pembentangan reli n lydia

Post on 03-Feb-2016

249 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Workfield

TRANSCRIPT

Insititut Perguruan Batu LintangPN 2051P

Ilmu Pendidikan

Tugasan dan PembentanganPEDAGOGI : Pengujian dan Penilaian

Nama Pelajar:Relie Anak Lungkin

Lydia Zulaifa Sullang @ Pauline Lydia SullangKPLI – Bimbingan dan Kaunseling

Ambilan Julai 2007

Nama Pensyarah:Encik Sardi Ahmad

Konsep Pengukuran, Pengujian dan Penilaian Serta Tujuan Pengujian dan Penilaian

Terdapat 3 jenis konsep yang harus kita perhatikan dalam topik ini. Konsep-konsep berkenaan adalah konsep pengukurab, pengujian dan penilaian. Melalui penjelasan dibawah kita dapat lihat perbezaannya.

Konsep Pengukuran:1. Pengukuran merupakan satu proses

menghasilkan nilai-nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat dan kedudukan murid-murid dalam pembelajaran.

2. Tujuan utama pengukuran ialah untuk membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran.

3. Kaedah yang biasa digunakan dalam pengukuran untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid-murid ialah melalui pengumpulan data kuantitatif.

4.Proses pengukuran boleh dijalankan selepas satu sesi pelajaran atau selepas sesuatu peringkat pembelajaran.

5. Proses pengukuran menunjukkan pencapaian keseluruhan murid tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan atau tingkah laku seseorang individu.

Konsep Pengujian: Pengujian merupakan satu prosedur sistematik

untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajaran.

Tujuan utama pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran.

Pengujian boleh dijalankan melalui pemerhatian atau pentadbiran soalan-soalan ujian.

Ini hanya boleh dijalankan selepas satu pelajaran telah dijalankan oleh guru.

Bidang atau skop proses pengujian tarhad pada satu kemahiran atau pembelajaran yang spesifik sahaja.

Tujuan pengujian juga ialah untuk menunjukkan prestasi murid-murid dalam sesuatu kemahiran atau dalam penguasaan sesuatu pembelajaran yang spesifik.

Konsep Penilaian: Penilaian merupakan satu proses untuk

memperolehi maklumat kuantitatif. Ini adalah satu proses bagi guru untuk

menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai.

Proses penilaian dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif.

Ini boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru.

Boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.

Seperti proses pengukuran, ini dapat menunjukkan pencapaian keseluruhan tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan seorang individu.

Ciri-ciri Utama Ujian Untuk sesuatu ujian yang berkualiti haruslah

mempunyai ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtafsiran dan keobjektifan yang tinggi. Terdapat aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam penyediaan sebuah ujian ialah:

perlu mengandungi unsur-unsur motivasi mesti dapat mencabar minda serta menimbulkan

celik akal murid-murid

Sebelum mentadbir sesebuah ujian, guru perlu merancang beberapa strategi supayaujian itu dapat mengukur perkara yang perlu diukur. Guru juga perlu mengendalikan ujian untuk mencapai matlamat seperti di bawah:

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam bidang akademik

menilai kemahiran pra-syarat dalam mata pelajaran yang berlainan

menilai tahap penguasaan ilmu murid dalam mata pelajaran yang berlainan

merancang program-program pemulihan dan pengayaan

Di dalam pengendalian sesebuah ujian, guru harus sedar akan:

aspek kognitif aspek afektif (nilai atau sikap) aspek kemahiran yang merangkumi

kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan teknologi maklumat

aspek personaliti seperti tingkah laku, gaya pembelajaran, pelbagai kecerdasan dan kecerdasan emosi

Maka, semasa mentadbir ujian seseorang guri perlu mengambil kira aspek-aspek kesahan dan keboleh percayaan sesuatu ujian yang mana kesahan ujian melibatan dua perkara penting iaitu relevan dan cakupan.

Dalam aspek cakupan, guru harus memastikan yang semua kontruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran yang dinilai. Kandungan instrumen penilaian juga mesti mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan sesuai dengan kehendak kurikulum.

Selain itu, dalam aspek relevan pula, guru harus memastikan item-item yang dikemukakan dalam sebuah ujian mesti akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

Maka, untuk membina sebuah ujian yang baik, guru harus memastikan aspek-aspek berikut:

Kesahan Kebolehpercayaan Keobjektifan Kebolehtadbiran Kebolehtafsiran

Jenis-Jenis Ujian dan Penilaian Jenis-jenis penilaian terdiri daripada ujian-

ujian yang berikut iaitu: ujian formatif ujian sumatif ujian prestasi serta ujian pensil dan kertas ujian kepantasan dan daya ujian rujukan norma ujian rujukan kriteria

JADUAL PENENTUAN UJUAN

Jadual Penentuan Ujian merupakan (JPU) merupakan satu blue print yang dapat membantu guru menyediakan soalan mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan untuk menyediakan satu ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan yang yang tinggi.

CIRI-CIRI JPU1. Antara ciri-ciri JPU ialah ia perlu mengandungi

butiran-butiran yang berikut.

a) Bentuk dan tempoh masa ujian

b) Kandungan topik-topik yang diuji

c) Aras kemahiran untuk soalan-soalan dalam ujian

d) Peruntukan peratusan item/soalan yang akan diuji

e) Bilangan soalan yang diuji

f) Aras kesukaran yang akan ditetapkan untuk semua soalan dalam ujian

2. JPU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian iaitu pengetauan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

3. JPU juga merupakan carta dua hala yang mempunyai lajur menegak dan mendatar.

5. Lajur menegak mengandungi tajuk-tajuk yang akan diuji dalam sesuatu ujian.

6. Lajur mendatar pula mengandungi aras kemahiran bagi soalan-soalan dalam ujian berkenaan.

7. JPU memberi gambaran tentang jumlah soalan serta aras kemahiran dalam satu-satu ujian.

8. JPU juga mengandungi bilangan soalan mengikut aras kesukaran soalan berdasarkan Taksonomi Bloom (daripada aras pengetahuan sampailah ke aras penilaian) yang akan diuji.

