTEM PEPASANGAN ELEKTRIK
5.0 PROSEDUR KERJA SELAMAT
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
1.0 – LATAR BELAKANG
1.1 : Skop Tugas Orang Kompeten
2.0 – TUGAS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (PJE)
2.1 : Bidang tugas PJE secara umumnya merangkumia) Mengendalikan kerja-kerja pensuisan
b) Menyenggara pepasangan elektrik termasuk sistem perlindungan,
janakuasa tunggu sedia, papan kawalan, papan suis, motor, pembetul
angkadar kuasa (capacitor bank) dan sebagainya
c) Membuat kerja-kerja pengujian pepasangan elektrikd) Mengesan dan membaiki kerosakan elektrik
e) Menyediakan laporan kerosakan dan ujian
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
2.2 : Kategori kekompetenan PJE
KATEGORI KLASIFIKASI (SEKATAN)
PENJAGA JENTERA VOLTAN RENDAH (SEHINGGA 1,000 V)
A0 Sistem voltan rendah (tanpa talian atas dan tanpa stesen janakuasa)
A1 Sistem voltan rendah (tanpa stesen janakuasa)
A4-2 Sistem voltan rendah (tanpa talian atas dan tanpa penyegerakan (synchronising) janakuasa)
A4 Sistem voltan rendah
PENJAGA JENTERA VOLTAN TINGGI (11kV - 33kV)
B0-2Sistem voltan tinggi (tanpa talian atas voltan tinggi, tanpa stesen janakuasa voltan tinggi, tanpa talian
atas voltan rendah dan tanpa penyegerakan (synchronising) janakuasa voltan rendah)
B0-1Sistem voltan tinggi (tanpa talian atas voltan tinggi, tanpa stesen janakuasa voltan tinggi dan tanpa
penyegerakan (synchronising) janakuasa voltan rendah)
B0 Sistem voltan tinggi (tanpa talian atas voltan tinggi dan tanpa stesen janakuasa voltan tinggi)
B1 Sistem voltan tinggi (tanpa stesen janakuasa voltan tinggi)
B4 Sistem voltan tinggi
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
3.0 – TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN DAN MAJIKAN
3.1 : Tanggungjawab Orang Kompetena) membuat apa-apa kerja elektrik berhubung dengan perakuan
kekompetenannya
b) mendaftarkan perakuan kekompetenannya dengan ST
3.2 : Tanggungjawab Majikan a) melantik dan mendaftarkan Orang Kompeten dengan ST
b) menyediakan senarai tugas bagi mengenalpasti kerja atau kendalian bagi
setiap Orang Kompeten
c) memastikan tempat kerja di bawah pengurusannya, dalam keadaan yang
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
4.0 – KAWAL SELIA SISTEM PEPASANGAN
4.1 : Sistem Pepasangan Elektrik dan Kawalan Kekompetenan
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
4.2 : Kawal Selia Pepasangan Baru
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
4.3 : Kawal Selia Senggaraan
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
4.3 : Kawal Selia Pemeriksaan Tetap
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT5.0 – PROSEDUR KERJA SELAMAT
5.1 : Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
5.2 : Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA, 1994)
“Suatu Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan
aktiviti orang-orang yang sedang bekerja,..”
Mengikut OSHA, 1994 Bahagian VI Seksyen 24 - 1 Kewajipan Am Pekerja Yang
Sedang Bekerja a) Beri perhatian keselamatan diri dan orang lain
b) Bekerjasama dengan majikan bagi maksud keselamatan mengikut kehendak
Akta
c) Memakai peralatan pelindungan diri yang disediakan oleh majikan
d) Mematuhi apa-apa arahan yang disediakan oleh majikan berkaitan keselamatan
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT5.3 : Peralatan Pelindungan Diri (PPD)
a) Digunakan untuk melindungi seseorang daripada bahaya kecederaan dan
kemalangan elektrik b) PPD mesti diperiksa oleh orang yang menggunakannya dan memastikan ia
berada dalam keadaan baik sebelum dan selepas digunakan
c) PPD yang tidak berada dalam keadaan baik hendaklah ditandakan 'ROSAK',
diasingkan dan perlu digantikan
d) Kewajipan sebagai pekerja untuk memakai PPD, jika tidak, denda RM 1,000atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya sekali
5.3.1 : Topi Keselamatan dan Visor (Safety Helmet dan Visor)
a) Berfungsi sebagai alat perlindungan kepada kepala dan muka pekerja dari
percikan arka dan leburan logam
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT5.3.2 : Pakaian Kalis Percikan Arka (Arc Flash Retardant Suit)
a) Berfungsi untuk mencegah percikan arka daripada terkena tubuh badan
pekerja
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT5.3.3 : Abah-Abah Keselamatan (Safety Harness) / Tali Pinggang Keselamatan (Safety
Belt)
a) Digunakan apabila bekerja pada paras tinggi untuk mengelakkan daripada terjatuh sehingga boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk atau maut
Abah-Abah Keselamatan (Safety
Harness)
Tali Pinggang Keselamatan (Safety Belt)
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT5.3.4 : Kasut Keselamatan (Safety Shoes)
a) Berfungsi untuk mencegah arus bocor ke bumi daripada mengalir keluar
melalui tapak kaki serta melindungi kaki daripada benda tajam dan objek berat
5.3.4 : Sarung Tangan Keselamatan (Safety Gloves)
a) Berfungsi untuk melindungi bahagian tangan dari percikan arka
Kasut Keselamatan (Safety Shoes) Sarung Tangan Keselamatan (Safety Gloves)
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT5.4 : Panduan Kerja Selamat Bagi Orang Kompeten
5.4.1 : Carta alir prosedur kerja selamat
*Peringatan :
i) Kunci dan Notis perlu dipasang dan dibuka
mengikut keperluan Langkah 4.0 dan 5.0.Pastikan Kunci dan Notis dipasang sebelum
meninggalkan tapak kerja pensuisan.
ii) Semua alat-alat yang digunakan untuk
membuktikan litar mati atau pengukuranhendaklah dipastikan atau diperiksa
dalam keadaan baik dan berfungsi
sebelum dan selepas digunakan.
