pengesaiian i'en ye li a - core.ac.uk · terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam...
Post on 30-May-2019
220 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGESAIIAN I'EN YE LI A
"Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah mcmadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)".
Tandatangan r '..A
Nama Penyelia : TUAN I/IAJl ALI BIN SURADIN
Tarikh : 14 September 2001
SU.MBANGAN LATIHAN INDUSTRITERHADAP SEKTOR PERUNCITAN
I.MAN HAZLINA BT. A YOB
Kajian Kes Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)
Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
SEPTEMBER 2001
1'ENGAKUAN
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
INT AN HAZLINA BT. A YOB
14 September 2001
ISTIMEWA BUAT,
A y a h SJin
E m m k ( f f i o h e & m I f f l m t i O t h m c m )
<£ A d e k - f c
Kasih di afc&s Fesigorfoasianj, Dorosigasi
dan Doa Kalian.
i v
PENGHARGAAN
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya penulis
berjaya menyiapkan kajian kes ini. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk
menghargai dan mengalungkan ucapan terima kasih kepada individu dan pihak-pihak
yang telah terlibat dalam memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat, bantuan dan
sokongan dalam usaha menghasilkan dan menyempurnakan kajian kes ini.
Ucapan terima kasih ini ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan staf di
Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, terutama kepada pensyarah pembimbing
kajian kes penulis iaitu Tuan Haji Ali B. Suradin.
Terima kasih yang tidak terhingga turut ditujukan kepada pengetua, pensyarah-
pensyarah, pelajar dan staf di Politeknik Shah Alain (PSA) Selangor di atas kerjasama
dalam memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi tujuan kajian ini.
Akhir sekali penulis merakamkan penghargaan ini buat keluarga penulis yang
sentiasa mendoakan kejayaan penulis. Di samping itu, penulis ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sepeijuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberi bantuan dan sokongan
dalam segala aspek yang berkaitan dengan penghasilan kajian kes ini.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui keberkesanan sumbangan latihan
industri terhadap sektor peruncitan. Berdasarkan perkembangan dalam industri agihan
khususnya peruncitan, maka jelaslah latihan dan kemahiran amat diperlukan untuk
berjaya dalam bidang perniagaan tersebut. Para peruncit tidak boleh lagi memandang
ringan terhadap latihan dan kemahiran yang berkaitan dengan perniagaan peruncitan.
Begitu juga dengan usaha-usaha pihak tertentu sama ada kerajaan atau pihak swasta,
tidak seharusnya berhenti setakat memberi bantuan pinjaman kewangan mahupun
setakat memberi latihan sahaja. Usaha perlu dijalankan bagi membangunkan lebih
ramai peruncit generasi baru. Sehubungan dengan perkembangan teknologi maklumat,
para peruncit perlu didedahkan kepada penggunaan komputer, internet dan perisian
penting yang lain berkaitan perniagaannya. Latihan sambil bekeija atau "on-lhe-job-
training" adalah penting sebelum seseorang memulakan perniagaan sendiri untuk
memastikan keberjayaannya. Berdasarkan keperluan inilah, maka pelajar atau graduan
jurusan peruncitan perlu menjalani latihan praktikal di gedung-gedung runcit yang
berkaitan dengan jenis perniagaan yang akan diceburinya kelak. Bagi memastikan
kejayaan, pihak yang berkenaan perlu memberi peluang kepada bakal peruncit ini dalam
menyediakan tempat untuk mereka mencari pengalaman bermiaga dalam bidang yang
akan mereka ceburi.
