penglibatan ibu bapa dalam prasekolah
Post on 26-Dec-2015
282 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENDAHULUAN
Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama- sama atau bantu- membantu
antara dua pihak mahupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa and masyarakat
dalam pendidikan kanak- kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan
kanak- kanak sehingga meningkatkan kecemerlangan diri dalam kehidupannya.
TUGASAN 1: ULASAN KRITIS
Artikel yang saya pilih bertajuk Family Involvement In Early Chilhood Education telah
menjelaskan peranan keluarga dalam meningkatkan kecemerlangan murid. Artikel ini
disediakan oleh Harvard Graduate School of Education (no: 1 in a series- Spring 2006 )
untuk tujuan membuktikan penglibatan ibu bapa dapat membantu dalam meningkatkan
kecemerlangan kanak- kanak mahupun sesebuah prasekolah itu. Melalui Harvard
Family Research Project yang dijalankan, saya dapat memperoleh ilmu pengetahuan
yang baharu yang dapat menambahkan lagi kefahaman saya tentang bahawa
pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pendidikan untuk meningkatkan kecemerlangan
murid.
Dalam artikel Harvard Family Research Project (HFRP) telah menyokong pendapat Urie
Bronfenbrenner (1917- 2005) yang menyatakan bahawa,
The family seems to be the most effective and economical system for fostering
and sustaining the child’s development. Without family involvement, intervention
is likely to be unsuccessful, and what few effects are achieved is likely to
disappear once the intervention is discontinued.
Saya bersetuju dengan penyataan ini. Saya berpendapat penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan awal kanak- kanak memainkan peranan yang penting. Penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan awal kanak- kanak bukan sahaja berlaku di dalam prasekolah
manakala juga pentingnya pembelajaran kanak- kanak bermula daripada rumah lagi.
Segala pembelajaran awal kanak- kanak bermula daripada rumah kemudian berlakunya
transisi ke sekolah. Bak kata pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”, sejak kecil lagi ibu bapa haruslah mula membimbing anak- anak muda
mereka supaya dapat membentuk insan yang berbudi bahasa serta berjaya dalam
bidang yang ingin diceburi. Ibu bapa perlulah memberikan masa yang secukupnya untuk
memahami keperluan dan kehendak anak- anak serta mengambil berat terhadap minat
seseorang anak mereka barulah dapat membantu anak mereka menuju ke arah yang
lebih cerah. Dalam artikel ini juga menjelaskan bahawa pentingnya penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan prasekolah kerana dapat membawa hasil yang positif seperti
tingkatkan keibubapaan dalam jiwa ibu bapa, hubungan antara keluarga dan sekolah
serta tanggungjawab bagi pembelajaran anak mereka.
Kelebihan artikel ini ialah telah menyatakan pentingnya peranan ibu bapa dan berserta
dengan contoh yang berkesan untuk melibatkan ibu bapa dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan murid. Dalam artikel ini telah menjelaskan bagaimana cara ibu bapa
bertanggungjawab membantu dalam pembelajaran anak mereka sehingga dapat
membawa hasil pembelajaran yang berkesan bagi kanak- kanak. Dalam pendidikan
awal kanak- kanak, penglibatan ibu bapa cenderung memberi tumpuan kepada
bagaimana penglibatan ibu bapa boleh membantu dalam perkembangan literasi dan
bahasa kanak- kanak. Saya menyokong penyataan ini dan berpendapat bahawa
pergaulan seharian dan interaksi positif yang melibatkan dua hala antara ibu bapa
bersama anak dapat membantu kanak- kanak mengenal lebih banyak huruf abjab lebih
awal lagi berbanding dengan kanak- kanak yang lain. Di samping itu, kanak- kanak
dapat menulis nama diri sendirinya dengan lebih awal berbanding dengan kanak- kanak
yang lain.
