penilaian pelajar terhadap buku teks · pdf filebersepadu tingkatan 3 dari aspek isi kandungan...
Post on 02-Feb-2018
246 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU TINGKATAN 3 DARI ASPEK ISI KANDUNGAN
DAN BAHAN GRAFIK (ILUSTRASI)
ROSRITA BINTI MOHD LODDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 3 DARI ASPEK ISI
KANDUNGAN DAN BAHAN GRAFIK (ILUSTRASI)
SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya ROSRITA BINTI MOHD LODDIN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Dok-tor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara, institusi pengajian tinggi. 4. * * Sila tandakan ( √ ) ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN. ADNAN BIN AHMAD Nama Penyelia NO. 14, BATU 47½ JALAN BARU, CHANGKAT JERING, 34850 TAIPING, PERAK.
Tarikh : 25 APRIL 2006 Tarikh : 25 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penyelia : EN. ADNAN BIN AHMAD
Tarikh : 25 APRIL 2006
PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU TINGKATAN 3 DARI ASPEK ISI KANDUNGAN
DAN BAHAN GRAFIK (ILUSTRASI)
ROSRITA BINTI MOHD LODDIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .........................................................
Nama Penulis : ROSRITA BTE. MOHD LODDIN
Tarikh : 25 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Buat suami tercinta, ABU YUSRI BIN MAHAMAD YUSOP
Buat ibu dan bapaku,
MAH BINTI LAHAMAN MOHD LODDIN BIN AHMAD
Buat ibu dan ayah mertuaku,
RAHEMAH BINTI OSMAN MAHAMAD YUSOP BIN HJ. SABRI
Buat anak-anakku tersayang,
MUHAMMAD MUJIBUDDIN BIN ABU YUSRI NUR SYAFIQAH BINTI ABU YUSRI
MUHAMMAD MUHAIMIN BIN ABU YUSRI
Buat rakan-rakan (4 SPH) dan terutama sekali buat EN. ADNAN BIN AHMAD
TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PENGORBANAN YANG TELAH KALIAN LAKUKAN……………..
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam dan selawat serta
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur saya di atas limpah
kurniaNya serta rahmat dan inayahnya, maka projek sarjana muda ini dapat disiapkan
bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup), Universiti Teknologi Malaysia.
Terima yang tidak terhingga diucapkan kepada En. Adnan bin Ahmad yang
banyak membantu dan memberi bimbingan serta teguran membina sepanjang tempoh
penyediaan projek ini. Kesabaran dan keikhlasan yang beliau berikan tidak akan
dilupakan hingga ke akhir hayat kerana dengan tunjukajar dan dorongan daripada
beliaulah telah menjayakan projek ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-
rakan terutama dari 4 SPH yang banyak membantu dari segi menyumbangkan idea dan
tenaga. Kepada pengetua dan guru-guru SMK Taman Universiti 1, Johor, terima kasih
diucapkan kerana memberikan kerjasama sepenuhnya.
