penulisan proposal & laporan kajian

Post on 28-Jun-2015

2.049 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKAN

FORMAT PENULISAN

PROPOSAL / KERTAS CADANGAN

Apakah Proposal

Kajian Tindakan?

PROPOSALKAJIAN

TINDAKAN

Bila Kita Perlu

MenyediakanProposal?

Apakah Fungsi

Proposal?

Panduan Asas

MenyediakanProposal

Kajian Tindakan.

Adakah Proposal

Kajian TindakanMempunyai

Format YangKhusus?

ApakahSyaratUntuk

MendapatkanPembiayaanProposal?

Apakah Proposal Kajian Tindakan?

Penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan.

atau

Pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan.

Bila Kita Perlu Menyediakan Proposal?

Disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijalankan.

Boleh disediakan sepanjang tahun.

Apakah Fungsi Proposal?

Merupakan panduan semasa menjalankan kajian.

Membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang.

Apakah Syarat Untuk Mendapatkan Pembiayaan Proposal ?

Kelulusannya bergantung kepada:

Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian Objektif kajian Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan Bahan yang akan digunakan Kos yang terperinci

Adakah Proposal Kajian Tindakan Mempunyai Format Yang Khusus?

Tidak mempunyai format yang khusus.

Saranan BPPDP / EPRD: Proposal hendaklah ditulis

mengikut format yang dicadangkan bagi memudahkan proses membuat keputusan yang sistematik dan bermaklumat.

Adakah Proposal Perlu Dijilid Menggunakan ‘Hard cover”

atau “Comb-binding” ?

Tidak perlu.

Memadai jika ia dijilid menggunakan “staple” sahaja bagi memudahkan urusan merekod dan menilai proposal.

Menggunakan Kertas A4 berwarna putih.

CONTOH KULIT DEPAN

PANDUAN ASAS MENULIS PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MURID TINGKATAN ARIF MELALUI PENDEKATAN

PERMAINAN DOMINO

OlehAida Binti Ibrahim

Sk Seri Kampung Tengah,Km 5, Jalan Mersing,86000 Kluang, Johor.

Ogos 2009

KANDUNGAN DALAM PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

PANDUAN ASAS MENULIS PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk Kajian2. Nama Penyelidik3. Nama Sekolah4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu5. Fokus Kajian6. Objektif Kajian

i. Objektif Umumii. Objektif Khusus

7. Kumpulan Sasaran8. Tindakan Yang Dicadangkan

i. Tinjauan Awal Masalahii. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

9. Jadual Pelaksanaan Kajian10.Kos Kajian

Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji.

Ayat hendaklah positif dan ringkas.

Mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian.

1. TAJUK KAJIAN1. TAJUK KAJIAN

Contoh1:

Contoh2:

PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MURID TAHUN 5 ARIF

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MURID TAHUN 5 ARIF MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO

Hala tuju kajian

Sasaran Kajian

Tindakan / kaedah

Catatkan nama penuh penyelidik. Contoh:

AIDA BINTI IBRAHIM

1. NAMA PENYELIDIK

Sekiranya berkumpulan, catatkan nama ahli-ahli kumpulan.

Contoh:SALMI BINTI SALIMSALMAN BIN SALAM

• Catatkan nama sekolah beserta alamat lengkap.

• Contoh:SK PARIT KADZI,889, JALAN TEMENGGONG AHMAD,84000 MUAR, JOHOR.

3. NAMA SEKOLAH

Tuliskan dalam beberapa perenggan.

Tema / masalah / isu keprihatinan dikenal pasti dengan melihat kepada empat perkara utama dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

Guru Murid Isi kandungan pelajaran Persekitaran

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LALU

sambungan

Refleks pengalaman P & P lalu.

Kaitkan pengalaman P & P lalu dengan empat perkara utama itu supaya masalah menjadi

lebih jelas.

Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan untuk membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang telah dilaksanakan / berlaku.

Tuliskan dalam beberapa perenggan.

Fokuskan kepada satu masalah kecil / tajuk kecil dalam mata pelajaran yang diajar dan terangkan masalah yang dikenal pasti daripada refleksi yang dibuat.

Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, apakah perkara-perkara yang dijangkakan berlaku.

5. FOKUS KAJIAN

OBJEKTIF UMUM Menyatakan secara keseluruhan tujuan

kajian. Contoh :

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ..............

6.OBJEKTIF KAJIAN- Objektif Umum- Objektif Khusus

sambungan

OBJEKTIF KHUSUS

Berkaitan dengan aktiviti / tindakan yang akan

dijalankan.

