pembentangan sjh 1054

Post on 20-Dec-2015

103 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

PEMBENTANGAN SJH 1054 KETAMADUNAN MANUSIA

TAJUK PERBINCANGAN :KONSEP PENDIDIKAN DAN

PENGERTIAN PENDIDIKAN ISLAM

ANALISIS DAN MEMBEZAKAN SISTEM PENDIDIKAN MASYARAKAT ISLAM NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN ZAMAN KERAJAAN KHULAFAH Ar – RASHIDIN

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN BANI UMAIYYAH DAN BANI ABBASIYAH

KONSEP PENDIDIKAN• Pendidikan ialah "usaha

sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya,

• usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia

Pengertian pendidikan Islam

• mencari ilmu dan mengajarkannya

suatu kewajiban yang sangat mulia

Islam

mewajibkan bagi setiap orang muslim dan muslimat untuk menuntut ilmu melalui sabda Rasulullah s.a.w. :

فريضة على كل مسلم و مسلمةطلب العلم

“ Menuntut ilmu itu adalah kewajiban atas

setiap orang Islam, baik laki-laki

mahupun perempuan ”

• Dengan kata lain, Islam mengajar bahawa Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai kaum itu mengubahnya sendiri, dan antara cara untuk merubah ini adalah dengan ilmu

• Muhammad fadhil al-Jamaly mendefenisikan pendidikan Islam sebagai upaya pengembangan, mendorong serta mengajak pelajar hidup lebih dinamis dengan berdasarkan nilai-nilai yang tinggi dan kehidupan yang mulia.

• Dengan proses tersebut, diharapkan akan terbentuk peribadi peserta didik yang lebih sempurnah, baik yang berkaitan dengan potensi akal, perasaan maupun perbuatanya.

• Ahmad D. Marimba mengemukakan bahawa pendidikan Islam adalah bimbingan atau pimpinan secara sedar oleh pendidik terhadap perkembangan jasmani dan rohani pelajar menuju terbentuknya kepribadian yang utama (insan kamil)

• Ahmad Tafsir mendefenisikan pendidikan Islam sebagai bimbingan yang diberikan oleh seseorang agar ia berkembang secara maksima dan sesuai dengan ajaran Islam

• M. Yusuf Al-Qardhawi memberikan pengertian bahawa:

“pendidikan Islam adalah pendidikan manusia seutuhnya; akal dan hatinya; rohani dan jasmaninya; akhlak dan ketrampilanya.

• Hasan Langgulung merumuskan pendidikan Islam sebagai suatu “proses penyiapan generasi muda untuk mengisi peranan, memindahkan pengetahuan dan nilai-nilai Islam yang diselaraskan dengan fungsi manusia untuk beramal di dunia dan memetik hasilnya di akhirat”

• Menurut Syah Muhammad A. Naquib Al-Attas, pendidikan Islam ialah usaha yang dilakukan pendidik terhadap anak didik untuk pengenalan dan pengakuan tempat-tempat yang benar dari segala sesuatu di dalam tatanan penciptaan. Sehingga, membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan akan tempat Tuhan yang tepat di dalam tatanan wujud dan kepribadian.

• SISTEM PENDIDIKAN

MASYARAKAT ISLAM NABI

MUHAMMAD S.A.W

• Nabi Muhammad sebagai Rasul : 610M wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud membaca jadi asas pendidikan Islam

• Rasulullah s.a.w merupakan mahaguru yang menyampaikan pendidikan Islam bermula di Mekah dan diteruskan di Madinah

• Kurikulum :• Akidah : rukun iman mengesakan

Allah dan melarang mensyirikkannya dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya

• Syariah : Bersolat : hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat ,halal, haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab

• Akhlak : Konsep amar maaruf:• hormat-menghormati, tolong

menolong, jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan

A. Pelaksanaan pendidikan di Mekah : Secara senyap atau rahsia atau 

sirriyah : kepada kaum keluarga dan sahabat terdekat seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq yang berpusat di rumah Arqam bin Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.

Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t selama 10 tahun. Ditujukan kpd kaum kerabat spt keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah di rumah Ali bin AbiTalib. Ada keluarga yangmenerima dan ada yang menentang terutamanya Abu Lahab bapa saudara baginda.

Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa  – dihadiri olehsemua ketua-ketua pentadbir Mekah

ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad.

Abu Lahab mengganggu dakwah Nabi Muhammad s.a.w .