Menurut Trelease (1989) bahawa membaca kuat kepada kanak- kanak boleh
mendatangkan banyak faedah. Oleh itu, ibu bapa mahupun ahli keluarga yang
membaca kuat kepada murid prasekolah bukan sahaja dapat meningkatkan kemahira
membaca murid tersebut tetapi kemahiran- kemahiran lain yang berkaitan dengan
kemahiran membaca. Misalnya, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anank- anak
mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam
pengetahuan dan permikiran kanak- kanak. Selain itu, melalui membaca buku cerita
kepada kanak- kanak bermula pada sejak kecil lagi juga dapat meningkatkan imaginasi
serta kreativiti seseorang kanak- kanak dalam menghasilkan karya yang kreatif. Menurut
Safiah (1990) menyatakan bahawa kanak- kanak yang dalam lingkungan umur 5 atau 6
tahun yang kerap dibacakan cerita akan mempunyai satu tanggapan yang agak jelas
tentang apa yang dikatakan sebuah cerita. Secara tidak langsung, pelbagai kecerdasan
seperti linguistik dan interpersonal juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti membaca
buku cerita. .
Seterusnya, aktiviti pengajaran ibu bapa secara langsung seperti tunjukkan cara menulis
perkataan dapat membantu kanak- kanak dalam kebolehan untuk mengenalpastikan
huruf abjad dan membatangkan suku kata perlulah dimulakan pada usia awal lagi.. Saya
menyokong pendapat Donald Ragang dalam The Borneo Insider (Oktober 5, 2013)
bahawa kanak- kanak yang diberikan pendedahan pada peringkat awal usia lebih cepat
bertindak dan mempunyai kefahaman yang lebih berbanding dengan kanak- kanak yang
tidak mempunyai pendidikan awal kanak- kanak.
Pada era globalisasi ini, kebanyakkan ibu bapa menjadi materialis kepada seseorang
anak sehingga mengabaikan keperluan lain seperti kasih sayang, masa dan lain- lain
yang lebih penting dan diperlukan oleh seseorang kanak- kanak. Fenomena ini sering
berlaku dalam masa kini serta ia menjadi semakin serius jika tidak ditangani dengan
tindakan yang sewajarnya. Saya dapat melihat dengan mata diri saya sendiri di mana
kanak- kanak yang berusia muda telah berkomunikasi dengan menggunakan perisian
dengan ibu bapa walaupun terdapat peluang untuk berkomunikasi berdepan dengan ibu
bapa. Saya berpendapat bahawa pentingnya ibu bapa berkomunikasi bersama anak
mereka kerana melalui perbualan seharian juga dapat membantu kanak- kanak
meningkatkan kebolehan mengenal lebih suku kata mahupun perkataan melalui
pembelajaran secara langsung bersama ibu bapa dalam rumah. Artikel ini telah
membincangkan perbualan seharian ibu bapa dengan anak boleh menggunakan ayat
yang kompleks dan pelbagai jenis kata- kata ataupun bahasa yang berbeza (bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina) untuk berkomunikasi. Hart & Risley (1995)
membukti bahawa dalam keluarga profesional telah menunjukkan kadar yang begitu
ketara bagi perkembangang dalam perbendaharaan kata lebih tinggi berbanding dengan
yang lain. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengadakan aktiviti pembelajaran bersama
anak- anak seperti membaca untuk kanak- kanak ataupun mengadakan aktiviti
pembelajaran pengalaman yang saling melengkapi seperti melawat ke perpustakaan,
lawatan ke zoo, berkelah, melibat dalam aktiviti sukan yang boleh meningkatkan
perkembangan literasi bahasa kanak- kanak.
Kesimpulannya, saya berpendapat penglibatan ibu bapa bukan sahaja bergantung
kepada aktiviti yang dirancang oleh pihak prasekolah sahaja manakala ibu bapa juga
boleh memulakan berdamping bersama dengan anak mereka dengan mengadakan
aktiviti keluarga seperti membaca, menyanyi dan lain- lain yang dapat melibatkan ibu
bapa dan anak serta mengeratkan lagi hubungan positif antara sama lain. Di samping
itu, sangkutan yang kuat juga dapat dibentuk untuk membina konsep kendiri yang positif
dalam diri kanak- kanak sehingga dapat membantu mereka berjaya dalam masa depan.
Peranan ibu bapa merupakan faktor utama dalam membentuk sikap seseorang kanak-
kanak demi berusaha untuk kecemerlangan dalam kehidupan
Seterusnya, saya akan mengulaskan artikel yang berkaitan dengan hubungan mesra
keluarga dengan masyarakat. Pada pendapat saya, aktiviti yang melibatkan masyarakat
agak susah dilaksanakan dalam prasekolah. Hal ini demikian, saya berasa aktiviti akan
melibatkan orang ramai sukar diuruskan dan sering menghadapi dengan kekangan
dalam pengurusan prasekolah. Dalam artikel yang kedua saya kemukakan bertajuk
penglibatan masyarakat (community engagement). Artikel ini telah menjelaskan bahawa
hubungan mesra keluarga dengan masyarakat memainkan peranan yang penting.
