pentadbiran buruhl- tug. 1
Post on 27-Oct-2015
255 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
PENUBUHAN KESATUAN KAKITANGAN TEKNIKAL UUM
(KESKTUUM)
1.0 PENGENALAN
Menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan sekerja di Malaysia
didefinasikan sebagai sebuah persatuan atau gabungan majikan atau pekerja
yang bekerja di Malaysia. Menurut peruntukan ini, keahlian sesuatu kesatuan
sekerja dalam sektor awam atau swasta hendaklan terdiri daripada pekerja
atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan atau industri yang tertentu atau
seakan-akan sama. Pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana
mereka sedar bahawa secara kolektif mereka akan berada dalam kedudkan
yang membolehkan mereka meminta gaji yang lebih tinggi dan syarat-syarat
pekerjaan yang lebih baik daripada majikan mereka.
Sejarah penubuhan kesatuan sekerja bermula di Britain hasil daripada
perkembangan pesat pembukaan kilang dalam pelbagai bidang dan cabnag
industri. Kesatuan sekerja mula mendapat hak pada tahun 1915 seterusnya
menjadi ikutan di seluruh dunia. Fokus utama penubuhan kesatuan sekerja
adalah untuk menjaga kebajikan pekerja seperti isu gaji, keselamatan dan
kesihatan pekerja, kuliti hidup, pembangunan sumber manusia dan lain-lain
isu yang melibatkan pekerja. Menurut Balakrishnan (2003) menyatakan fokus
kesatuan sekerja adalah seperti untuk memperluaskan ruang antara
NO.MATRIK : 192973 1
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
pembahagian pendapatan dengan kekayaan dalam masyarakat,
memperkembang sektor informal dalam pasaran buruh, kemerosotan
keselamatan dalam sistem pekerjaan, upah benar dan faedah minimum
pekerja menurut undang-undang, isu pengangguran dan guna tenaga,
peningkatan dari segi kadar kemiskinan, hilangnya ciri demokrasi dan juga
hak kesatuan sekerja tempat kerja dan penswasta tanpa mengambil kira
kesan-kesan sosial terhadap golongan pekerja.
Antara kesatuan sekerja yang bersifat nasional ialah seperti Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan
(CUEPACS), Kesatuan Guru-Guru (NUTP),
2.0 PERANAN KESATUAN SEKERJA
Peranan kesatuan sekerja amat penting dalam memainkan peranan
membela nasib pekerja. Peranan kesatuan sekerja secara umumnya dapat
dilihat dalam kontek membela pekerja-pekerja dari segi isu hak gaji minimum,
hak-hak pekerja dari segi keselamatan, kesihatan, kebajikan, pembangunan
diri dan hak-hak yang lain. Antara isu-isu yang diperjuangkan dan memainkan
peranan kesatuan sekerja adalah seperti berikut :
NO.MATRIK : 192973 2
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
2.1 Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum
Terdapat perbezaan yang ketara di antara gaji terendah dalam
sektor swasta dan sektor awam meskipun jenis pekerjaan dan
deskripsi tugas hampir sama. Kesatuan sekerja berperanan
mengangani masalah ini dengan meminta kerajaan menetapkan gaji
minimum yang lebih tinggi sesuai dengan peredaran masa agar para
pekerja dapat menikmati hidup yang lebih selesa terutamanya yang
tinggal di bandar-bandar besar yang menanggung kos sara hidup yang
tinggi. Kerajaan Malaysia baru-baru ini bersetuju untuk mengeluarkan
pekeliling agar gaji minimum sektor awam dan swasta dinaikan
menjadi RM 900.00 sebulan. Ini adalah salah satu kejayaan yang
dimainkan oleh CUEPACS dalam isu gaji minimum yang telah lama
diperjuangkan.
2.2 Membantu menangani kegawatan ekonomi
Kesatuan sekerja boleh membantu kerajaan dalam menangani
krisis ekonomi yang melanda negara dengan menyertai Jawatankuasa
Bertindak NGO Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara.
Kesatuan sekerja juga boleh mengadakan kempen-kempen
menyedarkan ahli-ahlinya mengenai kegawatan ekonomi dan
NO.MATRIK : 192973 3
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
mendorong mereka membeli barangan perlu sahaja selain
meningkatkan amalan membeli barang tempatan dan menjimatkan
tenaga elektrik, petrol dan air. Dalam kegawatan ekonomi juga, isu
majikan membuang pekerja juga sering terjadi dan kesatuan boleh
mengambil tindakan supaya majikan memberi pampasan yang
sewajarnya kepada pekerja yang diberhentikan. Isu penamatan
pekerja asing pula perlu ditangani dengan adil supaya pihak luar tidak
memandang negara ini sebagai majikan yang kejam.
