pengenalan_pengurusan_kewangan_(05.05.2014)

Post on 29-Apr-2017

235 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGENALAN pengurusan kewangan

Disampaikan Oleh:

RUSMAWATI BT SAMSURIJabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pulau Pinang

5 Mei 2014

2

1. DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN2. KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN3. KONSEP PENGURUSAN KEWANGAN4. AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA PENGURUSAN

KEWANGAN SEKTOR AWAM (PKSA) MALAYSIA5. PIHAK BERKUASA & SIAPA YANG

BERTANGGUNGJAWAB6. PROSES PENGURUSAN KEWANGAN 7. KOMPONEN UTAMA DALAM PENGURUSAN

KEWANGAN8. DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN9. PRINSIP-PRINSIP UTAMA DALAM PKSA10. RUMUSAN

SKOP

1. DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN

DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN

Proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah dimana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan.

Termasuklah proses-proses yang melibatkan: perancangan, pembentukan dan pelaksanaan

dasar-dasar mengenai percukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Diurus dengan cekap dan berkesan.

5

Pengurusan Kewangan meliputi:Pengurusan BelanjawanPengurusan HasilPengurusan PerolehanPengurusan PerbelanjaanPengurusan PerakaunanPengurusan Aset

2. KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN

KENAPA PENTINGNYAPENGURUSAN KEWANGAN?

Sumber-sumber (manusia, wang, bahan-bahan dan

methodologi) adalah terhad;Permintaan terhadap

sumber-sumber tersebut tidak terhad;

Terdapat alternatif dalam memperolehi dan menggunakan sumber-sumber

tersebut.

Pengurusan Kewangan Adalah Nadi Bagi Sesuatu Organisasi

Sumber-sumber ekonomi tidak dapat

digerakkan tanpa pengurusan kewangan

yang teratur.

3. KONSEP PENGURUSAN KEWANGAN

10

PENGURUSAN KEWANGAN MERUPAKANSATU PROSES DI MANA SESEBUAH ORGANISASI:

1. PERLU MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH TERTENTU UNTUK MEMPEROLEHI DAN MEMPERUNTUKKAN SUMBER-SUMBER BERDASARKAN KEPADA KEUTAMAAN-KEUTAMAAN TERTENTU;

KONSEPPENGURUSAN KEWANGAN

2. MENGGUNAKAN CARA-CARA DAN KAWALAN -KAWALAN TERTENTU BAGI MENCAPAI OBJEKTIF-OBJEKTIF BERKENAAN DENGAN CEKAP DAN BERKESAN.

4. AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMADALAM PKSA

1. Menetapkan skop dan kandungan polisi fiskal:-

~ Menentukan program-program dan

menyediakan peruntukan/sumber-sumber

yg perlu bagi melaksanakan program-program; dan

~ Mempertimbang & menyelesaikan isu-isu pengangguran, inflasi, pinjaman, percukaian dan perolehan hasil;2. Mewujudkan garis-garis panduan &

standard-standard umum

3. Menyediakan struktur & kawalan-kawalan organisasi

5. PIHAK BERKUASA & SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB

PEGAWAI PENGAWAL

STRUKTUR DAN KUASA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM (PKSA)

PIHAK BERKUASA PKSA

Kuasa Pemerintah Persekutuan adalah terletak pada Yang di Pertuan Agong dan kuasa itu boleh dijalankan oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.

Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan:

Berhubung dengan Pengurusan kewangan awam, Yang di Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri melalui Menteri Kewangan yang telah diberi kuasa eksekutif oleh Badan Perundangan.

[Seksyen 6(1), Akta Tatacara Kewangan 1957]

SIAPA BERTANGGUNGJAWAB BERKENAAN DENGAN PKSA?

Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab

secara keseluruhan ke atas Pengurusan Kewangan Kerajaan Persekutuan

Seksyen 6(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan :

“ Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan kawalan dan Arahan bagi semua perkara berhubung dengan hal ehwal Kewangan Persekutuan … terletak hak pada Menteri ”

Samb.• Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut,

Menteri Kewangan dibenarkan mengikut Seksyen 15(A)1, Akta Prosedur Kewangan 1957 untuk menurunkan kuasanya kepada Pegawai Pengawal yang juga menjadi Ketua Pegawai Perakaunan bagi agensi-agensi di bawah kawalannya untuk melaksanakan tugas pengurusan kewangan di agensi masing-masing.

• Pegawai Pengawal pula secara bertulis boleh melantik pegawai-pegawai di bawah jagaannya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut.

• Walaubagaimanapun, Pegawai Pengawal tidak boleh melepaskan diri dari tanggunjawab tersebut.

PERANAN DAN TANGGUNG JAWABPEGAWAI PENGAWAL

1) Mengawal perbelanjaan yang dibenarkan di bawah maksud perbelanjaan yang dibenarkan, dan

2) Menjadi Ketua Pegawai Perakaunan mengenai(a) semua wang awam yang dipungut, diterima atau dibelanjakan, dan(b) semua stor awam yang telah diterima, dipegang atau

dilupuskan, oleh atau kerana jabatan atau perkhidmatan

yang maksud perbelanjaannya diperuntukkan. [Sek. 15A(1) ATK]. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang

Awam (PAC)

Samb.3) Penyimpanan buku-buku tertentu dan penyerahan

akaun-akaun tertentu sebagaimana yang ditentukan ATK / arahan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan.

4) Menetapkan orang yang menguruskan wang awam atau barang-barang awam adalah seorang ‘pegawai perakaunan’ dan boleh terpakai bagi Ketua Jabatan

atau bagi pegawai bawahannya yang paling rendah (AP 9).

Samb.5) Menandatangani mengesahkan tentang betulnya dan kewajaran caj yang ditunjukkan di dalam bahagian penyata-penyata yang dikehendaki di bawah Seksyen 16 ATK tertakluk kepada penjelasan atau kelayakan tertentu sebagaimana yang difikirkannya perlu

[ Sek. 15A(3) ATK ]

Seksyen 16 ATK

Penyata di bawah Seksyen 16 ATK:(a) Penyata penuh dan tertentu Akaun Hasil Disatukan mengikut maksud

dan pecahan anggaran yang dibentangkan kepada Badan Perundangan termasuk pecahan bahagian yang tidak termasuk dalam anggaran yang dibentangkan

(b) Penyata penuh dan tertentu Akaun Pinjaman Disatukan yang menunjukkan penerimaan dan perbelanjaan wang pinjaman;

(c) Penyata penerimaan dan perbelanjaan wang Akaun Amanah Disatukan;

(d) Penyata akaun kumpulan wang yang diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan oleh atau Perlembagaan Persekutuan atau oleh atau di bawah Seksyen 10 ATK dan tidak dimasuk akaun dalam Akaun Amanah Disatukan;

(e) Penyata aset dan liabiliti Persekutuan/Negeri setakat mana yang boleh.

6) Melaporkan secara bertulis kepada Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan dan pihak berkuasa

kewangan tiap-tiap kejadian kemungkinan surcaj di bawah Seksyen 18 ATK yang timbul atau berlaku di bawah kawalannya.

Samb.

Pegawai Perakaunan ialah seorang pegawai yang ditugaskan berkenaan wang atau barang-barang awam.

Mengikut Akta Tatacara Kewangan 1957, “Pegawai Perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai awam yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berikut:-

o Pungutan, penerimaan, perakaunan wang

awam; atauo Perbelanjaan wang awam; atauo Penerimaan, jagaan, pelupusan barang-

barang atau stor-stor awam.

7) Tertakluk kepada mana-mana undang bertulis dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kewangan di bawah Seksyen 4 ATK :

Pegawai Pengawal boleh menetapkan had kuasa dan tugas yang diberi atau dikenakan ke atasnya boleh dijalankan atau dilaksanakan bagi pihaknya oleh mana-mana pegawai perakaunan di bawah kawalannya, dan memberi arahan-arahan tertentu sebagaimana yang perlu untuk menjamin perjalanan atau perlaksanaan sempurna kuasa dan tugas-tugasnya.

