pengajian am penggal 2 dasar ekonomi baru

Post on 24-Jan-2017

625 Views

Category:

Education

19 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGAJIAN AM PENGGAL 2

DASAR EKONOMI BARU ( DEB )Abdul Hayat Bin Moin.

LATAR BELAKANG

• Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di Malaysia antara kaum, wilayah, dan kawasan wilayah yang sama.

• Kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang mengambil tempoh 20 tahun (1971-1990).

OBJEKTIF DASAR

Membasmi kemiskinan tanpa

mengira kaum.

Membasmi pengenalan

kaum mengikut jenis aktiviti ekonomi.

Menambah penglibatan

rakyat tempatan terutama

bumiputera dalam badan

korporat.

STRATEGI PELAKSANAAN

I. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan

dengan memperbanyakkan peluang-peluang

pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

II. Penyusunan semula masyarakat untuk

mengurangkan dan seterusnya menghapuskan

pengenalankaum mengikut fungsi-fungsi

ekonomi.

RASIONAL DASAR EKONOMI BARU ( DEB )

1. Kemiskinan di kalangan penduduk yang tinggi.

2. Wujud jurang perbezaan dalam taraf hidup antara kaum, bandar dan luar bandar.

3. Pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi.

4. Tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU

• Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Keempat menunjukkan bahawa pendapatan purata sebenar isi rumah telah bertambah baik, iaitu Melayu (RM290.00), Cina(RM565.00) dan India(RM455.00).

• Kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% pada tahun 1971 kepada 29% pada tahun 1980 dan kadar ini telah turun kepada 17.1% tahun 1990.

RUMUSAN

DEB telah berjaya mengurangkan kemiskinan

dan menghapuskan pengenalan kaum

mengikut fungsi ekonomi, menyusun semula

masyarakat dan guna tenaga.

Setelah tamat pada 1990, semangat DEB

diteruskan melalui Dasar Pembangunan

Nasional

top related