Rasa penghargaan dihulurkan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak, penulis sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon maaf dan
ucapan terima kasih tidak terhingga buat semua. Semoga keikhlasan yang diberikan
mendapat hidayah dariNya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penilaian pelajar terhadap buku teks
Kemahiran Hidup Bersepadu. Dalam konteks kajian ini, hanya dua aspek dinilai iaitu
isi kandungan dan bahan grafik (ilustrasi). Terdapat tiga objektif kajian yang ingin
dicapai, pertama ialah untuk mengkaji keselarasan buku teks Kemahiran Hidup
Bersepadu dengan kurikulum. Kedua , untuk mengenalpasti sama ada isi kandungan
buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu dapat membantu pelajar dalam pengajaran-
pembelajaran. Ketiga, untuk mengenalpasti penggunaan bahan grafik buku teks
Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai
objektif-objektif tersebut, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dan
seramai 205 orang pelajar telah memberi kerjasama. Data daripada soal selidik
dianalisis menggunakan pakej “SPSS For Windows version 13.0”. Analisis data kajian
menggunakan kekerapan, peratus dan min. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah
dengan nilai Alpha Cronbach ialah 0.83. Hasil kajian menunjukkan bahawa min
keseluruhan analisis kajian berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.62,
menunjukkan pelajar bersetuju bahawa isi kandungan dan bahan garfik dalam buku
teks membantu proses pembelajaran mereka.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to study the student’s evaluation towards
Kemahiran Hidup Bersepadu’s textbook. The context of this study covers the aspects of
textbook’s content and its graphic material (illustration). There are three objectives has
been identified. First objective is to study the consistency of Kemahiran Hidup
Bersepadu’s textbook with the curriculum. Second objective is to identify whether the
contents of Kemahiran Hidup Bersepadu’s textbook able to help students in teaching-
learning process and the third objective is to identify the using of graphic material in
Kemahiran Hidup Bersepadu’s text book is fulfill the evaluation of technical
production. In order to achieve all the objectives, questionnaire has been distributed
randomly to 205 respondents. The data that has been collected was analyzed by using
‘SPSS for Window’, version 13.0 into statistical description of frequency, percentage
and mean score. The value of material reliability in Cronbach Alpha is 0.83. The result
of the study shows that the student’s was agree about textbook’s content and its graphic
material in textbook’s can help them in learning process with mean score 3.62 at
medium level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Penilaian 10
1.8.2 Buku Teks 11
1.8.3 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 11
1.8.4 Pelajar 12
1.8.5 Isi Kandungan Buku Teks 12
1.8.6 Bahan Grafik dalam Buku Teks 12
1.8.7 Susun Atur Isi Kandungan 13
1.9 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kepentingan Buku Teks 15
2.3 Penilaian Buku Teks 18
2.4 Penilaian Teknikal Penerbitan 20
2.5 Peranan Buku Teks Dalam Pendidikan 21
2.5.1 Peranan Buku Teks Kepada Guru 24
2.5.2 Peranan Buku Teks Kepada Pelajar 25
2.6 Ciri-Ciri Buku Teks 25
2.6.1 Kandungan Buku Teks 27
2.6.2 Persembahan Buku Teks 28
2.6.5 Bahan Grafik Buku Teks 29
2.7 Kriteria Penulisan Buku Teks 31
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Persampelan 35
3.4 Tempat Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Kajian 39
3.8 Analisi Data 40
3.9 Kesahan Kandungan Soal Selidik 41
3.9 Kesimpulan 42
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 44
4.3 Analisis Persoalan Kajian. 45
4.3.1 Penilaian Keselarasan Isi Kandungan Buku 46
Teks KHB Dengan Kurikulum Yang Telah
Ditetapkan Oleh KPM
4.3.2 Penilaian Isi Kandungan Buku Teks KHB 48
Dapat Membantu Pelajar Dalam Proses P&P
4.3.3 Penilaian Penggunaan Bahan Grafik Dalam 50
Buku Teks KHB Dapat Memenuhi Penilaian
Teknikal Penerbitan.
