pelaksanaan sistem pengurusan sekolah (sps) · pdf fileini disertakan garis panduan...
Post on 06-Feb-2018
231 Views
Preview:
TRANSCRIPT
“1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA
SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATIONAL SECTOR
Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry Of Education Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA MALAYSIA
Tel: +603-88849302 Faks: +603-88886680 Laman Web: www.moe.gov.my
Ruj. Kami : KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld. 6 ( 25 )
Tarikh : 24 Disember 2014
Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Tuan,
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 21 TAHUN 2014 PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berusaha memantapkan penggunaan satu sistem bersepadu dengan mengambilkira pengintegrasian data kepada satu data tunggal bagi murid, guru dan sekolah. Pengintegrasian ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan KPM. 3. Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps. Sistem-sistem lain yang sedia ada akan ditamatkan dari semasa ke semasa setelah pengintegrasian selesai. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. . 4. YBhg. Datuk/Tuan adalah dimohon untuk mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Tuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, DATO’ HAJI SUFA’AT BIN TUMIN Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k.
1. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan
2. YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh
Menteri Pendidikan II
3. YB. Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan I
4. YB. P. Kamalanathan P. Panchanathan
Timbalan Menteri Pendidikan II
5. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang
Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia
top related