V l l
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
HA LAM AN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGIIARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
JUDUL KANDUNGAN vii
SENARAIJADUAL xiii
SENA RAJ LAMPIRAN xv
BAB I PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan
1.1 Latar Belakang Masalah
1
2
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Soalan Kajian 6
1.4 Objektif Penyeiidikan 7
1.5 Kerangka Teori 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Peruncitan 11
1.8.2 Latihan Industri 12
1.8.3 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 12
1.8.4 E-Commerce 13
1.8.5 K-Ekonomi 13
1.8.6 Just In Time 14
IX
BABll SOROT AN PENlJLISAN 15
2.0 Pengenalan 15
2.1 Kepentingan Latihan dan Kemahiran
Dalam Sektor Peruncitan 16
2.2.1 Peru bah an Ekonomi yang
Tidak Menentu 17
2.2.2 Perkembangan Teknologi 18
2.2.3 Perkembangan Kaedah Peruncitan 20
2.2.4 Perubahan Di segi Pengguna
!tu Sendiri 21
2.2.5 Pentadbiran Kewangan 22
2.2.6 Pentadbiran lnventori ?"' -.)
2.2.7 Pembangunan Diri Usahawan 23
2.2 Memperbanyakkan Kursus Peruncitan
Di Universiti-universiti Tempatan 24
BAB III METODOLOGIPENYELIDIKAN 26
3.0 Pengenalan 26
3.1 Reka Bentuk Kajian 26
3.2 Responden / Sumber Data 28
3.3 Instrumentasi 28
3.4 Kaedah Analisis Data 30
3.5 Batasan Kajian 32
3.6 Andaian 32
BAB IV ANALISIS DATA 33
4.0 Pengenalan 33
4.1 Analisis Data Bahagian A 34
4.1.1 Jantina 34
4.1.2 Keturunan 35
4.1.3 Pengalaman Bekerja 35
4.1.4 Jenis Firma Ketika Menjalani
Latihan Industri 37
4.2 Analisis Data Bahagian B 38
4.2.1 Analisis Data Soalan Kajian Satu 38
4.2.2 Analisis Data Soalan Kajian Dua 41
4.2.3 Analisis Data Soalan Kajian Tiga 44
BAB V RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 48
5.0 Pengenalan 48
5.1 Rumusan 49
5.2 Cadangan 50
5.2.1 Saranan Kajian 50
5.2.2 Saranan untuk Kajian Lanjutan 51
5.3 Kesimpulan 51
lUlil . lOfiKM |
I.AMIMRAN
l.innpiran A
x i i i
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MXJKA SURAT
1.1 Peningkatan bilangan organisasi runcit dari
tahun 1981 hinggatahun 1998 2
4.1 Jumlah bilangan responden mengikut jantina 34
4.2 Jumlah bilangan responden mengikut keturunan 35
4.3 Jumlah bilangan responden yang mempunyai
pengalaman bekeija 36
4.4 Jumlah bilangan responden yang mempunyai
pengalaman bekeija di beberapa jenis firma 36
4.5 Bilangan responden mewakili jenis organisasi
di mana latihan industri dijalankan 37
XIV
4.6 Latihan industri mcnyumbang kepada tahar
persediaan pelajar Diploma Pengajian Pemiagaan
dalam menghadapi alam pekeIjaan 39
4.7 Bidang pekerjaan yang menjadi pilihan pelajar
Diploma Pengajian Pemiagaan apabila ingin
menceburkan diri dalam alam pekerjaan 42
4.8 Perkaitan di antara tahap persediaan pelajar
Diploma Pengajian Pemiagaan dan bidang
kerjaya yang menjadi pilihan pelajar ini
apabila menceburkan diri dalam alam pekeIjaan 44
XV
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 56
BAB I PENGENALAN
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Sektor peruncitan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
ekonomi Malaysia. Chow Chee Ming (2000) inemberitahu, industri runcit tempatan
telah menyumbang sebanyak 27.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) dan 7.6 peratus daripada keseluruhan tenaga keija telah diserapkan ke dalam
industri tersebut yang mana ia merupakan majikan kelima terbesar di negara ini.
Industri runcit Malaysia pada keseluruhan tahun 2000 telah mencatat kadar
pertumbuhan yang membanggakan iaitu selcurang-kurangnya 11.5 peratus dengan nilai
RM 39.9 bilion berbanding 7.4 peratus pada tahun sebelumnya (Utusan Malaysia,
2000).
