pengurusan keusahawanan perniagaan islam
Post on 02-Apr-2018
254 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
1/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
IhramTRADING SDN.BHD
No. 1303, Jalan Tuanku Ibrahim
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Tel: 04-7326177
1.0 Pengenalan
Pengurusan Keusahawanan Perniagaan Islam bermaksud (orang yang menguruskan
mengendalikan)
sesebuah
syarikat
yangberkaitan
dengan
usahawan
atau
kegiatan
dan
kemahiranusahawan, menjualdanmembelisesuatu (utkmencarikeuntungan). Manakala
Islam pula bermaksud agama yang disampaikan olehNabi Muhammad S.A.W atau teras
yangterdiridaripada limaperkarayangwajibdiamalkanoleh orang Islam. (Kamus Dewan
Edisi ke Empat). Lanjutan daripada itu Pengurusan keusahawanan Perniagaan Islam
berperanan untuk membongkar kelebihan yang terdapat dalam perniagaan Islam.
Pengurusan Keusahawanan Perniagaan Islam mempunyai peranan dan fungsi yang
tersendiri dengan satu matlamat unggul, iaitu memberi kemakmuran kepada insan sejagat.
Dari sini, kita dapat membezakan amalan. Pengurusan Keusahawanan Perniagaan Islam
dengan pendekatan lazim yang lebih mengutamakan keuntungan dan keberkesanan walau
dengan apa cara sekalipun. Di dalam Islam Pengurusan Keusahawanan Perniagaan Islam
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 1
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
2/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
usahawan perlu sedia memikul tanggungjawab untuk terus memakmurkan alam dan segala
sumber yang ada di dalamnya demi untuk kebaikan insan sejagat. Islam yang bersifat sejagat
dalam semua aspek dan demensi kehidupan manusia bukan sahaja mementingkan
keuntungan malah melarang sebarang tindakan yang merugikan orang lain.
Kesyumulan dan kemulian dalam Islam tidak pernah mencampuradukan yang halal
dan haram dalam perniagaan Islam malah perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam
dan nilai-nilai yang bertentengan dengan Islam seperti melakukan penindasan, penipuan
dalam jual-beli untuk mencapai keuntungan yang maksimum tidak pernah diaplikasikan
dalam Islam. Rasulullah S.A.W pernah memberi peringatan bahawa 90% daripada sumber
rezeki datangnya daripada kegiatan perniagaan yang diurus dengan baik. Jesteru itu
Pengurusan Keusahawanan Perniagaan Islam perlu menerima aktiviti perniagaan yang
dijalankan adalah satu amanah yang mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sunguh kerana
ketidakbertanggungjawaban kepada perniagaan akan mendapat kemurkaan di dunia lebih-
lebih lagi di akhirat.
2.0 Definisi
Keusahawanan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai mana-mana aktiviti
pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan menghasilkan
sesuatu barangan atau memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal
iaitu dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah. Lahir daripada definisi ini maka
Ihram TRADING SDN.BHD telah mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan
berasaskan barangan keperluan untuk menunaikan fardu haji malahan barangan keperluan
harian. Islam amat menggalakkan umatnya menceburi bidang keusahawanan kerana ia
adalah fardu Kifayah.
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 2
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
3/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
"Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah sembilan persepuluh
daripada sumber rezeki.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Selain itu Islam sebagai agama yang memberi panduan hidup untuk kesejahteraan
hidup seluruh manusia di dunia dan akhirat memandang tinggi kepada aktiviti keusahawanan.
Pengurusan keusahawanan Islam yang berjaya akan mengendalikan perniagaannya dengan
memenuhi tuntutan mereka sebagai hambaNya dan khalifahnya di muka bumi ini. jika tiada
seorang pun daripada kumpulan tersebut yang menjalankan aktiviti usahawan, maka
semuanya dikira berdosa oleh Allah S.W.T. , iaitu merupakan suatu kesalahan yang akan
ditanggung oleh semua orang yang menghuni disekitarnya. Di samping itu juga
keusahawanan Islam perlu dilihat secara lebih menyeluruh kerana sifatnya yang flaksibel,
dinamik dan mampu memenuhi tuntutan semasa dalam usaha untuk terus meningkatkan lagi
kehidupan umat Islam dan manusia sejagat.
