penulisan akademik

Post on 28-Jul-2015

240 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

GGGB6012PENULISAN AKADEMIK 1

AHLI KUMPULAN:

MOHAMMAD JAAFAR

MOHAMAD RIDUAN

SITI SURAINI

HAMZANIZA NOR

QAMRIANI

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. ZAMRI

MAHAMOD

TAJUK

MENGURANGKAN TAHAP KEBISINGAN PELAJAR MENGGUNAKAN GANJARAN DAN

HUKUMAN

PENGENALAN

Masalah kebisingan dalam kalangan pelajar boleh mengganggu proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Penggunaan kaedah ganjaran dan

hukuman dapat mengurangkan masalah tersebut.

MASALAH KAJIAN

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan lancar akibat kebisingan pelajar

di dalam kelas. Hal ini disebabkan oleh sikap pelajar yang suka bercakap dengan

rakan mereka.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan masalah kebisingan yang mengganggu

proses P&P.

OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus bagi kajian adalah untuk :

•Mengurangkan tahap kebisingan dengan menggunakan model hukuman dan

ganjaran.

•Menghasilkan satu strategi kawalan kelas yang berkesan bagi mengurangkan

masalah kebisingan di dalam kelas semasa proses P&P dijalankan.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana dapat membantu guru meningkatkan kefahaman pelajar

semasa P&P berlangsung. Selain itu, kajian ini juga dapat mengubah sikap pelajar

supaya lebih menumpukan perhatian semasa di dalam bilik darjah.

DEFINISI OPERASI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat :

•Kebisingan bermaksud suara yang tidak dikehendaki dan mengganggu manusia.

•Ganjaran bermaksud sesuatu yang diberikan atau yang diterima sebagai tanda

telah berjasa.

•Hukuman bermaksud denda yang dikenakan atas orang yang melakukan

kesalahan atau melanggar undang-undang.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara pemerhatian dan temu bual.

Pemerhatian dilakukan sepanjang proses P&P setelah kaedah ganjaran dan

hukuman diperkenalkan. Temu bual pula dilakukan kepada guru-guru yang telah

menggunakan kaedah tersebut.

top related