pantun bahagian kedua

Post on 22-Jun-2015

20.679 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pantun bahagian kedua: bentuk dan jenis www.saujana.sg

TRANSCRIPT

PANTUN

MOHAMED NAIM DAIPI

www.saujana.sg

BAHAGIAN KEDUA

Dalam bahagian pertama, kita telah mempelajari cirri-ciri pantun. Bahagian kedua pula akan menyentuh bentuk dan jenis pantun. Pantun yang mengandungi pembayang dan maksud mempunyai beberapa bentuk, iaitu: Pantun dua baris (pameo / karmina) Pantun empat baris (kuatren) Pantun enam baris (talibun) Pantun lapan baris

Bentuk pantun boleh terdiri lebih daripada lapan baris tetapi jumlah baris bagi pembayang dan maksudnya hendaklah sama banyak.

Terdapat 10 jenis pantun, iaitu: Pantun adat dan resam manusia Pantun agama dan kepercayaan Pantun budi Pantun jenaka Pantun perpisahan Pantun pahlawan Pantun nasihat Pantun peribahasa Pantun percintaan Pantun teka-teki

1 PANTUN ADAT DAN RESAM MANUSIA Baik-baik mengail tenggiri Jangan kena jambatan larangan Baik-baik merendah diri Jangan muka disapu arang. Anak CIna menjual madat Dari Makasar langsung ke Deli Hidup di dunia biar beradat Bahasa tidak terjual beli.

2 PANTUN AGAMA DAN KEPERCAYAAN Banyaklah hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. Hari ini hari Khamis, Hari esok hari Jumaat; Barang siapa tersenyum manis, Itulah tanda umat Muhammad.

3 PANTUN BUDI Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai menari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Puas saya bertanam ubi, Nanas juga dipandang orang; Puas sudah kutabur budi, Emas juga dipandang orang.

4 PANTUN JENAKA Buah salak di rumah Tuk Imam, Sirih sekapur pergi menjala; Anjing menyalak harimau demam, Kucing di dapur pening kepala. Lenggang lenggang kangkung, Kangkung di atas kotak; Nasib abang sungguh beruntung, Dapat isteri rambutnya botak.

5 PANTUN PERPISAHAN Hari ini menanam jagung, Hari esok menanam serai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bercerai. Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu.

6 PANTUN PAHLAWAN Apa guna kepuk di ladang, Kalau tidak berisi padi; Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati. Kalau tuan pergi ke pasar, Belikan saya ikan bilis; Kalau tuan bercakap besar, Mari kita beradu keris.

7 PANTUN NASIHAT Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendaklah dicari, Mana yang dapat jangan di lupa. Dayung perahu tuju haluan, Bawa rokok bersama rempah; Kalau ilmu tidak diamalkan, Ibarat pokok tidak berbuah.

8 PANTUN PERIBAHASA Anak merpati disambar helang, Terbang ke titi di dalam huma; Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ke tanjung menjual bayam, Dayung terlepas sampan terapung; Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung.

9 PANTUN PERCINTAAN Dari mana punai melayang, Dari paya turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Buah selasih di atas bangku, Ditanam orang dipangkal serai; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan berderai.

10 PANTUN TEKA-TEKI Kalau ada tombak Kencana, Gunung Daik boleh didaki; Kalau tuan bijak laksana, Apa binatang keris di kaki? Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Apa binatang tanduk di hidung?

top related