pelan tindakan situasi jerebu di · pdf filepelan tindakan situasi jerebu di pelabuhan edisi...
Post on 08-Feb-2018
226 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PELAN TINDAKAN SITUASI JEREBU DI PELABUHAN
EDISI 01 / 2015
TARIKH KEMASKINI: 13 SEPTEMBER 2015
NO.KEMASKINI: 02
MUKA SURAT 1 - 6
PELAN TINDAKAN SITUASI JEREBU DI PELABUHAN
PELAN TINDAKAN SITUASI JEREBU DI PELABUHAN
EDISI 01 / 2015
TARIKH KEMASKINI: 13 SEPTEMBER 2015
NO.KEMASKINI: 02
MUKA SURAT 2 - 6
1.0. PENDAHULUAN.
1.1. Pelan tindakan situasi jerebu Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dibangunkan sebagai satu langkah bagi memastikan situasi jerebu yang melanda negeri Johor khususnya yang melibatkan Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas mampu meminimumkan kesan buruk kepada operasi pelabuhan amnya.
1.2. Sistem pengurusan dan perancangan tindakan ketika fenomena jerebu yang melanda merupakan perkara yang amat penting bagi mengawal sebarang insiden yang berkemungkinan berlaku di pelabuhan.
2.0. OBJEKTIF PELAN TINDAKAN. 2.1. Objektif pelan ini adalah:
i. Mewujudkan satu tindakan awal sebagai langkah berjaga-jaga apabila jerebu melanda pelabuhan dan jeti-jeti persendirian.
ii. Mengkoordinasi dan mengawal sebarang insiden kecemasan yang
berlaku di dalam pelabuhan dan jeti persendirian akibat daripada cuaca jerebu yang melanda.
iii. Meminimumkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda
termasuk kapal, kenderaan dan jentera di dalam pelabuhan dan jeti persendirian.
iv. Mengambil langkah-langkah perlu untuk meminimumkan kesan
jerebu yang boleh mengganggu operasi pelabuhan dan jeti persendirian.
v. Memastikan keselamatan (safety) semua kakitangan LPJ, operator
pelabuhan & pengguna pelabuhan serta jeti persendirian dalam had perairan pelabuhan.
PELAN TINDAKAN SITUASI JEREBU DI PELABUHAN
EDISI 01 / 2015
TARIKH KEMASKINI: 13 SEPTEMBER 2015
NO.KEMASKINI: 02
MUKA SURAT 3 - 6
3.0. SKOP.
3.1. Skop pelan ini adalah meliputi pengurusan ke atas organisasi, komunikasi, tanggungjawab dan pelan tindakan yang menjadi panduan ke atas kakitangan yang terlibat dalam sebarang situasi jerebu sama ada dalam premis pelabuhan dan juga jeti persendirian dalam had perairan pelabuhan.
4.0. NOTIS PEMBERITAHUAN SITUASI JEREBU.
4.1. Notis pemberitahuan situasi kecemasan jerebu akan dilakukan menerusi kaedah seperti telefon, faksimile, radio VHF/UHF dan juga e-mel. Walau bagaimanapun, kaedah utama yang digunakan ialah melalui panggilan telefon dan e-mel.
5.0. TAHAP INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU).
5.1. Tahap bacaan IPU adalah berdasarkan standard yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Ia adalah seperti berikut:
i. 0-50 : Baik / Good. ii. 51-100 : Sederhana / Moderate. iii. 101-200 : Tidak Sihat / Unhealthy. iv. 201-300 : Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy. v. >301 : Berbahaya / Hazardous.
5.2. Berdasarkan IPU tersebut, penilaian akan dilaksanakan bagi memastikan operasi pelabuhan perlu diteruskan atau diberhentikan buat sementara waktu.
5.3. Selain itu, jarak penglihatan juga diambil kira bagi memastikan
keselamatan operasi terutama bagi kapal-kapal yang keluar dan masuk pelabuhan.
