peraturan am pertandingan

Post on 24-Jun-2015

364 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Peraturan-peraturan Am Pertandingan

PERATURAN 140Fasilitas Olahraga

• Sebarang permukaan yang kukuh dan rata, yang mematuhi spesifikasi dalam Manual Fasilitas Balapan dan Padang IAAF, hendaklah digunakan untuk olahraga.

• Pertandingan-pertandingan Padang dan Balapan yang dijalankan mengikut Peraturan 1,1(a), hanya hendaklah dijalankan atas balapan berpermukaan sintetik yang mempunyai Sijil Fasilitas Olahraga IAAF Kelas semasa yang sah

• Hendaklah disarankan, jika fasilitas sedemikian hendaklah didapati, pertandingan-pertantingan mengikut Peraturan 1.1(b) hingga (j) hendaklah dijalankan di atas fasilitas tersebut.

• Bagaimanapun Sijil Fasililas Olahraga IAAF Kelas 2 semasa yang sah diperlukan bagi semua fasilitas yang digunakan untuk pertandingan-pertandingan bawah Peraturan 1.1(b) hingga (j)

PERATURAN 141Umur dan Kategori Jantina

Kumpulan Umur:

I .Pertandingan di bawah Peraturan-Peraturan ini akan dibahagikan kepada klasifikasi kumpulan umur seperti berikut:

• Remaja lelaki dan perempuan : Atlet yang berumur 16-17 tahun pada Disember tahun pertandingan.

• Lelaki dan Wan Junior : AtIet yang berumur 18 atau 19 tahun Pada 31 Disember tahun pertandingan.

• Lelaki dan Wanita Master: Atlet yang mencapai hari lahir ke-35

2. Mana-mana atlet layak bertanding dalam kategori umur yang ditentukan sekiranya beliau berada dalam linkungan umur yang ditetapkan.

Atlet mesti menunjukkan bukti umur jika diperlukan dengan mengemukakan passport yang sah atau mengemukaan bukti-bukti rasmi yang lain sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang pertandingan tersebut.

Atlet yang enggan atau tidak memberikan bukti tersebut tidak boleh bertanding.

Kategori Jantina

• Peraturan ini telah menentukan pertandingan dibahagikan kepada Lelaki dan Wanita(kecuali dalam keadaan tertentu di bawah Peraturan 147 di mana campuran dibenarkan).

• Seorang atlet Iayak bertanding dalam pertandingan kategori lelaki jika ia diiktirafkan sebagai lelaki dari segi undang-undang dan jika ia layak bertanding mengikut Peraturan dan Undang-undang ini.

• Seorang atlet layak bertanding dalam pertandingan kategori wanita jika Majlis IAAF mengesahkan beliau sebagai wanita mengikut undang-undang untuk diguna pakai bagi menentukan kelayakan untuk bertanding dalam kategori wanita Majlis IAAF boleh meluluskan Peraturan yang menentukan kelayakkan untuk bertanding dalam Kejohanan Wanita bagi:

(a) wanita yang menukarkan jantinanya dari lelaki ke wanita

(b) wanita yang mempunyai kejantinaan yang berbeza

• Mana-mana atlet yang gagal atau tidak mahu melalui proses undang-undang tersebut tidak Iayak bertanding.

PERATURAN 142Penyertaan

• Pertandingan-Pertandingan di bawah Peraturan-peraturan IAAF terhad kepada atlet yang memenuhi syarat mengikut Peraturan Kelayakkan IAAF.

• Seseorsng atlet tidak dibenarkan bertanding di luar Negara tanpa kelayakkan dijamin dan dibenarkan oleh Persekutuan Kebangsaannya.

• Dalam semua pertandingan antarabangsa, jaminan kelayakkan tersebut dikuatkuasakan melainkan ada bantahan dibuat kepada Wakil(-WakiI) Teknikal

Penyertaan Serentak

• Sekiranya seseorang atlet itu menyertai dalam kedua-dua Acara Balapan dan Padang atau dalam lebih daripada satu Acara Padang yang berjalan serentak, Referi yang berkenaan hendaklah, untak satu pusingan atau pada satu-satu masa, atau pada setiap percubaan dalam Lompat Tinggi atau Lampat Bergalah, membenarkan atlet tersebut membuat percubaanya tidak mengikut giliran yang telah diputuskan sebelum pertandingan.