CARA NABI MENDIDIK menunjukkan contoh teladan dan

akhlak yang baik. Nabi sendiri tidak pernah berdusta. Menyampaikan dengan hikmah berbincang lemah lembut, sabar dan doa. Menanamkan keimanan

B. Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di

Madinah :Peluasan ajaran Islam : Aqidah –

diteruskan menanam keimanan. Akhlak – akhlak manusia diteruskan

dengan kemasyarakatan seperti muamalah, kejiranan,

kewajipan mendirikan solat Jumaat, mengerjakan puasa, haji, zakat

Institusi pengajian : Masjid Nabawi – pusat pendidikan Islam serambi bersambung dengan masjid disebut al Suffan

Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para sahabat belajar bahasa asing untuk sebarkan  /pendidikan Islam cth: Muaz bin Jabal ke Yaman, Abdullah bin Mas-ud ke Kufah, Abu Musa Al-Asyaari ke Basrah.

Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada semua orang untuk belajar sejajar dengan tuntutan dalam hadis yang bermaksud “ menuntut ilmu wajib bagi semua umat Islam.” Terdapat satu hari khas untuk mengajar kaum wanita. Saidatina Aishah menjadi rujukan para muslimat.

Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh membaca dan menulis diarahkan mencatat wahyu. Rasulullah mengarahkan orang yang boleh membaca dan menulis supaya mengajar orang lain. Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai untuk membebaskan diri mereka.

Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah, berenang.  “otak yang cergas terletak di badan yang sihat”

Menulis surat kepada Negara lain : Rasulullah telah mengarahkan sahabat menyeru Islam kpd Raja Habsyah, Raja Mesir dan Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan baik tetapi yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan

Kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat. Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat termasuk pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pengenalan ilmu tafsir, usuludin, fiqah, dan ilmu-ilmu lain

• Sistem pendidikan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin telah berkembang dengan baik. Ia memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.. Pada zaman baginda, negara Islam berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab.

• Pendidikan hanya berpusat di kota Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat pada zaman Khulaa’ al-Rasyidin.

• Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah Fustat 

objektif perdidikan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. ialah untuk membentuk sahsiah Islamiyah yang tulen  yang dapat bangunkan berjuang bagi menegakkan Islam agama Allah yang suci.

kandungan pendidikan Islam yang disampaikan bergantung kepada wahyu daripada Allah s.w.t

• Isi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah sama dengan isi kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu dari Allah (al-Quran).

• isi kandungan pelajaran pendidikan Islam telah bertambah dengan adanya perubahan zaman dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu.

Pertambahan ilmu• tafsir al-Quran, Tauhid, Fekah,

Ilmu Mantiq, Bahasa Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan, Ilmu Fizikal seperti memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa surah.

SUMBER PENDIDIKAN ISLAMAl-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad

para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika Muaz diutuskan ke Yaman jelas menunjukkan penggunaan sumber tersebut digunakan:

• Sabda Rasullullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz: “Dengan apa engkau berhukum?” Jawabnya “dengan kitab Allah?” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)? Jawab Muaz :  Dengan sunnah Rasulullah saw,” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak juga menjumpainya? Jawab Muaz: “ Aku berijtihad dengan pendapatku.” Maka rasulullah s.a.w menepuk dada Muaz dan bersabda: “ Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah.

SUMBER PENDIDIKAN BERTAMBAH

• Khalifah Umar bin Al-Khattab

• menerima ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan As-Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan Islam terutama tamadun dari Parsi.

INSTITUT PENDIDIKANMasjid  adalah tempat ibadat dijadikan

sebagai institusi pendidikan yang kedua dalam dunia Islam selepas rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.

Suffah ialah ruang atau bangunan yang dibina bersambung dengan masjid. Institusi Suffah berperanan sebagai sebuah sekolah kerana aktiviti pengajaran dijalankan secara sistematik dan teratur. Masjid Nabawi di Madinah.

Arab telah menubuhkan Institusi Kuttab sejak sebelum kedatangan Islam lagi dengan tujuan sebagai pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat rendah iaitu kemahiran asas seperti membaca dan menulis.

. Kebanyakkan guru yang mengajar di institusi Kuttab mengajar secara sukarela

Perkembangan sistem pendidikan pada zaman Bani Umaiyah

pendidikan zaman ini merupakan kesinambungan daripada zaman permulaan Islam tetapi

telah berkembang mengikut peredaran masa.

masjid institusi pendidikan yang penting

istana khalifah menjadi tempat kegiatan pendidikan dan menyimpan bahan- bahan bacaan.