PELAN TINDAKAN SITUASI JEREBU DI PELABUHAN
EDISI 01 / 2015
TARIKH KEMASKINI: 13 SEPTEMBER 2015
NO.KEMASKINI: 02
MUKA SURAT 4 - 6
6.0. PEMANTAUAN SITUASI JEREBU.
6.1. Pemantauan situasi jerebu di Pasir Gudang dan juga di Tanjung Pelepas diperoleh melalui 2 sumber utama iaitu:
i. Laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia di pautan:
http://www.apims.doe.gov.my/
ii. Laman web National Environment Agency (NEA) Singapura di
pautan: http://www.haze.gov.sg/
iii. Pemantauan fizikal melalui jarak penglihatan. Pemantauan fizikal
merupakan elemen yang penting kerana di dalam pelabuhan banyak operasi yang melibatkan pergerakan jentera dan keluar masuk kapal. Jarak penglihatan yang terhad boleh menyumbang kepada kemalangan sama ada di darat atau di perairan pelabuhan.
6.2. Rasional sumber daripada negara jiran Singapura seperti yang
dinyatakan di perenggan 6.1 (ii) dijadikan panduan adalah kerana kedudukan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas hampir dengan Singapura. Tambahan lagi, kapal-kapal yang keluar masuk di Pasir Gudang menggunakan alur pelayaran yang dipantau oleh pihak Singapura.
7.0. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KETIKA JEREBU.
7.1. Tindakan yang perlu dilaksanakan ketika jerebu melanda pelabuhan di bahagikan kepada 2 iaitu: i. Tindakan ketika operasi di darat. ii. Tindakan ketika operasi di laut.
7.2. Tindakan ketika operasi di darat.
i. Menyebarkan langkah-langkah berjaga-jaga kepada semua pengguna pelabuhan dan kakitangan yang bertugas di dalam pelabuhan dan jeti persendirian.
PELAN TINDAKAN SITUASI JEREBU DI PELABUHAN
EDISI 01 / 2015
TARIKH KEMASKINI: 13 SEPTEMBER 2015
NO.KEMASKINI: 02
MUKA SURAT 5 - 6
ii. Memantau IPU sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 5.1 dan perenggan 6.1.
iii. Memantau jarak penglihatan yang selamat untuk operasi
pelabuhan. iv. Memantau arah angin yang menyumbang kepada pergerakan
jerebu. v. Pihak operator pelabuhan perlu sentiasa membuat pemantauan
dan penilaian ke atas jarak penglihatan agar jarak penglihatan yang sesuai dikenal pasti dengan kesesuaian pergerakan jentera di dalam pelabuhan.
vi. Kenderaan dan jentera yang berada di dalam pelabuhan perlu
menyalakan lampu. vii. Meminimumkan bilangan pekerja yang terdedah dengan jerebu.
Sekiranya ia tidak dapat dilaksanakan, semua pekerja di dalam pelabuhan perlu dibekalkan dengan topeng muka (face mask).
viii. Mempromosikan langkah penjagaan kesihatan di kalangan pekerja
pelabuhan seperti keperluan pemakaian topeng muka, minum air dengan banyak dan mengurangkan aktiviti yang terdedah kepada jerebu. Panduan kesihatan menghadapi jerebu boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan di pautan www.moh.gov.my
7.3. Tindakan ketika operasi di laut.
i. Melaksanakan komunikasi dan pemantauan yang lebih kerap melalui radio Automatic Identification System (AIS) dan di Pusat Vessel Traffic Management System (VTMS) Lembaga Pelabuhan Johor di saluran berikut:
a) VTMS Pasir Gudang (Johor Port Control) : VHF Saluran /
Channel 11 atau hubungi nombor telefon 0197514800.
b) VTMS Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP Port Control) : VHF Saluran / Channel 75 / 76 atau hubungi nombor telefon 0197367800.
PELAN TINDAKAN SITUASI JEREBU DI PELABUHAN
EDISI 01 / 2015
TARIKH KEMASKINI: 13 SEPTEMBER 2015
NO.KEMASKINI: 02
MUKA SURAT 6 - 6
ii. Memantau IPU sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 5.1
dan perenggan 6.1. iii. Memantau jarak penglihatan yang selamat untuk operasi
pelabuhan. iv. Menekankan aspek keselamatan (safety) kepada malim (pilot) yang
bertugas bagi menjamin keselamatan ketika membawa kapal keluar dan masuk pelabuhan.
top related