Perniagaan runcit adalah satu-satunya sektor perniagaan yang paling mudah
untuk diceburi. Jenis perniagaan yang paling popular diceburi adalah perniagaan
groseri atau perniagaan yang melibatkan pembekalan makanan.
2
Industri peruncitan merupakan penyambung terakhir dalam aliran produk-
produk daripada pengeluar kepada pengguna. Maka ianya amat penting dalam ekonomi
sesebuah negara. Ekonomi tidak boleh berfungsi tanpa peruncitan dan keberkesanai)
institusi peruncitan secara amnya memerlukan kepada institusi pemborongan.
1.1 Latar BelakangMasalah
Satu penganalisisan telah dijalankan oleh Perbadanan UsahawanNasional
Berhad (PUNB) mengenai perubahan angka organisasi runcit untuk tahun 1981, 1990
dan 1998. Berdasarkan Jadual 1.1, sepintas lalu angka ini menunjukkan peningkatan
bilangan organisasi runcit dari tahun 1981 hingga tahun 1998.
Jadual 1.1 : Peningkatan bilangan organisasi runcit dari tahun 1981 hingga tahun
1998.
Tahun Bilangan Organisasi Runcit
1981 117 793
1990 124 104
1998 177 448
Sumber : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), 2000.
3
Walau bagaimanapun, dalam jangka masa tersebut terdapat sebanyak 63 866
organisasi runcit telah menamatkan perniagaan, 70 177 merupakan organisasi runcit
baru dan yang kekal sehingga tahun 1990 adalah sebanyak 53 927 buah organisasi
runcit sahaja. Kegagalan atau penutupan organisasi runcit ini memberi implikasi
terhadap keperluan kemahiran dalam bidang perniagaan sektor ini (Zainal Abidin
Mohd. Said, 1993 memetik Osman Md. Zain, 1997).
Kini, latihan menjadi semakin penting kepada para pemcit. Berdasarkan situasi
yang telah, sedang dan akan berlaku dalam industri runcit di Malaysia, jelas
menunjukkan kepentingan latihan kepada para peruncit untuk memantapkan kemahiran
bagi membolehkan mereka terus kekal dan berdaya saing dalam sektor ini. Kalau
dahulunya sektor ini tidak memerlukan latihan dan kemahiran, sekarang sektor ini
sudah melalui banyak perubahan (Ahmad Zukni Johari, 2000).
Sebagai sebuah pusat yang berkonsepkan pendidikan vokasional dan teknikal,
Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengembelingkan usaha untuk
menghasilkan graduan yang dapat memenuhi kehendak pasaran tenaga keija.
Politeknik merupakan Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan pelajaran
peringkat diploma dan sijil dalam pelbagai bidang kejuruteraan, perakaunan dan
perdagangan. Objektif penubuhannya ialab mengeluarkan tenaga keija separuh mahir
seperti juruteknik dan eksekutif rendah (Sufean Hussin, 1993).
Matlamat pusat pengajian di Malaysia bukan setakat untuk menghasilkan
graduan yang hanya tahu teorinya sahaja, bahkan turut menyediakan pelajar dengan
kemahiran amali (Sufean Hussin, 1993). Tnilah yang ditekankan dalam konteks
pendidikan di Politeknik.
4
Latihan industri yang perlu dijalani oleh pelajar Politeknik bertujuan
memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan dengan keadaan sebenar di
sektor industri. Latihan industri adalah diwajibkan kepada semua pelajar yang telah
lul us peperiksaan akhir semester kedua bagi kursus sijil dan lulus semester ketiga bagi
kursus diploma. Tempoh latihan yang perlu dijalani oleh para pelajar ini ialah selama
enam bulan (Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Merujuk kepada skop kajian, semasa latihan industri, pelajar jurusan
Perdagangan termasuklah pelajar Diploma Pengajian Perniagaan daripada Politeknik
Shah Alain ditempatkan di firma-firma atau organisasi-organisasi untuk menjalani
latihan sebagai Pelatih Eksekutif Rendah. Pelajar dikehendaki lulus dalam latihan
industri untuk dianugerahkan diploma.
