pelan perancangan strategik: bidang ko kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/unit sukan...
Post on 30-Jan-2018
271 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
673
PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) SEPAK TAKRAW
1.0 PENDAHULUAN
Ketika negara kita Malaysia sedang pesat membangun dan sedang memacu kecemerlangan ke
arah negara maju menjelang tahun 2020. Pihak pengurusan PLD bertangggung-jawab bagi
menyediakan modal insan yang berkualiti tinggi dan bersedia sepenuhnya meneruskan
kesinambungan kecemerlangan negara pada masa hadapan. Pembangunan Modal Insan bukan
hanya meliputi aspek akademik atau kurikukulum semata-mata, malah haruslah meliputi aspek
kokurikulum bagi mempastikan perkembangan modal insan yang seimbang dan menyeluruh.
Oleh itu, Perancangan Strategik Bidang Pengurusan PLD Sepak Takraw ini diharapkan
dapat menjadi garis panduan bagi menjayakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bidang
PLD Sepak Takraw di sekolah ini pada masa akan datang. Rancangan strategik ini haruslah
bersifat mudah lentur atau fleksibel bagi membolehkan pihak pengurusan menjalankan aktiviti
mengikut keperluan, sumber yang sedia dan situasi semasa.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) menekankan bahawa setiap
organisasi perlu menjuruskan strategi ke arah elemen-elemen yang terkandung di dalam PPPM
itu sendiri. Realiti sesuatu perancangan jangka panjang perlu melalui satu proses yang dirangka
dan dirancang dengan melihat keperluan, analisis dan strategi yang mantap. Sebelas anjakan
yang terkandung di dalam PPPM adalah fokus dalam merangka strategi jangka panjang untuk
merealisasikan aspirasi Negara.
Anjakan ke tiga dalam sebelas anjakan PPPM adalah merupakan fokus bidang PLD
Sepak Takraw. Bagi memastikan modal insan yang dihasilkan mencapai sasaran kualiti yang
telah ditetapkan, usaha bersepadu diharap dapat menepati aspirasi ini. Para pelajar diberikan
penekanan dalam aspek sahsiah ungggul dan cemerlang pencapaiannya serta mempunyai nilai
jati diri acuan negara kita Malaysia. Hal ini selaras dengan enam aspirasi nurid yang akan
akhirnya melahirkan modal insan berprestasi tinggi tetapi seimbang sahsiahnya.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
674
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kualiti Bidang Pengurusan PLD Sepak Takraw SMK Majakir.
2.2 Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di kalangan jurulatih supaya dapat
merancang dan melaksanakan aktiviti latihan dengan lebih berkesan.
2.3 Meningkatkan kecemerlangan pelajar ke peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
2.4 Meningkatkan kemudahan infrstruktur dan peralatan bagi memudahkan latihan fizikal
dijalankan tanpa halangan.
2.5 Memberikan fokus kepada Kebitaraan (Niche Area) PLD Sepak Takraw SMK Majakir.
3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA (AJK)
Pengerusi : Tuan Haji Abdul Aziz Bin Mohamed Zain (Pengetua Cemerlang)
Timb. Pengerusi : Encik Sapri Bin Marup (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Encik Anuar Sidek (Penolong Kanan Penradbiran)
Naib Pengerusi 2 : Encik Durahman Ramlee (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 3 : Puan Dg.Nismah Ag.Abd Rahman (Penolong Kanan Pra-U)
