pantun dua kerat nasihat(antologi kasut kelopak jantung) tingkatan 1

Post on 01-Jul-2015

5.545 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MEMPERSEMBAHKAN

123456789ASSALAMUALAIKUM

AHLI-AHLI

Mohd Haqim bin Mohd Sulaiman

Muhd Nur Syazni bin Hipni

Tajuk

PANTUN DUA KERAT

(NASIHAT)

PANTUN DUA KERAT(NASIHAT)Terima kasih daun keladi,Kalau boleh hendak lagi.

Ikan siakap ikan senohong,Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,Sudah baca harap balas.

Emas perak tembaga suasa,Malas gerak tidak merasa.

Pagi petang siang malam,Hati terang senang faham.

Kumbang jarak kumbang jagung,Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas,Siapa kemudian kena kemas.

Buah cempedak dalam gantang,Siapa hendak dia datang.

Periuk belaga pasu kuali,Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata itik, awak kata ayam,Sudah kena jentik baru nak diam.

Rankap 1Terima kasih daun keladi,Kalau boleh hendak lagi.

MAKSUDMenghargai pemberian seseorang.

Rankap 2Ikan siakap ikan senohang,Banyak cakap banyak bohong.

MAKSUDJika banyak bercakap, kita mungkin akan banyak melakukan kesilapan.

Pecah gelas pecah kaca,Sudah baca harap balas.

MAKSUDMengharapkan balasan daripada penerima melalui surat yang diutus.

Rankap 3

Rankap 4Emas perak tembaga suasa,Malas gerak tidak merasa.

MAKSUDOrang yang malas berusaha tidak akan dapat apa-apa.

Pagi petang siang malam,Hati terang senang faham.

MAKSUDOrang yang cerdik lebih mudah memahami sesuatu pelajaran.

Rankap 5

Rankap 6Kumbang jarak kumbang jagung,Berani buat berani tanggung.

MAKSUDOrang yang melakukan sesuatu perlu bertanggungjawab atas perbuatannya itu.

Tunggu durian Teluk Emas,Siapa kemuadian kena kemas.

MAKSUDSesiapa yang terakhir melakukan sesuatu, dia hendaklah menyimpan segala peralatan.

Rankap 7

Rankap 8Buah cempedak dalam gantang,Siapa hendak dia datang.

MAKSUDSekiranya seseorang itu memerlukan sesuatu, maka ia perlu datang untuk mengambilnya.

Periuk belaga pasu kuali,Busuk nama menipu mencuri.

MAKSUDOrang yang suak menipu dan mencuri akan mencemarkan namanya sendiri.

Rankap 9

Saya kata itik, awak kata ayam,Sudah kena jentik baru nak diam.

MAKSUDSeseorang yang hanya akan duduk diam setelah didenda atau ditegur.

Rankap 10

TEMANasihat kepada semua lapisan masyarakat ke arah kebaikan

PERSOALAN

(a)Keburukan orang yang banyak cakap.

(b)Sikap malas berusaha tidak akan memberikan apa-apa faedah.

(c)Keburukan perbuatan menipu dan mencuri.

(d)Sikap berani menanggung sesuatu perkara yang dilakukan.

(e)Sikap amanah dan rajin dalam menjaga kekemasan atau kebersihan sesuatu tempat.

BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN

a)Terdiri daripada sepuluh rangkap.b)Berisi dua baris serangkap.c)Ada pembayang dan maksudnya.d)Bilangan katanya empat hingga

enam patah kata sebaris.e)Terdiri daripada lapan hingga dua

belas suku kata sebaris.f)Rima akhirnya aa

GAYA BAHASA

DAN KEINDAHAN

BUNYI

a)Asonansi. (pengualangan vokal a -Pecah kaca pecah gelas).

b)Aliterasi. (pengulangan konsonan k - Banyak cakap banyak bohong).

c)Repetisi. Contoh : banyak cakap banyak bohong).

d)Metafora. Contoh : Busuk nama, hati terang.e)Sinkope. Contoh : nakf) Imej alam. Contoh : daun keladi, ikan siakap,

kumbang jarak, durian, cempedak, itik dan ayam.

NILAI

a)Jujur.b)Rajin.c)Baik. d)Bertanggungjawab.e)Patuh. f)Menghargai.g)Berani.

PENGAJARAN

a)Janganlah sekali-kali kita bercakap bohong.

b)Orang yang malas tidak akan dapat apa-apa.

c)Jangan menipu dan mencuri, kelak akan dipandang hina.

d)Kita haruslah berani bertanggungjawab atas perbuatan yang kita lakukan .

e)Sebaik-baiknya kita mengemas sesuatu tempat yang telah kita gunakan.

f)Kita hendaklah pandai menjaga diri agar tidak perlu ditegur kerana berkelakuan kurang baik.

Sekian,

Terima kasih

top related