Mata pelajaran yang diajar :a) Sejarahb) Kesusteraanc) ilmu pidatod) Tatasusila e) Moral

Guru-guru yang berpengalaman ditugaskan menjadi tenaga mengajar

Istana Khalifah Bani Umaiyah menjadi tempat perkembangan pendidikan

Kuttab Tempat pengajian awam yang dikenakan bayaran, kecuali kuttab Al-Sabil yang khusus untuk kanak-kanak miskin dan tidak dikenakan bayaran. Tertumpu kepada pengajian al-

Quran dan asas-asas fardu ain sahaja sebelum peringkat

halaqah.

Zawiah (sudut / penjuru) yang dijadikan tempat halaqat-halaqat ilmu.

Dalam ilmu perubatan, khalifah Islam mendirikan al-Maristan (hospital) –

melatih pelajar

mengadakan pelbagai aktiviti seperti muktamar bagi mengemukakan hasil kajian

Baitul Hikmah perpustakaan dan pusat kajian ilmu Islam.

Tahap ilmu guru yang mengajar di institusi pendidikan zaman ini bebeza

Guru yang mengajar di kuttab kurang pengalaman daripada guru yang diajar di istana.

Guru yang mengajar di istana kurang pengalaman daripada guru yang mengajar di masjid

Guru yang mengajar di istana : pendidikan budi pekerti, moral

dan sahsiah - putera khalifah & anak- anak pembesar

Guru yang mengajar di masjid : ulama yang terkenal menyampaikan ilmu dengan ikhlas

hati kerana Allah

Guru yang terkenal : Abdullah bin Abbas (ahli dalam bidang tafsir), hadis dan fiqah dan Hassan al-Basri (bidang fiqah & usuluddin)

Tahap pendidikan bermula pada zaman prasekolah : kuttab

madrasahmasjid

pendidikan dibahagikan kepada 3 peringkat : rendah, menengah, tinggi

Ilmu bahasa dan tatabahasa menjadi pelajaran teras masjid-masjid di Damsyik, Madinah, Kufah dan Basrah.

Ilmu bahasa : ilmiah

Pendidikan menulis tulisan Arab – mempertingkatkan kefahaman

mutu bacaan al-Quran – orang Islam bukan keturunan Arab

ilmu Qirat (ilmu membaca al-Quran) - cara bacaan / Qiraat mengikut loghat suku Arab

Faktor yang menyumbang kepada perkembangan sistem pendidikan :

a) Dasar pendidikan percuma di kuttab kepada pelajar yang kurang berkemampuan

b) Dasar perluasan kuasa dijalankan dengan lebih agresif (membantu penyebaran agama Islam ke seluruh wilayah Islam)

c) Kemunculan ilmu falsafah membantu perkembangan sistem pendidikan (falsafah –ilmu yang banyak menggunakan akal untuk berhujah )

d) Perkembangan ilmu sejarah – diajar kepada putera khalifah supaya mereka memahami sistem pemerintahan.

Sumbangan pendidikan Zaman Bani Umaiyah

Perkembangan ilmu – ilmu bahasa, sastera, sains, perubatan dan agama

Bahasa Arab – bahasa ilmu dan pentadbiran. - menyumbang kepada perkembangan pelbagai ilmu lain- perkembangan pesat dalam bidang penterjemahan- diguna pakai di wilayah Islam

Ilmu bahasa berkembang pesat – Kota Basrah dan Kufah sehingga melahirkan tokoh-tokoh :

a) Khalil bin Ahmad (ahli bahasa & filologi Arab)

b) Sibawaih (anak murid Khalil yang merupakan seorang pakar dalam bidang nahu)

Ilmu sastera Arab berkembang dengan perkembangan ilmu bahasa. Ini membawa kelahiran tokoh-tokoh ternama: - Jarir, Farazdaq dan Umar bin Abi Rabi’ah

Perkembangan dalam ilmu sains dan perubatan telah membawa pembinaan hospital – Damsyik pada zaman Khalifah Umar bin Abi Rabi’ah

Perkembangan keilmuan membawa kepada kelahiran pusat-pusat ilmu terkemuka di Eropah (Cordova yang menjadi tumpuan ilmuan)

perkembangan membawa kepada kelahiran sarjana-sarjana terkenal dalam pelbagai bidang : - Ibnu Rushd, Ibnu Arabi

Perkembangan sistem pendidikan pada zaman Bani Abbasiyyah

Zaman ini dikenali sebagai zaman kegemilangan dalam bidang ilmu & keintelektual.

