pentadbiran brooke di sarawak

Post on 21-Jun-2015

5.190 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, 11-12 April 2013 di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

TRANSCRIPT

PENTADBIRAN

BROOKE DI SARAWAK

PENDEKATAN VISUAL :

Dr. Suffian Mansor dan Cik Rozaini Binti Ahmad

PENDEKATAN VISUAL :

menggunakan bahan-bahan seperti video, gambar.

Penggunaan visual boleh digunakan dalam topik pentadbiran Brooke di

Sarawak.

bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar dalam

menyampaikan isi pelajaran.

Creating ( mencipta, membentuk idea kreatif )

Evaluating ( menentukan keputusan yang diperoleh )

Analyzing ( merumuskan jawapan yang diperoleh )

Applying ( mengaitkan dan menggunakan maklumat )

Understanding ( memahami maklumat atau situasi )

Remembering ( mengingati kembali )

HIGHER ORDER THINKING SKILLS ( HOTs )

Sarawak Dahulu

Gua Niah

Penemuan di Gua Niah membuktikan Sarawak merupakan sebuah penempatan terawal manusia iaitu kira-kira 40,000 tahun dahulu.

Buktinya, turut dijumpai kesan penempatan manusia Zaman Batu yang mendiami di gua tersebut. Contohnya,

penemuan tengkorak, tulang-tulang manusia zaman purba, pasu-pasu dan sebagainya. Namun sejarah Sarawak tidak begitu jelas selepas itu.

.

Nama Sungai Sarawak pula adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni.

Namun ada yang mengaitkan Sarawak dengan nama sungai yang terdapat di Kuching ketika itu iaitu Sungai Sarawak

Sumber: Google images

Charles Brooke memerintah Sarawak selama hampir 50 tahun dan meninggal dunia di England pada 17 Mei 1917. Sarawak seterusnya diserahkan kepada anaknya Charles Vyner Brooke di Sarawak. Beliau merupakan pemerintah terakhir daripada Dinasti Raja Brooke di Sarawak. Beliau memerintah Sarawak sehingga Sarawak ditakluki dan diduduki oleh tentera jepun pada Disember 1941.

PERKEMBANGAN SARAWAK ERA PENTADBIRAN BROOKE

• berusaha menamatkan amalan pemburuan kepala dan perhambaan. Satu kod undang-undang diperkenalkan untuk menjaga keamanan negeri.

•ditubuhkan oleb persatuan Cina di Sarawak pada zaman Brooke termasuklah Hokkien Free School ( 1912 ).

•1883 Sekolah Melayu Bantuan Kerajaan pertama hanya didirikan.dikenali sebagai sekolah Abang Kassim di Kampung Jawa, Kuching

• James Brooke memperkenalkan pemerintahan monarki dan melalui sistem ini raja berkuasa mutlak.

• pemerintahan Charles Brooke, beliau menubuhkan Majlis Negeri untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran

• Politik • mengekalkan pentadbiran

tradisional Sarawak.

• Pembesar-pembesar Melayu yang disingkirkan oleh Pangeran Mahkota dahulu dilantik semula termasuklah Datu Patinggi, Datu Temenggung, Datu Bandar dan Datu Imam

Sosial

1883 ,pembangunan sistem perhubungan dan terbinanya jalan raya pertama yang dibina untuk menghubungkan Kuching dengan Penrissen di Bahagian pertama Sarawak hari ini.

9 April 1916 ,kereta api di Sarawak ialah dari kuching melalui serian sehingga ke Batu 10 mula beroperasi

Ekonomi

Raja Charles Brooke, menggalakkan kemasukan imigran cina secara besar-besaran bermula pada tahun 1880-an.

mengaturkan sistem pembahagian masyarakat di mana tiap-tiap komuniti yang besar .

Orang Melayu, khasnya Kelas Perabangan diberi peranan istimewa dalam politik dan pentadbiran, orang Iban diberi peranan khas dalam bidang military dan keselamatan, dan orang Cina ditugaskan untuk membangunkan ekonomi.

1870-an beliau menggalakkan penghijrahan orang Iban ke Rejang, Balleh, Trusan dan Baram supaya memajukan kegiatan pertanian hasil hutan contohnya, damar, rotan engkabang, kapur barus

1928,perkhidmatan udara untuk tujuan pertahanan telah dimulakan.1

938, lapangan terbang Kuching di Bukit Stabar ( Batu 7 ) telah siap dibina.