Setelah membaca artikel tersebut, saya dapat memahami dengan jelas tentang
pentingnya peranan masyarakat dalam meningkatkan kecemerlangan anak. Dalam
C.a.F.E. Enfiled Children’s Center di Adelaide telah berusaha menggalakkan
penglibatan masyarakat terutamanya bapa dalam aktiviti prasekolah supaya dapat
meningkatkan dan merapatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti prasekolah. Saya
bersetuju dengan projek yang telah dilaksanakan oleh pusat C.a.F.E dengan
melibatkan bapa dalam jawatankuasa prasekolah. Saya berpendapat cara ini berkesan
untuk memulakan penglibatan masyarakat dengan melantikkan bapa murid prasekolah
dalam ahli jawatankuasa kerja bagi aktiviti prasekolah seperti membina Taman Sensori.
Guru boleh berjumpa dengan bapa murid prasekolah yang berminat dalam berkebun
dan turut melibat diri dalam projek membina Taman Sensori dalam prasekolah. Guru
boleh memulakan projek Taman Sensori dengan mengadakan perbincangan bersama
ibu bapa yang terlibat. Melalui projek sebegini, saya boleh melihat penglibatan
masyarakat boleh bermula daripada kelompok yang kecil dan akhirnya dikembangkan
menjadi kelompok yang lebih besar ataupun masyarakat. Cara ini agak berkesan dan
haruslah dilaksanakan dalam prasekolah di negara kita supaya dapat mengalakkan
penglibatan masyarakat dalam membantu kanak- kanak meningkatkan kecemerlangan
dirinya. Dalam Taman Sensori, ibu bapa dan guru boleh menanamkan tumbuh-
tumbuhan seperti bunga mawar, pokok herbal yang dapat merangsangkan deria murid
prasekolah termasuklah deria sentuh, bau, rasa dan lain- lain. Selain itu, kanak- kanak
juga berpeluang berkenal mesra dengan orang dewasa berkenaan sesuatu pengalaman
ataupun pengetahuan kerana ibu bapa daripada pelbagai latar belakang pekerjaan. Bagi
ibu bapa yang bekerja sebagai profesional seperti doctor, ahli bomba dan lain- lain juga
boleh memberikan sesi ceramah kepada ibu bapa yang lain cara untuk mengesan
penyakit Denggi dan cara menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku.
Dalam artikel ini, saya mendapati bahawa Gamumbi Early Childhood Education telah
mengadakan program lestari untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam
prasekolah. Pusat di Gamumbi telah memberi peluang praktikal bagi kepada ibu bapa
dan masyarakat turut melibat secara langsung dalam program lestari seperti membina
reban ayam, memasang tangki air dan lain- lain. Selain itu, melalui tanam- menanam
kanak- kanak dapat melibat diri dalam aktiviti berkebun serta secara langsung dan
mendalam lagi dalam pengeluaran dan penanaman sumber makanan seharian. Selain
itu, hasil tanaman yang diperoleh digunakan untuk pembelajaran dalam kelas. Murid
dapat memahami dengan lebih mendalam lagi dengan penggunaan bahan maujud
dalam pembelajaran. Di Gamumbi, masyarakat percaya bahawa kepentingan berkongsi
makanan antara sama lain dapat membina silatulahim yang erat dan semangat kekitaan
dalam jiwa kanak- kanak. Saya menyokong penyataan yang dikemukan dalam artikel
bahawa berkongsi makanan merupakan cara membina hubungan erat dan semangat
kekitaraan. Saya berpendapat bahawa aktiviti jamuan raya bersama ibu bapa dan murid
prasekolah dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk menjalin hubungan mesra
keluarga dengan masyarakat. Ibu bapa dapat saling berinteraksi antara sama lain untuk
berkongsi cara bagi meningkatkan kecemerlangan diri. Saya berpendapat sokongan dan
bimbingan daripada ibu bapa sejak kecil lagi memainkan peranan yang penting.