[ Sek. 15(2)ATK ]

Samb.

Pihak Berkuasa Kewangan

• Perbendaharaan jika berhubung dengan Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan atau Pegawai Utama yang mengetahui hal ehwal kewangan negeri jika berhubung dengan Kumpulan Wang Disatukan bagi sesebuah negeri.

6. PROSES PENGURUSAN KEWANGAN

PROSES PENGURUSAN KEWANGAN BERSEPADU

• Misi• Matlamat• Objektif• Keutamaan• Kumpulan

Sasar

• Pemilihan aktiviti-aktiviti terbaik

• Dasar ekonomi

• Dasar Pembangun-an Negara

• Bajet Tahunan

• Rancangan Lima Tahun

• Pakej Ransangan Ekonomi

• Belanja Mengurus

• Belanja Pembangunan

• Sistem Perakaunan

• Laporan berkala

• Auditan

ProgrammingPerancangan Belanjawan Pembiayaan Kawalan Penilaian

• Penilaian Program

• Kajian Impak

Proses Pengurusan

Proses Pengurusan

Proses Pengurusan

Proses Kewangan

Proses Kewangan

Proses Kewangan

7. KOMPONEN UTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

BELANJAWAN NEGARA• Belanjawan merupakan satu pernyataan hasil dan

perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan ekonomi bagi memenuhi keperluan negara/rakyat.

2 KOMPONEN BELANJAWAN NEGARA

•HASIL NEGARA•PERBELANJAAN NEGARA

HASIL NEGARA• HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN• HASIL KERAJAAN NEGERI• HASIL KERAJAAN TEMPATAN

HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN

• HASIL CUKAI – LANGSUNG / TIDAK LANGSUNG• Cukai Pendapatan, Cukai Import, Cukai Perkhidmatan

• HASIL BUKAN CUKAI• Saman, Levi, Bayaran Perkhidmatan Hospital,• Lesen

• TERIMAAN BUKAN HASIL• Gaji terlebih bayar

PERBELANJAAN

•PERBELANJAAN MENGURUS BAGI AKTIVITI-AKTIVITI SEHARIAN YANG BERULANG DAN BERTERUSAN•PERBELANJAAN TANGGUNGAN(T)•PERBELANJAAN PERBEKALAN (B)•PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (P)

Samb.• Perbelanjaan Tanggungan

• Perbelanjaan berkaitan perkara 98 Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan oleh Perlembagaan.

• Perbelanjaan Bekalan• Semua jenis perbelanjaan untuk membiayai kegiatan/aktiviti

jabatan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.

• Perbelanjaan Pembangunan• Perbelanjaan berbentuk modal yang biasanya tidak berulang dan

ianya mendatangkan faedah dalam jangka panjang.• Ciri-ciri:

• - peruntukan besar• - aliran tunai berjangka panjang• -memerlukan penyeliaan dan penyelenggaraan

8. DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN

KERAJAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI ENTITI PERAKAUNAN

SEBAGAI ENTITI PERAKAUNAN, KERAJAAN PERSEKUTUAN TERMASUK SEMUA KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN TETAPI TIDAK TERMASUK BADAN BERKANUN DAN SYARIKAT MILIK KERAJAAN.

KONSEP DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN

• KONSEP KUMPULAN WANG PERSEKUTUAN YANG DISATUKAN – SEGALA HASIL DAN WANG YANG DIDAPATKAN ATAU DITERIMA, KECUALI ZAKAT, FITRAH BAITULMAL ATAU HASIL AGAMA ISLAM YANG SEUMPAMANYA DIBAYAR MASUK KEDALAM KUMPULAN WANG PERSEKUTUAN YANG DISATUKAN

(PERKARA 97 –PP)

KONSEP DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN

• KONSEP BAHAWA TIADA WANG, KECUALI PERBELANJAAN TANGGUNGAN BOLEH DIKELUARKAN DARI KUMPULAN WANG PERSEKUTUAN YANG DISATUKAN MELAINKAN DIPERUNTUKAN ATAU DIBENARKAN DENGAN CARA LAIN OLEH PARLIMEN.

