pantun permainan cari perkataan

Post on 24-Jul-2015

651 Views

Category:

Presentations & Public Speaking

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PANTUN EMPAT KERAT

PERMAINAN MENCARI

PERKATAAN TERSEMBUNYI

DISEDIAKAN OLEH : HASYIMAH, AISYAH, HALIMAH, EMYLIANA, AZILAH

BSS3073 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL INSANDR. NORAZIIMAH ZAKARIAKUMPULAN B

Pantun 1

Pakai baju warna biru,

Pergi ke sekolah pukul satu;

Murid sentiasa hormat guru,

Kerana guru pembekal ilmu.

Jawapan :

Hormat

Pantun 2

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang;

Jika tidak menjaga bumi,

Nanti datang bencana alam.

Jawapan :

Bertanggungjawab

Pantun 3

Pergi mendaki Gunung Daik,

Hendak menjerat kancil dan rusa;

Bergotong-royong amalan yang baik,

Elok diamalkan setiap masa.

Jawapan :

Bekerjasama

Pantun 4

Budak-budak berkejar-kejar, 

Rasa gembira bermain di sana;

Kalau kita rajin belajar,

Tentu kita akan berjaya.

Jawapan :

Rajin

Pantun 5

Kelapa tua dibelah-belah,

Sudah dibelah lalu dikukur;

Sungguh banyak nikmat Allah,

Sifat mulia pandai bersyukur.

Jawapan :

Bersyukur

Pantun 6

Ubat ini sangat masyhur,

Diminum dengan air hangat;

Jadi anak hendaklah jujur,

Hidup tenang dunia akhirat.

Jawapan :

Jujur

Pantun 7

Terik mentari enak berenang,

Sambil makan buah kelapa;

Berbuat baik menolong orang,

Pasti dapat banyak pahala.

Jawapan :

Tolong-menolong

Pantun 8

Sungguh terang cahaya bulan,

Bulan mengambang tampak menawan;

Hendaklah sabar menempuh dugaan,

Hidup memang banyak cabaran.

Jawapan :

Sabar

Pantun 9

Bangun pagi pergi ke sungai,

Bawa umpan pancing ikan keli;

Harta di dunia tiada nilai,

Jika dibanding ikhlas di hati.

Jawapan :

Ikhlas

Pantun 10

Pergi rumah Pak Ali makan biskut,

Siti berlari kejar rama-rama;

Bukan kami kaki penakut,

Berani kami korbankan nyawa.

Jawapan :

Berani

TAHNIAH

top related