Usahawan perlu mempunyai sifat keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk
mengecapi kejayaan. Islam sangat menggalakkan seseorang supaya sentiasa mempunyai
keinginan dan kesungguhan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perbuatan. Rasulullah
s.a.w. telah menunjukkan bahawa baginda merupakan seorang yang sentiasa bersungguh-
sungguh dalam menjalankan apa jua perkara sama ada dalam bidang perniagaan. Selain itu
seorang usahawan perlu mempunyai niat yang betul dalam menjalankan sesuatu aktiviti
keusahawanan untuk mendapatkan keredaan Alllah S.W.T . Terdapat tiga niat seseorang
Islam dalam menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat.
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 3
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
4/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Niat yang pertama ialah mencari rezeki dengan cara yang diredhai oleh Allah.
Usahawan menjalankan perniagaan atau apa jua aktiviti keusahawanan bagi mencari
keuntungan atau rezeki untuk menyara kehidupan dunia agar menjadi orang kaya yang
bersyukur atau menjadi mampu berdikari, tidak papa, tidak meminta belas kasihan orang lain
dan yang lebih penting menjadi orang yang sentiasa boleh membantu orang lain dalam
kehidupan.
Niat yang kedua ialah berkhidmat kepada orang lain dengan cara mengeluarkan
barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak lain. Ini juga akan menjadikannya
orang yang melaksanakan fardhu kifayah iaitu menyelamatkan orang lain daripada dosa jika
tidak dilaksanakan oleh mana-mana orang dalam sesuatu kumpulan.
Niat yang ketiga ialah berniaga sambil beribadat kepada Allah. Ini bererti bahawa
semasa ia menjalankan sesuatu aktiviti keusahawanan ia berniat beribadat kepada Allah.
Allah mengiktiraf aktiviti tersebut sebagai ibadat jika ia diniatkan kerana Allah dan cara
aktiviti tersebut dilaksanakan tidak terdapat sesuatu yang bercanggah dengan hukum Islam.
Penghayatan kepada al-Quran dan as-Sunnah dapat membantu usahawan kepada
pembentukan tauhid yang sebenar dan merupakan akar umbi kepada pembentukan etika dan
budi yang tinggi. Sifat-sifat mulia yang hakiki seperti adil, jujur, amanah, menepati janji,
ihsan, sabar dan berdisiplin, hanya dapat dibentuk dengan prinsip tauhid yang tinggi. Tanpa
tauhid, sifat-sifat ini mungkin bersifat sementara. Tauhid juga dapat menghapuskan sifat yang
bertentangan dengan Islam seperti zalim, menipu, dan memberi rasuah.
3.0 Menceburi Bidang Perniagaan.
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 4
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
5/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Bidang perniagaan bukanlah mudah seperti yang disangkakan oleh kebanyakkan
orang. Jika anda telah terjun ke bidang perniagaan, anda seharusnya perlu bekerja lebih
daripada lapan jam sehari. Untuk berjaya seorang peniaga atau usahawan perlu bekerja secara
bijaksana. Pertarung dalam bidang bukanlah pertarungan secara kekuatan fizikal tetapi tetapi
perlu bijak mengatur dan melaksanakan strategi yang tepat pada masa yang tepat. Menurut
Zulnaidi Yaakob (2001:7) , terdapat 10 sebab mengapa individu menceburi bidang
perniagaan.
a) Menambahkan pendapatan.
b) Bersara dari jawatan tetap.
c) Diberhentikan kerja.
d) Mengikut jejak kawan.
e) Minat.
f) Warisan keluarga.
g) Latar belakang pendidikan.
h) Inginkan kebebasan kewangan.
i) Menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai.
j) Memaksimumkan potensi diri.
Seseorang peniaga yang ingin berjaya dalam bidang yang diceburi pastinya akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran . Bagi perniagan yang lahir dalam keluarga yang sedia
kala menjalankan perniagaan seperti iharm Trading Sdn Bhd , mereka mungkin mempunyai
sifu yang dapat dirujuk untuk mendapatkan panduan sekiranya berhadapan dengan masalah.