Sumber ilmu berasal daripada 2 :- Quran- Hadis- ilmu-ilmu dari Greek, Parsi, dan India

3 peringkat pendidikan:- awal- menengah- tinggi

Peringkat awal – mempelajari al-Quran, sirah Rasulullah s.a.w, membaca, menulis, kesusteraan, sejarah dan menulis puisi

Peringkat menengah dan tinggi- kurikulum yang ditawarkan :> ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu kalam, tasawuf, ilmu bahasa, nahu, fiqah, sejarah, falsafah, perubatan, falak, geografi, dan muzik

Masjid merupakan institusi pendidikan utama.

Basrah, masjid digunakan sebagai tempat pengajian bagi pelajaran tafsir, Hadis, dan fiqah. Masjid sering menganjurkan majlis-majlis perbincangan dan perbahasan

Sekolah-sekolah tinggi didirikan – pada masa pemerintahan Nizam al-Muluk. Sekolah-sekolah dikenali sebagai madrasah dan dibina di bandar-bandar

Golongan cendekiawan dan bijak pandai memenuhi istana khalifah turut dijadikan institusi pendidikan.

Istana khalifah –gedung ilmu pengetahuan dan pusat pengkajian kesusasteraan

Khalifah Al-Makmum – khalifah yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.- mengambil inisiantif mengumpul kitab-kitab dari wilayah-wilayah Islam

Kitab-kitab bermutu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab

Baghdad – pusat ilmu pengetahuan & pusat kebudayaan. - sebuah perpustakaan iaitu Baitul Hikmah telah ditubuhkan

Muncul ramai cendekiawan Islam :- al-Kindi , al-Farabi, Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari, Muslim- bidang perubatan zaman :

Ibnu Sina dan al-Razi

Sumbangan pendidikan Zaman Bani Abbasiyah

Perkembangan ilmiah – zaman ini dikatakan sebagai zaman keemasan bagi perkembangan ilmu.

Kemunculan dan kebangkitan zaman ini mempercepat dan meningkatkan perkembangan ilmu-ilmu naqliyyah – al-Quran & as-Sunnah- ilmu-ilmu aqliyyah, bahasa dan kesusteraan Arab

Kota Baghdad – pusat kegiatan ilmuan,( dari aspek perkembangan ilmu, penterjemahan , penulisan )

Para cendekiawan – pusat kegiatan ilmu yang lain di wilayah-wilayah :- Kaherah (Mesir)- Cordava (Andalusia)- Ghaznah (Afghanistan)- Hamadan (Parsi)- Damsyik - Maragha (Syria)- Qairawan (Afrika Utara)

Penulisan buku & terjemahan karya-karya asing – hubungan diplomatik * aktiviti perdagangan dengan negara-negara luar

Bidang terjemahan – proses penyerapan budaya ilmu asing

Para pemerintah mempunyai minat dan kesungguhan untuk menjayakan proses

Lahir ramai tokoh terkenal dalam pelbagai bidang ilmu:

a) ilmu astromi : Umar Khayyam, seorang pakar astronomi (kalendar astrologi )

b) Ilmu matematik & algebra : al-Khawarizmi (melahirkan beberapa elemen yang mempengaruhi ilmuan dari Barat)

c) Ilmu falsafah :al-Kindi, al-Farabi dan Ibnu Sina (mengharmonikan falsafah Yunani dengan falsafah Islam)

d) Ilmu perubatan: al-Razi (karyanya al-Hawi menjadi rujukan utama ilmu kimia), Ibnu Sina (karyanya al-Qanun menjadi rujukan dalam ilmu perubatan Eropah)

e) Ilmu geografi : Piri Re’is & Haji Khalifah (tokoh terkenal) – pernah berkhidmat dalam tentera laut Turki

Pusat-puast aktiviti keilmuan – masjid, masjid jami, madrasah, kuttab, perpustakaan

Naungan politik menjadi prasarana kepada kebanyakan kebangkitan usaha penginstitusian ilmu di seluruh wilayah Islam

Walaupun, Baghdad tidak menguasai seluruh wilayah Islam. Namum kerajaan lain memainkan peranan masing-masing sebagai penaung kepada kegiatan intelektual

top related