• Bagaimanapun sekiranya atlet itu tidak hadir ketika gilirannya, itu hendaklah dikira atlet itu memutuskan untuk tidak membuat percubaannya jika tempoh masa yang dibenarkan telah berlalu.

• Dalam kes Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah sekiranya seseorang atlet itu tidak hadir apabila semua atlet yang lain hadir telah menyudahkan pertandingan, Referi hendaklah memutuskan atlet(-atlet) telah meninggalkan pertandingan, apabila tempoh masa untuk satu percubaan seterusnya telah berlalu.

Gagal Bertanding

• Dalam semua pertandingan mengikut Peraturan 1.1(a), (b), (c) dan (f), kecuali seperti yang ternyata di bawah, seseorang atlet tidak hendaklah dibenarkan untuk terus mengambil bahagian dalam acara-acara selanjutnya, termasuk lari berganti-ganti, sekiranya

(a)Pengesahan terakhir telah pun dibuat yang atlet tersebut hendaklah memulakan acara-acara tetapi gagal berbual demikian;

(b) Beliau layak dalam pusingan awal sesuatu acara untuk ke pusingan selanjutnya tetapi gagal rnenyertainya;

• Pemberian sijil perubatan yang disahkan oleh pegawai perubatan yang dilantik atau yang disahkan oleh IAAF dan / atau Jawatankuasa Pengelola, hendaklah diterima sebagai alasan yang memadai untuk atlet tidak bertanding selepas pengesahan ditutup atau selepas bertanding dalam pusingan lalu tetapi dapat bertanding dalam acara selanjutnya pada hari yang berikut.

• Alasan-alasan lain yang menasabah (contoh: faktar-faktor tindakan atlet sendiri yang bebas seperti masalah-masalah dengan sistem pengangkutan rasmi) mungkin, hendaklah juga diterima Wakil(-Wakil) Teknik selepas pengesahan.

PERATURAN 143Pakaian, Kasut dan Nombor Bib

Pakaian• Peserta-peserta dalam senlua acara mesti

berpakaian sesual, bersih dan tidak menjolok mata.

• Pakaian tersebut juga mesti diperbuat daripada bahan kain yang tidak menampakkan kulit/susuk badan atlet walaupun basah.

• Atlet-atlet tidak dibenarkan memakai pakaian yang menghalang penglihatan Hakim-Hakim.

• Vest atlet hendaklah mempunyai warna sama di depan dan belakang.

• Dalam semua pertandingan mengikut Peraturan, dan bila mewakili Negaranya Perataron 1.1(d) dan (h) atlet-atlet hendaklah memakai pakaian seragam yang mendapat kelulusan Persatuan Kebangsaan mereka.

• Upacara Meraikan Kemenangan dan sebarang lintasan hormat dianggap sebahagian daripada pertandingan bagi tujuan menguatkuasakan peraturan pakaian ini.

Kasut

• Allet-atlet hendaklah bertanding dengan berkaki ayam, berkasut atau memakai hanya sebelah sahaja kasut.

• Tujuan berkasut hendaklah untuk memberi perlindungan dan kestabilan kepada kaki supaya dapat mewujudkan cengkaman yang lebib mantap dengan bumi.

• Namun begitu, kasut-kasut tersebut tidaklah hendaklah dicipta sedemikian rupa sehingga memberikan bantuan tambahan yang tidak adil termasuk pembentukan sebarang teknologi yang memberi pemakai sebarang kelebihan yang tidak adil.

• Tali kasut yang meneliti kekura dibenarkan.

• Semua jenis kasut yang digunakan dalam pertandingan hendaklah disahkan oleh 1AAF

Bi!angan Pepaku

• Tapak dan tumit kasut hendaklah direka sebegitu rupa supaya membolehkan sehingga 11 batang pepaku dipasang. Beberapa batang pepaka hendaklah dipasang asalkan tidak melebihi 11 batang.