(PERKARA 104 – PP)

KUMPULAN WANG PERSEKUTUAN YANG DISATUKAN

• TIGA AKAUN BERASINGAN DISENGGARAKAN DI BAWAH KUMPULAN WANG PERSEKUTUAN YANG DISATUKAN IAITU:-

1. AKAUN HASIL YANG DISATUKAN – YANG KEDALAMNYA HASIL KERAJAAN DITERIMA DAN DARINYA PERBELANJAAN MENGURUS DILAKUKAN

KUMPULAN WANG PERSEKUTUAN YANG DISATUKAN

2. AKAUN AMANAH YANG DISATUKAN – YANG DIBAWAHNYA SEGALA TERIMAAN DAN BAYARAN KUMPULAN WANG AMANAH KERAJAAN DAN WANG YANG DITERIMA OLEH KERAJAAN UNTUK MAKSUD TERTENTU DIAKAUNKAN

3. AKAUN PINJAMAN DISATUKAN – DALAM MANA SEMUA PENERIMAAN PINJAMAN, PEMBAYARAN BALIKPINJAMAN DAN PINDAHAN KEKUMPULAN WANG LAIN DIAKAUNKAN.(SEK.7 , AKTA TATACARA KEWANGAN)

AKAUN HASIL DISATUKAN

HASIL

• KUTIPAN HASIL DIAKAUNKAN MENGIKUT ASAS TUNAI• HASIL YANG PATUT DITERIMA TETAPI BELUM

DITERIMA DALAM TAHUN KEWANGAN TIDAK DIMASUK AKAUNKAN• BAYARAN BALIK HASIL YANG DILAKUKAN DIKENAKAN

SEBAGAI PERBELANJAAN

PERBELANJAAN

• SEMUA KENAAN KEPADA PERUNTUKAN BELANJAWAN • BAYARAN PINDAHAN SEPERTI CARUMAN KEPADA

KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN DAN KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN• WANG YANG DIUNTUKKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

, BADAN BERKANUN DAN SYARIKAT MILIK KERAJAAN MELALUI PEMBERIAN, PINJAMAN DAN PELABURAN

PERBELANJAAN

• TERIMAAN BALIK TERLEBIH BAYARAN DALAM TAHUN YANG SAMA DIKREDITKAN KEPADA BUTIR PEBELANJAAN DARI MANA BAYARAN ASALNYA DIBUAT, MANAKALA YANG BERKAITAN DENGAN PERBELANJAAN TAHUN-TAHUN LEPAS DIKREDITKAN KEPADA AKAUN HASIL