Boleh diukur / dinilai semasa menjalankan aktiviti / tindakan.

Bukan hanya untuk mengubah sikap murid

tetapi juga merangkumi perubahan sikap guru dan cara menghadapi murid.

Contoh:

i. Meningkatkan bilangan kosa kata yang baru diketahui.

ii. Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh pelajar.

iii.Mengubah cara pengajaran guru supaya proses pembelajaran adalah menyeronokkan.

7. KUMPULAN SASARAN

Terdiri daripada kumpulan murid yang diajar oleh penyelidik.

Nyatakan: Kelas murid yang dikaji. Bilangan murid yang dikaji. Masalah murid yang dikaji.

Contoh:

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 20 orang pelajar Tingkatan 4 yang mempunyai masalah .....

i. Tinjauan Awal Masalah Cara-cara penyelidik mengumpul maklumat

ii. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.Senaraikan aktiviti yang akan dijalankan

Cadangkan pendekatan / kaedah yang kreatif dan inovatif

8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Boleh dibuat dalam bentuk jadual / carta Gantt.

Memasukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian.

Memasukkan tarikh tentatif kajian yang akan dijalankan.

Tarikh mungkin berubah mengikut keperluan keadaan semasa.

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Contoh:

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal.

5 Februari 2009

2 Menulis Proposal Kajian Tindakan 13 Februari 2009

3 Merancang Tindakan 18 Februari 2009

4 Melaksanakan Tindakan – aktiviti 1 23 Februari 2009

5 Melaksanakan Tindakan – aktiviti 2 5 Mac 2009

6 Ujian untuk mengesan pencapaian murid

19 Mac 2009

7 Refleksi Kajian 25 Mac 2009

8 Menulis Laporan Kajian Tindakan 30 Mac 2009

9 Pembentangan Dapatan Kajian 1 April 2009

Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti:

Apakah bahan yang akan digunakan? Kuantiti bahan yang akan digunakan. Harga seunit bahan yang diperlukan. Harga keseluruhan bagi bahan yang dipohon.

10. KOS KAJIAN

sambungan

Boleh abaikan item ini sekiranya guru tidak memerlukan peruntukan kewangan untuk menjalankan kajian tindakan.

Tidak boleh memasukkan perbelanjaan perjalanan, jamuan yang diadakan, cenderahati dan perkara-perkara lain yang tidak berkaitan.

Sila simpan semua resit pembelian bahan / alatan yang digunakan untuk tujuan tuntutan peruntukan yang telah diluluskan.

Contoh:

BIL JENIS BAHAN KUANTITI &

HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1 Kertas A4 10 x RM 8.00 RM 80.00

2 Dakwat Pencetak 1 x RM 65.00 RM 65.00

3 Buku Catatan Guru 1 x RM 2.00 RM 2.00

4 ‘White Board’(3’x2’) 1 x RM 45.00 RM 45.00

5 Photostat Bahan & Laporan Kajian

RM 50.00

JUMLAH RM 242.00

KAJIAN TINDAKAN

FORMAT PENULISAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Apakah Laporan Kajian Tindakan?

Mesra pembaca

Jelas

Sistematik SatuDokumentasi kajian yang ditulis secara:

Bilakah Laporan Kajian Tindakan Ditulis?

Ditulis sejak kita memulakan kajian sehinggalah kita selesai melaksanakan kajian.

Bagaimanakah Format Laporan Kajian Tindakan Ditulis?

Tidak mempunyai format yang khusus.

Secara asas, laporan hendaklah mengandungi bahagian-bahagian

berikut:

CONTOH KULIT DEPAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MURID TINGKATAN 5 ARIF MELALUI PENDEKATAN

PERMAINAN DOMINO

OlehAida Binti IbrahimSMK Tunku Putra,

Km 12, Tongkang Pecah,86310 Batu Pahat, Johor.

Ogos 2009

PANDUAN ASAS MENULIS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Halaman KandunganPenghargaanAbstrak1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu2. Fokus Kajian3. Objektif Kajian

i. Objektif Umumii. Objektif Khusus

4. Kumpulan Sasaran5. Pelaksanaan Tindakan

5.1 Tinjauan Awal Masalah5.2 Analisa Tinjauan Awal Masalah5.3 Tindakan Yang Dijalankan5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian

5.4.1 Pelaksanaan Aktviti 1i. Pemerhatianii. Refleksi

5.5 Refleksi Kajian6. Cadangan Kajian SeterusnyaBibliografiLampiran

KANDUNGAN DALAM LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PANDUAN ASAS MENULIS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Ditulis dalam satu muka surat.

