pengakap kelana siswa

Post on 19-Jun-2015

3.535 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Politeknik Johor Bahru

Pengakap Kelana Siswa

PEMIMPIN:1. EN. MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON

2. EN. AZMAN BIN SALAMAT3. EN. SYAIFUL FADILLAH BIN ABU SEMAN

Sejarah Pengakap

1907 Lord Baden Powell Of Gilwell mengadakan perkhemahan –di Pulau Brownsea. (20 org budak lelaki)

1913 – Perkhemahan Antarabangsa kali pertama diadakan di Birmingham.

1919 – Gilwell Park ditubuhkan hasil sumbangan W. de Bois Maclaren. (Pesuruhjaya berbangsa Scott)

1920 – BP dilantik Ketua Pengakap Sedunia.1941 – BP meninggal dunia pada umur 84 tahun.

Sejarah Pengakap Malaysia1908 – Pasukan Percubaan (Penang). Gagal1909 – Pasukan Percubaan (Selangor). Gagal1910 – Pasukan Pertama (Singapura). Ditubuhkan oleh

F.C Sands (30 orang )1912 – Pasukan Pengakap Pahang ditubuhkan.1913 – Pasukan Pengakap Sabah. (Rev. Canon Thomas)1915 – Pasukan Pengakap Penang. (H.R. Cheesman)1915 – Pasukan Pengakap Sarawak1920 – Pasukan Pengakap Perak. (I.R Wheeler)

1922 – Pasukan Pengakap Kedah. (E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield)

1925 – Pasukan Pengakap Melaka. (R.Brunston)1925 – Pasukan Pengakap N. Sembilan. (Bird dan Roger

Smith)1926 – Pasukan Pengakap Selangor. (Ameen Akhbar)1926 – Pasukan Pengakap Terengganu (A.J Cracle)1927 – Pasukan Pengakap Kelantan (Y.M Tengku Ahmad

Temenggung)1928 – Pasukan Pengakap Johor. (H.R Cheesman)1931 – Pasukan Pengakap Perlis. 1945 – Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura jadi 2

cawangan berasingan kepada Persekutuan Pengakap Britain.

1957 – Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada Persekutuan Budak-Budak Pengakap Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai cawangan kepada Great Britain gugur dengan sendiri.

1964 – Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia ditubuhkan (Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak)

1965 – Pada bulan Ogos, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Singapura berpisah dari Malaysia.

Definisi Berpengakap- Pergerakan pengakap diertikan sebagai

pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal-usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.

Matlamat Berpengakap- Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan

individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa.

Prinsip-Prinsip Berpengakap

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

2. Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara

3. Perkhidmatan Kepada Diri Sendiri.

Persetian Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya,Saya berjanji dan bersetia, yang saya,Dengan seberapa daya upaya saya akan:

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARAMENOLONG ORANG PADA SETIAP MASAMENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP.

Undang-undang Pengakap

1. Boleh dipercayai2. Taat setia kepada Raja dan Negara3. Berguna dan menolong orang pada setiap masa4. Bersahabat dengan semua orang5. Baik dan berbudi bahasa6. Kasihkan binatang7. Menurut perintah8. Tabah hati (bersabar)9. Berjimat cermat10. Bersih dan suci fikiran, perkataan dan perbuatan.

Lambang Pengakap Dunia Lambang Pengakap Malaysia

Rambu dan Lencana Pengakap Kelana

Jenis-Jenis Ikatan (Knots)Pensyarah;

Syaiful Fadillah Bin Abu Seman

BUKU SILA ( Square / Reef Knot )

• Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz

• Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. Mudah dibuka

• Dikenali juga sebagai 'left over right and right over left'.

SIMPULAN PENCURI (Thief Knot)Simpulan ini sangat sesuai untuk mengikat bungkusan dan bimbang ada orang lain akan membuka bungkusan tersebut.

Apabila orang tersebut mengikat kembali ia lazimnya akan mengikatnya semula seperti ikatan buku sila/square knot

BUNGA GETI ( Sheet / Flag / Common Bend )

• Kegunaannya adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan jenis/berlainan saiz

TINDIH KASIH (Bowline)

• Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/binatang dan sebagainya

• Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

•Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.

•Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

SIMPUL BELIT LUCUT Highwayman's hitch

1. Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas

2. Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali

SHEEP SHANK • Sheepshank digunakan untuk

memendekkan tali tanpa perlu memotong tali tersebut

• Ia juga boleh digunakan untuk menegangkan tali (contoh tali khemah) tanpa perlu membuka ikatannya dibahagian hujung tali. Ia boleh disimpulkan di bahagian tengah tali retsebut

SIMPULAN PENGAIL / SIMPUL HIMPIT (Fisherman's Knot)

Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus /licin seperti tali tangsi

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT Round turn and two half-hitches

Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan sebagainya

LILIT BALAK (The Timber Hitch)

Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya

SLIP (RUNNING) KNOT

Ikatan ini mudah diketatkan atau dilonggarkan

Mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain pada kayu/pancang

Semakin kuat hujung tali itu ditarik semakin ketat simpulan tersebut

IKATAN SILANG GUNTING (Sheer Lashing)

Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu

Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat.

IKATAN SILANG GUNTING (Sheer Lashing)

IKATAN SERAYA (Square lashing)

Ikatan Seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang

IKATAN SERAYA (Square lashing)

Tradisional Lashing

IKATAN SERONG (Diagonal Lashing)

Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya.

Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

IKATAN SERONG (Diagonal Lashing)

Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

IKATAN SILANG TUNKU (Tripod Lashing)

Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu / buluh yang sama besar dan panjangnya.

Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau Simpul Manuk dan bagi mematikan Ikat Silang Tungku, Simpul Manuk digunakan.

IKATAN SILANG TUNKU (Tripod Lashing)

IKATAN SILANG TUNKU (Tripod Lashing)

Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu / buluh yang sama besar dan panjangnya.

Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau Simpul Manuk dan bagi mematikan Ikat Silang Tungku, Simpul Manuk digunakan.

SekianTerima Kasih

top related