penghargaan

Post on 12-Dec-2015

231 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Penyelidik menyatakan kesyukuran kerana dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna.

Penyelidik juga ini merakamkan jutaan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6

Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George, Puan Noorsinah Binti Saidin, yang telah

banyak meluangkan masa untuk membantu penyelidik menyiapkan kajian sehingga selesai.

Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada informan-informan yang turut

meluangkan masa untuk memberi maklumat berkaitan kajian ini. Tidak lupa juga kepada ibu

bapa penyelidik yang turut memberikan bantuan dari segi sokongan moral dan kewangan

sepanjang menjalankan kajian ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung

sepanjang penyelidik menjalankan kajian ini dan diharapkan mereka yang terlibat dapat

menambahkan informasi yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini.

Yew Ka Hui

Nurul Nadhirah

Kanggeswari

Yong Siew Lee

3.0 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini penting untuk

(a) menambah dokumentasi tentang kajian ayat majmuk

(b) dijadikan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam membezakan

penggunaan ‘yang’ dalam ayat majmuk

(c) memperlihatkan kelainan ‘yang’ dalam kata hubung, kata sendi nama, ayat majmuk

Berikut merupakan ayat majmuk pancangan relatif. Tandakan B jika BETUL dan S jika SALAH.

1) Baju yang berwarna merah itu sangat mahal

2) Yang akan pergi sama ada saya atau dia

3) Saya tidak akan memakan makanan yang dimasak oleh orang bukan islam

4) Wanita yang cantik itu kakak Alia

5) Orang yang kaya itu keluar negara

6) Julia tidak suka lelaki yang berlagak sombong itu.

7) Zainab yang melakukan kesemua kerja itu.

8) Buah mangga yang belum masak lagi itu tersangatlah kelat rasanya

9) Mereka tidak mahu membaca buku-buku yang bermanfaat.

10) Saya yang bersalah dalam hal ini!. kata Laila kepada Sheila

top related