pengenalan

Post on 04-Dec-2015

221 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pengenalan tugasan PBS RBT

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada

Amalan Profesional bagi pelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberikan kefahaman

awal kepada pelajaran tentang alam persekolahan sebagai sebuah institusi pendidikan,

peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan

interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami

sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas

sebenar seorang guru.

Selain itu, pelaksanaan program PBS ini membolehkan pelajar memahami dan

menyesuaikan diri dengan budaya sekolah supaya dapat menerapkan kepelbagaian

budaya di tempat dan sekolah yang berbeza. Selepas itu, pelajar dapat

mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi

selepas PBS dilaksanakan. Hal ini membolehkan pelajar membuat refleksi mengenai

kekuatan dan kelemahan semasa menjalani program PBS kali ini.

Tugasan PBS kali ini dalah berpandukan elektif kedua dalam kursus, iaitu Reka

Bentuk dan Teknologi. Terdapat lima tugasan yang perlu dilakukan dalam PBS kali ini,

iaitu menemu bual Guru Besar atau Penolong Kanan di sekolah dalam aspek

pengurusan pentadbitan, seperti organisasi sekolah, sejarah sekolah dan lain-lain.

Tugasan kedua ialah memerhati dan menemu bual kemahiran yang digunakan oleh

ketua panitia dan guru-guru RBT dalam aspek penggunaan sukatan pelajaran, huraian

sukatan, buku teks dan buku panduan guru. Tugasan ketiga ialah memerhati dan

mengenal pasri pengelolaan sesi pengajaran, aplikasi strategi, kaedah pengajaran,

teknik dan aktiviti pengajarand dan pembelajaran RBT. Tugasan keempat ialah

memerhati dan mengesan prasarana bengkel RBT dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran serta budget yang diperuntukan dan nyatakan cadangan

penambahbaikan kemudahan bengkel BRT di sekolah tersebut. Akhirnya merkod,

membuat perbincangan dengan rakan dan pensyarah dan seterusnya membuat refleksi

daripada pengalaman yang diperolah.

1

top related