ceramah 21 - hukum pelaburan dan jual-beli emas final

21
CERAMAH KEWANGAN ISLAM Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor Topik 21 : Hukum Pelaburan & Jual-Beli Emas Surau Mercu UEM KL Sentral, Kuala Lumpur 24 Rabiul Awal 1435 27 Januari 2014

Upload: suraumercu

Post on 31-Dec-2015

93 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Ceramah 21

TRANSCRIPT

Page 1: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

CERAMAH KEWANGAN

ISLAM

Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor

Topik 21 : Hukum Pelaburan & Jual-Beli

Emas

Surau Mercu UEM KL Sentral, Kuala Lumpur

24 Rabiul Awal 1435 27 Januari 2014

Page 2: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Topik Perbincangan Hari Ini 2

¨  Perkara Lazim Mengenai Harga Emas

¨  Empat Hukum Mengenai Emas

¨  Barang-Barang Ribawi

¨  Hukum Jual-Beli Emas

¨  Akaun Simpanan Emas

Page 3: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Perkara Lazim Mengenai Harga Emas

3

¨  Emas adalah antara komoditi pilihan sebagai sandaran risiko terhadap inflasi atau ekonomi

¨  Harga emas adalah “berlawanan” kepada prestasi ekonomi

Dow Jones Industrial Average 2013 Harga Emas 2013

Page 4: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Ada 4 Hukum Mengenai Emas 4

1.  Haram menggunakan emas dan perak sebagai bejana (bekas makanan)

2.  Haram dipakai untuk tujuan perhiasan oleh kaum lelaki tetapi diharuskan untuk wanita

3.  Wajib bayar zakat sekiranya cukup haul (tempoh masa) dan nisab (jumlah)

Page 5: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

4. Hukum Ribawi untuk Emas 5

“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus sama dengan sama, senilai dengan senilai, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi perbedaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semahu kamu selama dilakukan antara tangan dan tangan.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu’anhu, dan lafaz ini milik Muslim)

Page 6: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Barang-Barang Ribawi 6

¨  Barang ribawi – transaksi barang ini boleh terdapat riba ¨  Dibahagi mengikut ‘illah – adalah sesuatu alasan atau sifat

yang menyebabkan sesuatu hukum boleh berlaku

Harga Makanan Asasi atau Ruji

Emas Perak Barli Kurma Gandum Garam

Page 7: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Riba Melibatkan Barangan Ribawi 7

¨  Kegagalan mematuhi hadis tadi boleh menerbitkan Riba Al-Buyu’ (riba jual-beli) yang terbahagi dua:

Riba Al-Fadhl

Riba dari pertukaran yang tidak sama yang

melibatkan barangan ribawi yang sama

Riba An-Nasiah

Riba dari pertukaran barangan ribawi yang tidak secara langsung

Page 8: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Kes 1: Sama Jenis Sama ‘Illah 8

¨  Mesti sama berat dan diserahkan dalam majlis akad (on-the-spot)

Harga Makanan Asasi atau Ruji

Page 9: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Kes 2: Berbeza Jenis Sama ‘Illah 9

¨  Boleh berlainan timbangan tetapi mesti dalam satu majlis akad

Harga Makanan Asasi atau Ruji

Page 10: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Kes 3: Berbeza Jenis Berbeza ‘Illah 10

¨  Boleh berbeza timbangan tetapi mesti dalam satu majlis akad (terdapat khilaf)

Harga Makanan Asasi atau Ruji

Page 11: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Adakah wang kertas juga ribawi? 11

¨  Ulama tak sepakat ¨  Sebab utama dalam tahun 1971, wang kertas

tidak lagi bersandarkan kepada emas ¨  Terdapat dua pendapat:

¨  Wang kertas bukan

barangan ribawi sebab tiada nilai dalaman seperti emas

Pendapat Pertama

¨  Wang kertas adalah barangan ribawi sebab mempunyai ‘illah seperti emas dan perak

¨  Dari fatwa Akademi Fiqh Sedunia (Jeddah) di bawah OIC tahun 1986

¨  Oleh itu diwajibkan zakat

Pendapat Kedua

Page 12: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Jual-Beli Emas - Kontrak Bai’ Al-Sarf 12

¨  Para ulama membahaskan tentang jual-beli emas dalam satu jenis akad jual-beli iaitu Bai’ al-Sarf

¨  Bai’ al-Sarf bermaksud jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau berbeza jenis, menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas dengan perak, ringgit Malaysia dengan Rial Saudi dan sebagainya

¨  Jual beli emas (Bai’ al-Sarf) adalah satu bentuk jual-beli yang diiktiraf dan dibenarkan oleh syarak berdasarkan dalil daripada hadis tadi