2.3 Menangani isu pekerja wanita
Pada hari ini, pekerja wanita memainkan peranan penting
dalam sesebuah organisasi. Kesatuan sekerja melihat isu pekerja
wanita seperti kurangnya wanita memegang jawatan-jawatan penting
dan pengurusan dan pembuat keputusan, gangguan seksual di tempat
kerja dan kebajikan pekerja wanita seperti cuti bersalin dan menjaga
anak. Namun, di Malaysia, CUEPACS telah berjaya mendesak
kerajaan untuk memberi cuti bersalin yang lebih panjang iaiatu
sehingga 3 bulan, melantik wanita sebagai pengurus-pengurus dan
pegawai-pegawai tinggi di jabatan-jabatan kerjaan dan menyediakan
pusat-pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk memudahkan
ibubapa yang berkerja.
NO.MATRIK : 192973 4
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
2.4 Mempercepatkan penyelesaian pertikaian perdagangan
Menurut statistikJabatan Perhubungan Industri, bilangan
pertikaian perdagangan yang berlaku adalah melebihi 700 kes setiap
tahun dan hanya sekitar 500 kes dapat diselesaikan. Dalam hal ini,
kesatuan sekerja memainkan peranan dalam mendesak kerajaan
mempercepatkan proses penyelesaian dengan mencadangkan
pindaan kepada Akta Perhubungan Industri 1967.
Kesatuan sekerja juga berperanan dalam menyeru ahli-ahli
kesatuan mendokong cita-cita kerajaan dengan mempelajari ilmu
sistem maklumat dan computer yang boleh meningkatkan
keberkesanan pentadbiran kerajaan menerusi kerajaan elektronik,
sekolah bestari dan sebagainya. Ahli-ahli kesatuan yang mahir dalam
penggunaan computer sewajarnya melatih pekerja-pekerja yang
kurang mahir untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
mereka dengan penggunaan komputer dan sistem maklumat.
NO.MATRIK : 192973 5
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
3.0 PROSEDUR MENUBUHKAN KESATUAN SEKERJA
Penubuhan sesebuah kesatuan sekerja mestilah tertakluk kepada
peraturan dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bagi menubuhkan Kesatuan
Kakitangan Teknikal UUM sebagai sebuah kesatuan sekerja yang berdaftar
dan sah dari segi undang-undang negara, beberapa langkah perlu diambil.
Langkah pertama ialah membuat permohonan kepada Ketua Pengarah
Kesatuan Sekerja Malaysia untuk mendaftarkan kesatuan tersebut. Menurut
Seksyen 8 Akta Kesatuan Sekerja 1959, tiap-tiap kesatuan sekerja yang
ditubuhkan perlu mohon untuk didaftarkan dalam tempoh satu bulan dari
tarikh ia ditubuhkan. Permohonan kepada Ketua Pengarah dalam borang
yang telah ditetapkan dan ditandatangan oleh sekurang-kurangnya tujuh
orang anggota kesatuan yang diantaranya terdiri darpada pegawai-pegawai
kesatuan.
Perkara-perkara dan butir-butir berikut hendaklah dilengkapkan
apabila memohon pendaftaran iaitu :
1) yuran pendaftaran
2) satu salinan beretak kaedah-kaedah kesatuan sekerja yang
ditandatangan oleh anggota yang membuat permohonan
3) suatu penyata yang mengandungi butiran berikut :
i) nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat permohonan
ii) nama kesatuan sekerja itu dan alamat ibupejabatnya
NO.MATRIK : 192973 6
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
iii) nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai kesatuan sekerja
itu dan maklumat lain mengenai pegawai-pegawai yang diperlukan
supaya diberi oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu kes
Setelah Ketua Pengarah menerima sessuatu permohonan, kesatuan tersebut
akan didaftarkan dan diberikan sijil pendaftaran yang sah.
4.0 PROSEDUR MENGADAKAN PERUNDINGAN DENGAN MAJIKAN
Setelah penubuhan Kesatuan Kakitangan Teknikal UUM telah
diluluskan dan didaftarkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan, agenda pertama
yang ingin dilakukan ialah mengaakan perundingan dengan majikan untuk
membincangkan isu-isu seperti kenaikan pangkat kakitangan teknikal,
keselamatan kakitangan di tempat kerja bagi yang bekerja di tempat dan
norma kerja yang berisiko tinggi, isu pakaian seragam yang lewat dan tidak
mengikut piawaian yang ditetapkan, elaun lebih masa, kebajikan dan lain-lain
isu yang ingin dibangkitkan oleh kakitangan. Justeru itu, Presiden dan
jawatankuasa tertinggi kesatuan perlu mengambil tindakan-tindakan yang
perlu dalam mengatur perbincangan dengan Pendaftar UUM untuk
mengadakan satu perjumpaan secara formal.