Sokongan dan bimbingan yang berterusan dapat membantu kanak- kanak menjadi lebih
yakin dengan perkara yang dilakukan.
Tambahan pula, penglibatan masyarakat orang asli sejak daripada awal prasekolah juga
memainkan peranan yang penting pada masa kini. Antara sebabnya, penglibatan
masyarakat orang asli kurang memuaskan dalam pendidikan awal kanak- kanak kerana
kekurangan kewangan, masalah pengangkutan di kawasan pedalaman serta kurang
penglibatan yang aktif bagi masyarakat orang asli. Bagi meningkatkan penglibatan
masyarakat orang asli dalam pendidikan awal kanak- kanak, pihak Forbes Preschool
telah mengadakan program cara menjaga kesihatan dan program pemakanan yang
berkhasiat kepada masyarakat orang asli. Saya berpendapat program cara menjaga
kesihatan dan program pemakanan yang berkhasiat sangat penting bagi masyarakat
orang asli dan harus dilaksanakan oleh kerajaan kita untuk merapatkan hubungan
mesra sekolah dengan masyarakat orang asli di kawasan pedalaman seperti gua
musang, pedalaman Sabah dan Sarawak dan lain- lain. Melalui program ini juga dapat
memberikan pendedahan awal kepada masyarakat orang asli supaya mereka dapat
memahami secara mendalam lagi bahawa jaga kesihatan dan pemakanan penting bagi
meningkatkan kecemerlangan anak- anak mereka. Secara tidak langsung, hubungan
mesra dengan masyarakat orang asli dapat dipupuk melalui program yang berfaedah
ini. Semangat kekitaan ibu bapa masyarakat orang asli dengan pihak sekolah dapat
dijalinkan sehingga mereka sanggup berjumpa dengan guru untuk membincang
perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa.
Kesimpulannya, komitmen bagi semua pihak agak diperlukan dalam usaha
meningkatkan kecemerlangan kanak- kanak pada peringkat awal lagi. Oleh itu, dasar-
dasar kerajaan dan usaha masyarakat haruslah saling dikaitrapatkan dengan aktiviti
prasekolah supaya dapat membantu anak- anak generasi muda berjaya dalam
kehidupannya.
TUGASAN 2: LAPORAN PEMERHATIAN
Bagi tugasan kedua dalam KKBI, saya bersama rakan saya dikehendaki merancang dan
melaksanakan satu aktiviti yang boleh dijalankan dalam prasekolah untuk mengalakkan
penglibatan ibu bapa di mana ibu bapa boleh berkongsi maklumat dan pada3ngan untuk
meningkatkan kecemerlangan diri kanak- kanak.
Sebelum aktiviti dipilihkan, kami telah mengadakan perbincangan bersama guru
pembimbing dan pihak pentadbir untuk memperoleh pandangan dan idea daripada
mereka. Kami telah merancang beberapa jenis aktiviti yang dapat melibatkan ibu bapa
seperti sukaneka, aktiviti menyediakan sandwich, aktiviti senamaerobik, aktiviti kitar
semula sebagai program prasekolah kami. Setelah perbincangan bersama pihak
pentadbir akibat atas beberapa sebab yang tertentu, kami telah membuat keputusan
serta pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan majlis sambutan hari raya
prasekolah bagi menggantikan aktiviti yang dirancang sebelum ini.
Pada awal perancangan, kami telah menyediakan kertas kerja yang lengkap berasaskan
format kertas kerja yang ditetapkan. Sebagai setiausaha, saya bertanggungjawab untuk
menyediakan kertas kerja dengan merujuk kepada format yang betul serta dengan
surat- surat yang diperlukan, kad undangan, brosur dan buku program. Setelah
dokumen- dokumen siap disediakan, kami telah memohonkan kelulusan daripada guru
besar SK Sultan Ismail 3, Puan Hajah Rahana Binti Zakaria.
Persiapan tempat telah bermula pada awal pagi ( lapan pagi) pada 6 Ogos 2014 (Rabu)
Semua AJK unit prasekolah bersama ibu bapa telah menunjukkan komitmen masing-
masing untuk menyempurnakan majlis raya ini. Ibu bapa turut menghadirkan diri pada
awal pagi bersama- sama dengan guru untuk membuat persiapan bagi jamuan raya
prasekolah. Di sini wujudlah sikap tolong- menolong dan toleransi antara ibu bapa
terhadap aktiviti sekolah. Ibu bapa sanggup datang awal sebelum jamuan mulakan
untuk membantu dalam persiapan tempat dan bertugas untuk menghidangkan makanan
dan minuman. Secara tidak lansung, perbuatan ini dapat dicontohi oleh murid
prasekolah bahawa kepentingan manusia bekerjasama untuk mencapai muafakat.