Pokok pangkalnya , kejayaan bukanlah mudah diperolehi. Kejayaan hanya menjadi milik
mereka yang bersungguh menjalankan perniagaan dengan penuh kesabaran. Beberapa
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 5
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
6/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
kreteria menilai diri sendiri sebelum bergelar usahawan perlu menjadi persolan penting
sebelum bergelar usahawan.
a) Adakah anda sanggup menerima pendapatan yang tidak konsisten ?
b) Adakah anda sanggup bekerja tanpa mengira waktu?
c) Adakah anda cukup berani berhadapan dengan kegagalan?
d) Adakah anda seorang yang sukakan cabaran baru?
e) Adakah anda kreatif mencari idea baru?
f) Adakah anda seronok hidup dalam persaingan?
g) Adakah anda bersedia untuk belajar perkara baru?
h) Adakah anda boleh melayan pelanggan sebagai raja?
i) Adakah anda berminat mempelajari perkara baru?
j) Adakah anda boleh menyakinkan orang lain ketika berkomunikasi?
k) Adakah anda bersedia untuk mengambil risiko?
l) Adakah anda seorang yang fokus kepada objektif?
m) Adakah anda seorang yang kreatif menyelesaikan masalah?
n) Adakah anda seorang yang berilmu tentang produk yang dijual?
o) Adakah anda mempunyai modal yang mencukupi?
p) Adakah anda mendapat sokongan ahli keluarga terdekat?
q) Adakah anda mengetahui tentang peraturan dan undang-undang berkaitan perniagaan?
r) Adakah anda minat berniaga atau sekadar ikut orang lain semata-mata?
s) Adakah anda seorang yang bijak mengurus wang?
t) Adakah anda sesuai menjadi ketua dan pemimpin?
u) Adakah anda individu yang berminda makan gaji?
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 6
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
7/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Peniaga juga harus bersedia untuk melalui gelombang naik dan turun sebelum berjaya.
Peniaga harus menghadapi cabaran samada kecil dan besar. Bila sudah berjaya, bukanlan
jaminan bahawa peniaga yang berjaya telah terlepas dari anasir-anasir kegagalan.
Sesungguhnya perniagaan hanya akan dapat bertahan jika seseorang pekerja bijak
menguruskan perniagaanya. Peniaga atau usahawan tidak perlu tunggu perniagaan gagal baru
hendak mencari ilmu tentang sebab-sebab kegagalan. Bertindak untuk mengelakkan
kegagalan perniagaan bermula dari sekarang. Bila gagal mungkin sukar untuk bangkit
kembali.
4.0 Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada
Perniagaan ihram Trading Sdn. Bhd telah dijalankan melalui kaedah warisan
keturunan. Walau bagaimanapun menurut En. Firdaus Azmi selaku Pengarah Urusan,
Perniagaan ihram Trading Sdn. Bhd , beliau menjelaskan bahawa kejayaan beliau dalam
perniagaan tersebut bukanya 100% daripada warisan turun temurun sebaliknya beliau
bersama-sama menjayakan perniagaan tersebut supaya terus memacu kejayaan yang
diimpikan. Manakala menurut Aini Hayati Mohamed (2003: 182), Keputusan untuk
mengambil alih peniagaan sama ada dengan memasuki perniagaan yang dijalankan oleh
keluarga membeli perniagaan sedia ada hendaklah dilakukan dengan berhati-hati setelah
mengambil kira segala kelebihan dan kekurangan kaedah ini.
Terdapat beberapa alasan mengapa seseorang memutuskan untuk menyambung
perniagaan sedia ada. Di antara alasan tersebut ialah:
a) Mengurangkan ketidakpastian.
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 7
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
8/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Perniagaan yang sudah berjaya telah menunjukkan keupayaan untuk menarik pelanggan,
mengawal kos dan membuat keuntungan. Walaupun operasi di masa depan berbeza, rekod
lepas syarikat dapat menunjukkan apa yang boleh dilakukan dalam keadaan pasaran sebenar.
Misalnya lokasi yang strategik telah dapat mengurangkan satu faktor ketidakpastian yang
besar.
b) Memperoleh operasi dan perhubungan yang berterusan.
