pentaksiran psikometrik ting 1 2012 (1)
Post on 31-Jul-2015
1.799 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pentaksiran PsikometrikPentaksiran Psikometrik
Akademik
PBS
Bukan Akademik
1. Pentaksiran Sekolah
2. Pentaksiran Pusat
1. Pentaksiran Psikometrik
2. PAJSK
UJIAN APTITUD• Aptitud
Umum• Aptitud
Khusus
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
INVENTORI PERSONALITI
Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)
Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran pembelajaran
• Tidak berjadual,
• Dicadangkan kepada semua murid
• Tidak berjadual • Tidak diwajibkan untuk semua murid
Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan
Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
LP sediakan item / instrumen dan manual yang komprehensif
Penskoran secara dikotomus, polikotomus, kadaran pilihan
Pelaporan secara deskriptif dan individu
3
Kandungan
Konsep1
Komponen2
Inventori Personaliti33
Ujian Aptitud44
Konsep
• kajian tentang jiwaPsiko
• measure/ukurMetrik
Mengukur dimensi yang berkaitan dengan kebolehan mental atau personaliti
Konsep
Tingkah laku
Fikiran
Emosi
Instrumen pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat kuantitatif tentang atribut-atribut (kapasiti atau keupayaan untuk bertindak balas, menstruktur atau menyusun pemikiran atau tingkah laku dalam suatu cara tertentu) psikologi yang terdapat dalam diri seseorang
Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat personaliti dengan tujuan;
Untuk mengukur aptitud, tret personaliti dan kecenderungan minat kerjaya murid.
Untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian murid .
Instrumen pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran.
Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran.
Komponen
Pentaksiran Psikometrik
Aptitud
Aptitud Am
Kecenderungan Minat Kerjaya
Penyelesaian Masalah
Aptitud Khusus
Inventori Personaliti
Komponen dan konstruk
(A)
1 Kemahiran berfikir
2 Kemahiran
menyelesaikan
masalah
(B)
3 Kecenderungan
Minat Kerjaya
Aptitud Am 1 Verbal Linguistik
2 Visual
3 Logik Matematik
4 Muzik
5 Naturalis
6 Kinestatik
7 Interpersonal
8 Intrapersonal
9 Existential
Aptitud Khusus
Konstruk Aptitud Khusus
1. Verbal Linguistik (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi.
2. Visual – Spatial (Pintar ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang.
3. Logikal- Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal.
4. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik.
5. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.
Konstruk Aptitud Khusus
6. Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.
7. Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.
8. Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan seseorang individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan.
9. Existential (Kewujudan): peka dan berkebolehan membincangkan hal–hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.
Inventori Personaliti
Membantu murid menyedari potensi /kekuatan dan kelemahan diri
Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid
Membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran
Inventori PersonalitiInventori
Personaliti
Membantu murid merancang hala tuju kerjaya
Komponen Personaliti
Intelektual
Kreatif
Kepelbagaian
Struktur
Analitikal
Menolong
Ekstrovert
Kritik diri
Autonomi
Agresif
Pencapaian
Resilien
Memimpin
Wawasan
Kejujuran
Tret Personaliti
Realistik
Investigatif
Artistik
Sosial
Enterprising
Konventional
Minat kerjaya
Definisi Konstruk Personaliti
• Individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.
Autonomi
• Individu berkebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan idea baru dan asli.
Kreatif
• Individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. Tidak menghiraukan perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri.
Agresif
Definisi Konstruk Personaliti
• Individu suka berada, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.Ekstrovert
• Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugas. Mahukan kejayaan dan suka persaingan walaupun banyak halangan.
Pencapaian
• Individu dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Sukakan pengalaman yang pelbagai ke arah perubahan berterusan.
Kepelbagaian
Definisi Konstruk Personaliti
• Individu berminat kepada aktiviti yang memberi cabaran dari aspek intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.
Intelektual
• Individu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.
Kepemimpinan
• Individu suka kepada perkara yang teratur, kemas, terperinci dan mengikut peraturan.
Struktur
Definisi Konstruk Personaliti
• Individu yang cekal, mempunyai daya tahan dan ikhtiar yang tinggi untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.