4.4 Analisis Kaseluruhan Persoalan Kajian 52
x
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan 54
5.2.1 Aspek keselarasan isi kandungan
buku teks KHB dengan kurikulum 55
5.2.2 Aspek Isi Kandungan Buku Teks
5.2.3 Membantu Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran (P&P). 56
5.2.3 Analisis Penggunaan Bahan Grafik
(Ilustrasi) Buku Teks KHB
Memenuhi Penilaian Teknikal Penerbitan 58
5.3 Rumusan Kajian 59
5.4 Cadangan Kajian 60
5.4.3 Cadangan Tindakan 61
5.4.4 Cadangan Untuk kajian Lanjutan 62
5.5 Penutup 63
SENARAI RUJUKAN ` 64 – 68
LAMPIRAN 69 - 80
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Ringkasan Kandungan Item Bahagian B 37
3.2 Markat Skala Likert 5 Mata 37
3.3 Pekali Alpha Cronbach 39
3.4 Pengkelasan Skala Likert Lima Kepada Tiga 40
3.5 Pengkelasan Skor Min Dan Tahap 41
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 44
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Kekerapan Dan Min Bagi Penilaian Keselarasan Isi
Kandungan Buku Teks KHB Dengan Kurikulum 47
4.4 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan
Dan Min Bagi Penilaian Isi Kandungan Buku Teks
KHB Dapat Membantu Pelajar Dalam P&P. 49
4.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan,Kekerapan
Dan MinBagi Pengguna Bahan Grafik Dalam Buku
Teks KHB Dapat Memenuhi Penilaian Teknikal
Penerbitan. 51
4.6 Analisi Keseluruhan Kekerapan, Peratus Dan
Min Responden Yang Menjawab Persoalan. 53
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Proses pemilihan bahan dan strategi di
dalam buku teks untuk penggunaan yang berkesan 16
xiii
SENARAI SINGKATAN
BBT Bahagian Buku Teks
FPN Falsafah Pendidikan Negara
HSP Huraian Sukatan Pelajaran
KHB Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
SP Sukatan Pelajaran
SPBT Skim Pinjaman Buku Teks
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 69
B Kelulusan Dari Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 74
C Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan
Negeri Johor 75
D Surat Akuan dari Universiti Teknologi
Malaysia 76
E Surat Memohon Maklumat Buku Teks 77
F Surat Pengesahan Pakar Bidang 78
G Carta Morgan 80
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pembangunan negara sangat bergantung kepada pendidikan. Pendidikan
mewujudkan pelbagai pilihan dan peluang kepada rakyat untuk mengurangkan kadar
kemiskinan, penyakit dan membolehkan mereka bersuara. Bagi negara sedang
membangun seperti Malaysia, pendidikan mampu mewujudkan tenaga kerja dinamik
dan rakyat berpengetahuan yang sudah tentu boleh bersaing di persada antarabangsa
(S Sothi Rachagan, 2004).
Kepentingan pendidikan kepada setiap individu tidak dapat disangkalkan lagi.
Berdasarkan kepada kepentingan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah dipertanggungjawab sepenuhnya dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa
di negara ini. Menteri pendidikan sebagai ahli kabinet bertanggungjawab secara terus
kepada parlimen dalam menjalankan tugasnya. Mengikut Akta Pelajaran 1961,
tanggungjawab utama Menteri Pendidikan ialah menyediakan kemudahan dan peluang
untuk pendidikan rendah dan menengah. Akta ini memberi kuasa dan kewibawaan
kepada menteri itu untuk menguruskan seluruh bidang pendidikan, ini termasuklah
perlaksanaan dasar pendidikan Negara, pengurusan sekolah, disiplin guru dan
2
murid, sukatan pelajaran, kurikulum, buku teks dan peperiksaan(Mok Soon Sang,
1988).
Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak membuat perubahan dalam
pendidikan melalui reformasi pendidikan di mana bidang kurikulum menjadi teras.
Perubahan ini bertujuan menjadikan proses pendidikan semakin kemas dan jitu dalam
melahirkan generasi yang bakal mewarisi kepimpinan Negara menjelang 2020.
Berbagai usaha dilakukan untuk menjadikan masyarakat berilmu berteraskan
perindustrian. Kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan
rakyat yang cenderung ke arah kemahiran vokasional. Sistem pendidikan sentiasa
berubah selaras dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini. Bidang
pendidikan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan wawasan 2020 ke
arah pembentukan sebuah Negara maju. Menyedari pentingnya peranan bidang
pendidikan, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa
langkah ke arah yang positif bagi memastikan ianya dapat berkembang sejajar dengan
perkembangan teknologi terkini. Bagi mencapai matlamat tersebut Huraian Sukatan
Pelajaran (HSP) Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah melalui proses semakan
semula pada Mei 2002.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), Kemahiran Hidup Bersepadu
(KHB) semakan semula Mei 2002, mata pelajaran KHB adalah satu mata pelajaran
amali yang ditawarkan di sekolah menengah rendah (Tingkatan 1-3) berhasrat
memupuk celik teknologi, kesedaran ekonomi dan pengurusan diri. Kemahiran yang
dibekal merupakan aktiviti yang berguna dalam kehidupan sehari-hari seperti baik
pulih dan penyenggaraan, membaiki kerosakan kecil, mengusahaniaga barang,
tanaman, menternak, memasak, menjahit, mengurus diri dan kerja(HSP, Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2002).