Mengandungi senarai isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk.

ISI KANDUNGA

N

Mengandungi penghargaan kepada pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan.

PENGHARGAAN

Mengandungi maklumat umum/penting kepada pembaca tentang apa yang dikaji tanpa membaca keseluruhan laporan kajian.

Ditulis dalam satu perenggan dan satu muka surat.

ABSTRAK

Menggunakan Font 9 / 10 dan jenis tulisan Arial / Times New Roman.

Mengandungi: Tujuan Kumpulan Sasaran Fokus Kajian Tindakan Tinjauan Awal Pelaksanaan Kajian Dapatan Kajian

ABSTRAK

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN LALU

Seperti dalam proposal.

2. FOKUS KAJIAN

Seperti dalam proposal.

3.OBJEKTIF KAJIAN- Objektif Umum- Objektif Khusus

Seperti dalam proposal.

4. KUMPULAN SASARAN

Seperti dalam proposal.

5.1 Tinjauan Awal Masalah

Huraikan secara terperinci cara mengumpul maklumat.

Maklumat mungkin telah diperolehi melalui:Pemerhatian dalam kelasPemeriksaan buku latihanTemu bualSoal selidikUjian pra / topikal / bulanan

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.2 Analisa Tinjauan Awal Masalah

Buatkan jadual atau apa-apa bentuk ‘data display’ untuk menunjukkan bahawa anda telah mengumpul data.

Contoh:

Jadual 1: Pencapaian Murid Tahun 5A dalam Ujian Pra

GRED BILANGAN

A 24

B 7

C 6

D 0

E 0

JUMLAH MURID 37

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

i. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Contoh:

Sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi menangani masalah pelajar iaitu:

a. Aktiviti 1: .....b. Aktiviti 2: .....c. Aktiviti 3: .....

ii. Bahan-bahan yang digunakan. Contoh:Bahan-bahan yang digunakan.Aktiviti 1: .....Aktiviti 2: .....Aktiviti 3: .....

iii. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatiana. .....b. .....c. .....Tuliskan cara anda membuat pemerhatian untuk menguji keberkesanan tindakan / aktiviti.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1Huraikan cara pelaksanaannya.

i. PemerhatianSediakan jadual pemerhatian dan / atau huraikan apa yang dapat dilihat dari segi perubahan sikap pelajar terhadap aktiviti 1, respon guru dan perkara-perkara lain yang mungkin anda tidak jangkakan.

ii RefleksiHuraikan apa yang guru rasakan dari segi keberkesanan aktiviti 1 atau kegagalan aktiviti dan mengapa keadaan

ini terjadi.

( Huraian dalam bahagian ini bergantung kepada jumlah aktiviti yang telah dijalankan )

5.5 Refleksi Kajian

i. Penilaian Pencapaian Murid

Terangkan cara anda mengumpul maklumat / data untuk menilai

keberkesanan tindakan (aktiviti-aktiviti yang dijalankan).

Tuliskan analisis tersebut.

Jika anda telah menjalankan ujian pos atau ujian-ujian lain anda boleh

huraikan dapatan.

Contoh:

Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

0

10

20

30

40

50

60

70

80

P 1 P 2 P 3 P 4 P 5

Ujian Pra

Ujian Pos

ii. Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti

Yang Dijalankan

Tuliskan rumusan.

iii.Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah Dijalankan Secara Keseluruhan

Tuliskan apa yang anda rasakan setelah semua aktiviti atau tindakan dijalankan.

6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berikan cadangan aspek lain yang anda ingin kaji.

Atau

Aspek yang sama tetapi menggunakan tindakan / aktiviti-aktiviti lain.

Kajian tindakan seterusnya yang akan saya jalankan ialah berkaitan dengan isu ………

Atau

Oleh kerana kajian yang telah saya jalankan tidak berjaya maka saya akan menggunakan tindakan / aktiviti-aktiviti lain

untuk menangani isu ini.

Contoh:

BIBLIOGRAFI

Menyusun senarai bahan rujukan mengikut abjad bermula dengan nama pengarang, tahun, nama buku, penerbit.

Contoh:Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Dunn, T. (1997). Michel Foucault And The Politics Of Freedom. Thousand Oaks, CA: Sage

LAMPIRAN

Senaraikan pada penghujung laporan segala bahan yang digunakan dalam

kajian sebagai lampiran kajian.

Contoh: instrumen kajian contoh latihan pelajar dan lain-lain

top related