AKAUN HASIL DISATUKAN HASIL

AKAUN HASIL DISATUKAN

PERBELANJAAN BEKALAN

CARUMAN PERBELANJAAN TANGGUNGAN

PERUNTUKAN DIRAJA

PENCEN, PAMPASAN, GANJARAN,

PERBELANJAAN HUTANG

BAYARAN ATAS PERINTAH MAHKAMAH

EMOLUMEN PERKHIDMATAN &

BEKALAN PEMILIKAN HARTA

MODAL PEMBERIAN DAN

KENAAN TETAP

KUMPULAN WANG AMANAH KERAJAAN

KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN

KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN

AKAUN AMANAH DISATUKAN

DEPOSIT

AMANAH TERIMAAN BALIK

PENDAHULUAN PINJAMAN

AKAUN AMANAH DISATUKAN

DEPOSIT

KUMPULAN WANG AMANAH AWAM

KUMPULAN WANG AMANAH KERAJAAN

KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN

KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN

AKAUN HASIL

DISATUKAN

AKAUN PINJAMAN

DISATUKAN

AKAUN PINJAMAN DISATUKAN

AKAUN PINJAMAN DISATUKAN

PINJAMAN LUAR

NEGERI

BAYARAN BALIK PINJAMAN

KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN

KUMPULAN WANG PINJAMAN

PERUMAHAN

AKAUN HASIL DISATUKAN

PINJAMAN DALAM NEGERI

PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

(PKKP)• PKKP IALAH LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN

KERAJAAN BAGI SEMUA URUSNIAGA KEWANGAN KERAJAAN• DISEDIAKAN UNTUK DIBENTANGKAN DI PARLIMEN• TAHUN KEWANGAN BAGI TEMPOH 12 BULAN

BERAKHIR PADA 31 DISEMBER• DISEDIAKAN OLEH AKAUNTAN NEGARA• DIAUDIT OLEH KETUA AUDIT NEGARA

KUMPULAN WANG DISATUKAN

9. PRINSIP-PRINSIP UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN

51

PRINSIP UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN

2 PRINSIP UTAMA:

A) LEGALITI

B) AKAUNTABILITI

52

A) LEGALITI

BERMAKSUD PENGURUSAN KEWANGAN MESTILAH MEMATUHI SEMUA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG DIGUBAL OLEHKERAJAAN.

BERKAITAN PENGURUSAN KEWANGAN AWAM ( PERSEKUTUAN )

UNDANG–UNDANG & PERATURAN

Perlembagaan Persekutuan; (Bab VII, Perkara 96 – 112) Akta Tatacara Kewangan 1957; Arahan Perbendaharaan; Pekeliling-Pekeliling dan Surat-Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Perkhidmatan; dan Akta Audit 1957

ARAHAN PERBENDAHARAAN

Semua pegawai perlu memahirkan diri dengan Arahan Perbendaharaan. Kurang pengetahuan mengenai Arahan Perbendaharaan tidak akan diterima sebagai suatu alasan sekiranya Arahan Perbendaharaan tidak dipatuhi, ataupun jika berlakunya apa-apa kehilangan Wang Awam atau Aset Awam akibat ketidakpatuhan Arahan Perbendaharaan.

- Catatan 9, Catatan Pendahuluan

55

5 PERINGKAT LEGALITI PENGURUSAN KEWANGAN AWAM:

1. Terimaan Wang Awam

2. Simpanan Wang Awam (Custody)

3. Pengeluaran Wang Awam

4. Bayaran Wang Awam

5. Perakaunan Wang Awam

BAYARAN DI BAWAH AP 58a

Bil-bil tertunggak tahun-tahun lalu dan perlu dibayar dalam tahun semasa memerlukan kelulusan khas Akauntan Negara atau Perbendaharaan [ AP 58a ]

BAYARAN SUCI HATI

Jika kelulusan tidak dapat diberi oleh Perbendaharaan tetapi bil yang dikemukakan dengan sempurnanya dan dibekalkan dengan suci hati, maka bil tersebut akan dibayar dengan segera dan akan dipertanggungkan kepada Akaun Kumpulan Wang Pendahuluan Diri atas nama pegawai yang terlibat [ AP 59 ].

57

Tindakan mengutip balik wang atau nilai wang bagi harta Kerajaan yang hilang atau yang tidak dapat dikutip, yang dikenakan terhadap penjawat awam yang bertanggung jawab atas perkara itu kerana kecuaiannya, kelalaiannya, kealpaannya atau tindakannya yang kurang berhati-hati

DEFINISI SURCAJ

Seksyen 18, ATK 1957 - Surcaj boleh dikenakan kepada mana-mana orang yang sedang dan telah berkhidmat dengan Kerajaan jika:

a) Gagal memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Kerajaan;

58

(b) Bertanggungjawab tentang apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya atau tidak disahkan

(c) Bertanggungjawab tentang apa-apa kekurangan atau kebinasaan apa-apa wang awam, setem, sekuriti, stor atau harta-harta kerajaan yang lain.