Sebelum kesatuan menjemput Pendaftar untuk satu majlis
perundingan, kesatuan sendiri perlu mengadakan perjumpaan dengan semua
NO.MATRIK : 192973 7
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
ahli untuk memberi ruang kepada semua ahli menyatakan dan menyuarakan
apakah isu-isu yang berbangkit di kalangan mereka. Ini dapat memberi
gambaran yang jelas tentang permasalahan dan isu-isu berkaitan kakitangan
yang akan dibawa dalam perundingan bersama Pendaftar. Borang soal
selidik dan juga cadangan boleh juga diberi kepada kakitangan sebagai bukti
setiap individu menyatakan keperluan dan kehendak mereka dari majikan.
Biasanya perjumpaan dengan ahli menjadi hangat dengan isu-isu yang
dibangkitkan terutamanya berkaitan kebajikan kakitangan seperti elaun lebih
masa yang sering dipotong dan lewat dibayar, beban kerja yang terlalu
banyak akibat majlis-majlis di universiti yang begitu banyak diadakan dan
ketiadaan ruang kepada kakitangan untuk menghadiri kursus-kursus dan
seminar di luar kampus akibat kekangan tugas.
Presiden dan Setiusaha serta Ahli Jawatankuasa kesatuan perlulah
mencatatkan setiap isu yang timbul dan membuat kertas kerja untuk
dibincangkan dalam perjumpaan dengan Pendaftar. Setelah semuanya
disiapkan, Presiden akan membuat temujanji dengan Pendaftar untuk
mendapatkan tarikh dan masa yang sesuai untuk mengadakan perbincangan
antara jawatankuasa kesatuan bersama Pendaftar. Setelah itu, surat
jemputan akan dikeluarkan kepada Pendatar dan setiap ahli jawatnkuasa
untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Presiden dan ahli jawatnkuasa
mestilah bersedia dengan alasan-alasan yang kukuh mengenai apa sahaja
perkara yang dibangkitkan dan yakin untuk bersemuka dengan Pendaftar.
NO.MATRIK : 192973 8
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
4.1 Perlaksanaan Perundingan
Dalam mengadakan perundingan antara kakitangan dan
majikan, tidak dapat lari dari dua bentuk perlaksanaan perundingan
iaitu perundingan distributif dan perundingan intergratif. Perundingan
distributif ialah proses tawar-menawar antara pekerja dan majikan
yang dan terdapat satu pihak yang memberi dan satu pihak lagi
menerima. Biasanya pekerja banyak meminta kepada majikan seperti
kenaikan gaji, tuuntutan elaun dan lain-lain faedah kepada mereka dan
majikan kadangkala terpaksa menurut kehendak pekerja bagi
memastikan hak dan kehendak mereka dipenuhi demi kebaikan
bersama. Namun terdapat juga pihak majikan yang menerima
kebaikan dan pekerja terpaksa menurut seperti menggantikan tuntutan
elaun lebih masa kepada cuti ganti bagi menjimatkan kewangan.
Perundingan distributif biasanya menjadi isu yang panas kerana
satu pihak pasti mengalami kerugian dan satu lagi mendapat
keuntungan hasil dari perlaksaaan sesuatu perkara yang dipersetujui
berama. Bagi mencapai kata sepakat, pihak yang mengalami kerugian
perlu mengalah dan pihak yang satu lagi akan menggunakan elemen
paksaan atau kepentingan mereka untuk mendapat kelebihan di atas
sesuatu permintaan tersebut.
NO.MATRIK : 192973 9
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
Perundingan intergratif atau koperatif pula ialah dimana tiada
mana-mana pihak yang rugi atau untung. Kedua-dua mendapat
manfaat dan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk kedua-
dua belah pihak. Ini juga disebut ’win-win situation’ atau situasi
menang-menang. Contohnya jika pekerja mohon untuk kenaikan gaji,
majikan boleh memberi kenaikan gaji dengan syarat produktiviti
ditingkatkan dan memaksimukan waktu bekerja. Jika kedua-dua pihak
bersetuju, maka perlaksaan tersebut akan menguntungkan kedua-dua
belah pihak. Tawar-menawar ketika perundingan diadakan adalah satu
perkara yang sangat kritikal dan sangat penting dalam meningkatkan
kecekapan dan penambahbaikan kepada organisasi.