Setiausaha : Encik S Atzrino Suharnoh
Timb. Setiausaha : Puan Emmylin Irene Mudin
Penyelaras : Encik Salleh Dullah
Jurulatih : Encik Salleh Dullah
Encik Ag.Nuhin Eshin
Encik Japri Hj Dait
Encik Abd Lamit Lakat
Encik Abd Rashid Talikun
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
675
4.0 CARTA ORGANISASI
PENGERUSI
Tuan Haji Abdul Aziz Mohamed Zain
Tuan. Hj. Abd. Aziz Mohamed Zain
TIMBALAN PENGERUSI
Encik Sapri Marup
SETIAUSAHA
Encik S Atzrino Suharnoh
TIMBALAN SETIAUSAHA
Puan Emmylin Irene Mudin
PENYELARAS
PUSAT LATIHAN DAERAH SEPAK TAKRAW
Encik Salleh Dullah
JURULATIH
Encik Japri Hj Dait
KETUA JURULATIH
Encik Ag.Nuhin Eshin
JURULATIH
Encik Abd Rashid Talikun
JURULATIH
Encik Abd Lamit Lakat
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
676
5.0 PENCAPAIAN (TOV)
PENYERTAAN MURID
UNIT PERINGKAT PENCAPAIAN PENYERTAAN MURID
2011 2012 2013 2014 2015
PLD Sepak Takraw
Negeri Naib Johan Johan Tiada pertandingan
Johan Johan
Kebangsaan Ketiga Ketiga Tiada pertandingan
Ketiga Tiada pertandingan
6.0 PELUNJURAN (ETR)
PENYERTAAN MURID
UNIT PERINGKAT PENCAPAIAN PENYERTAAN MURID
2016 2017 2018 2019 2020
PLD Sepak Takraw
Negeri
Johan Johan Johan Johan Johan
Kebangsaan Naib Johan Johan Johan Johan Johan
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
677
7.0 ANALISIS SWOT
7.1 KEKUATAN
7.1.1 Jurulatih yang bertugas di PLD ini 100% terdiri dari guru yang terlatih.
7.1.2 Jurulatih di PLD ini 100% terdiri dari guru yang berpengalaman dan memiliki sijil
jurulatih.
7.1.3 Semua jurulatih di PLD ini berpotensi untuk cemerlang dalam melaksanakan
tugasan berdasarkan kemahiran dan kepakaran mereka secara individu.
7.1.4 Pelajar di PLD ini merupakan pelajar yang berbakat, berdisiplin, boleh
memberikan komitmen dalam program latihan dan mempunyai motivasi yang
tinggi.
7.1.5 Prasarana yang terdapat di PLD ini amat sesuai untuk menjana kecemerlangan
dalam bidang sukan sepak takraw.
7.1.6 Wujud kerjasama yang erat antara pihak PLD dengan sekolah, Ahli Parlimen,
Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua - ketua Jabatan Kerajaan, Pihak Swasta
serta seluruh ahli masyarakat di Daerah Papar.
7.2. KELEMAHAN
7.2.1 Jurulatih yang mempunyai kemahiran yang tinggi perlu ditambah di samping
menghantar jurulatih yang sedia ada bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran
kejurulatihan
7.2.2 Pelajar perlu dilatih mengikuti program yang lebih sistematik bagi memenuhi
perancangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
7.2.3 Beberapa kemudahan latihan perlu diselenggara, tempahan peralatan latihan
yang baru serta kemudahan latihan perlu ditambah.
7.3. CABARAN
7.3.1 Keadaan kewangan yang terhad, perbelanjaan perlu berhemat dan kos peralatan
yang sentiasa meningkat.
7.3.2 Kemahiran Jurulatih perlu ditambah bagi melaksanakan Program Latihan dan
Program Pembangunan yang lebih mantap.
7.3.3 Beban tugas guru selaku jurulatih, guru mengajar dalam kelas dan urusan
keluarga akan menjadi cabaran besar kejayaan Program Pembangunan dan
Latihan di Pusat Latihan Daerah.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
678
7.3.4 Pengaruh luar yang kuat mendesak diri pelajar seperti kawan, masyarakat,
Cybercafé, kemiskinan serta kurang atau tiada sokongan ibu bapa untuk lebih
berjaya.
7.3.5 Pelajar yang telah berjaya akan ditawarkan ke Sekolah Sukan atau Pusat
Kecemerlangan Sukan akan menyebabkan kehilangan satu contoh nyata di
depan mata pelajar setiap hari yang boleh menyuntik semangat dan motivasi
pelajar lain untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
7.4. PELUANG
7.4.1 Ruang yang seluas-luasnya dibuka kepada semua pelajar tanpa mengira warna
kulit, aras IQ, agama dan keturunan. Kesungguhan mereka amat diharapkan
bagi menjayakan program yang terdapat di dalam PLD ini
7.4.2 Beberapa program akan dilaksanakan seperti Program Mencari Bakat, Program
Pembangunan dan Program Latihan akan diwujudkan bagi memenuhi keperluan
semua pelajar yang berminat dan sanggup memberikan komitmen masa, tenaga
dan fikiran.
7.4.3 Kerjasama Pintar antara pihak PLD dengan pihak jabatan kerajaan yang lain,
pihak swasta dan ibubapa terbuka luas kepada semua pelajar yang berminat
serta berbakat .
