penghargaan.docx
Post on 12-Jan-2016
226 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi . Bersyukur kepada Allah kepada Allah
s.w.t. kerana dengan izin-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan sebaik
mungkin dan tepat pada masa yang ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat membantu dalam menyelesaikan tugasan ini terutamanya
pensyarah dan rakan-rakan sekelas Matematik 1 yang banyak membantu memberikan
idea dan pandangan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah iaitu
Encik Asbullah yang banyak membantu memberikan tunjuk ajar kepada
kami.Penerangan dan tunjuk ajar beliau semasa sesi interaksi telah banyak memberi
maklumat tentang tugasan dan membuka jalan untuk kami memulakan langkah
melaksanakan tugasan ini.
Panduan dan tunjuk ajar oleh beliau tentang apa yang perlu dilaksanakan adalah
sesuatu yang amat berharga sebagai langkah memudahkan kami mencari idea dan
sebagainya. Segala ilmu yang dicurahkan dan nasihat yang diberikan sentiasa menjadi
panduan untuk kami berdua memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke
semasa.Meskipun,agak sukar bagi kami serta kurangnya pengetahuan tentang
pembinaan JSU yang sebenar, namun kami bertekad untuk membuat yang terbaik
mengikut spesifikasi tugasan tersebut.
Di samping itu juga tidak lupa saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-
pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan
tugasan ini. Terima kasih kepada pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Wan Abdul
Samad, Pokok Sena di atas kerjasama sepanjang kami melaksanakan tugasan ini
khususnya semasa pelaksanaan Ujian Pentaksiran yang lalu.Kerjasama mereka
amatlah dihargai selain maklumat yang begitu berharga kami perolehi sepanjang
menjayakan tugasan ini.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada suami dan anak-anak yang cuku
memahami dan sentiasa memberi dorongan dalam melaksanakan tugasan
ini.Dorongan yang diberikan telah menguatkan semangat kami berdua secara tidak
langsung dalam menyiapkan pelbagai tugasan yang lain.Komitmen terhadap tugasan
lain tidak menghalang kami menyelesaikan tugasan diberikan sebaik mungkin kerana
dorongan dan semangat dari semua pihak yang terlibat.
Sesungguhnya, setiap dorongan,semangat dan tunjuk ajar semua pihak dalam
proses menyiapkan tugasan ini adalah sesuatu yang amat dihargai.Tiada kata-kata
yang mampu diucapkan hanya jutaan terima kasih. Semoga setiap kejayaan yang
dihasilkan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.Insyaallah.
1.0 Pengenalan
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses merupakan
langkah ,tindakan atau operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki. Maklumat ialah bukti tentang prestasi murid dalam sesuatu perkara
yang ditafsir. Penghakiman pula merujuk kepada proses pertimbangan tentang
pencapaian pendidikan murid-murid. Manakala, produk merupakan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang murid-murid perolehi setelah melalui proses pendidikan.
Menurut Mokhtar Ismail; pentaksiran dapat ditafsirkan sebagai langkah untuk
menentukan sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. Status dan nilai juga
dapat ditentukan selepas pentaksiran dijalankan selain bagi menentukan kedudukan
atau pencapaian murid-murid.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang
murid bagi tujuan tertentu.
Namun, pentaksiran dalam matematik merupakan satu alat pengukuran yang
amat penting digunakan untuk mengusai matematik. Ianya digunakan untuk
mengesan penguasaan dan kefasihan murid-murid dalam kemahiran matematik. Ia
bergantung kepada pereka bentuk ujian terhadap teori dan amalan dalam
matematik.
Berteraskan pelbagai konsep pentaksiran, maka kita boleh melihat bahawa
pentaksiran bukan hanya untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran. Malahan, ianya meliputi aktiviti yang dijalankan semasa P&P,
aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan mendapat
pembelajaran yang baik. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran merangkumi
instrumen, kumpulan yang ditaksir, respon, kumpulan yang mentaksir dan skor.
Dalam mempelajari ‘Amalan Pentaksiran Dalam Matematik (MTE 3112) ini, kita
bukan hanya memfokuskan kepada konsep pentaksiran semata-mata kerana ia
juga merangkumi unsur-unsur pengukuran, penilaian dan pengujian.Ketiga-tiga
unsur ini walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan
dan ciri-ciri, namun ianya berkait rapat dengan proses pelaksanaan. Malahan,
ketiga-tiganya saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam
proses pendidikan.
Umumnya, pengujian digunakan untuk melihat darjah kemahiran matematik yang
dicapai melalui pembelajaran matematik.Malah, ia merupakan cara yang sistematik
untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Oleh kerana proses
pembelajaran itu penting dalam sistem pendidikan, maka soalan pengujian harus
diberi perhatian yang sewajarnya.
Konsep ujian matematik kepada murid-murid adalah menjadikan apa yang
dipelajari menjadi lebih sistematik dan mengukuhkan serta meningkatkan proses
pembelajaran.Ia amat berkesan dalam membantu murid-murid mengulangkaji apa
yang dipelajari secara menyeluruh dan mengulangkaji mengikut keutamaan serta
mengukuhkan diri dalam kemahiran matematik.