3
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup bermatlamat untuk melahirkan insan yang
berdikari, kenalfaham teknologi, kenalfaham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap
yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.
Mata pelajaran ini merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan ke arah
mempertingkatkan kemahiran praktis dan penanaman semangat keusahwanan dan
daya merekacipta di kalangan pelajar. Kemahiran asas ini membolehkan pelajar
berfungsi dengan berkesan dalam urusan hidup sehariannya. Nilai-nilai murni juga
diterapkan semasa pelajar menjalankan aktiviti bagi menggalakkan perkembangan
semangat bertimbangrasa dan sedia membantu serta menggalakkan kesefahaman
bersatupadu di kalangan masyarakat. Tumpuan diberi kepada peningkatan kendiri,
kesejahteraan hidup berkeluarga, kerja amal masyarakat dan alam pekerjaan.
Berdasarkan kepada HSP di atas menjelaskan bahawa buku teks yang berkualiti
adalah lebih bermakna bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam mata pelajaran KHB. Buku merupakan helaian kertas bercetak yang berjilid
atau berisi tulisan untuk dibaca. Sesebuah buku adalah terdiri daripada kulit buku,
bahagian awalan, kandungan teks dan bahagian akhiran. Terdapat pelbagai jenis buku,
antaranya ialah buku berilustrasi dan bergambar kanak-kanak, buku cerita kanak-
kanak, buku bacaan tambahan, buku rujukan, buku teks, buku am, buku panduan dan
lain-lain.
Pendidikan di Malaysia meletakkan buku teks sebagai salah satu sumber untuk
kegunaan murid dan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
(Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Buku teks ialah
bahan pengajaran dan pembelajaran yang kandungannya disediakan mengikut
keperluan dan penekanan pihak berkuasa pendidikan sesuatu tempat. Buku teks adalah
wadah penyampaian ilmu dan dianggap sebagai jambatan antara sukatan pelajaran dan
pengguna. Buku teks juga menterjemah keperluan kurikulum ke dalam bentuk bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pengguna.
4
Kandungan buku teks dipilih, disusun dan disesuaikan mengikut tahap dan
keperluan sukatan pelajaran. Kandungannya betul dan tepat mengikut piawaian
penguasa pendidikan, serta berdasarkan sumber rujukan berwibawa bagi mata
pelajaran berkenaan. Kandungan buku teks juga harus meliputi aspek-aspek intelek,
rohani dan emosi pelajar untuk melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan
berakhlak mulia.
Kepentingan buku teks sebagai bahan pembelajaran telah mendorong
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan satu bahagian bagi mengurus
buku teks iaitu Biro Buku teks (BBT) yang ditubuhkan pada 15 Mei 1967 sebagai satu
unit di bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran. Seterusnya pada 15 Julai
1988 ia dikenali sebagai Bahagian Buku Teks (BBT) untuk memenuhi dwifungsinya
yang membayangkan kepentingan buku teks dalam memenuhi Falsafah Pendidikan
Negara (Omar, 1993).