7.4.4 Semua pelajar yang terlibat berpeluang untuk maju ke peringkat yang lebih
tinggi hingga ke peringkat antarabangsa.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
679
8.0 ISU-ISU
BIL. ISU ULASAN
8.1 Kemudahan untuk menjalankan latihan agak terhad.
1. Kemudahan ruang untuk menjalankan latihan yang sedia ada di PLD memang agak terhad.
2. Kemudahan ruang latihan yang sedia ada, adalah terhad dan berkongsi dengan PLD Badminton.
3. Kemudahan ruang latihan juga sering digunakan untuk majlis rasmi peringkat sekolah, daerah, zon gabungan dan negeri.
8.2 Kehadiran pelajar untuk mengikuti latihan kurang memuaskan.
1. Pelajar yang tinggal dengan keluarga mempunyai pelbagai alas an untuk tidak hadir latihan yang telah disediakan.
2. Jarak rumah dengan PLD, kemiskinan keluarga dan sokongan keluarga menjadi faktor penting kemenjadian pelajar.
8.3 Kemudahan peralatan untuk menjalankan latihan agak terhad.
1. Kemudahan peralatan untuk menjalankan latihan yang sedia ada di PLD memang agak terhad.
1. Kemudahan peralatan yang sedia ada sudah uzur dan perlu peruntukan baru secara menyeluruh.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
680
9.0 PELAN STRATEGIK
ISU 1
STRATEGIK
OBJEKTIF
KPI
TOV (2015)
SASARAN (ETR)
2016 2017 2018 2019 2020
Kemudahan untuk menjalankan latihan agak terhad.
S1 Merancang dan melaksanakan aktiviti latihan secara fleksibal. S2 Membuat latihan berjadual dan menggunakan ruang lain agar latihan tidak terganggu.
O1 Menyediakan ruang latihan yang terbaik, selaras hasrat dan pencapaian yang diharapkan.
Johan peringkat kebangsaan menjelang tahun 2018, 2019 dan 2020.
Johan - Negeri Tidak ada pertandingan - Kebangsaan
Johan
Naib Johan
Johan
Johan
Johan Johan
Johan
Johan
Johan
Johan
INTERVENSI
1. Penyelaras dan Ketua Jurulatih PLD membuat perancangan untuk melaksanakan latihan secara flesibal untuk meningkatkan tahap ketahanan semangat (psikologi), tahap kecergasan dan tahap daya juang di kalangan pelajar yang terlibat.
2. Ketua Jurulatih dan jurulatih menjalankan latihan yang telah dirancang menggunakan ruang lain yang sesuai bagi mempastikan jadual latihan tidak terganggu.
PPPM 2013 -
2025
Aspirasi murid : Setiap murid akan mempunyai Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
681
ISU 2
STRATEGIK
OBJEKTIF
KPI
TOV (2015)
SASARAN (ETR)
2016 2017 2018 2019 2020
Kehadiran pelajar untuk mengikuti latihan kurang memuaskan.
S1 Mengenalpasti pelajar dan sebab berlakunya masalah ini. S2 Memanggil ibubapa dan pelajar terbabit bagi perbincangan Untuk menyelesaikan masalah tersebut.
O1 Memberikan kesedaran tentang kepentingan menghadiri latihan yang telah dirancang.
Semua pelajar yang terlibat hadir 100% dalam program latihan menjelang 2017 hingga 2020.
Jumlah pelajar yang hadir latihan adalah 90%.
95%
100%
100%
100%
100%
INTERVENSI
1. Penyelaras dan Ketua Jurulatih membuat pemantauan kehadiran pelajar dan mengenalpasti faktor ketidakhadiran.
2. Penyelaras dan Ketua Jurulatih memanggil ibubapa dan pelajar terbabit bagi perbincangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
3. Penyelaras dan Ketua Jurulatih melaksanakan tindakan terhadap pelajar yang tidak menghadiri latihan yang telah disediakan.
PPPM 2013 -
2025
Aspirasi murid : Setiap murid akan mempunyai Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
682
ISU 3
STRATEGIK
OBJEKTIF
KPI
TOV (2015)
SASARAN (ETR)
2016 2017 2018 2019 2020
Kemudahan peralatan untuk menjalankan latihan agak terhad.
S1 Merancang dan memohon untuk untuk mendapatkan peralatan tambahan. S2 Mengenalpasti pihak swasta yang yang boleh memberikan kerjasama untuk membiayai peralatan yang diperlukan.
O1 Memberikan kemudahan peralatan latihan yang diperlukan bagi meningkatkan tahap kecergasan pelajar.
Kemudahan peralatan latihan pada tahap memuaskan atau 100% pada tahun 2020.
Kemudahan peralatan latihan pada tahap 50% Sahaja
60%
70%
80%
90%
100%
INTERVENSI
1. Penyelaras membuat perancangan dan permohonan untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan kepada pihak sekolah, PPD dan JPN.
2. Penyelaras membuat perancangan dan permohonan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak swasta yang boleh memberikan kerjasama.
PPPM 2013 -
2025
Aspirasi murid : Setiap murid akan mempunyai Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
683
10.0 PELAN TINDAKAN MODEL PDCA 2016 - 2020
ISU 1 Kemudahan untuk menjalankan latihan agak terhad.
OBJEKTIF Menyediakan ruang latihan yang terbaik, selaras hasrat dan pencapaian yang diharapkan.