4.2 Strategi Perundingan Berkesan
Bagi menjamin keberkesanan sesuatu rundingan, kedua-dua
belah pihak iaitu ahli jawatankuasa kesatuan yang mewakili pekerja
dan Pendatar di pihak majikan perlu bijak dalam memenuhi setiap
tuntutan. Justeru, sebelum sesuatu rundingan diadakan, pihak
jawatnkuasa kesatuan sendir perlulah mengadakan perbincangan
bersama kakitangan untuk menentukan isu-isu yang betul-betul
memerlukan perhatian dan tindakan dari Pendaftar. Jika isu-isu yang
lapuk dan remeh dibawa bersama ke meja rundingan, satu imej yang
kurang baik ditonjolkan kepada Pendaftar menunjukan pihak kesatuan
NO.MATRIK : 192973 10
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
tidak menjalankan kajian atau berbincang dahulu sesama ahli. Ini
menunjukan kelemahan kesatuan kepada majikan yang boleh
menyebabkan isu-isu lain yang lebih penting tidak diberi perhatian. Ahli
jawatankuasa kesatuan perlu menunjukan kematangan dan
kebijaksanaan dalam isu seperti mengetahui isu-isu semasa dan
perkembangan di organisasi yang serupa mengenai kelebihan-
kelebihan yang mereka perolehi, syarat-syarat yang perlu dipenuhi
dalam membuat sesuatu tuntutan, prosedur-prosedur yang terlibat
serta implikasi dari kewangan dan perundangan serta tertakluk di
bawah perkhidmatan awam di Malaysia.
Bagi pihak majikan pula, tidak semestinya menerima bulat-bulat
cadangan dan usul yang dibangkitkan. Pihak majikan perlu bijak untuk
memberi cadangan balas ke atas sesuatu tuntutan yang dibangkitkan
agar setiap tuntutan yang dipenuhi itu akan mendatangkan situasi
menang-menang kepada kedua-dua belah pihak. Setiap tuntutan
mestilah rasional dengan kedudukan kewangan organisasi dan
tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Awam Malaysia. Pihak majikan
juga tidak boleh sewenang-wenangnya meolak sesuatu tuntutan tanpa
mengkaji kebaikan dan keburukan serta keperluan tuntutan tersebut.
Pihak majikan juga harus sabar dan tenang dalam memenuhi setiap
tuntutan dari pekerja dan tidak perlu melenting dan menggunakan
kuasa yang ada untuk tidak menyokong atau menolak sesuatu
NO.MATRIK : 192973 11
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
tuntutan. Sekiranya sesuatu tuntutan itu perlu ditolak akibat kekangan
dari pihak majikan, ianya mestilah disertakan dengan alasan yang
kukuh dan meyakinkan kakitangan bahawa tuntutan tersebut tidak
dapat dilaksanakan dan lebih baik lagi majikan mencadangkan
tindakan alternatif untuk menggantikan sesuatu tuntutan yang ditolak.
Contohnya jika tuntutan lebih maa yang terlalu tinggi dan tidak dapat
dibayar oleh majikan, maka majikan boleh mengusulkan cuti ganti bagi
kepada kaitangan tersebut.
4.3 Tindakan-Tindakan Sekiranya Perundingan Tiada Penyelasaian
Sekiranya perundingan antara majikan dan pekerja tidak
menemui jalan penyelesaian dan kedua-dua pihak berkeras dengan
keputusan masing-masing, perkara tersebut perlu dirujuk kepada
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM). JPPM
memainkan peranan penting dalam memelihara dan mengekalkan
perhubungan perusahaan yang harmoni di antara para majikan, warga
pekerja dan kesatuan sekerja.
Bagi merealisasikan tujuan ini, setiap pertikaian antara majikan
dan pekerja atau kesatuan sekerja mereka perlu ditangani dengan baik
dan berkesan agar pihak-pihak yang bertikai berpuashati dengan
kaedah dan sistem penyelesaian yang dilaksanakan. Kegagalan
NO.MATRIK : 192973 12
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
menangani pertikaian perusahaan denganbaik boleh mencetuskan
suasana yang menggugat keharmonian organisasi. Salah satu usaha
yang boleh diambil ialah melalui rundingan damai.