Dalam konteks latihan industri di Politeknik, para pelajar akan diletakkan di
bawah pengawasan pegawai yang berkaitan di institusi yang dihadiri oleh pelajar-
pelajar tersebut. Pensyarah-pensyarah yang berkenaan akan mengadakan lawatan ke
tempat-tempat latihan industri yang terbabit untuk mendapatkan maklum balas daripada
pihak penganjur latihan industri dari semasa ke semasa.
Program latihan industri ini adalah berdasarkan kepada kurikulum-kurikulum
yang menjurus kepada pembinaan graduan bagi pasaran tenaga kerja. Memandangkan
terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia,
maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan vokasional dan teknikal
diharap dapat mewujudkan program-program keusahavvanan. Sebagai contohnya,
mewujudkan Kursus Diploma Peruncitan di Politeknik atau menghantar lebih ramai
pelajar Diploma Pengajian Perniagaan untuk menjalani latihan industri di organisasi-
organisasi runcit di Malaysia.
5
Kewujudan Kursus Peruncitan dan latihan industri dalam bidang peruncitan ini
akan dapat menyediakan graduan yang memenuhi kehendak pasaran tenaga keija serta
mampu memikul cabaran 'ekonomi baru' memandangkan sektor peruncitan di Malaysia
telah menjadi semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara (Jabatan Perdana
Menteri: Unit Perancang Ekonomi, 2000).
1.2 Pernyataan Masalah
Pada tanggapan umum, universiti ditubuhkan untuk melahirkan pekerja,
bukannya usahawan. Setiap tahun, ribuan pelajar berusaha mendapatkan tempat untuk
menyambung pelajaran mereka di universiti bagi mendapatkan ijazah yang menjadi
'batu loncatan' untuk meTeka mendapat pekeijaan yang baik.
Sehingga April 2000, kita dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa
seramai 39 000 graduan universiti dan kolej masih menganggur kerana bidang
pengajian mereka tidak memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja (Utusan Malaysia,
2000). Situasi ini turut melibatkan graduan bidang perniagaan daripada mana-mana
universiti tempatan.
Persoalannya, kenapa mereka harus menganggur? Mungkin ilmu yang mereka
miliki membuatkan mereka gerun untuk memasuki bidang perniagaan runcit yang sedia
ada di negara ini atau menjadi usahawan. Mungkin juga mereka takut menghadapi
risiko dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.
6
Seharusnya graduan bidang perniagaan yang dilahirkan oleh Institusi Pengajian
Tinggi tempatan perlu lebih berorientasikan keusahawanan, berinovasi dan mempunyai
daya kreatif yang tinggi yang tidak dapat dinafikan ketika dunia sedang dilanda
kevvujudan 'ekonomi baru' yang berlandaskan teknologi maklumat.
'Ekonomi baru' ini memerlukan ramai usahawan baru yang berinovasi yang
bersedia untuk mewujudkan model-model perniagaan baru. Graduan yang dilahirkan
negara ini haros bersedia memikul cabaran sedemikian.
Tambahan pula, antara cabaran utama yang dihadapi oleh graduan bidang
perniagaan daripada universiti tempatan ialah persaingan daripada graduan bidang
perniagaan yang dihasilkan oleh universiti luar negeri. Graduan tempatan ini terpaksa
bersaing untuk menempatkan diri dalam industri runcit di Malaysia dengan graduan luar
negeri yang mempunyai kesediaan yang tinggi dari segi teknologi maklumat dan
kreativiti.
Melihat kepada permasalahan yang timbul, maka dalam kajian ini pengkaji ingin
mengetahui 'Apakah Sumbangan Latihan Industri dalam Sektor Peruncitan Terhadap
Profesion yang Bakal Diceburi oleh Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan daripada
Politeknik Shah Alam, Selangor?'
1.3 Soalan Kajian
Persoalan yang ingin dijawab dalam kajian ini ialah :
i. Adakah latihan industri menyumbang kepada tahap persediaan pelajar Diploma
Pengajian Perniagaan dalam menghadapi alam pekerjaan?
top related