027 bahasa cina penulisan - gurubesar.my · calon juga boleh mengaplikasi situasi semasa dalam...

15

Upload: dokhuong

Post on 27-Jun-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

027 BAHASA CINA PENULISAN

Bahasa Cina Penulisan 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 027

Markah Penuh : 50

Masa : 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Cina Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A,

Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan berbentuk

perpindahan maklumat yang diberi kepada satu perenggan. Markah yang diperuntukan

ialah 10. Bahagian B terdiri daripada satu (1) soalan berbentuk respons terhad dalam

konteks karangan berdasarkan bahan rangsangan yang mesti dijawab. Markah yang

diperuntukan ialah 15. Bahagian C terdiri daripada dua (2) soalan pilihan berbentuk

respons terbuka dan perlu dijawab satu(1). Markah yang diperuntukan ialah 25.

Konstruk yang diukur ialah:

a) Keupayaan membina ayat

b) Keupayaan menggunakan kosa kata

c) Keupayaan menggunakan tanda baca

d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea

Bahasa Cina Penulisan 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

PRESTASI TERPERINCI MENGIKUT SOALAN BAHAGIAN A

Calon dikehendaki memperkenalkan tokoh murid tahun ini, iaitu Lim Zhi Ping berdasarkan gambar dan maklumat yang diberi. Calon perlu menulis dalam satu perenggan untuk memperkenalkannya dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Contoh Jawapan 1

Jawapan yang diberi menepati kehendak soalan. Tiada kesalahan tatabahasa. Calon dapat memperkenalkan tokoh murid berdasarkan gambar dan maklumat yang diberi dan menulisnya dalam satu perenggan.

考生把所提供的资料,有连贯地表达出来。语言通顺及遣词用字准确。

Bahasa Cina Penulisan 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh Jawapan 2

Jawapan yang diberi oleh calon menepati kehendak soalan. Calon tidak digalakkan mengembangkan isi dengan panjang lebar.

考生把所提供的资料加以扩展,造成篇章太长。

Bahasa Cina Penulisan 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

BAHAGIAN B

Berdasarkan gambar yang diberi, calon dikehendaki menceritakan apa yang telah berlaku dan mengapa kita perlu melindungi hutan.

Bahasa Cina Penulisan 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh Jawapan 1

Jawapan yang baik dan dapat memberi idea dengan sistematik dan rasional serta penggunaan kosa kata yang meluas. Pengolahan idea sangat baik, jelas dan menarik.

文章的内容符合题意、充实及有条理。考生能以不同的角度叙述保护森林的理由,语言通

顺,遣词用字准确。

Bahasa Cina Penulisan 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh Jawapan 2

Calon dapat mengembangkan isi dengan logik dan berstruktur. Jawapan yang diberikan memenuhi kehendak soalan.

文章的内容符合要求,扼要简明,条理清楚。考生四平八稳地写出图意及保护森林的理由

Bahasa Cina Penulisan 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

BAHAGIAN C

(任选一题)

书写一篇文章,字数不可少过 150。

Soalan C1 Kehendak Soalan

(一)请相信我

Calon dikehendaki menulis karangan yang bertajuk “Percayalah Saya”. Contoh Jawapan 1

Bahasa Cina Penulisan 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Jawapan yang diberi oleh calon menepati kehendak soalan. Isi karangan padat, logik dan eksplisit. Calon meluahkan perasaan dengan meminta kepercayaan daripada bapa.

文章的内容符合题意、充实、具体及有创意,语言流畅,遣词用字准确。考生以倒叙方式

证明自己已改进及努力地付出,但还是不能达到父亲的期望,所以诚恳地要求父亲相信他

Bahasa Cina Penulisan 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh Jawapan 2

Calon dapat menceritakan kesedihan yang ditimpa kerana dianiayai oleh kawan. Calon mengalu-alukan kepercayaan daripada kawan karib. Pengolahan idea sangat baik dan kreatif. Penyampaian jelas, tersusun dan menarik.

考生有条理地叙述了与朋友的密切关系,进而遭到同学的妒忌,设计离间她们的感情,使

她陷入不义而有口难辩。内容有创意,遣词用字准确,布局前呼后应。

Bahasa Cina Penulisan 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan C2 Kehendak Soalan

(二)雨快快下

Calon dikehendaki menerangkan sebab-sebab meminta hujan turun secepat mungkin. Calon juga boleh mengaplikasi situasi semasa dalam karangan, iaitu masalah jerebu, cuaca panas dan kekurangan air. Contoh Jawapan 1

Bahasa Cina Penulisan 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Calon menulis jawapan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Isi kandungan padat, bernas dan gaya penulisan menarik.

考生能以比拟的修辞手法,生动地描述天气燥热所受到的限制,迫切求雨的心情及怀念雨

带给人们的欢乐。

Bahasa Cina Penulisan 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh Jawapan 2

Bahasa Cina Penulisan 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Jawapan calon menepati kehendak soalan. Calon dapat menulis keadaan cuaca panas dan akibatnya serta mengharapkan hujan turun dengan cepat.

考生写出干旱对生物的影响,制水对人们的不便及迫切地恳求雨快快下。

Bahasa Cina Penulisan 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. 2. Calon perlu mengenal pasti kehendak soalan dan menjawab soalan dengan tepat. 3. Calon tidak digalakkan mengembang isi dengan panjang lebar. 4. Tulisan calon haruslah kemas dan jelas. Bahagian B 1. Calon hendak meneliti gambar rajah dan memahami kehendak soalan kemudian

memberi jawapan berdasarkan maklumat yang diberi. 2. Calon haruslah mencari kata kunci soalan dan membuat rangka karangan terlebih

dahulu. 3. Tulisan calon mestilah kemas dan jelas. Bahagian C 1. Calon harus membaca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan. 2. Baca kedua-dua soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. 3. Gariskan kehendak soalan yang dibaca tadi, kemudian, pilih soalan yang boleh

dikuasai dengan baik. 4. Calon digalakkan membuat peta minda sebelum menjawab soalan. 5. Calon perlu menghuraikan idea dengan ayat yang gramatis, kosa kata, ejaan dan

tanda baca yang tepat. 6. Calon digalakkan banyak membaca untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa

dan memperluaskan pengetahuan.

SARANAN KEPADA GURU

1. Guru haruslah memastikan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis. 2. Guru perlu mengajar murid tentang cara-cara menganalisis soalan. 3. Pengajaran penulisan harus merangkumi semua skop penulisan yang terdapat

dalam DSKP. 4. Guru perlu memberi penekanan yang tegas kepada murid untuk memahami

kehendak soalan, mencari kata kunci dan membuat rangka karangan atau peta minda.

5. Penekanan terhadap teknik membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan perlu bagi membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik.

6. Guru harus mengaplikasikan kaedah sumbangsaran dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan.

7. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid.

8. Guru digalakkan memberi komen yang positif untuk membina keyakinan murid. 9. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi

contoh-contoh sebagai bahan rangsangan.