PENDIDIKAN

1870-an sekolah Cina telah ditubuhkan di kawasan perlombongan emas di paku dan Bau

Memahami diperingkat sejarah awal kemunculan Sarawak.

Pelajar akan berupaya dalam mengenal pasti perjalanan sejarah Sarawak sehingga campur tangan barat.

Standard Pencapaian

Pelajar akan berjaya :

Berdasarkan HOTs diawal sejarah Sarawak

Hingga akhir pentadbiran Brooke pelajar

Akan berjaya mengenal pasti personaliti

Penting yang menggerakkan pentadbiran

Sarawak.

RINGKASAN

TUGASAN

Tugasan 1

Pelajar diberikan maklumat sejarah geografi Sarawak sebelum

kedatangan James Brooke ke Sarawak.

sarawak sebuah negeri yang terletak di Timur Malaysia iaitu di kepulauan Borneo. keluasannya 124,449.51 kilometer persegi, Sarawak menjadi negeri yang terbesar dan meliputi 37.5 peratus daripada seluruh Malaysia

Sarawak ialah kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa. Ia panas dan lembap sepanjang tahun dengan min suhu dari 23 celsius sehingga 32 celsius. Hutan Sarawak ialah sumber dan aset yang paling penting.

Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.

Lebih dari 150 tahun yang lalu,Sarawak merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei. Sarawak juga mempunyaipenduduk yang banyak di antara negeri ldi Mlaysia iaitu seramai 2.07 juta orang. Kuching Sarawak merupakan kawasan yang menempatkan 458 300 orang

pada peringkat awal terdapat lima bahagian-bahagian di Sarawak berbanding sekarang telah wujud lebih daripada lima bahagian. contohnya, Bahagian Kuching, Sri Aman, Bahagian Samarahan, Bahagian Sibu dan sebagainya. kemudiannya telah wujud dua bahagian baru iaitu Mukah dan Betong

Standard Pencapaian pelajar :

a) Memahami keadaan di

Sarawak pada awal abad ke-

19.

b) Menjelaskan bagaimana

seorang pelayar Inggeris

James Brooke boleh campur

Tangan dalam negeri

Sarawak.

c) Memahami sejarah awal

pengaruh barat di Sarawak.

Arahan Tugasan

Pelajar dikehendaki :

a) Melakar peta kawasan jajahan keluarga

Brooke di Sarawak.

b ) Menyatakan etnik-etnik yang wujud di

Sarawak berdasarkan beberapa gambar-

gambar etnik.

Sample Kerja Tugasan 1

a) Melakar peta kawasan jajahan keluarga Brooke di Sarawak .

Peta 1.2 : Kawasan Jajahan keluarga Brooke di Sarawak

Etnik Penan - tinggal di kawasan

pedalaman

tumpuan penempatan di kawasan hutan Baram dan Sungai

Rajang

Etnik Bidayuh -

Tinggal di Lembah Sungai

kawasan tumpuan penempatan di

Singgai, Sadong dan Sungai Kayan

Standard Pencapaian :

Pelajar berjaya menganalisis dan membina sebuah

peta Sarawak yang menunjukkan lima bahagian awal.

Berdasarkan gambar-gambar etnik pelajar juga berjaya

membezakan dan menamakan kumpulan etnik tersebut dan

kawasan penempatan.

a) Pelajar diminta menganalisis kumpulan etnik awal di Sarawak dan kawasan penempatan.

Tugasan 2

Pelajar diberikan maklumat ringkas sejarah geografi

Sarawak sebelum kedatangan James Brooke ke

Sarawak.

Arahan Tugasan

Pelajar dikehendaki :

a) berdasarkan kenyataan ringkas yang diberikan pelajar

diminta untuk melakar sebuah peta dunia yang menunjukkan

kedudukan Sarawak.

b) Menganalisis kemunculan Sarawak dan sejarahnya

berdasarkan gambar dan teks modul yang diberikan.

Sample Kerja Tugasan 2 a) Kedudukan Sarawak dalam peta dunia.

Peta 1.2: Kedudukan Sarawak Dalam Peta Dunia

b) Menganalisis kemunculan Sarawak dan sejarahnya berdasarkan

teks modul dan gambar-gambar yang disediakn.