(d) Sedang atau telah menjadi seorang pegawai perakaunan gagal atau telah gagal menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna

(e) Telah gagal membuat apa-apa bayaran atau bertanggungjawab atas kelewatan dalam pembayaran wang awam kepada pihak penerima.

59

Surcaj yang boleh dikenakan bagi kegagalan (a) hingga (c) adalah maksimum tidak lebih daripada jumlah kehilangan atau amaun yang kurang darinya tertakluk kepad amaun disyor oleh Perbendaharaan dan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib.

Kegagalan (d) dan (e) tertakluk kepada amaun disyor oleh Perbendaharaan dan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib.

MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR TINDAKAN TATATERTIB

HENDAKLAH DIREKODKAN DALAM BUKU PERKHIDMATAN

60

B. KONSEP AKAUNTABILITI

Definisi Akauntabiliti

1. Kepertanggungjawaban- Kamus Istilah Pentadbiran Perniagaan Pengajian Tinggi, DBP

2. Bertanggungjawab kpd seseorang mengenai sesuatu - Kamus Dwi Bahasa, DBP

“memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas

kejayaan atau kegagalannya”

Samb.Akauntabiliti Rasulullah s.a.w & Sahabat

• Secara umumnya akauntabiliti bermaksud memikul beban yang diamanahkan selari dengan kebolehan dan kebertanggungjawaban penuh terhadap kesan pelaksanaannya.

• Sabda Rasulullah, bermaksud: Setiap orang daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab (akauntabiliti) terhadap apa yang dijaganya.

(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

62

BERMAKSUD:

1. Obligasi seseorang untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai tindakan dan prestasinya kepada pihak yang berhak untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan tersebut mengenai sesuatu yang dipertanggungjawabkan keatasnya.(Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Sarji, Bekas KSN)

2. Kewajipan untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada sesiapa yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan. Ianya adalah satu proses di mana Agensi adalah bertanggungjawab ke atas semua keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil. (Surat Arahan KSN – Usaha Mempertingkatkan Tadbir Urus Dalam Sektor Awam, bertarikh 9 Mac 2007)

KONSEP AKAUNTABILITI

• Pegawai perlu bertanggungjawab ke atas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia menghadapi implikasi keputusannya.

• Mereka yang diberikan tanggungjawab perlu melaporkan balik kepada pihak yang mewakilkan kuasa itu mengenai pelaksanaan tugas dan tanggungjawab

• Tanggungjawab pegawai/kakitangan melaksanakan tugas mengikut undang-undang, peraturan, prosedur dan arahan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa

Akauntabiliti Fiskal/Kewangan

Akauntabiliti Pengurusan

Akauntabiliti Program

Akauntabiliti dari segi integriti maklumat (disclosure) kewangan & perakaunan, penyelenggaraan rekod-rekod serta pematuhan kpd undang-undang & peraturan.

Kecekapan dan keberkesanan pihak pengurusan dalam menggunakan sumber-sumber awam seperti wang, tenaga manusia dan sumber-sumber lain bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Contoh:Ekonomi (value for money)Kecekapan (input/output

ratio)Keberkesanan (Impak)

Akauntabiliti dari segi hasil pencapaian sesuatu program , iaitu samada ianya mencapai objektif yang dirancangkan, dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk mencapai objektif berkenaan dgn mengambil kirajumlah kos dan output.

Contoh:*Perjanjian program

*Anggaran vs sebenar*Varians/petunjuk prestasi

*Penilaian program

JENIS-JENIS AKAUNTABILITI

PRINSIP-PRINSIP AKAUNTABILITI

1. Prinsip Akauntabiliti Awam - iaitu obligasi untuk memberi jawapan kepada awam

terhadap pelaksanaan setiap tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya yang melibatkan kepentingan awam.