Melalui ujian matematik, guru juga boleh mencari dan mengenalpasti kelemahan
diri dalam pengajaran, memperbaikinya dan mengubah suai cara penyampaian
dalam pengajaran termasuklah mengaplikasi pelbagai teknik, strategi atau kaedah.
Ini merupakan pengajaran matematik ke arah yang lebih praktikal. Belajar
memahami teori dan amalan matematik, mengkaji dengan teliti, mencari titik
keutamaannya, merekabentuk ujian matematik, menjalankan ujian serta
menganalisis keputusan ujian serta membuat justifikasi terhadap item adalah antara
prosedur-prosedur yang harus dilaksanakan.
Justeru,melalui setiap proses yang dilaksanakan, dipercayai kita boleh melalui
ujian matematik, meneroka pelbagai masalah dan ini akan menjadikan kita lebih
mengenali matlamat pengajaran dalam usaha memperbetulkan proses pengajaran.
Pengalaman ini akan berguna dalam dunia pendidikan kerana impaknya sangat
besar dalam meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat lebih baik sama ada
kepada murid-murid atau guru itu sendiri.
2.0 Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Dalam membina JSU, kami telah mengambil beberapa langkah penting seperti mana
yang lazimnya dilakukan agar JSU yang dibina menepati kehendak tugasan.
2.1 Menyenaraikan tajuk dan bilangan jam waktu mengajar
Setelah berbincang dengan rakan pasangan saya, iaitu Masyitah bt Yusuf, kami
mengambil keputusan untuk hanya memilih 3 topik matematik Tahun 5.
Ini kerana, sehingga awal bulan Mac, murid-murid baru sahaja mempelajari 3 topik iaitu
Nombor Bulat, Pecahan dan Perpuluhan.
Justeru itu, kami membuat keputusan untuk memilih 3 topik yang dinyatakan tersebut
selaras dengan tahap dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid-murid.
2.2 Mengagihkan bilangan item mengikut jumlah masa mengajar.
Untuk menentukan bilangan item, kami sepakat untuk merujuk kepada bilangan
kemahiran yang terkandung dalam satu-satu topik yang telah dipelajari.
BIL TAJUK BIL.KEMAHIRAN BIL. ITEM1 Nombor Bulat 6 6
16x 15≈6
2 Pecahan 5 516x 15≈5
3 Perpuluhan 5 416x 15≈ 4
JUMLAH 16 15
2.3 Menentukan taksonomi objektif pendidikan dan domain. Agihkan item
mengikut aras taksonomi dan kesukaran.
Dalam interaksi kedua pada 25 Februari 2014, kami telah bersepakat bahawa nisbah
item bagi topik-topik matematik ialah 4 : 7 : 4
4 adalah soalan aras pengetahuan, 7 adalah soalan aras kefahaman dan 4 juga adalah
soalan aras aplikasi.
Penentuan nisbah ini adalah mengikut keadaan pendidikan sekarang di mana JSU lebih
mementingkan soalan aras tinggi (HOT).
2.4 Menentukan jenis ujian yang hendak diuji.
Jumlah soalan yang dipersetujui ialah 15 soalan aneka pilihan.
Soalan tersebut harus meliputi aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dengan
nisbah 4 : 7 : 4
BIL TAJUKBIL. KEMAHIRAN
BIL.ITEM
Tahu Faham Aplikasi26.7 % 46.6 % 26.7 %
1 Nombor Bulat 6 616x 15≈6 2 2 2
2 Pecahan 5 516x 15≈5 1 3 1
3 Perpuluhan 5 416x 15≈ 4 1 2 1
Jumlah 3 16 15 4 7 4
2.5 Menyediakan Jadual Penentuan Ujian yang lengkap
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN ABDUL SAMAD,
POKOK SENA, KEDAH.
JADUAL PENENTUAN UJIAN
MATEMATIK TAHUN 5 AB ~ UJIAN PENTAKSIRAN 1 ( BULAN MAC ) 2014
BIL. TOPIK-TOPIK
MATEMATIK
AGIHAN JAM
ARAS KEMAHIRAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM
JUMLAHKESELURUHAN
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi1 Nombor Bulat 6 2 2 2 6
2 Pecahan 5 1 3 1 5
3 Perpuluhan 4 1 2 1 4
JUMLAH 15 4 7 4 15
SKALA (%) 26.7 % 46.6 % 26.7 % 100 %
Agihan jam merujuk kepada bilangan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid-murid
sehingga awal Mac.
Bilangan kemahiran akan menentukan bilangan item bagi setiap topik yang dipilih.
3.0 Menulis Item Ujian
Soalan jenis aneka pilihan jawapan dikatakan sukar dibina dan juga sukar dijawab oleh
murid, tetapi mudah diperiksa. Justeru itu, dalam menyediakan soalan jenis aneka
pilihan jawapan ini, terdapat 9 prinsip yang perlu diikuti agar item soalan tersebut
menepati kriteria yang sepatutnya.
3.1 Prinsip Penyediaan Item Aneka Pilihan Jawapan
Arahan hendaklah jelas.
Soalan dan jawapan ditulis
secara padat
Perkataan sepunya tidak diualng-ulang.
Jawapan harus munasabah.
Taburan jawapan secara rawak.
Jawapan pilihan sama panjang.
Jawapan pilihan perlu
dikurangkan.
Aras kesukaran perlu setara.
Sistem susunan jawapan pilihan boleh dilakukan.
top related