Ukuran Pepaku

• Sekiranya pertandingan dijalankan di atas muka sintetik bahagian setiap pepaku yang menjulur dari tapak atau tumit hendaklah tidak melebihi 9mm kecuali dalam Lompat Tinggi dan Merejam Lembing di mana ianya tidak melebihi 12mm.

• Pepaku hendaklah dibina, di mana sekurang-kurangnya separuh daripada penjangnya dari hujung hendaklah memasuki satu jangka ukur berbentuk segi empat sama bersisi 4mm.

Tapak dan Tamit Kasut

• Tapak dan/atau tumit kasut hendaklah berbunga, berlorek also berbonjol asalkan ia dibuat daripada bahan yang sama dengan tapak asas kasut tersebut.

• Dalam acara Lompat Tinggi dan Lompat Jauh, tapak kasul hendaklahlah mempunyai ketebalan maksimum 13mm manakala ketebalan maksimum tumitnya bagi lompat tinggi pula hendaklah 19mm.

• Dalam acara-acara lain, tebal tapak dan/atau tumit tidak ditetapkan.

Alat-alat Tambahan Kepada Kasut

• Atlet-atlet tidak dibenarkan menambah apa-apa alat sama ada di luar atau dalam kasut yang memberikan kesan kepada ketebalan kasut melebihi had maksimum yang dibenarkan, atau, yang hendaklah memberikan pemakainya kelebihan yang hendaklah tidak diperolehi kasut asalnya seperti yang dinyatakan di atas.

Nombor Bib

• Setiap atlet hendaklah diberikan dua nombor bib, yang hendaklah dipakai semasa bertanding, dilekatkan di tempat mudah dilihat di dada dan belakang, kecuali dalam acara Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah di mana satu bib atlet hendaklah dipakai samada di dada atau belakang.

• Nombor bib hendaklah serupa dengan nombor mereka yang didaftarkan yang tertera dalam senarai buku acara rasmi.

• Sekiranya memakai baju trek ketika bertanding, bib tersebut hendaklah dilekatkan serupa pada baju trek tersebut.

• Nama peserta atau pengenalan sesuai yang lain pada bib hendaklah dibenarkan bagi menggantikan nombor bib.

• Nombor bib hendaklah dipakai dalam keadaan ia diterima, tidak dipotong, dilipat atau terlindung semasa memakainya.

• Dalam acara jarak jaub, bib ini boleh ditebuk-tebuk bagi memudahkan kitaran udara tetapi jangan sampai mencacatkan tulisan di atasnya.

• Jika Sistem Foto Penamat digunakan, Jawatankuasa Pengelola memerlukan atlet-atlet memakai nombor tambahan yang ditampal pada sisi seluar.

• Atlet-atlet tidak dibenarkan mengambil bahagian tanpa memakai nombor pengenalan yang berkaitan.

PERATURAN 144Bantuan Kepada Atlet

Pemakluman Masa Perantaraan

• Masa perantaraan dan masa kemenangan awal hendaklah diumum secara rasmi.

• Jika tidak masa-masa tersebut tidak disampaikan kepada atlet oleh sesiapa yang berada di kawasan pertandingan tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Referi yang berkenaan.

• Kebenaran ini hendaklah diberikan hanya jika tidak ada alat paparan masa yang diletakkan di tempat-tempat tertentu yang boleh dilihat oleh semua atlet yang bertanding.

• Kawasan pertandingan haruslah diasingkan dan bersempadan, dikhaskan untuk pertandingan dan hendaklah dimasuki oleb atlet-atlet yang bertanding dan pegawai-pegawai yang berhak berada di kawasan itu sahaja mengikut Peraturan dan Udang- undang yang berkaitan.

Memberi Bantuan

• Seorang atlet yang memberi atau menerima bantuan di dalam arena semasa acara dijalankan hendaklah diberi amaran oleh Referi dan jika diulangi atlet tersebut akan dibatalkan dari acara tersebut.