Majlis jamuan hari raya prasekolah yang diadakan telah merapatkan lagi silatullahim
antara keluarga dengan sekolah. Hal ini boleh diperhatikan dalam majlis sambutan hari
raya yang telah berjaya dijalankan pada 6 Ogos 2014 yang lalu. Aktiviti ini telah
mendapat sokongan dan bantuan daripada ibu bapa murid prasekolah. Ibu bapa
sanggup menyediakan pelbagai makanan dan minuman bagi memeriahkan lagi jamuan
raya prasekolah.
Ibu bapa telah menyediakan pelbagai jenis makanan tradisional untuk menyempurnakan majlis raya prasekolah.
Ibu bagi murid prasekolah sedang menghidangkan makanan yang disediakan atas meja.
Bagi program yang dijalankan pada hari tersebut telah berjaya melibat ibu bapa. Tujuan
diadakan sesi maaf- bermaafan antara sekolah dan ibu bapa serta murid kerana ingin
memupuk nilai murni seperti maaf- bermaafan dalam jiwa kanak- kanak supaya mereka
tahu pentingnya seseorang dapat menghalalkan kesilapan seseorang serta dapat
wujudnya masyarakat yang aman damai.
Bagi sesi melapor prestasi murid, guru prasekolah telah menjelaskan lagi kandungan
kurikulum yang ada dalam KSPK. Guru menjelaskan pengajaran di prasekolah
menitikberatkan aktiviti yang boleh mengembangkan potensi serta bakat mereka seperti
melalui aktiviti menyanyi, menari dan lain- lain. Hal ini demikian, terdapat sesetengah ibu
bapa telah melahirkan tanggapan yang salah terhadap aktiviti yang dirancangkan tidak
membawa sebarang manfaat kepada murid prasekolah melalui aktiviti menyanyi dan
lain- lain. Melalui slot ini, ibu bapa dapat memahami kurikulum dan aktivti yang dipelajari
oleh anak- anak. Segala aktiviti yang dirancang bukan sahaja ingin menyeronokkan
murid prasekolah tetapi mengembangkan bakat- bakat yang terpendam dalam diri murid
prasekolah. Ibu bapa dapat membincangkan cara untuk membantu anak- anak mereka
supaya dapat maju dalam pelajaran dan meningkatkan perkembangan murid prasekolah
dalam pembelajaran. Di samping itu, ibu bapa juga dapat mengesan bakat- bakat anak-
anak mereka serta menyambungkan aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan yang
berkesan untuk mencungkil bakat anak mereka. Melalui slot ini juga dapat membantu
ibu bapa dalam mengetahui perkembangan anak mereka serta pencapaian mereka
dalam prasekolah dari semasa ke semasa. Ibu bapa berpeluang untuk mempelajari cara
atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak- anak mereka melalui
perbualan bersama guru. Secara tidak langsung dalam perbualan guru bersama dengan
ibu bapa, guru juga dapat memahami lebih mendalam tentang latar belakang bagi
seseorang murid prasekolah. Ibu bapa juga dapat memahami apa yang sudah, sedang
dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah. Di samping itu, guru
juga dapat melihat dengan lebih jelas tentang sikap anak- anak mereka semasa di
dalam rumah dan di dalam prasekolah.
Seterusnya, melalui slot ini juga guru dapat menukarkan idea dan pandangan bersama
ibu bapa dalam cara membantu murid prasekolah untuk meningkatkan kecemerlangan
diri murid. Bukan sahaja interaksi antara ibu bapa dengan guru manakala interaksi
antara ibu bapa dengan ibu bapa yang lain juga dapat membantu seseorang ibu bapa
lebih memahami dan mengetahui secara mendalam lagi tentang perkembangan anak-
anak mereka.
Guru sedang melaporkan pencapaian murid prasekolah dalam kurikulum & kokurikulum.