Sumber : Gambar Sungai Sarawak dahulu dan sekarang akses daripada Google Images

Analisis : Gua Niah telah membuktikan bahawa satu masa dahulu sudah wujud Penempatan manusia yang terawal kira-kira 40, 000 tahun dahulu. Ini dapat dibuktikan apabila berlaku pelbagai penemuan. Contohnya, penemuan tengkorak, tulang-tulang manusia zaman purba, pasu-pasu dan sebagainya. Selain itu, terdapat kenyataan lain yang turut membuktikan kemunculan nama Sarawak. Ini disebabkan pada ketika itu telah wujud satu sungai yang digelar Sungai Sarawak atau digelar “ Sarawak Prosper” yang menganjur dari pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. Manakala, berdasarkan gambar yang disediakan telah membuktikan perbezaan Sarawak dahulu dan Sarawak sekarang. Ini dapat dilihat dan dibuktikan bahawa telah berlaku perkembangan di Sarawak. Contohnya dari segi jalan, pengangkutan dan sebagainya. Selain itu dapat dijelaskan sistem perhubungan yang lebih tersusun.

Standard Pencapaian :

• Pelajar berjaya dengan mengaplikasikan Google Earth

dalam membentuk sebuah peta dunia yang menunjukkan

kedudukan Sarawak.

• Berdasarkan Hots pelajar berjaya menganalisi kenyataan

yang diberikan dan gambar yang disediakan sebagai

panduan menghuraikan jawapan .

Brooke James

James Brooke dilahirkan di Secrore berhampiran Benares pada 29 April tahun 1803. 27 Julai 1839, James Brooke telah melakukan pelayaran ke Sarawak dengan kapal beliau Royalist. Pelayaran ke Sarawak telah menemukan beliau dengan Pangiran Muda Hashim. Sementara itu situasi di Sarawak berada dalam tidak aman disebabkan rakyatnya yang masih memberontak. Kedatangan James Brooke juga telah memberi peluang kepada Pangiran untuk meminta bantuan Brooke untuk menghalang pemberontakan yang berlaku. Oleh itu, Pangiran telah menyatakan niatnya mengalukan lagi kedatangan James Brooke ke Sarawak. Jemputan Pangiran diterima Brooke apabila menjelang 1840 beliau telah kembali belayar ke Sarawak untuk berjumpa dengan Pangiran Muda Hashim. Didapati suasana di Sarawak masih tidak aman dan huru hara disebabkan pemberontakan. Keadaan tersebut menyebabkan Brooke menyatakan niat untuk meninggalkan Sarawak. Namun, niatnya telah dihalang oleh Pangiran apabila Pangiran Muda Hashim telah menawarkan jawatan gabenor kepada James Brooke. Tawaran tersebut diterima James Brooke apabila beliau telah memberi bantuan dengan membawa askarnya, meriam dan bergabung dengan pasukan Pangiran Muda Hashim mengalahkan pasukan Datu Patinggi Ali.

Tugasan 3

Pelajar diberikan sejarah

ringkas kedatangan James

Brooke.

Sumber : Rawlins. J , Sarawak 1839-1963

• a) Berdasarkan teks modul pelajar diminta membentuk garis masa yang menunjukkan rentetan kedatangan James Brooke ke Sarawak.

Arahan Tugasan

pelajar dikehendaki

Satandard Pencapaian :

• Pelajar berjaya

memahami teks dan

menunjukkan hasil

dengan membentuk

sebuah garis masa

berdasarkan rentetan

peristiwa kedatangan

James Brooke.

.

b) Pelajar diberikan gambaran ringkas berkaitan perluasan kuasa yang dilakukan keluarga Brooke.

Strategi ini dilakukan setelah beliau telah berjaya menduduki

Sarawak iaitu di Kuching. Kemudiannya, beliau akan

mengorak langkah strategi ke bahagian utara Sarawak. Dengan

cuba memberi bantuan kepada Pangiran Muda Hashim akan mengukuhkan lagi kedudukan

beliau di Sarawak

. Keadaan tersebut telah menyebabkan James Brooke telah mengambil langkah

ugutan terhadap Pangiran dalam meluaskan kuasanya contohnya beliau

telah mengepung tempat kediaman Pengeran Muda Hasyim dengan

tekanan ketenteraan yang dibantu oleh H.M.S Diana.

mengugut Sultan Brunei sekiranya enggan untuk

mengiktirafnya sebagai Raja Sarawak beliau mengugut

akan membedil Bandar Brunei dengan kapal H.M.S.

