pendekatan komunikatif

Post on 20-Jun-2015

2.491 Views

Category:

Documents

14 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENDEKATAN KOMUNIKATIFPENDEKATAN KOMUNIKATIFDISEDIAKAN :

‘AINUDDIN HANIF BIN KHIREL AZMANMOHAMAD AZRIN BIN RUSDAN

SITI HUMAIRAH BT BAHARULLAHNUR NADIA BT ABDUL GAFFOR

KHAIRIAH BT AMIR

PISMP KS2 JAN 2009

DISEDIAKAN :

‘AINUDDIN HANIF BIN KHIREL AZMANMOHAMAD AZRIN BIN RUSDAN

SITI HUMAIRAH BT BAHARULLAHNUR NADIA BT ABDUL GAFFOR

KHAIRIAH BT AMIR

PISMP KS2 JAN 2009

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini melihat bahasa sebagai alat perhubungan yang menunjukkan makna dan penggunaan bahasa memainkan peranan penting. (Drumfit & Johnson, 1985)

Melalui pendekatan komunikatif, tujuan pengajaran bahasa adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kecekapan komunikatif.

• Canale dan Swain (1981), kecekapan komunikatif ialah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berhubung (pengetahuan sosiolinguistik dalam bahasa).

• Paulston (1974) ,mengaitkan kecekapan ini dengan peraturan sosial dalam penggunaan bahasa.

• Savignon (1978), kebolehan berfungsi dalam satu situasi komunikatif.

Pendekatan Komunikatif melihat bahasa dari beberapa aspek :

1)Bahasa ialah satu sistem untuk melahirkan makna

2)Fungsi utama bahasa adalah untuk interaksi dan perhubungan

3)Struktur bahasa yang digunakan mempunyai fungsi dalam konteks pengunaannya dalam perhubungan

4) Unsur utama bahasa bukan hanya sifat dan strukturnya tetapi maknanya dari segi fungsi bahasa dan maksudnya dalam pertuturan

5) Nahu dan struktur ayat yang digunakan sesuai dengan tempat, masa, sebab dan pengguna bahasa.

Prinsip Pendekatan Komunikatif :

1) Bahasa diperoleh dan dipelajari dalam konteks yang bermakna. Aktiviti yang dirancang untuk melibatkan pelajar mestilah mempunyai struktur bahasa yang sesuai dengan konteks komunikasi.

2) Bahan pengajaran mestilah merupakan hasil penulisan yang bermakna. Bahasa yang digunakan di dalamnya adalah bahasa dalam situasi sebenar.

3) Pengajaran disesuaikan mengikut kehendak dan minat pelajar. Pengajaran tertumpu kepada pelajar.

4) Penggunaan bahasa yang sebenar untuk komunikasi memerlukan kemahiran komunikatif.

5) Guru berperanan sebagai fasilitator, pengurus dan penasihat untuk menggalakkan pelajar mengambil bahagian.

Rujukan:

Institut Bahasa, 1994. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka.

TAMAT

top related