INTERVENSI 1 Penyelaras dan Ketua Jurulatih PLD membuat perancangan untuk melaksanakan latihan secara flesibal untuk meningkatkan tahap ketahanan semangat (psikologi), tahap kecergasan dan tahap daya juang di kalangan pelajar yang terlibat.
INTERVENSI 2 Ketua Jurulatih dan jurulatih menjalankan latihan yang telah dirancang menggunakan ruang lain yang sesuai bagi mempastikan jadual latihan tidak terganggu.
TINDAKAN Plan
TEMPOH PELAKSANAAN Do
KOS & SUMBER LOKASI PEMANTAUAN & PENAMBAHBAIKAN Check and Action
KPI
Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih
Intervensi itu dilaksanakan dalam tempoh 2016 hingga 2020, satu kali setahun untuk intervensi 1. Bagi intervensi 2 boleh dilaksanakan sepanjang setahun.
- Sekolah - Pelajar. - PIBG - Jabatan Kerajaan - Swasta - Masyarakat
Dalam atau luar sekolah
Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih
Johan peringkat kebangsaan menjelang tahun 2018, 2019 dan 2020.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
684
ISU 2 Kehadiran pelajar untuk mengikuti latihan kurang memuaskan.
OBJEKTIF Memberikan kesedaran tentang kepentingan menghadiri latihan yang telah dirancang.
INTERVENSI 1 Penyelaras dan Ketua Jurulatih membuat pemantauan kehadiran pelajar dan mengenalpasti faktor ketidakhadiran.
INTERVENSI 2 Penyelaras dan Ketua Jurulatih memanggil ibubapa dan pelajar terbabit bagi perbincangan untuk menyelesaikan masalah tersebut
INTERVENSI 3 Penyelaras dan Ketua Jurulatih melaksanakan tindakan terhadap pelajar yang tidak menghadiri latihan yang telah disediakan.
TINDAKAN Plan
TEMPOH PELAKSANAAN Do
KOS & SUMBER LOKASI PEMANTAUAN & PENAMBAHBAIKAN Check and Action
KPI
Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih
Intervensi itu dilaksanakan dalam tempoh 2016 hingga 2020, sepanjang tahun untuk intervensi 1, 2 dan 3.
- Sekolah - Pelajar. - PIBG - Jabatan Kerajaan - Swasta - Masyarakat
Dalam atau luar sekolah
Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih
Semua pelajar yang terlibat hadir 100% dalam program latihan menjelang 2017 hingga 2020.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
685
ISU 3 Kemudahan peralatan untuk menjalankan latihan agak terhad.
OBJEKTIF Memberikan kemudahan peralatan latihan yang diperlukan bagi meningkatkan tahap kecergasan pelajar.
INTERVENSI 1 Penyelaras membuat perancangan dan permohonan untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan kepada pihak sekolah, PPD dan JPN.
INTERVENSI 2 Penyelaras membuat perancangan dan permohonan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak swasta yang boleh memberikan kerjasama.
TINDAKAN Plan
TEMPOH PELAKSANAAN Do
KOS & SUMBER LOKASI PEMANTAUAN & PENAMBAHBAIKAN Check and Action
KPI
Penyelaras PLD Ketua Jurulatih
Intervensi itu dilaksanakan dalam tempoh 2016 hingga 2020, dua kali setahun untuk intervensi 1 dan 2.
- PLD - Pelajar. - PIBG - Jabatan Kerajaan - Swasta - Masyarakat
Dalam atau luar sekolah
Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih
Kemudahan peralatan latihan pada tahap memuaskan atau 100% pada tahun 2020.
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020
686
11.0 PENUTUP
Dengan adanya Pelan Perancangan Strategik Bidang Pengurusan PLD Sepak takraw SMK
Majakir 2016 – 2020, diharapkan dapat memberikan halatuju yang lebih jelas kepada Penyelaras
PLD ini dalam tempoh lima tahun mendatang. Perancangan yang rapi serta komitmen yang tinggi
amat diperlukan bagi merealisasikan Pelan Perancangan Strategik ini. Pelaksanaan Program
Latihan dan Program Pembangunan yang dirancang memerlukan penelitian, pemantauan serta
penilaian yang lebih terperinci agar keberkesanannya dapat dikecapi dan dirasai. Pelan
perancangan yang menyeluruh ini hanya tinggal berbekas di kertas putih jika tidak dilaksanakan
dengan sesungguh hati. Keberkesanan dan kejayaan yang cemerlang amat diharapkan dengan
berakhirnya tahun 2020 kelak. Sekian dan Selamat memacu ke arah Negara Malaysia yang maju
menjelang tahun 2020. Terima kasih.
top related