Phglegethon.

. Kematian Pegeran Muda Hasyim membawa pelayaran sekali lagi ke Brunei untuk menentukan kedudukan kuasanya di Sarawak. Brooke menggunakan peluang ini

untuk mendapatkan pengiktirafan sepenuhnya ke atas Sarawak tanpa

membayar ufti tahunan kepada Sultan Brunei.

mewujudkan dasar anti perlanunan di Sarawak. Berdasarkan dasar tersebut beliau

telah bertindak melancarkan serangan ke atas orang Iban di Sungai Seribas dan skrang pada julai 1843. James Brooke meminta bantuan daripada Sir Henry

Keppel untuk melancarkan serangan ke atas orang iban kerana kekuatan orang iban adalah seramai 800 orang hasil gabungan

dengan orang Melayu

Brooke juga berjaya melemahkan benteng pertahanan utama lanun terutamanya di padeh,paku dan rimbas. Namun, begitu terdapat pelbagai usaha yang dilakukan beliau dalam mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya di Sarawak sehinggalah munculnya rundingan dengan akhirnya satu perjanjian telah dibuat antara Sultan Brunei dan Brooke. Dalam perjanjian tersebut seluruh kawasan Melanau sehingga Bintulu diserahkan kepada kerajaan Sarawak dan Brooke perlu membayar ufti tahunan sebanyak Dolar Selat $4500 kepada Sultan Brunei. Oleh itu, pada 24 September 1841 di Bandar Kuching penduduk Sarawak berhimpun dan Pangiran Muda Hashim mengumumkan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak dan digelar Raja Sarawak yang pertama

Arahan Tugasan

Pelajar diminta nyatakan usaha-usaha

perluasan kuasa Brooke dalam pentadbiran

Sarawak

Standard Pencapaian :

• Pelajar berjaya mengaplikasikan

kenyataan yang diberikan secara

lebih ringkas dan difahami

berdasarkan peristiwa yang

berlaku.

Tugasan 4

Pelajar diberikan sejarah biografi

ringkas berkaitan pemerintah

Sarawak Charles Brooke ( 1868-

1917 )

Charles Brooke merupakan Raja Sarawak yang kedua iaitu bermula pada tahun 1868 sehingga 1917.

Beliau dilantik menjadi Raja Sarawak kedua pada 3 Ogos 1868 dan mengangkat sumpah pada 11 Oktober 1868.

Semasa Sarawak berada di bawah pentadbiran Charles iaitu sehingga tahun 1868.

menjalankan dasar berjimat cermat bagi mengelakkan berlakunya hutang yang banyak dalam negeri

Oleh itu, tugas utama Charles ialah untuk menyusun pentadbiran memastikan kerajaan tidak banyak berhutang seperti zaman bapa saudaranya.

Beliau lebih cenderung untuk meluaskan jajahan Sarawak.

Perluasan jajahan Sarawak tersebut diteruskan oleh beliau seperti mana telah dilakukan oleh James Brooke sebelum ini.

Arahan Tugasan

Pelajar dikehendaki :

a) Mengisi ruangan kosong yang telah disediakan dengan kronologi peristiwa era pemerintahan tersebut dengan maklumat yang diberikan.

1868 3 Ogos, Raja kedua Sarawak selepas

kematian James Brooke. Merupakan anak

saudara James Brooke.

1872, Merasmikan Bandar ibu negeri Sarawak sebagai

Kuching. Dalam masa yang sama masih

menerima tentangan daripada orang Iban

1875,Charles cuba mengembalikan

keamanan sempadan Sarawak dengan

memaksa pasukan orang Iban

menghentikan serangan dan meninggalkan Sungai Katibas dan

dibenarkan tinggal di Batang Lupar.

Kronologi

Peristiwa

1905 Berlaku

perdamaian Orang Iban dengan Charles dan tidak akan lagi

melawan pihak British sebagai pemerintah

Sarawak.

1916 Jatuh Sakit dan meninggalkan Sarawak pulang ke

England

1917 Meninggal dunia dan

dikebumikan di Sarawak dan Sarawak

diganti dengan pemerintah baru iaitu

anak Charles.