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT5.4.1 : Carta alir prosedur kerja selamat
LANGKAH 1.0 : MATIKAN BEKALAN (OFF SUPPLY)
Pusingkan knob kepada OFF / TRIP Tekan butang OFF / TRIP
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
LANGKAH 2.0 : ASINGKAN (ISOLATE / RACK OUT)
HV Rack Out LV Rack Out PT Rack Out
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
LANGKAH 3.0 : NOTIS & KUNCI (TAG & LOCK)
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
LANGKAH 4.0 : BUKTIKAN LITAR MATI (PROVE CIRCUIT DEAD)
Bukti litar mati dengan Phasing
Stick / Penunjuk VoltanBacaan voltan sifar (0V)
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
LANGKAH 5.0 : PEMBUMIAN UTAMA LITAR (CIRCUIT MAIN EARTH)
Sebelum Selepas
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
LANGKAH 6.0 : HADANGAN (BARRICADE)
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
LANGKAH 7.0 : KELUARKAN ARAHAN BERTULIS PTW (PERMIT TO WORK)
-
PANDUAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
LANGKAH 8.0 : MULA KERJA
LANGKAH 9.0 : SIAP KERJA
LANGKAH 10.0 : KERJA SELESAI & BATALKAN ARAHAN BERTULIS PTW
-
Pop Kuiz
04
-
POP KUIZTOPIK 1.0 – PENGENALAN AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 & PERATURAN-PERATURAN
ELEKTRIK 1994
Q1 : Berdasarkan PPE 1994, apakah Borang yang perlu digunakan untuk menguji
pendawaian sesuatu pepasangan?
A1 : Borang H
Q2 : Apakah fungsi alas getah yang diletakkan di atas lantai di hadapan setiap papan
suis?
A2 : Untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali
-
POP KUIZTOPIK 1.0 – PENGENALAN AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 & PERATURAN-PERATURAN
ELEKTRIK 1994
Q3 : Apakah nilai bagi peranti arus baki yang perlu digunakan bagi radas atau
perkakas yang dipegang dengan tangan?
A3 : 30mA
Q4 : Senaraikan 2 'salah laku yang serius' yang membolehkan ST menggantung atau
membatalkan Perakuan Kekompetenan.
A4 : a) tidur semasa bertugas
b) menyebabkan kerosakan kepada kelengkapan kerana pengendalian tidak cermat
-
POP KUIZTOPIK 3.0 – PENGENALAN ARAHAN KESELAMATAN ELEKTRIK
Q5 : Nyatakan 4 tugas Penjaga Jentera Elektrik secara umum.
A5 : a) Mengendalikan kerja-kerja pensuisan
b) Membuat kerja-kerja pengujian pepasangan elektrik
c) Mengesan dan membaiki kerosakan elektrik
d) Menyediakan laporan kerosakan dan ujian
Q6 : Nyatakan 2 tanggungjawab majikan berdasarkan Panduan Prosedur Kerja
Selamat.
A6 : a) melantik dan mendaftarkan Orang Kompeten dengan STb) menyediakan senarai tugas bagi mengenalpasti kerja atau kendalian bagi
setiap Orang Kompeten
-
POP KUIZTOPIK 3.0 – PENGENALAN ARAHAN KESELAMATAN ELEKTRIK
Q7 : Nyatakan 3 Peralatan Pelindungan Diri (PPD).
A7 : a) Pakaian Kalis Percikan Arka (Arc Flash Retardant Suit)
b) Kasut Keselamatan (Safety Shoes)
c) Sarung Tangan Keselamatan (Safety Gloves)
Q8 : Apakah fungsi Pakaian Kalis Percikan Arka (Arc Flash Retardant Suit)
A8 : Untuk mencegah percikan arka daripada terkena tubuh badan pekerja
-
POP KUIZTOPIK 3.0 – PENGENALAN ARAHAN KESELAMATAN ELEKTRIK
Q9 : Nyatakan langkah berkaitan Prosedur Kerja Selamat.
A9 : Langkah 1.0 : Matikan Bekalan (Off Supply)
Langkah 2.0 : Asingkan (Isolate / Rack Out)
Langkah 3.0 : Notis & Kunci (Tag & Lock)Langkah 4.0 : Buktikan Litar Mati (Prove Circuit Dead)
Langkah 5.0 : Pembumian Utama Litar (Circuit Main Earth)
Langkah 6.0 : Hadangan (Barricade)
Langkah 7.0 : Keluarkan Arahan Bertulis PTW
Langkah 8.0 : Mula KerjaLangkah 9.0 : Siap Kerja
Langkah 10.0 : Kerja Selesai & Batalkan Arahan Bertulis PTW
-
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ELEKTRIK
Thank you
top related