Resilien
• Individu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan kepada orang lain.
Menolong
• Individu yang suka membuat pemerhatian dan analisis sebelum membuat keputusan. Keputusan adalah berdasarkan fakta dan bukti..
Analitikal
• Individu yang tidak stabil dari aspek emosi dan psikologi. Mempunyai anggapan bahawa orang lain adalah lebih baik.
Kritik Diri
• Individu yang berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang tinggi, memikirkan idea-idea yang tidak terjangkau oleh orang lain, dan berkarisma.
Wawasan
• Individu yang telus dalam memberi maklum balas terhadap item ujian ini.Ketelusan
Definisi Konstruk Personaliti
Contoh Item Tret Personaliti
Bil Item Ya Tidak
1. Saya tidak sepandai rakan saya
2. Terus terang menyatakan kesalahan orang
3. Terus berusaha hingga berjaya
4. Memberi tempat duduk kepada wanita hamil
5. Resah apabila bersendirian
6. Saya tidak yakin berjaya dalam hidup ini
7. Tidak terikut dengan pujukan kawan
8. Memesan makanan mengikut selera sendiri
9. Memarahi pelayan jika pesanan lambat
10. Seronok dijemput ke majlis keramaian
Contoh Item Tret Personaliti
Bil Item Ya Tidak
11. Sering membuat pilihan salah
12. Saya tidak pernah marah
13. Saya membuat keputusan sendiri
14. Tidak menerima sesuatu bulat-bulat
15. Orang lain kata saya suka bercakap
16. Saya amat yakin saya boleh berjaya
17. Suka dipuji dikhalayak ramai
18. Saya tidak suka diarah
19. Saya memaksa seseorang bagi mendapatkan apa yang saya hendak
20. Saya tidak pernah cemburu
Tafsiran Skor- AgresifTahap Skor Tafsiran
Rendah 1-40% Anda seorang yang pasif, mudah dimanipulasi dan terlalu menjaga perasaan orang lain.
Sederhana 40-70% Anda seorang yang asertif, iaitu berani menyatakan hak, perasaan dan pandangan sendiri tanpa menafikan hak dan perasaan orang lain.
Tinggi 70-90% Anda seorang yang cepat bertindak tanpa berfikir, sangat berterus terang tanpa menghiraukan perasaan orang lain, sangat tegas dalam mempertahankan hak dan yang penting matlamat anda tercapai.
Inventori Minat dan Kerjaya
Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973, 1985, 1996) mengutarakan empat andaian asas yang menjadi nadi dan teras kepada teori ini
Holland- Andaian 1
TERDAPAT
6 JENIS PERSONALITI
Realistik
Investigatif
Artistik
Sosial
Enterprising
Konvensional
Holland- Andaian 2
Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan di dominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K).
Ringkasan bagi enam jenis persekitaran pekerjaan ini ialah RIASEK.
Holland- Andaian 3
Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut.
Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang selaras dengan personalitinya. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.
Holland- Andaian 4
Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya.
Apabila kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitaran, secara tidak lansung kita akan dapat meramalkan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.
Definisi Operasional: RealistikBil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya
1. Realistik
(Membuat)
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.
Contoh pekerjaan: jurutera, jurubina, animator, pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi, pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin, mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot.
Tret Personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya
2. Investigatif
(Memikir)
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi, psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi, profesor, guru sains dan matematik.
Tret Personaliti: pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu.
Definisi Operasional: Investigatif
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya
3. Artistik
(Mencipta)
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.
Contoh pekerjaan: Arkitek, penulis seni kreatif, artis, pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis, wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen, juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek.
Tret Personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulin, bebas, sensitif dan idealistik.
Definisi Operasional: Artistik
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya
4. Sosial
(Menolong)
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.
Contoh pekerjaan: guru, pensyarah, kaunselor, pekerja sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari/ pramugara dan pemandu pelancong.
Tret Personaliti: sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Definisi Operasional: Sosial
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya
5. Enterprising
(Memujuk)
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
Contoh pekerjaan: usahawan, pengarah syarikat, spekulator, eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen pelancongan.
Tret Personaliti: ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.