Tambahan pula, bagi slot sambutan hari jadi dan pertunjukkan fesyen The King & The
Queen diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid prasekolah supaya
murid prasekolah berasa diri sendirinya dihargai sebagai anugerah tuhan yang
istemewa.
Penyampaian hadiah kepada anugerah tuhan yang istimewa bagi bulan Julai-
Disember
Pemenang The King & The Queen bagi Prasekolah Mawar & Prasekolah Seroja
Kelemahan yang dapat kesan melalui pemerhatian saya ialah baki makanan yang
berlebihan. Makanan yang dibawa oleh ibu bapa terlalu banyak sehingga berlakunya
pembaziran. Bagi penambahbaikan, guru boleh memberitahu anggaran makanan bagi
ibu bapa sebelum menyediakan makanan supaya dapat mengelakkan daripada
mengulangi pembaziran. Selain itu, saya juga dapat memerhati bahawa kanak- kanak
tidak berpuas hati kerana tidak terpilih sebagai The King & The Queen. Murid
prasekolah telah mengadu kepada saya bahawa kenapa dia tidak dapat menjadi The
King & The Queen pada hari itu. Bagi penambahbaikan slot ini, saya bercadang
menyediakan hadiah untuk semua murid prasekolah kerana dengan cara ini murid
prasekolah dapat mengetahui diri sendirinya tidak diabaikan.
Selain daripada kelemahan itu, saya juga dapat memerhati bahawa kehadiran ibu bapa
bagi aktiviti ini perlu ditingkatkan lagi kerana penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
prasekolah juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk ibu bapa lebih
mengenali anak mereka serta membantu anak- anak mereka dalam pembelajaran dan
pengajaran. Selain itu, kesuntukkan masa telah menyebabkan kami memendekkan
masa untuk aktivti yang seterusnya. Hal ini demikian, kebanyakkan ibu bapa perlu
bekerja pada hari tersebut. Kami terpaksa meringkaskan aktiviti dan tamat pada masa
10.30 pagi. Penambahbaikan bagi masalah ini ialah bagi jamuan raya yang akan datang
boleh dirancang dan diadakan pada hujung minggu supaya ibu bapa boleh
menghadirkan diri tanpa diganggu atas sebab bekerja
Kesimpulannya, melalui majlis sambutan raya prasekolah ini saya banyak memperoleh
ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baharu. Saya bersyukur kerana dapat tunjuk
ajar daripada pensyarah dan juga kedua- dua guru prasekolah sehingga dapat
menyempurnakan program ini.
BIBLIOGRAFI
Sumber Buku
Halimah Abdul Rahman & Kamariah Ibrahim. (1993) Pengurusan dan Pengelolaan
Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kasnani AB. Karim & Norbe MD. Nor & Nazimah Abdullah. (2005) Perkembangan
Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Jurnal
http://southernearlychildhood.org/upload/pdf/
Accessible_Family_Involvement_in_Early_Childhood_Programs_by_Johnetta_W_
_Morrison_Pamela_Storey_and_Chenyi_Zhang.pdf Johnetta, W.M., Pamela, S., &
Chenyi, Z. (2011). Dimensions of Early Chidhood. Accessible Family Involvement in
Early Childhood Programs. Volume 29 (No.3), 21- 26.
http://www.earlychildhoodaustralia.org.au/nqsplp/wp-content/uploads/2012/11/
NQS_PLP_E-Newsletter_No47.pdf Luke T. (2012). National Quality Standard
Professional Learning Program. Community Engagement. Volume 47, 1-5.
http://www.strengtheningfamiliesillinois.org/mirror/downloads/NAEYC_Article_1112.pdf
Jamilah, R. J., Kathy, G. W., & Anne, D. (2012). Strengthening Families in Illinois.
Increasing Family Engagement in Early Childhood Program. Volume November, 18-23.
http://www.hfrp.org/family-involvement/publications-resources/teacher-family-
community-relationships-and-resources Harvard Family Research Project. (2006).
Family Involvement in Early Childhood Education. No 1 in a series. 1-8.
Sumber Internet
http://borneoinsider.com/2013/10/05/guru-dan-ibubapa-mainkan-peranan-penting-
membentuk-generasi-yang-cemerlang/ Donald Ragang. (2013, October 5). Guru dan Ibu
Bapa Mainkan Peranan Penting Membentuk Generasi yang Cemerlang. The Borneo
Insider.
top related