2. Prinsip Peka/Berhati-hati - pihak berkuasa, dalam membuat pertimbangan dan

keputusan terhadap apa jua cadangan di bawah tanggungjawabnya seharusnya berpegang kepada prinsip peka/berhati-hati contohnya dalam perlindungan alam sekitar dan keselamatan.

- Mengutamakan kepuasan kehendak awam dan bukannya untuk memenuhi kemahuan pihak tertentu sahaja.

Samb.

Samb.

4. Prinsip Tugas Memaklumkan Sendiri (Self-Informing)- pihak berkuasa yang mana tanggungjawabnya membuat keputusan yang memberi kesan kepada kepentingan awam perlu memaklumkan sendiri kepada rakyat melalui perjumpaaan dan sebagainya.

3. Prinsip Mengenalpasti Punca Arahan- untuk memastikan akauntabiliti berkesan, mereka yang bertanggungjawab hendaklah mengenalpasti punca arahan (pihak yang menentukan cadangan dan tindakan sesuatu perkara) boleh memberi jawapan atas apa yang kerajaan, perbadanan atau mana-mana organisasi cuba lakukakan, gagal atau berjaya dalam melaksanakannya. .

samb.5. Prinsip Menjawab Langkah Berhati-hati Telah

Diambil- Pihak berkuasa perlu menjawab kepada awam ke atas tanggungjawab yang berada dalam kawalan mereka, tentang sejauh mana langkah berhati-hati telah diambil dalam membuat keputusan.

6. Prinsip Mendedahkan Tujuan- Pihak berkuasa yang berkecenderungan membuat tindakan yang memberi kesan kepada kepentingan awam perlu menyatakan kepada awam hasil yang hendak dicapai, untuk siapa dan mengapa hasil tersebut diingini dan wajar dilaksanakan.

Samb.7. Prinsip Mendedahkan Prestasi

- pihak berkuasa perlu mendedahkan pencapaian atau ketidakcapaian mereka dalam menunaikan tanggungjawab dari segi pencapaian objektif, piawaian prestasi dan prestasi sebenar.

8. Prinsip Dijawab Oleh Mereka Bertanggungjawab- bukannya oleh orang lain seperti kakitangan bawahan atau pihak luar.

9.Prinsip Pengesahan Jawapan- disahkan oleh para profesional dan organisasi awam yang pakar dalam bidang berkaitan.

71

AKAUNTABILITI BERHUBUNG DENGAN KAWALAN KE ATAS PERBELANJAANTiga peringkat utama kawalan:* Kawalan Parlimen @ Parlimen@ Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara@ Ketua Audit Negara

* Perbendaharaan* Pegawai Pengawal (Kementerian/Jabatan)

CARTA ORGANISASI ENTITI PERAKAUNAN KERAJAAN

AG.HQ

25 JANM NEGERI / CAW. 11 SAD.

KEMENTERIAN & JABATAN

PUSAT TANGGUNGJAWAB

(PTJ)

KEMENTERIAN & JABATAN

PUSAT TANGGUNGJAWAB

(PTJ)

(NON SAD)

P T J

(SAD)

PEJABAT PERAKAUNAN

RINGKASAN FUNGSI JANM

• AKAUNTAN NEGARA ADALAH AKAUNTAN UTAMA DALAM KERAJAAN PERSEKUTUAN• MEMPROSES TERIMAAN DAN PERBELANJAAN

TERMASUK GAJI KERAJAAN PERSEKUTUAN• MENGAKAUNKAN TERIMAAN & PERBELANJAAN

KERAJAAN• MENYEDIAKAN PENYATA KEWANGAN UNTUK

DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

75

KEPENTINGAN AKAUNTABILITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM- merupakan suatu nilai yang sangat penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam pengurusan kewangan di sektor awam.- kekurangan tahap akauntabilti boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Robert Klitgaart, pakar jenayah rasuah mengatakan bahawa akauntabiliti boleh dikaitkan secara langsung dgn perbuatan rasuah.