Menurut Hussein(1993), buku teks merupakan buku-buku khusus untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan di sekolah. Buku teks juga digunakan dalam
pendidikan formal. Penubuhan BBT adalah bertujuan untuk pengawasan menentukan
kualiti buku teks tidak mengganggu proses pembelajaran. Ini kerana, buku teks adalah
sumber asas bagi mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan. Nur Atiqah(2001),
juga menyatakan bahawa penggunaan buku teks secara cekap dan terancang oleh
pelajar dapat menghasilkan mutu pembelajaran yang lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, buku teks kini tidak hanya memaparkan bahan baku
yang perlu dimentelaah dan dihafal. Sebaliknya buku teks kini mengajak pembacanya
berinteraksi secara ‘aktif’, seperti mempersoalkan isu/pendapat yang dikemukakan agar
pembaca mengambil bahagian dalam perbincangan. Namun demikian, penggunaan
buku teks lebih bermakna sekiranya guru menjalankan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Buku teks juga memberi pengalaman pembelajaran yang
seragam kepada pelajar. Pengalaman ini memberi pengetahuan yang boleh
menyediakan pelajar ke tahap persekolahan yang lebih tinggi dari aspek perkembangan
5
fizikal dan mental pelajar. Dengan kata lain, buku teks adalah berperanan dalam
membangun dan membina keyakinan diri, kental menghadapi cabaran, menerap nilai
serta dapat memastikan perkembangan diri pelajar adalah menyeluruh, seimbang dan
sepadu. Ilmu pengetahuan asas menjadi wadah bagi pengumpulan dan pemahaman
ilmu yang lebih komplek di kemudian hari.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan buku teks di sekolah hanyalah sebagai bahan rujukan utama.
Laporan Penilaian Perlaksanaan KBSR 1982 – 1989 (KPM, 1990), menyatakan antara
isu dalam masalah pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan buku teks yang
tidak mengikut perkembangan masa dan tidak mencabar pemikiran mereka. Buku-
buku teks ada kalanya tidak memenuhi sukatan pelajaran seperti yang telah ditetapkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.
Permasalahan ini dapat dilihat melalui kajian yang telah dibuat oleh
Ahmad(1997). Dari hasil kajian beliau mendapati bahawa keseluruhan buku teks
Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3 lebih mengutamakan isi pelajaran daripada
bentuk ilustrasi, tiada sebarang objek sokongan yang ditampilkan dalam buku teks
tersebut. Selain itu, taburan sub kategori jenis ilustrasi dan jenis isi pelajaran tidak
seimbang antara satu sama lain. Terdapat penekanan yang berbeza antara isi pelajaran
dengan ilustrasi di dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3. Penekanan
isi pelajaran adalah lebih tinggi di dalam buku teks Tingkatan 1 dan 3, manakala
ilustrasi pula lebih ditumpukan dalam buku teks Tingkatan 1 berbanding dengan
Tingkatan 2 dan 3. Pada keseluruhannya, buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 2 dan
3 adalah lebih mengutamakan isi pelajaran daripada ilustrasi, penyampaian isi-isi
pelajaran pula lebih banyak menggunakan bentuk penerangan.
6
Mala Nadarajan(1998), pula menerangkan bahawa beliau mendapati pelajar-
pelajar menghadapi masalah untuk memahami apa yang dibaca dalam buku teks. Buku
teks didapati mempunyai kekurangan dari segi latih tubi, contoh-contoh dan kurang
sesuai dengan objektif pelajaran. Pelajar mendapati buku teks tidak banyak membantu
dalam menyelesaikan soalan atau tugasan yang diberikan. Buku teks juga tidak banyak
memberikan contoh-contoh yang sesuai dan berhubung dengan pengalaman pelajar.
Buku teks juga didapati kekurangan dari segi latih tubi, contoh-contoh dan kurang
sesuai dengan objektif pelajaran dalam mata pelajaran Fizik dan Ekonomi Asas (Tang
Hai Teng, dan Md. Yusoff, 1998).
Penulisan buku teks adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum dari sudut
sukatan dan huraian sukatan pelajarannya, mencakupi objektif pelajaran, mencukupi
untuk membantu guru menjelaskan konsep atau prinsip asas pelajaran, mengambil kira
pelbagai tahap pencapaian murid, mengandungi maklumat dan fakta yang betul, tepat
dan terkini serta mengandungi persembahan bahan yang kreatif dan menarik (Ruhaya,
2000).
