pantun teka teki

Post on 13-Jun-2015

8.551 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MENU UTAMA

KESENIAN KEBUDAYAAN TARIAN KEBUDAYAAN PAKAIAN KEBUDAYAAN PERMAINAN - PANTUN TEKA-TEKI SOALAN LATIHAN

PILIH TAJUK ANDA

KELUAR

1. PANTUN TEKA-TEKI

Sungai Langat airnya tohor, Tampaknya keruh waktu gerhana,Kalau ghazal popular di Johor, Dondang sayang terkenal di mana?

Jangan malu hendak bertanya, Nescaya akan orang tunjukkan,Dikir barat itu namanya, Negeri asalnya sila sebutkan.

2. PANTUN TEKA-TEKI

Waktu petang menjahit bidai, Mari disimpan di dalam bangsal,Jawablah wahai adik yang pandai, Dari manakah ngajat berasal?

3. PANTUN TEKA-TEKI

Dalam gua ada bahaya, Usah dibuat tempat bertapa,Pakaian Malaysia gambaran budaya, Baju cheongsam pakaian siapa?

4. PANTUN TEKA-TEKI

MENU MENU

SENI DAN BUDAYAMASYARAKAT MALAYSIA

GHAZAL

MENU

GHAZAL

Ghazal di peringkat permulaannya dikenali juga sebagai "gamat" yang bermaksud riuh-rendah. Pada

masa kini ghazal Melayu lebih dikenali sebagai ghazal Johor. Irama ghazal berkembang pada asalnya di istana-istana Riau-Lingga. Antara alat muzik yang

digunakan adalah seperti sebuah peti harmonika, satu set tabla, gambus, violin, gitar, markas dan

tamborin. Pemuzik ghazal Johor biasanya seramai 7 hingga 9 orang pemuzik lelaki yang berpakaian baju

melayu lengkap bersongkok dan samping.

DONDANG SAYANG

DONDANG SAYANG

Dondang Sayang atau Dendang Sayang itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Dondang Sayang merupakan satu cara untuk menyampaikan isi hati si penyanyi dengan lembut dan penuh

mesra. Perasaan ini disampaikan dengan menggunakan pantun atau puisi klasik masyarakat Melayu Melaka. Penggunaan bahasanya terhad, tidak seperti bahasa

pertuturan biasa yang boleh membangkitkan satu perasaan yang boleh membawa kepada permusuhan atau pergaduhan

dan merupakan satu bentuk pengucapan yang boleh melindungi kata-kata yang keterlaluan atau yang tidak sedap didengar oleh mana-mana pihak. Tambahan pula dendangan

Dondang Sayang membawa alunan lagu yang lunak, membuai perasaan. Nyanyian-nyanyian dalam Dondang Sayang biasa

diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada seorang pemain biola, dua orang pemain rebana dan seorang

pemain tawak (gong kecil).

DIKIR BARAT

DIKIR BARAT

Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Alat muzik yang biasa digunakan ialah rebana ibu dan anak dan tetawak.

RODAT

RODAT

Kedatangan pedagang Arab ke Terengganu pada abad ke-19 telah melahirkan teater rodat. Permainan rodat  merupakan salah satu daripada kesenian rakyat Terengganu yang masih subur hingga sekarang. Permainan ini terdiri dari satu pasukan atau lebih yang digabungkan. Selalunya mereka ini berpakaian seragam melayu bersongkok hitam, berselepang dan bersamping. Satu lagi kumpulan ialah kumpulan Mak Inang yang terdiri dari penari-penari atau perempuan. Persembahan yang dijayakan dengan nyanyian syair dan sajak ini banyak berperanan membantu pembentukan sosio-budaya masyarakat. Nasihat, adat, jenaka, mesej dan pengajaran yang terkandung dalam persembahan rodat disampaikan bersama paluan rebana. Rodat mendapat tempat di majlis perkahwinan, berkhatan, pesta kebudayaan dan majlis sambutan hari keputeraan

TARIAN ZAPIN

MENU

TARIAN ZAPIN

Tarian zapin ini berasal dari Kampung Gelang Patah, Johor. Gerak tarinya seperti membongkok dan merendahkan badan. Berunsurkan keislaman tetapi telah diubahsuai. Oleh kerana itu penari lelaki akan keluar bersilih ganti dengan penari wanita. Namun demikian pada akhir persembahan penari lelaki dan penari wanita diketemukan sebagai tanda penghormatan kepada tetamu.

Tarian Zapin Johor ini ditarikan di majlis-majlis keraian dan keramaian. Kebiasaannya ditarikan oleh 4 - 6 orang Penari lelaki dan 4 - 6 orang penari wanita.

MENU

TARIAN NGAJAT

TARIAN NGAJAT Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa

menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ianya ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai dan engkurungmong. 

TARIAN SINGA

TARIAN SINGA Tarian Singa berasal dari Tanah Besar China

dan telah ditarikan semenjak hampir seribu tahun yang lampau. Tarian ini berkembang bersama kebudayaan masyarakat Cina khususnya di Malaysia. ‘Tarian Singa Atas Tiang’ adalah seni tarian singa masyarakat Cina Malaysia yang termasyhur. Tarian ini semakin terkenal selepas tahun 1974.. Tarian Singa Atas Tiang ini mula berkembang maju di kalangan masyarakat antarabangsa sejak tahun 1980an

TARIAN KLASIK INDIA

MENU

Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang manusia. Asalnya Tarian India ini dari pertengahan zaman purbakala. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian tradisi yang dipersembahkan di kuil. Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan, yang menarikan sejenis tarian memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari. Pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.

TARIAN KLASIK INDIA

PAKAIAN KEBUDAYAAN

BAJU KURUNGCHEONGSAMSARI

MENU

BAJU KURUNG

CHEONGSAM

SARI

MENU

LATIHAN KEFAHAMAN

Alamat Laman Web yang boleh dilayari bagi membantu pelajar menjawab soalan

www.heritage.gov.my/ http://daftarwarisan.gov.my http://allmalaysia.info/msiaknow/arts/ http://travel.tourism.gov.my/my/about/

culture_music.asp

1.Pemuzik ghazal terdiri daripada …

A 4 orang lelakiB 6 orang lelakiC 8 orang lelakiD 10 orang lelaki

2.Dondang sayang dinyanyikan dalam bentuk …

A SajakB SyairC PantunD Seloka

3. Apakah gelaran yang diberikan kepada ketua dikir barat…

A Tok SelampitB Tok DalangC Tok NujumD Tok Juara

4. Apakah alat muzik yang mengiringi permainan rodat?

A RebanaB GendangC SerunaiD Gong

5. Di manakah asal Tarian Zapin?

A Kampung Gelam Patah, Johor.B Kampung Gelang Patah, Johor.C Kampung Geylang Patah,

Johor.D Kampung Gelong Patah, Johor.

6. Pakaian bagi kaum perempuan India ialah sari, apakah pakaian bagi kaum lelaki India?

A BhotiB GhotiC ShatiD Dhoti

7. Fabrik pakaian cheongsam diperbuat daripada …

A Sutera dan kapasB Sutera dan buluC Sutera dan satinD Sutera dan linen

8.Negeri yang terkenal dengan tarian Ulik Mayang …

A PahangB KelantanC KedahD Terengganu

SOALAN TAMAT

top related