Sample Tugasan 4

Standard Pencapaian :

• Pelajar dapat memahami peristiwa yang

berlaku dan berjaya mengisi ruangan yang

telah disediakan.

• Berjaya menggalur peristiwa mengikut

tahun-tahun.

Tugasan 5 :

Pelajar diberikan biografi pemerintah Sarawak yang terakhir bagi melengkapkan sejarah pentadbiran Brooke di Sarawak.

Charles Vyner Brooke dilahirkan di England pada 26 September 1874. Semasa usianya 24 tahun beliau telah memegang jawatan sebagai Residen di Sarawak. Beliau menjadi Residen bagi Daerah Batang Lupar iaiu dari tahun 1898 hingga 1899 dan beliau juga merupakan ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sarawak

• Beliau yang merupakan anak kepada mendiang Sir Charles Brooke dan merupakan Raja Sarawak yang ketiga dan terakhir serta tidak begitu berminat memerintah Sarawak. Beliau dengan secara rasminya menaiki takhta kerajaan Sarawak pada Julai 1918. Istiadat tersebut telah diadakan secara rasminya di bandar Kuching.

• melakukan sumpah dalam bahasa Melayu sebagai Raja Sarawak. Dalam sumpah tersebut terdapat beberapa fasal yang telah dinyatakan oleh beliau..

Antara isi kandungan fasal-fasal tersebut ialah fasal pertama, kita berjanji akan mengaku agama Islam serta adat dan hukum yang tersebut pada agama itu

Fasal kedua, yang menyatakan kita berjanji seperti hukum dan adat atas orang-orang Melayu dibolehkan seperti yang sudah diletakkan perintah selama ini, maka jika menggantikan atau mengubah serta fikiran dan pertimbangan daripada tuan-tuan yang duduk di dalam Council Negeri.

fasal ketiga yang menyatakan, kita berjanji mana-mana penggantian kita yang menjadi Raja Sarawak maka sehingga boleh mengikut

fasal-fasal yang tersebut di dalam wasiat Raja Sir Charles Brooke.

Oleh itu berdasarkan sumpah tersebut Vyner Brooke telah

memiliki azam dan usaha di awal pemerintahan beliau di Sarawak.

Di era pemerintahan Vyner, beliau telah berazam untuk memberi

tumpuan terhadap keamanan negeri yang melibatkan pelbagai

kumpulan etnik di Sarawak. Contohnya, beberapa suku kaum yang tinggal di ulu-ulu sungai.

Arahan Tugasan

Pelajar dikehendaki :

a) Berdasarkan ringkasan biografi pemerintah Sarawak yang terakhir,

nyatakan biografi gambar pemerintah tersebut dan sumpah Raja

Sarawak.

a) Membentuk jadual masa berdasarkan kronologi pemerintahan

Charles Vyner Brooke.

Sample Kerja Tugasan 5

a) Menggunakan biografi gambar menunjukkan pemerintah Brooke yang

terakhir dan Sumpah Raja Sarawak.

Fasal pertama : Kita berjanji mengaku agama Islam serta adat dan hukum yang tersebut pada

agama itu

Fasal kedua :kita berjanji seperti hukum dan adat atas orang Melayu boleh seperti yang sudah diletakkan

perintah selama ini. maka, jika menggantikan atau mengubah serta fikiran dan pertimbangan daripada

tuan-tuan yang duduk didalam Council Negeri

Fasal ketiga: kita berjanji mana-mana pergantian kita yang

menjadi Raja Sarawak maka sehingga boleh mengikut fasal-

fasal yang tersebut dalam wasiat Raja Sir Charle Brooke

Charles Vyner

Brooke ( 1917-1946)

Era Peristiwa

1917 Raja Muda Vyner Brooke anak kepada Charles Brooke telah ditabalkan sebagai Raja

Sarawak yang ketiga.

1918 Istiadat pertabalan Vyner dengan rasminya menaiki takhta Sarawak dan bersumpah

dalam bahasa Melayu.Mahu megembalikan keamanan beberapa puak di ulu-ulu sungai

Sarawak

1920 Mengumpulkan semua ketua Orang Iban dalam satu perhimpunan di Simanggang

untuk melakukan pendamaian buat kali pertama

1924 Meneruskan perancangan untuk mendamaikan Orang Iban buat kali kedua di antara

Orang Iban Sungai Batang Lupar dengan Orang Iban Sungai Rejang di Simanggang.