Sebagai kesimpulannya didapati terdapat buku teks yang ilustrasinya kurang
menarik, latihan untuk latih tubi kurang, kandungan isi pelajaran kurang atau terlalu
singkat, contoh-contoh yang kurang sesuai dan pelajar sukar memahami buku teks.
Berdasarkan kepada permasalahan tersebut, pengkaji ingin mengkaji adakah masalah-
masalah di atas juga terdapat dalam buku teks KHB. Pelbagai aspek perlu diterokai
dan dikaji kerana selagi masalah tidak dikenalpasti dan diselesaikan, keberkesanan dan
hasrat murni KBSM di sekolah menengah tidak akan tercapai. Memandangkan
bahawa pelajar ialah pengguna buku teks, pandangan mereka dapat dijadikan asas
untuk menilai adakah buku teks telah mencapai objektif yang telah dimajukan dalam
sukatan pelajaran KBSM.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Buku teks memainkan peranan yang sangat penting untuk menggariskan skop
kurikulum yang perlu diajar mengikut urutan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta bahan grafik yang sesuai. Buku teks juga merupakan bahan untuk
mentafsir falsafah, matlamat dan objektif kurikulum dalam pendidikan (Bahagian Buku
Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Berdasarkan kepada permasalahan
keperluan buku teks dalam pendidikan, pengkaji ingin mengkaji tentang aspek yang
tekandung dalam buku teks Kemahiran Hidup. Oleh itu, kajian ini bertujuan menilai
isi kandungan buku teks serta bahan grafik yang terdapat dalam buku teks Kemahiran
Hidup Bersepadu Tingkatan 3.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penilaian pelajar terhadap buku
teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 dari aspek-aspek yang berkaitan dengan
isi kandungan buku teks serta bahan grafik. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengkaji sama ada isi kandungan buku teks Kemahiran Hidup
Bersepadu Selaras dengan kurikulum yamg telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
2. Mengenalpasti isi kandungan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu
membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengenalpasti penggunaan bahan grafik buku teks Kemahiran Hidup
Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan.
8
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai. Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian
ini ialah:
1. Adakah isi kandungan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu selaras
dengan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia?
2. Adakah isi kandungan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu dapat
membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran?
3. Adakah penggunaan bahan grafik buku teks Kemahiran Hidup
Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk mengenalpasti penilaian tentang buku teks KHB
Tingkatan 3 dari aspek isi kandungan dan bahan grafik di kalangan pelajar. Kajian ini
akan menunjukkan gambaran sebenar penilaian pelajar terhadap buku teks KHB
Tingkatan 3. Selain itu, kajian ini juga mempunyai kepentingan kepada beberapa
pihak di antaranya:-
1. Pelajar
Kajian ini dapat memberi panduan kepada pelajar untuk membuat
penilaian tentang isi kandungan dan bahan grafik dalam buku teks KHB
9
bagi membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan.
2. Guru
Kajian ini dapat merangsang guru menggunakan buku teks KHB dengan
lebih efektif bagi membantu pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3. Penerbit Buku Teks KHB Tingkatan 3
Kajian ini dapat membantu pihak Jawatankuasa Penerbitan Buku Teks
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 untuk memperbaiki
kekurangan yang terdapat dalam buku teks.
4. Kementerian Pelajaran Malaysia
Kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
khasnya Jawatankuasa Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah
Menengah mendapat gambaran sebenar penilaian pelajar terhadap buku
teks KHB.
1.7 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajiannya kepada pelajar Tingkatan
3 di Sekolah Menengah Taman Universiti 1, Johor sahaja. Perkara yang dikaji adalah
berkaitan dengan buku teks KHB Tingkatan 3 dari aspek isi kandungan dan bahan
grafiki (ilustrasi) sahaja. Walaupun skop dan bidang kajian ini luas dan menyeluruh,
pengkaji menjalankan kajian mengikut batasan tertentu berdasarkan tempat kajian ,
sample kajian dan bilangan sample kajian. Bilangan sampel kajian adalah bergantung
kepada jumlah pelajar yang terdapat di sekolah yang dibuat kajian Bilangan sample
top related