Definisi Operasional: Enterprising
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya
6. Konvensional
(Mengurus)
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan kerja berstruktur, teratur, melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.
Contoh pekerjaan: kerani, setiausaha, penyimpan kira-kira, guru perdagangan/ guru perakaunan, akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit, juruwang dan pegawai perangkaan.
Tret Personaliti: berstruktur tinggi, teliti, teratur, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan dan rutin, menurut perintah, cermat dan cekap mengemaskini.
Definisi Operasional: Konvensional
Contoh Item Minat-Kesukaan
Bil. Item YA TIDAK
1. Membuat kerja tangan
2. Membaca buku mengenai komputer
3. Meminati suasana zoo
4. Melawat pameran hiasan dalaman
5. Menghayati keindahan alam
6. Mendengar masalah rakan
7. Melakukan aksi ngeri
8. Menulis sajak
9. Menghias taman
10. Mencuba masakan baru
MODEL HEXSAGON HOLLANDInventori Minat dan Kerjaya
R I
K A
E S
Jenis personaliti tertentu memerlukan jenis persekitaran yang tertentu juga.
Cth 1: Darjah keselarasan yang tinggi berlaku apabila jenis personaliti Sosial berada dalam persekitaran Sosial juga. Padanan ini merupakan padanan yang tepat.
Cth 2: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang berhampiran iaitu persekitaran Enteprising atau Artistik, maka darjah keselarasannya berlaku secara sederhana.
Cth 3: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang bertentangan seperti Realistik, menunjukkan tiada keselarasan berlaku. Hasil ketidakselarasan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati, menghasilkan perlakuan kerja yang tidak berkesan dan menjadikan individu merasa kurang stabil dari segi kepuasan kerja dan gaya hidup.
KESELARASAN / KONGRUENS
KESELARASAN / KONGRUENS
R I
K A
E S
S-S : Keselarasan tinggiS-A : Keselarasan sederhanaS-E : Keselarasan sederhanaS-R : Tiada keselarasan
PERSONALITI PERSEKITARAN
KERJAYA
TAHAP
KONGRUEN
SOSIAL DENGAN SOSIAL TEPAT / TINGGI
SOSIAL DENGAN ARTISTIK SEDERHANA
SOSIAL DENGAN REALISTIK TIADA
KESELARASAN / KONGRUENS
Contoh Item Ujian Aptitud
4. Menerangkan diri saya sepenuhnya
3. Menerangkan sebahagian diri saya
2. Menerangkan sedikit mengenai saya
1. Tidak menerangkan diri saya
Item Ujian
1. Muzik sangat penting dalam kehidupan seharian saya
2. Tugasan bernombor mudah untuk saya
3. Saya suka hadir ke majlis sosial
4. Saya sayang haiwan peliharaan
5. Membaca peta adalah mudah bagi saya
6. Saya boleh memainkan alat muzik dengan baik
7. Saya boleh melukis dengan baik
Skala Penskoran
Pilih satu bentuk yang anda suka!
PROFIL DIRI ANDA Mempunyai arah tuju yang jelas Empunyai wawasan Bercita-cita tinggi untuk mencapainya Rajin dan bersungguh-sungguh dalm
melaksanakan tugas Sanggup meninggalkan kawan demi
matlamatyang ingin dicapai
• Tidak puas dengan keadaan biasa Berani mengambil risiko Suka tingkah laku serius
PROFIL DIRI ANDA
Sangat logikal
Menilai sesuatu secara lebih objektif
Mengutamakan panduan dan peraturan Mementingkan keadilan Mengutamakan fokus & matlamat terperinci daripada khabar angin
Mementingkan keharmonian Mempunyai kemahiran interpersonal Yang baik Selesa bergaul dengan orang lain Mempunyai ramai kawan Mudah memahami perasaan orang lain dan bersifat assertif Suka seks dan keseronokan
Tahap-tahap Ketekalan Holland
Tahap ketekalan Pola-Pola PersonalitiTinggi RI, RK, IR, IA, AI, AI, SA, SE, ES, EK,
KE, KR
Sederhana RA, RE, IS, IK, AR, AE, SI, SK, EA, ER, KS, KI
Rendah RS, IE, AK, SR, EI, KA
top related