Page 13: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas 13

1.  Berlaku penyerahan (taqabud) kedua-dua item, emas dan barang tukaran (wang atau lain-lain) yang dijual-beli

Secara langsung atau hakiki (actual possession)

dalam majlis akad

Secara jaminan atau hukmi (disahkan Penasihat Syariah)

(constructive possession)

q  Jumhur ulama menetapkan maksima 3 hari untuk penghantaran emas jika membeli secara online atau pos, dengan syarat emas ada dengan penjual semasa pembelian dibuat

Page 14: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas 14

2.  Akad (kontrak) jual beli emas mesti berlaku serta-merta (on the spot basis) dan bebas daripada pensyaratan penangguhan (hutang atau kredit)

§  Membayar 40% deposit dahulu atau secara ansuran sebagai kontrak jual-beli – Riba an-nasi’ah

§  Diharuskan jika bayar ansuran dan wang disimpan penjual emas sebagai simpanan amanah (wadiah), setelah bayar penuh, baru akad jual-beli dan emas itu milik pembeli

§  Membeli secara membayar 95% meliputi 100% harga emas dan 5% upah dibayar kemudian apabila telah siap dibentuk

§  Diharuskan sebab harga emas dibayar sepenuhnya

Page 15: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas 15

q  Apakah hukum membeli emas dengan menggunakan kad kredit?

q  Ini adalah isu khilaf kerana terdapat dua pendapat: q  Pertama: Penyelesaian pembayaran kepada penjual emas itu

tidak berlaku secara on-the-spot (pembayaran dari bank ke akaun bank penjual) maka terdapat penangguhan, maka penjualan emas tidak sah

q  Kedua: Pembayaran telah diluluskan oleh bank dan terdapat elemen wa’ad (jaminan) maka secara uruf (kebiasaan) pembayaran dikira sebagai muktamad, maka tidak terdapat sebarang penangguhan

Page 16: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas 16

3.  Akad (kontrak) jual beli Bai’ al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-shart iaitu teSpoh bertenang (cooling-off period) syarat membatalkan kontrak ¤  Jumhur ulama menyatakan syarat khiyar jual beli Bai’ al-

Sarf tidak sah, dan membatalkan akad sekaligus (dari mazhab Hanafi, Maliki dan Shafie)

Contohnya tidak boleh ada dalam kontrak di mana emas boleh dipulangkan selepas 3 atau 7 hari jika tidak puas hati melainkan terdapat kecacatan atau tidak menetapi spesifikasi

Page 17: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas 17

4.  Persamaan timbangan antara dua item yang ditukar jika bersamaan jenis

Page 18: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Menukar Emas Lama Dengan Baru 18

Emas lama Emas baru

¨  Kes 1: Dicairkan emas lama dan dibayar upah untuk membuat bentuk baru – diharuskan (tunai atau tertangguh)

¨  Kes 2: Dijual emas lama dan pesan emas bentuk baru ¤  Diharuskan jika sama jenis dan sama berat (patuh syarat-syarat) ¤  Diharamkan jika tidak sama jenis atau tidak sama berat atau kedua-

duanya sekali – tetapi kalau jual dahulu, beli baru diharuskan

Page 19: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Akaun Simpanan Emas 19

¨  Diharuskan jika berdasarkan kontrak Bai’ al-Sarf dan mengikut syarat-syaratnya: ¤  Berlaku penyerahan (taqabud) secara hakiki

atau hukmi iaitu emas boleh dikeluarkan (withdraw) bila dikehendaki

¤  Tiada penangguhan iaitu emas diperuntukkan (allocate) secara segera (on-the-spot)

¤  Tiada khiyar al-shart iaitu tempoh bertenang (cooling-off period)

¤  Terapat Penasihat Syariah sebagai pemantau

Page 20: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Contoh Akaun Simpanan Emas 20

¨  Akaun Simpanan Emas Public Bank Berhad dan Maybank didapati berikut: ¤  Terletak di bawah produk perbankan konvensional dan

tidak patuh syariah ¤  Tidak menyatakan kewujudan emas yang dibeli sekiranya

pelanggan ingin mengambil emas fizikal tersebut (tiada taqabud)

¤  Transaksi pelaburan emas pula hanyalah berdasarkan harga emas semasa dunia (virtual gold)

¨  Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi Bank menawarkan produk Akaun Pelaburan Emas yang patuh syariah

¨  Akaun pelaburan emas berdasarkan kontrak Bay’ al-Sarf yang mana pelanggan boleh memiliki emas fizikal yang wujud di bank

Page 21: Ceramah 21 - Hukum Pelaburan Dan Jual-Beli Emas Final

Terima Kasih

21

Ustaz Abdul Aziz Email: [email protected] FB: Facebook.com/UstazAbdulAzizMN