Perniagaan yang sedia ada biasanya akan mendapat bersamanya tenaga kerja, kemudahan
fizikal, perhubungan dengan pihak bank telah lama terjalin dan perhubungan dengan
pembekal Satu usaha yang menyeluruh diperlukan untuk mewujudkan semua ini sekiranya
memulakan perniagaan sendiri dari asas lagi.
c) Harga yang boleh ditawar
Untuk mendapatkan perniagaan yang masih berterusan operasinya pada harga yang boleh
ditawarkan, iaitu kos pengambilalihan adalah lebih rendah atau diskaun. Ini terjadi apabila
penjual perniagaan tersebut ingin menjualkan perniagaan tersebut ingin menjualkan
perniagaannya dengan kadar segera. Biasanya proses pembelian dilakukan dengan
menggunakan matchmakers iaitu broker khusus yang memperkenalkan kedu dua penjual
dan pembeli perniagaan.
Di samping terdapat kelebihan di dalam perniagaan ambil alih terdapat juga
kelemahan dalam yang mungkin timbul kerana kemungkinan rekod perniagaan terdahulu
lemah. Lokasi perniagaan lama mungkin tidak sesuai & tidak strategik Terikat dengan
undang-undang & perjanjian yang sedia ada dengan pihak bank & pembekal.
Kemungkinan mewarisi hutang-hutang lalu dengan bank & pembekal Kemungkinan keadaan
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 8
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
9/24
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
10/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
d) Strategi pemasaran yang tidak berkesan
Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya
tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing
yang strategi pemasaranya jauh lebih berkesan.
e) Khidmat pelanggan yang tidak cekap
Peniaga hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara
mengekalkan pelanggan.Ini kerana syarikat ambil alih telah lama berurusan dengan pelanggan
tetap. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan
pelanggan.
f) Produk hanya satu jenama dan tidak pelbagai
Peniaga hanya tertumpu pada satu jenama sahaja . Sebagai contoh, jika Perniagaan ihram
Trading hanya tertumpu hanya kepada barang-barang Haji sahaja.
g) Lokasi perniagaan tidak sesuai.
Premis perniagaan yang diwarisi mungkin sukar disinggahi pelanggan atau kawasan letak
kereta yang terhad. Contoh lain ialah lokasi perniagaan berada di tempat terlindung,
menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan
juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas
bangunan.
h) Tidak berfikiran jauh
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 10
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
11/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Peniaga ambil alih mungkin tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan.
Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan.
Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada
segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Peniaga perlu menambah
ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus-
serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang
pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.
i) Kurang pengalaman
Peniaga menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak
minat. Peniaga yang bermula daripada bawah, biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana
mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh
pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.
j) Tiada sistem mengurus akaun yang efisien.
Pengurusan akaun yang efisien ini menyebabkan peniaga tidak tahu kekuatan sebenar
perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai Peniaga
tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya
adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat
membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi.
k) Terlalu tamak berkembang
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 11
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
12/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Peniaga yang menjalankan perniagaan sedia ada tidak mengukur baju di badan
sendiri. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan
yang mencukupi, menyebabkan perniagaanya gagal.
l) Tiada penyambung kejayaan
Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab
membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa
yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannya. Ada perniagaan yang
berjaya pada zaman pentadbiran si ayah, tetapi menjadi kucar kacir apabila sistem
pengurusan perniagaan diambil alih oleh generasi baru di kalangan ahli keluarga tersebut.
5.0 ihram Trading Sdn. Bhd Sebuah Perniagaan Islam
Islam adalah agama yang mengajar penganutnya cara-cara kehidupan sistematik yang
akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bagi memastikan matlamat ini berjaya
dicapai ,ihram Trading Sdn. Bhd. telah menyediakan garis panduan sendiri dalam
pengurusan hariannya bagi memastikan aktiviti yang dijalankan mendapat rahmat dan
keberkatan daripada Allah S.W.T . Melalui garis panduan yang disediakan membolehkan
ihram Trading Sdn. Bhd mengetahui perkara-perkara yang boleh , yang perlu dielakkan dan
tidak boleh dilakukan semasa menguruskan perniagaannya. Segala usaha yang dilakukan
adalah berdasarkan panduan daripada Al-Quran dan Al-Hadis selari dengan tuntutan syarak
yang telah ditetapkan oleh Islam.
Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh ihram Trading Sdn. Bhd bukan sahaja
untuk mendapat ganjaran keduniaan semata-mata tetapi turut bertujuan untuk memenuhi
tuntutan agama dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Dengan kata lain ,
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 12
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
13/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
membelakangkan ajaran agama akan menyebabkan pekerjaan tidak diberkati dan tidak
diterima sebagai ibadah. Dalam semua aktiviti perniagaan ihram Trading Sdn. Bhd hampir
100% barang- barang dan bahan mentah diperolehi daripada pembekal yang beragama Islam
termasuklah dari negara China, kemboja, Thailand dan Filipina lain-lain.
Di dalam Islam aktiviti perniagaan adalah amat digalakkan. Banyak ayat dan hadis
yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai
punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis
bermaksud: 9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan. (Hadis riwayat Tirmizi).
Perniagaan merupakan mekanisme untuk manusia mendapatkan harta dan barangan
yang diingini. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semula jadi manusia.
Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan syarikat individu,
masyarakat dan negara. Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat
mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan
aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi,
orang soleh dan syuhada. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat
Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan
padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.
6.0 Perkara yang diharamkan dalam perniagaan Islam
Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1995:229). Adapun Islam, maka agama ini tidak sama
sekali mengharamkan perniagaan antara sesiapapun kecuali berunsurkan bibit-bibit
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 13
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
14/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
kezaliman, atau penipuan, atau penindasan , ataupun melakukan sesuatu yang dilarang oleh
Islam. Islam amat menitik beratkan soal halal dan haram dalam perniagaan. Sungguh pun
aktiviti perniagaan di anjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas
menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin
kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara
dalam aktiviti perniagaan .
Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan cara Islam ialah:
(a) Riba
Islam amat menitikberatkan perkara riba dalam menguruskan perniagaannya. Riba merupakan
menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang
wajib dielakkan oleh seorang perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan
riba adalah halal akan Muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-Quran dan sunnah
tentang pengharamannya. Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan
tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh.
Allah SWT telah menjelaskan kepada kita sebagai umat manusia bahawa amalan riba
pada masa turunnya al-Quran, sebagaimana telah dikemukakan di atas, menunjukkan bahawa
amalan tersebut mengandungi penganiayaan dan penindasan terhadap orang yang
memerlukan dan yang seharusnya menerima bantuan di dalam urusan jual-beli. Dalam
menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang
baik dan diredai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan
peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal,
membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 14
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
15/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti
berdirinya orang yang kemasukkan syaitan lantaran (terkena) penyakit gila. Keadaan mereka
yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli
itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Di
antara kesan buruk riba terhadap individu adalah melahirkan individu bersikap ego. Pelaku
riba hanya mengutamakan kepentingan peribadi dan memikirkan perihal diri sendiri sahaja.
Sikap ego ini akan menghilangkan semangat pengorbanan dalam mendahulukan orang lain
serta akan lenyap erti kasih untuk menjaga kebajikan kepada sesama masyarakat maka akan
pudarlah ikatan persaudaraan antara sesama manusia. Pelaku riba umpama binatang yang
buas. Di dalam kehidupan seharian, fikiran mereka hanyalah berlegar-legar di sekitar untuk
mengumpulkan harta kekayaan dan menghisap darah saudara seagama mereka sendiri. Riba
juga akan menghilangkan nilai kemuliaan dan rasa kasih sayang sesama manusia.
Jika ditinjau dari aspek kemasyakatan, riba akan melahirkan rasa permusuhan dan
kebencian antara anggota masyarakat. Riba juga menjadi penyebab hilangnya ikatan-ikatan
kemanusiaan dan persaudaraan di pelbagai peringkat masyarakat serta akan menghancurkan
prinsip-prinsip belas kasihan dan kebaikkan dalam jiwa manusia. Kerana itulah Allah Taala
menyatakan perang terhadap para peniaga yang melakukan riba dan memberikan peringatan
bahawa Allah SWT akan menghilangkan keberkatan dan menghancurkannya serta akan
melaknat pelakunya.
(b) Memeras ugut dan mengambil harta dengan cara yang batil
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 15
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
16/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Dalam perniagaan, kita perlu lihat keuntungan jangka panjang. Menjalankan perniagaan
bukan untuk sebulan dua, atau setahun dua tetapi melibatkan jangka masa yang lebih lama
Usahawan penipu mungkin akan terlepas dengan keuntungan jangka pendek. Sebab menipu
pelanggan memang mudah. Apabila pelanggan terjumpa usahawan penipu, maka, pastinya
mereka tidak akan lagi berurusan dengannya. Dalam perniagaan, untuk memaksimakan
keuntungan jangka panjang, pelanggan yang sedia ada adalah aset yang amat penting.
Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan mengambil harta
orang lain dengan cara yang batil (salah). Mengambil harta orang lain dengan cara yang batil
dan salah ini boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak,
menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya. Sekiranya seseorang berkeinginan kepada
barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya
melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai cara yang
salah dan batil. Islam mengharamkan perbuatan seumpama memeras ugut dan mengambil
harta orang lain dengan cara yang batil ini.
Daripada keterangan maksud ayat di atas membuktikan kepada kita bahawa, Allah
SWT melarang hambanya yang beriman dari memakan harta sesama mereka dengan cara
yang batil iaitu dengan pelbagai perbuatan yang tidak syarie seperti riba, judi dan seumpama
dengannya dari pelbagai jenis helah yang menjuruskan kepada riba.
(c ) Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 16
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
17/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Pelbagai cara penipuan dilakukan oleh peniaga dalam meraih keuntungan dalam sekelip mata.
Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat
dengan tujuan melariskan barang-barang yang dijual. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan
selagi tidak melanggar hukum-hukum syarak, namun sebagai peniaga yang beriman mereka
sewajarnya tidak lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam perniagaan.
Menipu ialah melakukan suatu helah dan alasan untuk kepentingan diri sendiri dan
memudaratkan orang lain. Penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti
meletakkan harga melebihi 100% daripada harga belian, menjual barang tiruan dengan harga
yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu. Antara yang paling keji
dalam perniagaan Islam apabila peniaga atau penjual menipu dengan cara bersumpah dengan
nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan demi Allah, barang
ini adalah paling murah dijual di bandar ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja
sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.
Di samping itu juga Rasulullah SAW juga menasihati para peniaga supaya menjauhi
amalan penipuan dalam perniagaan kerana amalan ini bukan sahaja merugikan diri sendiri dan
masyarakat malahan dimurkai oleh Allah SWT malahan hasilnya tidak mendapat keberkatan
daripadanya. Sabda Baginda SAW bermaksud: "Sebahagian daripada penghuni neraka terdiri
daripada peniaga yang tidak amanah dalam urusan perniagaan dengan menipu dan
mengurangkan timbangan berat ketika berjual beli." Rasulullah SAW sering mengingatkan
umat Islam supaya mengelak daripada menjual barang rosak atau tidak boleh digunakan
kerana balasan Allah kepada peniaga yang menipu sangat berat dan pedih. Perbuatan itu
dilakukan mereka yang berniat mengaut keuntungan berganda tanpa memikirkan kesusahan
orang lain akan menerima seksaan di akhirat.
awas jika banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya kadang kal) banyak
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 17
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
18/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan
menghilangkan barakahnya.
Berpandukan kepada ayat Al-Quran di atas, sebagai peniaga yang beriman dan
berpegang teguh kepada ajaran agama Islam yang maha suci, peniaga hendaklah mengelak
dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan
barangan jualan dan mendapat keuntungan yang berlebihan tanpa menghayati keburukan
yang bakal ditanggung oleh pengguna atau pembeli.
7.0 Perancangan Strategik
Dari kaca mata Islam Perancangan Strategik tidak semestinya datang daripada Al-Quran dan
Al-Hadis semata-mata. Sebaliknya peniaga atau usahawan perlu menerokanya sehingga akhir
hayat walaupun hingga ke negeri China. Manusia diberikan kelebihan akal yang boleh
digunakan untuk kebaikan dan sebaliknya. Menurut Zainal Abidin Mohamed. (1998: 284),
masa depan yang tidak dapat diramalkan, sumber yang terhad, perubahan yang tidak tentu
hala, matlamat yang perlu dicapai dan ini semua perlu dilaksanakan dengan secekap mungkin.
