pengajaran bahasa untuk kanak kanak bermasalah pendengaran

Post on 05-Aug-2015

92 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGAJARAN BAHASA UNTUK KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

PENGGUNAAN BUKU BERGRED

Bacaan bergred bertujuan untuk memantapkan bacaan murid

Kaedah ini menggunakan satu set buku yang kadang-kadang mempunyai 6 -12 gred

Ia bermula dengan buku konsonan kv dan semakin meningkat.

Cara pelaksanaannya:- menguasai gred yang terendah dahulu baru

boleh beralih ke gred yang lain. Contoh buku’bacalah sayang’ yang

mempunyai gred 1-12

KV+KV

Kuda

Kuda.Kuda Baba.Kuda bawa Baba.Kuda bawa Baba lari.

KV+KV+KV

Kerusi

Ini kerusi.Ini kerusi Sarina.Kerusi Sarina kerusi kayu.Sarina selalu guna kerusi baca buku.Jari Sarina cedera ketika bawa kerusi.

KV+KVK

Betik

Ini betik.Ini betik kakak.Betik kakak besar.Kakak beli betik di pasar.Kakak belah betik itu.Kakak makan betik itu.Betik kakak rasa manis.Kakak suka makan betik manis.

PENGGUNAAN PREDICTABLE BOOKS

Predictable books menggunakan bahasa yang berulang-berulang, berturutan, berirama dan berpuisi.

Terdapat pelbagai jenis predictable books iaitu:

Jenis Predictable Books Penerangan

Cerita berantai/berulang Cerita yang berpatah balik pada permulaan cerita

Urutan kumulatif Cerita dibina secara bercorak. Cerita bermula dengan satu watak, tempat, suasana dan benda. Setiap masa watak baru, tempat, suasana atau benda akan diceritakan. Cerita yang sebelumnya akan diulang.Contoh, The Gingerbread Man.

Urutan biasa Tema yang diketahui seperti as the days of the week, the months. Contoh, The Very Hungry Caterpillar ditulis oleh Eric Carle.

Cerita bercorak Cerita diulang dengan pelbagai variasi.

Soalan dan jawapan Soalan akan dulang dalam cerita. Contoh, Brown Bear, Brown, Bear, What Do You See?

Frasa berulang/Ayat Frasa atau ayat yang berulang.

Irama yang berulang/puisi Irama atau puisi diulang dalam cerita.

Lagu Lagu yang menggunakan frasa yang berulang, ayat dan irama. Contoh, The Eensy-Weensy Spider atau Yankee Doodle.

CONTOH AKTIVITI PREDICTABLE BOOKS

• Baca predictable books kepada murid. Ajar murid mendengar dan menyebut perkataan berulang seperti nama warna, nombor, haiwan dan huruf seperti menyanyi.

Baa, Baa, Black Sheep Farm Poemby Jackie Reinach

Baa, baa, black sheep, have you any wool?

Yes sir, yes sir, three bags full. One for my master and one for my dame,

and one for the little, boy who lives down the lane.

• Ceritakan kepada murid cerita yang mempunyai frasa berulang seperti cerita daripada buku The Three Little Pigs:

Wolf Voice:Little pig, little pig, let me come in. Little Pig: Not by the hair on my chinny-chin-chin! Wolf Voice: Then I'll huff and I'll puff and I'll blow your house in!

• Fokus pada ejaan yang bercorak sama/Graphophonics seperti aktiviti mengkategorikan perkataan. Contoh buku The Piggy in the Puddle.

• Guru mengarahkan murid mencari perkataan yang mempunyai perkataan berulang.

muddy, little, puddle, waddle, merry, middle, fuddy-duddy, fiddle-faddle,

skedaddle, mooshy, squooshy, silly billy, willy-nilly, oofy, poofy, oofy-poofy,

waddling, paddling, wiggling, giggling, Boo-hoo-hoo, yelled, piggies, mommy,

daddy.

Kaedah Pengalaman Bahasa

• Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.

• Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang mempunyai pengetahuan yang dibincangkan, murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan

• 3 peringkat dalam proses membaca iaitu:-1. • lateral 2. • Interpretasi & inferens 3. • Penilaian makna

• Murid – murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat – peringkat tersebut.

• Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.

• Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.

• Sebagai contoh:

• Jika murid – murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan.

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut:

• Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.

• Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.

• Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep.

• Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca.

• Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.

top related