• Pencapaian atlet dalam pusingan itu dalam acara tersebut sehingga masa itu tidak diambilkira.

• Walaubagaimanapun pencapaian dalam pusingan sebelum dalam acara itu adalah sah.

Maklumat Tentang Angin

• Sebuah (atau lebih) sarung angin hendaklah diletakkan dalam kedudukan sesuai semua acara lompatan, Lemparan Cakera dan merejam lembing, supaya atlet dapat mengetahui arah dan kelajuan tiupan angin.

Minuman/Pembasahan

• Bagi acara-acara 5000m atau lebih, pihak jawatankuasa Pengelola hendaklah menyediakan kemudahan air dan pembasahan kepada atlet-atlet jika keadaan cuaca memerlukannya.

PERATURAN 145Pembatalan

• Sekiranya seseorang atlet itu dibatalkan dalam satu acara disebabkan pelanggaran sebarang Peraturan (kecuali Peraturan 125.5 stan /62.5) Sebarang pencapaian yang dibuat dalam pusingan itu tidak dikira sah.

• Walaubagaimanapun pencapaian yang dibuat dalam pusingan yang lalu hendaklah dikira sah. Namun, pembatalan ini tidak hendaklah menghalang atlet itu dari mengambil bahagian dalam acara-acara seterusnya.

• Sekiranya seseorang atlet dibatalkan dalam satu acara disebabkan berkelakuan tidak bensemangat kesukanan atau tidak senonoh, rujukan kesalahan tersebut hendaklah dicatatkan di dalam keputusan rasmi.

• Sekiranya seorang atlet diberl amaran kali kedua bawah Peraturan 125.5 kerana berkelakuan tidak bersemangat kesukanan atau tidak senonoh atau bawah Peraturan 162.5, beliau hendaklah disingkirkan dari acara tersebut.

• Jika amaran kali kedua diberi dalam acara lain, atlet tersebut hendaklah hanya disingkirkan dari acara kedua tersebut.

• Sebarang pencapaian yang dibuat dalam pusingan yang sama tidak dikira sah.

• Walaubagaimanapun, pencapaian yang dibuat dalam pusingan yang lalu acara itu, dalam acara yang lalu atau dalam acara individu Acara Bercampur yang lalu hendaklah dikira sah.

• Pembatalan dari sesuatu acara kerana berkelakuan tidak bersemangat kesukanan atau tidak senonoh boleh mengakibatkan atlet tersebut disingkirkan oleb Referi daripada mengambil bahagian dalam semua acara seterusnya , termasuk acara individu Acara Bercampur, dalam pertandingan itu.

• Sekiranya kcsalahan tersebut dianggap serius, Pengarah Pertandingan hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk diambil tindakan tatatertib selanjutnya mengikut Peraturan 60.4 (f)

PERATURAN 146Bantahan dan Rayuan

• Bantahan mengenai status seseorang atlet yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan mesti dikemukakan, sebelum bermulanya pertandingan tersebut kepada Wakil Teknikal.

• Setelah Wakil Teknikal membuat keputusan maka mereka yang berkenaan berhak membuat rayuan kepada Juri Rayuan.

• Sekiranya tidak dapat diseleaaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan, atlet terbabit hendaklah dibenarkan bertanding “dalam bantahan” dan perkara ini hendaklah dirujukkan kepada pihak Majlis IAAF.

• Bantahan mengenai keputusan atau pengendalian sesuatu acara hendaklah dibuat dalam tempoh masa 30 mint selepas keputusan rasmi acara tersebut diumumkan.

• Jawatankuasa Pengelola pertandingan hendaklah bertanggungjawab memastikan waktu pengumuman semua keputusan direkodkan.

Dalam Acara Padang, sekiranya seorang atlet membuat bantahan spontan secara lisan terhadap pencubaannya yang difaulkan, Referi acara berkenaan boleh menggunakan budi bicaranya, mengarahkan percubaann tersebut diukur dan direkodkan bagi menjaga kepentingan semua pihak yang berkaitan.

