pel. 11 unit 4 ar rahim - allah maha penyayang
Post on 19-Jul-2015
304 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PELAJARAN 11:UNIT 4-
AR-RAHIM
(ALLAH SWT MAHA PENYAYANG)
MAKSUD:
• maha penyayang
• berasal daripada perkataan Rahmat
bermakna penuh kasih sayang,
kebajikan dan kemuliaan.
TANDA-TANDA ALLAH SWT BERSIFAT
AR-RAHIM
• akal fikiran untuk membezakan baik dan buruk
• tubuh badan yang sihat dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna
• mengurniakan ibubapa yang penyayang dan sanggup berkorban demi membesarkan kita.
• mengurniakan rezeki-seperti makan dan minum yang mencukupi
• penurunan Al-Quran dan perutusan Nabi Muhammad SAW-baginda berusaha menyebarkan Islam dan menyampaikan Al-Quran kepada semua umat manusia
KESAN BERIMAN DENGAN AR-RAHIM
• bersyukur kepada Allah SWT dengan nikmat yang dikurniakan
• menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT dengan sebaik-baiknya
• melaksanakan dan mempertingkatkan ibadat kepaad Allah SWT
• menjaga hubungan baik sesama manusia
• memulakan setiap pekerjaan dengan membaca ‘BISMILLAH’
CIRI-CIRI TINDAKAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN
KONSEP AR-RAHIM
• bersikap bengis,pemarah dan suka bergaduh
• tidak menghormati guru, ibubapa dan pemimpin
• mementingkan diri sendiri dan tidak membantu orang lain
• bersifat bakhil
• bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap binatang
PERBEZAAN ANTARA SIFAT
AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM
AR-RAHMAN
• untuk semua hamba Allah (islam dan kafir)
• untuk nikmat dunia sahaja (kekayaan,
pangkat, kesihatan dan lain-lain)
AR-RAHIM
• khusus untuk orang yang beriman sahaja.
• untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperi
nikmat Islam, iman, hidayah, pahala dan
syurga (kekayaan, pangkat, kesihatan dan
lain-lain.)
top related