Rundingan da,\mai atau ’conciliation adalah proses untuk
mencari jalan penyelesaian ke atas sesuatu pertikaian antara dua
pihak yang melibatkan pihak ketiga (Hj. Md. Sabri, 2001). Tugas JPPM
sebagai pihak ketiga dalam rundingan damai bagi sebarang pertikaian
yang berlaku di antara majikan dan pekerja yang tidak menemui jalan
penyelesaian. Tugas ini dipikul demi memastikan perhubungan
perusahaan dan keharmonian sesebuah organisasasi. Proses
penyelesaian pertikaian perusahaan dan rayuan pemulihan kerja
dijalankan oleh JPPM mengikut prosedur seperti berikut :
1) Langkah Pertama
Perundingan yang diadakan di antara kesatuan/pekerja dengan
majikan di peringkat syarikat mengikut prosedur kilanan (grievance
procedure) yang ditetapkan di dalam perjanjian kolektif atau
mengikut prosedur yang sedia ada di syarikat (jika tiada perjanjian
kolektif)
NO.MATRIK : 192973 13
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
2) Langkah Kedua : Rundingan Damai (Conciliation)
Sekiranya penyelesaian tidak tercapai melalui langkah pertama,
tindakan berikut boleh diambil :
i) Mana-mana pihak boleh melaporkan kepada JPPM untuk
meminta bantuan bagi menyelesaikan pertikaian yang telah
wujud
ii) Bagi pekerja yang tidak berpuashati dengan penamatan
perkhidmatannya pula perlu memfailkan representasi kepada
JPPM untuk dipulihkan semula ke jawatan aalnya dalam tempoh
60 hari selepas ditamatkan perkhidmatan sekiranya mereka
ditamatkan perkhidmatan atau menganggap telah ditamatkan
perkhidmatan oleh majikan secara tidak adil.
JPPM di peringkat negeri/daerah akan membantu kedua-dua
pihak majikan dan pekerja mencari jalan penyelesaian yang segera
sebagaimana yang dinyatakan di bawah Subseksyen 20(2) APP 1967.
Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas mengenai langkah yang perlu
diambil bagi mencari jalan penyelesaian yang segera, namun amalan
yang dilaksanakan ialah menjalankan rundingan damai bagi mencari
jalan penyelesaian secara damai. Bagaimanapun, Subseksyen 19A
dan 19B APP 1967 secara tidak langsung menyatakan prosiding
perdamaian boleh dilakukan oleh menteri dan perwakilan dalam
prosiding rundingan damai.
NO.MATRIK : 192973 14
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
5. RUMUSAN
Kesatuan sekerja merupakan mediaum yang terbaik bagi pekerja
menyuarakan pendapat dan menuntut hak-hak mereka kepada majikan.
Boleh dikatakan setiap organisasi samada swasta mahupun jabatan kerajaan
mempunyai kesatuan kerja masing-masing bagi memastikan kakitangan
mereka dapat menyuarakan tuntutan dan sebagainya secara sah dan
mengikut undang-undang.
Peranan kesatuan sekerja adalah penting dalam menjaga kepentingan
beberapa pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan
produktiviti dan kualiti hidup supaya negara dapat membangun dengan
pantas dalam merealisasikan wawasannya. Pergerakan kesatuan sekerja
berpendapat bahawa pekerja-pekerja bukan semata-mata faktor
pengeluaran. Mereka sewajarnya dihargai sebagai rakan kemajuan dan perlu
dilayan berdasrakan pengiktirafan dan status mereka dalam masyarakat.
Kesatuan sekerja berharap kerajaan dan majikan tidak meminta kesatuan
sekerja menjadi rakan hanya pada waktu-waktu sukar dan mengetepikan
atau mengabaikan pekerja-pekerja apabila keaadaan ekonomi merudum.
Walaubagaimanapun, dalam menjayakannya, semua kesatuan sekerja yang
wujud di negara ini perlulah bersatu padu dan mengelakan pertelingkahan
sesama mereka.
NO.MATRIK : 192973 15
GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
RUJUKAN
Goh Chen Chuan (1998). Akta Pekerjaan Dan Undang-Undang Buruh Malaysia. Leeds Publication,. Kula Lumpur
Kamal Halili Hassan (1990). Hubungan Undang-Undang Majikan Dan Pekerja. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Wu Min Aun (1985). Undang-Undang Perhubungan Perusahaan Di Malaysia. Heinemann (Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
www.http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/11 Kesatuan Sekerja
www.http ://gakumip.blogspot.com/2008/09/ Peranan kesatuan
NO.MATRIK : 192973 16
top related