Atas keadaan inilah maka perancangan bertambah genting dan perlu dijalankan
dengan bersistematik dan berkesan. Peniaga dan usahawan perlu merancang untuk mencari
jalan tersendiri dengan akal yang ada dan panduan agama yang dibawa oleh rasulullah SAW
supaya perniagaan dapat dikembangkan berdasarkan perancangan-perancangan yang telah
diteliti dari sudut implikasinya kepada pengurusan perniagaan. Sistem perancangan strategik
adalah amat dituntut di dalam Islam kerana pengurusan tersebut menggabungkan antara
akidah, syarak dan akhlak. Gabungan antara Al-Quran dan Al-Hadis kerana didasari oleh
gabungan-gabungan unsur ketakwaan dan penyerahan diri kepada Allah. Penekanan kepada
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 18
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
19/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
perancangan strategik amat penting bagi pengurusan perniagaan Islam supaya perancangan
yang dibuat bersistem dan berkelebihan.
Dalam bidang perniagaan tidak ada sentuhan ajaib dan jalan mudah untuk berjaya.
Cabaran dalam bidang perniagaan bukan setakat banyak malah amat sengit sekali.
Pengurusan tidak boleh mengambil jalan sambil lewa apatah lagi merasa selesa dengan
kejayaan yang ada sekarang. Seseorang usahawan atau peniaga harus banyak melakukan
pengorbanan untuk berjaya di dalam perniagaan yang diusahakan. Mereka harus tabah
menghadapi liku-liku dalam bidang yang diceburi. Apabila telah melangkah dalam bidang
perniagaan tiada ruang untuk mereka berehat dan lepas tangan terhadap masalah yang akan
berlaku dalam perniagaan. Apabila perniagaan berada pada peringkat tidak stabil,
kemungkinan pada peringkat ini mereka tiada lagi ada ruang untuk diperbaiki sekiranya
mereka masih lena dibuai mimpi indah. Untuk berjaya dengan cemerlang seseorang usahawan
atau peniaga harus mengekalkan momentum perniagaan untuk terus maju. Untuk maju semua
perancangan harus dibuat dengan teliti. Perniagaan tidak seharusnya mengikut rentak dan tari
orang semata-mata sebaliknya mestilah mempunyai daya usaha yang tinggi dan berterusan.
Pengurusan perniagaan tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada pekerja semata-mata
sebaliknya seorang Pengarah atau pengurus mesti melibat secara langsung terutama hal-hal
yang melibatkan dengan kewangan syarikat.
Selain itu ramai peniaga tidak melakukan penilaian terhadap perniagaannya. Penilaian
amat penting kerana penilaian amat penting untuk peniaga melakukan pindaan, perubahan dan
pembetulan dalam urus niaga yang dijalankan. Maklum balas dari pelanggan amat penting
kerana dengan cara ini kaedah baru dapat dicari dan membuat strategi perancangan untuk
memantapkan perjalanan perniagaan. Perlu diingat penilaian bukanlah hanya dibuat ketika
menghadapi masalah, mengalami kerugian dan ketika berdepan dengan kesukaran sahaja
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 19
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
20/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
sebaliknya perlulah dibuat secara berterusan supaya perniagaan yang diusahakan menjadi
semakin mantap dan tersusun rapi. Penilaian yang penting sekali ialah peniaga mesti melihat
kepada peluang-peluang baru yang dapat dibangunkan di dalam perniagaannya serta dapat
mengubah haluan apabila berlaku keadaan yang tidak diingini. Selain itu penilaian juga perlu
dibuat terhadap kemampuan kewangan serta keupayaan perniagaan apabila berdepan dengan
ekonomi yang tidak menentu.
8.0 Kepuasan pelanggan.
Pelanggan merupakan orang yang memberi keuntungan kepada peniaga atau
usahawan. Oleh itu maklumat yang disampaikan oleh pelanggan adalah amat penting dan
amat berguna untuk menjadikan perniagaan bergerak maju ke depan. Di dalam perniagaan
kepuasan pelanggan amat penting kerana jatuh bangun sesebuah perniagaan banyak
bergantung pada kepuasan pelanggan. Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati, mereka akan
berhenti berurus niaga dengan anda. Oleh itu apakah sebenarnya kepuasan pelanggan?.
Kepuasan pelanggan ialah tanggapan pelanggan bahawa harapan mereka telah dipenuhi
ataupun melebihi apa yang dijangkakan. Pelanggan yang berpuas hati akan membeli barang
dalam kuantiti yang banyak dan lebih kerap. Ini merupakan kenyataan yang mudah. Mereka
bukan sahaja membeli barangan daripada anda dalam kuantiti yang banyak dan kerap
malahan akan mempromosikan kepada kawan-kawan mereka. Lebih berpuas hati seorang
pelanggan maka mereka akan berbelanja dengan banyak, maka keuntungan yang diperolehi
oleh peniaga juga menjadi semakin banyak.
