pelaburan emas menggunakan modal pinjaman bank – mohd faizan dasuki « pelaburan emas dan perak di...

Post on 10-Jul-2015

598 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Pelaburan Emas Dan Perak Di Malaysia

Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancangbagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.

Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan,namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.

STRATEGI PEMILIHAN PRODUK EMAS DAN CARA MENAMPUNG BAYARANBULANAN

Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi inidengan jelas.

1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM1600 sebulan.

2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cumaberharga RM400 sekeping.

3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudahmenjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.

RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar

4. Setiap bulan, jual 4 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.

5. Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampungperbelanjaan bulanan seperti biasa.

Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :

2009 – RM4502010 – RM5502011 – RM650

6. Dengan menjual sebanyak 4 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 48keping Emas 1 Dinar.

Pengiraan jumlah bayaran balik :

Tahun 2009 – 48 x RM450 = RM21,600Tahun 2010 – 48 x RM550 = RM26,400Tahun 2011 – 48 x RM650 = RM31,200

JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM79,200.

BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM120,800.

JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 48 Keping X 3 Tahun = 144 Keping.

JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping – 144 Keping = Baki Yang Belum Dijual 356Keping.

356 Keping x RM735 Harga Dinar Sekarang = RM261,660 (Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki)

RM261,660 – RM120,800 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman jika mahu selesaikan awal)

= RM140,860.00 (Anggaran kasar baki tunai sebelum ditolak dengan interest pinjaman)

Mudah? Ini lah pentingnya STRATEGI.

Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalahsatu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.

Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa juakonteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Jika anda rasakan Strategi saya ini membantu, anda boleh mendaftar sebagai Dealer di rangkaian saya untukmendapatkan pelbagai tips PERCUMA dari saya serta bimbingan intensif untuk anda berjaya dalampelaburan Emas.

top related