panduan penulisan portfolio pengurusan dan kepimpinan pengetua dan guru besar(13.1.2014)[1]
Post on 08-Feb-2016
1.794 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PANDUAN PENTAKSIRAN PEMILIHAN PELANTIKAN PENGETUA DAN GURU BESAR DI BAWAH KRITERIA BAHARU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PENULISAN PORTFOLIO UNTUK CALON PENGETUA DAN GURU BESAR
1. PENGENALAN Portfolio adalah kaedah penilaian yang berasaskan bukti (evidence)
digunakan bagi menilai kompetensi calon yang memohon. Oleh itu
panduan ini disediakan bertujuan untuk menjelaskan kaedah calon
Pengetua dan Guru Besar menyediakan portfolio pengurusan dan
kepimpinan sekolah.
2. OBJEKTIF Portfolio adalah dokumentasi bertulis beserta bukti pelaksanaan yang
akan digunakan sebagai bahan pentaksiran oleh pihak pentaksir untuk
menilai kompetensi calon dalam mengurus dan memimpin organisasi/
sekolah. Melalui catatan yang ditulis, peserta akan dinilai daripada
aspek penguasaan kompetensi dalam amalan pengurusan dan
kepimpinan yang dilaksanakan atau mana-mana satu dalam Sembilan
bidang Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
(SKKSM, IAB, 2003).
Salinan dokumen SKKSM dalam bentuk ‘soft copy’ boleh dimuat turun
melalui pautan https://www.mediafire.com/?paygc8a9r3tr5b2
Kompetensi yang dinilai melalui portfolio adalah:
o Berfikiran strategik (BS)
o Membangunkan instruksi berfokuskan kurikulum (MI)
o Menganalisis dan menyelesaikan masalah (AM)
o Menguruskan kewangan (MW)
o Memantau secara menyeluruh (MM)
o Membangunkan kapasiti manusia (KM)
o Menyedari dan mengurus kendiri (UK)
3. Kandungan Portfolio Portfolio mempunyai dua bahagian yang perlu disediakan seperti di
bawah:
Bahagian A – Maklumat Peribadi calon. Bahagian ini perlu diisi oleh calon yang akan ditemuduga. Penulisan
mengenai butir-butir peribadi calon sebagaimana yang diberikan dalam
Borang Maklumat Peribadi.
Bahagian B – Dokumentasi Projek/ Inovasi/ Program Penambahbaikan
Bahagian B adalah dokumentasi projek/ inovasi/ program
penambahbaikan yang melibatkan 15% dari markah keseluruhan.
a. Bahagian ini menghuraikan sumbangan calon dalam bentuk
projek/inovasi/program penambahbaikan yang signifikan yang telah
diberikan kepada organisasi calon dalam tempoh masa tiga hingga
lima tahun terakhir (2008 – 2013). Sumbangan berkenaan hendaklah
selaras dengan sembilan bidang yang dinyatakan dalam Standard
Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM, IAB, 2003).
b. Calon diminta memilih SATU projek/ inovasi/ program
penambahbaikan yang memberi impak kepada prestasi sekolah
daripada mana-mana satu bidang dalam SKKSM untuk dihuraikan
dengan lebih terperinci.
c. Penulisan huraian projek/ inovasi/ program penambahbaikan
adalah antara 300 hingga 700 patah perkataan. Penulisan
menggunakan font Times New Roman bersaiz 12 langkau 1½ baris.
d. Format penulisan adalah dalam bentuk karangan menggunakan
perisian Microsoft Word dan mempunyai struktur kandungan seperti di
bawah:
o Nama projek/ inovasi/ program penambahbaikan
o Justifikasi projek/ inovasi/ program penambahbaikan dijalankan
(rasional)?
o Objektif projek/ inovasi/ program penambahbaikan yang
dijalankan
o Adakah projek/ inovasi/ program penambahbaikan selaras
dengan visi dan misi organisasi,
o Bilakah dan di manakah projek/ inovasi/ program
penambahbaikan dijalankan?
o Siapakah yang terlibat?
o Apakah peranan anda dalam projek/ inovasi/ program
penambahbaikan ini?
o Bagaimanakah projek/ inovasi/ program penambahbaikan itu
dijalankan?
o Bagaimanakah program projek/ inovasi/ program
penambahbaikan tersebut berkait dengan pembangunan
instruksi?
o Apakah perkaitan antara projek/ inovasi/ program
penambahbaikan dengan pembangunan kapasiti manusia?
o Bagaimanakah pemantauan projek/ inovasi/ program
penambahbaikan dijalankan?
o Bagaimanakah pengurusan kewangan projek/ inovasi/ program
penambahbaikan berkenaan diuruskan?
o Apakah impak projek/ inovasi/ program penambahbaikan
kepada peningkatan pencapaian sekolah?
§ Impak yang dimaksudkan adalah seperti anugerah atau
pingat yang diperoleh/ GPS/ peratus pencapaian/ baiah/
peningkatan band/ peningkatan kemahiran/ penyertaan/
sebarang peningkatan bidang yang dicapai sepertimana
ditetapkan dalam objektif projek/ inovasi/ program
penambahbaikan
§ Nota: Lampiran sokongan hendaklah disertakan bersama. o Apakah aspek pembangunan kepimpinan dan pengurusan yang
diperoleh daripada pengalaman melaksanakan projek/ inovasi/
program penambahbaikan (refleksi)?
o Nyatakan cadangan untuk menambahbaik projek/ inovasi/
program penambahbaikan yang telah dilaksanakan?
4. TUGAS CALON Calon hendaklah menyediakan portfolio mengikut format yang
ditetapkan dan diserahkan pada hari calon menghadiri temuduga
kepada Urus Setia Temuduga, Jabatan Pendidikan Negeri di mana
mereka bertugas.
top related