9. Taksonomi Bloom merupakan ialah satu panduan yang digunakan dalam JPU di mana guru mengarahkan soalan-soalan kepada murid mengikut penyoalan aras rendah kepada penyoalan aras tinggi.

10. Mengikut taksonomi Bloom, soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru boleh dibahagikan kepada aras:

i. Pengetahuanii. Kefahamaniii. Aplikasiiv. Analisisv. Sintesisvi. Penilaian

11. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru dalam sebuah ujian mengikut aras Taksonomi Bloom adalah seperti berikut:

a) Pengetahuan -Kebolehan murid untuk mengingat kembali fakta,

prinsip, hokum dan konsep. Contoh soalan bermula dengan perkataan apakah, nyatakan, siapakah.

b) Kefahaman -Kebolehan murid untuk memahami, menukar,

menerangkan dan menjelaskan prinsip, konsep, hukum dan teori. Soalan bermula dengan perkataan jelaskan, terangkan dan huraikan.

c) Aplikasi -Kebolehan murid untuk menggunakan fakta, prinsip, konsep,

hokum teori untuk menyelesaikan masalah. Contoh soalan bermula dengan perkataan tafsirkan, asingkan, bahagikan dan bandingkan.

d) Sintesis -Kebolehan murid mencantum, menggabungkan, dan

mengintergrasikan fakta dan idea yang berkaitan. Misalnya soalan bermula dengan perkataan gabungkan, bentukkan, kumpulkan.

e) Penilaian -Kebolehan murid untuk membuktikan, menilai, mengesahkan,

mengkritik dan memberi pendapat. Contoh soalan bermula dengan perkataan nilaikan, buktikan, dan beri komen anda.

CARA-CARA MENYEDIAKAN JPU

1.Cara-cara menyedikan JPU adalah seperti berikut.

a) Menentukan objektif ujian

b) Menentukan isi ujian

c) Megisi lajur kandungan

d) Mengisi lajur kemahiran

e) Menetukan jenis bilangan dan soalan

f) Menyemak sebaran soalan

g) Menentukan aras kesukaran soalan

Kepentingan JPU JPU menentukan kesahan satu-satu ujian

kerana ia menerangkan secra nyata bidang/ tajuk/ aspek yang akan diuji mengikut peruntukan masa tajuk-tajuk dalam satu matapelajaran.

Sesebuah ujian akan menjadi lebih terancang dengan adanya JPU.

Ia dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan sesebuah ujian.

Guru juga dapat mengimbangkan tajuk-tajuk, objektif pelajaran serta aras kemahiran dengan memberi wajaran yang seimbang.

Ia juga boleh dijadikan panduan kepada penggubal ujian yang lain agar soalan-soalan yang bermutu dapat dihasilkan.

JPU membolehkan guru-guru membuat perbandingan antara aras kesukaran satu ujian dengan ujian yang lain.

Pembinaan Item ujianA) Item Objektif

1. Ujian objektif terdiri daripada item-item soalan yang memerlukan satu jawapan yang betul.

2. Murid yang menjawab soalan jenis ini tidak bebas memberi respon sesuka hati. Mereka mesti menjawab dengan tepat atau memilih respon yang tepat daripada beberapa pilihan yang diberikan.

3. Ujian objektif dapat menunjukan status pencapaian murid.

4. Hasil ujian objektif memberi maklum balas segera kepada guru mengenai perkembangan muridnya daripada aspek kognitif, afektif dan ciri-ciri personaliti.

5. Dengan maklum balas ini, guru boleh mengesyorkan aktiviti pemulihan atau pengayaan.

6. Soalan-soalan objektif mempunyai ciri-ciri keobjektifan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ia lebih efisen untuk menguji kelas-kelas yang ada bilangan murid yang ramai.

7. Walaupun ujian objektif ini lebih senang untuk disemak berbanding dengan soalan subjektif, ia memerlukan lebih banyak masa untuk disediakan.

Jenis-Jenis Ujian Objektif1) Ujian Aneka Pilihan- Dalam ujian ini, item soalan mempunyai pilihan

beberapa jawapan atau opsyen.-Murid-murid akan memilih satu jawapan daripada

alternatifalternatif yang diberikan oleh guru.

2) Ujian Aneka Pelengkap -Dalam ujian ini, murid akan memilih pelbagai jawapan

daripada senarai yang diberikan oleh guru.

- Ujian ini boleh dibahagikan kepada ujian yang mengandungi soalan pernyataan benar atau salah.

B) Item Subjektif

1) Ujian ini juga disebut ujian berbentuk karangan ataupun ujian esei.

2) Dalam ujian jenis ini, murid bertindak balas terhadap tajuk soalan yang diberikan.

3) Dalam ujian esei, murid boleh memilih menceritakan dan megemukakan pandangan dengan mengunakan perkataan-perkataan sendiri.

Cara Pemarkahan

Guru perlu mengikuti satu skima pemarkahan yang sistematik dan yang terancang untuk setiap ujian yang ditanda olehnya. Beliau boleh membuat pemarkahan sama ada dengan cara pemarkahan analitikal ataupun holistik.

Pemarkahan analitikal juga dikenali sebagai pemarkahan terperinci manakala pemarkahan holistik dikenali sebagai pemarkahan secara keseluruhan ataupun secara global.

top related