Menurut Richard F. Gerson kepuasan pelanggan ialah apabila sesuatu barangan atau
perkhidmatan memenuhi atau melebihi harapan pelanggan, pelanggan biasanya berpuas hati.
Kejayaan perniagaan ihram Trading Sdn. Bhd banyak bergantung kepada penawaran
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 20
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
21/24
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
22/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Bangunan DPMM Negeri Kedah, Jalan Tuanku Ibrahim 05000 Alor Setar, Kedah. Syarikat
terbabit bukan sahaja sekadar menjual pakaian dan barang-barang Haji malah telah beberapa
kali telah menyumbangkan derma kepada Sekolah, Rumah kebajikan anak-anak yatim dan
lain-lain badan kebajikan. Di samping itu setiap tahun Syarikat Perniagaan ihram Trading
akan mengeluarkan zakat perniagaan sebanyak 2.5 % kepada Pejabat Zakat Negeri Kedah
sebagai menunaikan kewajipan sebagai membuktikan bahawa perniagaan yang diusahakan
berasaskan perniagaan Islam.
Dalam usaha untuk mendapatkan keuntungan, tanggungjawab sosial tidak diabaikan.
Ashadi Zain, (2004: 207). Semua usaha yang dilakukan oleh ihram Trading di samping
menjalankan perniagaan telah melaksanakan pelbagai penyeliaan yang berkesan ke atas
keseluruhan perniagaanya. Bagi En. Firdaus selaku Pengarah Urusan ihram Trading beliau
percaya minat, misi dan semangat perniagaan telah membolehkan perniagaan beliau
berkembang maju dan mara lebih jauh lagi. Di sekitar Alor Setar ihram Trading merupakan
satu-satunya perniagaan Bumiputera yang berjaya. Beliau sentiasa menghayati perjuangannya
di dalam bidang yang diceburi. Natijahnya bulan Januari hingga bulan Julai adalah bulan
gerhana. Bulan Ogos dianggap bulan memberi sinaran kerana ketika ini pakaian dan
barangan Haji mula dipilih oleh bakal Haji. Akhir sekali didoakan semoga Perniagaan ihram
Trading Sdn. Bhd sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 22
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
23/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Rujukan Utama
BPME1013Asas Keusahawanan . Universiti Utara Malaysia,Sintok, Kedah.
Ab. Aziz yusof & Ahmad Bashir Aziz, (2008).Pengurusan Perniagaan Islam. Konsep, Isu
dan Pelaksanaan, Universiti Utara Malaysia, sintok, Kedah.
Aini Hayati Mohamed et. all (2003: 182). Pengajian Perniagaan 2. Teks Pra-U. Dicetak oleh
Commercial Book Binder Sdn Bhd. Pearson Malaysia Sdn Bhd , Selangor.
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 23
-
7/27/2019 PENGURUSAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN ISLAM
24/24
ASAS KEUSAHAWANAN BPME
1013
Ashadi Zain, (2004). 66 Usahawan Malaysia. Siri Keusahawanan & Perniagaan. PTS
Publication & Distributor Sdn. Bhd. Pahang
Dr. Yusuf Al-Qardhawi,(1995:229).Halal Dan Haram Dalam Islam (Edisi baru
lengkap).Pustaka Islamiyah Pte Ltd. Singapura.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Richard F. Gerson (_____).Mengukur Kepuasan Pelanggan. Ke arah Pengurusan Cemerlang.
Penerbitan Pelangi Sdn. Pencetakan Anda Sdn. Bhd. Bhd. Johor.
Zainal Abidin Mohamed (1998).Pengurusan Strategik. Siri Pengurusan dan Pentadbiran
Utusan. Utusan publications & Distributor Sdn. Bhd. Lohprint Sdn. Bhd. Kuala-
Lumpur.
Zulnaidi Yaacob, (2001:7). 12 Strategi Elak Business Gagal. Pencetakan Zafar Sdn. Bhd .
Kuala Lumpur.
194600 |MOHD KHAZIM HELMI BIN AHMAD BURIDAH 24
top related