pencemaran alam sekitar kerja kumpulan
Post on 10-Jul-2015
1.631 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pencemaran
Alam Sekitar
Mengancam
Hidupan
Nur Nadrah Hasfinie
1)Senaraikan kata hubung yang terdapat dalam petikan.
2)Senaraikan ayat tunggal yang terdapat dalam petikan.
Aktiviti secara berkumpulan
1 2 3 4
5 6 7 8
Klik nombor kumpulanuntuk mendapatkan petikan
PUNCA
P[ENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan
sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai,
tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti
sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan
menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya
membawa kepada pencemaran
Kumpulan 1
Sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak
bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam
sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air.
Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak
memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila
cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak
dirawat dan mengandungi bahan toksik yang
mencemarkan air sungai.
Kumpulan 2
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh
pelanggaran kapal turut mendorong kepada
pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat
kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan
menyebabkan belakunya pencemaran laut.
Kumpulan 3
KESAN
PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan
menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia
seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang
boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Kumpulan 4
Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air
minuman dan air mandian seperti
disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Kumpulan 5
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan
akan membentuk lapisan minyak yang boleh
mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan
menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton.
Kumpulan 6
Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan
mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa
toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang
merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan
mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Kumpulan 7
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah.
Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak
organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus
daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem
air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan
peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan
menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
Kumpulan 8
Sekian
top related