• Juri Rayuan hendaklah mendapatkan keterangan dari semua pihak yang berkenaan. Jika Juri Rayuan was-was, bukti lain yang diperolehi hendaklah dipertimbangkan. Jika bukti tersebut termasuk bukti video tidak dapat memberikan rumusan, keputusan Referi atau Ketua Hakim Lumba Jalan Kaki hendaklah diterima pakai

• Juri Rayuan boleh menimbang semula sesuatu keputusan jika terdapat bukti baru yang menyakinkan dengan syarat keputusan baru masih boleh digunakan

• Keputusan mengenai hal-hal yang tidak terkandung dalam Peraturan hendaklah dilaporkan kemudian oleh Pengerusi Juri Rayuan kepada Setiausaha Agung IAAF

• Keputusan Juri Rayuan adalah maksud dan tiada lagi hak untuk merayu, termasuk kepada Mahkamah Arbitrari Sukan.

PERATURAN 147Pertandingan Campuran

• Dalam semua pertandingan yang sepenuhnya dijalankan di dalam stadium, acara-acara campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan.

• Walaubagaimanapun acara campuran dalam acara padang dan acara 5000mke atas hendaklah dibenarkan dalam semua kejohanan

• Dalam pertandingan mengikut Peraturan, pertandingan campuran tersebut hendaklah dibenarkan datam sesuatu pertandingan tertentu jika diluluskan oleh badan berkuasa Wilayah berkaitan

PERATURAN 148Pengukuran

• Bagi Acara Balapan dan Padang dalam pertandingan mengikut Pesaturan 1.1(a), (b), (c) dan (f). Semua pengukuran hendaklah dibuat dengan menggunakan pita atau tolok pengukur keluli tentukur disahkan, atau tolok atau dengan alat pengukur saintifik.

• Pita keluli , tolok atau alat pengukuran saintifik hendaklah disahkan oleh IAAF dan ketepatan alat pengukur yang digunakan dalam pertandingan hendaklah disahkan oleh sesustu organisasi yang dilantik oleh pihak berkuasa timbang dan ukur kebangsaan supaya semua pengukuran tersebut hendaklah berdasarkan kepada pengukuran standard kebangsaan dan antarabangsa.

• Dalam pertandingan-pertandingan lain, alat pengukur kaca gentian boleh digunakan.

PERATURAN 149Kesahihan Pencapaian

I. Sebarang pencapaian yang dibuat oleh seseorang atlet tidak akan dikira sab melainkan ia dibuat dalam satu pertandingan rasmi yang dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan IAAF.

2. Pencapaian di acara yang lazimnya dikendalikan di stadium , luar tradisi ( saperti yang diadakan dataran, padang perbandaran, gelanggang atau di pantai, dll) adalah sah dan diiktiraf demi kegunaan semua sekiranya ia akur dengan syarat syarat berikut:

a) Badan yang berkuasa telah mengeluarkan permit mengikut Peraturan I hingga 3

b) Pegawai Teknikal yang bertauliah dilantik untuk bertugas di Kejohanan tersebut

c) Bila perlu, peralatan dan alat-alat adalah mengikut peraturan digunapakai.

d) Acara dijalankan atau di kemudahan yang mengakur dengan Peraturan 135 di mana Sijil Pengesahan telah dikeluarkan oleh seorang Jurukur Rasmi pada hari acara tersebut

PERATURAN 150 Rakaman Video

• Dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan mengikut Peraturan l.l(a), (b) dan (c), jika dapat dalam pertandingan lain, rakaman video rasmi semua acara, yang merakamkan ketepatan pencapain dan pelanggaran Peraturan, hendaklsh dibuat.

• Wakil Teknikal hendaklah berpuas hati dengan tahap rakaman tersebut.

PERATURAN 151Penskoran

• Dalam pertandingan yang ditentukan dengan pungutan mata, cara penskoran ini hendaklah dipersetujui terlebih dahulu oleh Negara-negara yang mengambil bahagian.

top related