KEPENTINGAN AKAUNTABILITI

Falsafah Perbendaharaan dalam sistem pengurusan kewangan Kerajaan “Let Managers Manage” penurunan kuasa melakukan perbelanjaan, agihan dan

pindah peruntukan

Sekatan dihapuskan atau dilonggarkan dengan harapan pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan lagi tanpa perlu merujuk kepada pihak atasan ataupun Perbendaharaan.

Samb.

Tuntutan Akauntabiliti – prasyarat dalam penurunan kuasa.

Tanpa akauntabiliti, perwakilan dan penurunan kuasa hanya sekadar penyerahan kuasa sahaja tanpa menggariskan apa yang sepatutnya dihasilkan melalui penggunaan kuasa terutamanya untuk tujuan menggunakan, mengagihkan dan memindah peruntukan yang diberikan.

Samb.

Setiap anggota perkhidmatan awam bertanggungjawab menentukan bahawa wang awam dibelanjakan mengikut apa yang telah dirancang dan dianggarkan mengikut, sistem, undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

Akauntabiliti merupakan jaminan bahawa wang awam diuruskan dengan cekap dan berkesan.

Samb.Proses dan mekanisme akauntabiliti akan menentukan

sama ada seseorang anggota perkhidmatan awam telah:

Membelanjakan peruntukan yang diberikan kepada agensi, program, aktiviti atau projeknya mengikut perancangan dan anggaran, sistem, prosedur dan peraturan semasa.

Mengutip hasil dengan cekap dan cepat.

Mendapatkan pulangan terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan, dan

Menyelenggarakan aset dan stor di bawah kawalannya dengan baik.

Samb.Mengelakkan daripada berlaku beberapa kesan negatif dalam

sesebuah jabatan, antaranya:

Kekurangan/kemerosotan amaun kutipan hasil;

Pembaziran penggunaan sumber kewangan, tenaga kerja dan masa;

Kelewatan menyiapkan sesuatu projek

Aset dan stor tidak diselenggarakan dengan baik;

Melumpuhkan pengurusan perkhidmatan awam; dan

Membuka peluang dan ruang untuk rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Samb.Akauntabiliti sangat penting kepada perkhidmatan

awam kerana ia boleh menjadi benteng kepada penjawat awam daripada terjerumus kepada gejala-gejala yang tidak diingini seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Akauntabiliti juga penting sebagai menunaikan obligasi penjawat awam terhadap sumber-sumber awam yang diamanahkan kepadanya..

AKAUNTABILITI KEWANGAN• Akaun yang diselenggarakan boleh dipercayai dan semua

urusniaga dilakukan dengan teratur serta mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan:-

Jumlah perbelanjaan tidak melebihi peruntukan Hasil dikutip mengikut kadar yang betul Rekod kewangan dan lain-lain rekod diselenggara dengan betul dan

kemaskini Penyata Kewangan dan Laporan Kewangan dikemukakan dengan

lengkap Peraturan dan tatacara kerja dipatuhi semasa menguruskan perolehan

SYOR MENINGKATKAN AKAUNTABILITI

1. Meningkatkan dan memperkemaskan disiplin pengurusan kewangan.

2. Mempertingkatkan pengukuran prestasi.3. Memperkukuhkan pengendalian pengaduan awam.4. Mempertingkatkan pengendalian tatatertib dan

disiplin.5. Mempertingkatkan aktiviti pemantauan dan

penilaian.

10. RUMUSAN

86

Sistem pengurusan kewangan kerajaan adalah luas dan menyeluruh. Semua urusan terimaan, simpanan, pengeluaran, perbelanjaan, pembayaran dan perakaunan wang awam dan barang-barang awam hendaklah dilakukan dengan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di samping mengamalkan prinsip akauntabiliti dan berintegriti.

Pengurusan kewangan bermula daripada perancangan dan berakhir dengan pengauditan yang membawa kepada penemuan dan pengenalpastian keperluan perubahan dasar-dasar dan pelaksanaan mengikut kepentingan dan kehendak semasa.

87

Sekian, terima kasih.

top related