1930 Berlaku pemberontakan dan ketidakpuasan hati Orang Iban lagi disebabkan

berlakunya kejatuhan harga getah dan hasil hutan negeri. Diketuai oleh Asun yang

tidak puas hati terhadap kerajaan Sarawak

1932 Orang Iban Asun telah menyerah diri kepada kerajaan Sarawak, apabila tidak

mendapat sokongan daripada Orang-orang Iban di bahagian Dua Sarawak untuk

menentang Raja Vyner.

September 1941 Vyner Brooke telah mengeluarkan Perlembagaan Sarawak dan diisytiharkan kepada

rakyat Sarawak

b) Membentuk jadual masa berdasarkan kronologi pemerintahan Charles Vyner Brooke.

Standard Pencapaian :

Tugasan 6

Pelajar diberikan perkembangan yang berlaku di Sarawak era pentadbiran

Brooke secara ringkas.

Perkembangan Sarawak

Kedatangan keluarga Brooke telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam politik, ekonomi, dan sosial di Sarawak. Ketiga-tiga pemerintah Brooke tersebut memiliki matlamat sendiri dalam membangunkan Sarawak. Contohnya, era James Brooke dan Charles Brooke telah melakukan perluasan kuasa ke beberapa wilayah kesultanan Brunei yang menjadikan wilayah Sarawak bertambah luas. Di dalam pentadbiran mereka telah mengekalkan sistem pentadbiran tradisional. Pembesar Melayu yang telah disingkirkan oleh Pangiran Mahkota dilantik semula seperti Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar. Usaha dalam menamatkan amalan pemburuan kepala dan perhambaan juga dilakukan. 1850 beberapa pusat kegiatan lanun telah dihapuskan seperti di Saribas, Rimbas dan lain-lain. Manakala, ekonomi sara diri juga telah bertukar kepada pertanian perdagangan. Contohnya, pertanian lada hitam, gambir dan sagu ditanam meluas untuk tujuan eksport. Orang Melanau yang menjalankan tanaman tersebut di Mukah. Kemudian perlombongan antimoni turut dijalankan dan menjadi penting terhadap ekonomi Sarawak.

Arahan Tugasan

Pelajar dikehendaki :

a) Anda dikehendaki memahami teks modul yang telah disediakan dan

diminta untuk membentuk sebuah jadual yang menerangkan

perubahan atau perkembangan yang berlaku di era pentadbiran

Brooke di Sarawak.

Sample Kerja Tugasan 6

a) memahami teks modul yang telah disediakan dan

diminta untuk membentuk sebuah jadual yang

menerangkan perubahan atau perkembangan di era

pentadbiran Brooke di Sarawak.

Perkembangan…politik, ekonomi, sosial…..

• ………

• ……..

• ……..

• ……..

• ……..

politik

• ………

• …….

• ……..

• ……..

• ……..

Ekonomi

• ……….

• ……….

• ……….

• ………

• ……….

Sosial

Standard Pencapaian :

• Pelajar berjaya memahami teks modul

dengan membina jawapan dalam bentuk

jadual.

• Berdasarkan perkembangan di

Sarawak pelajar berjaya memberi fokus

utama aspek dalam membina jawapan.

RUJUKAN :

1) Colin N. Crisswell, Rajah Charles Brooke: Monarch of All He Surveyed,

Oxford: Oxford University Press, 1978.

2) J. H. Walker, Power and Prowess: The Origins of Brooke Kingship in

Sarawak, Australia: Allen & Unwin, 2002.

3) Nigel Barley, White rajah : A Biography of Sir James Brooke, London :

Little, Brown, 2002.

4) Robert Pringle, Rajahs and Rebels: The Ibans of Sarawak under

Brooke Rule, 1841-1941, London: Macmillan and Co. Ltd., 1970.

5) S. Baring-Gould dan C. A. Bampfylde, A History of Sarawak under its

Two White Rajahs 1839-1908, with introduction by Nicholas

Tarling, Oxford University Press, Oxford, 1989.

6) Hahn Emyly, James Brooke of Sarawak : A Biography of Sir James

Brooke, Arthur Barker LTD, London, 1953.

7) Sir Spenser St. John, G. C. M. G. ,Rajah Brooke : The English as Ruler

of an Eastern State, T. Fisher Unwin, London, 1897.

8) www.google.com

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related