p5 peribahasa (cerita edited)

Post on 20-Jun-2015

231 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ANAK ARNABHILANG!

Ibu Arnab dan Anak Arnab

tinggal di dalam hutan bersama

Si Tupai, kawan-kawannya dan

Pak Beruang.

Si Tupai berkebolehan menggubah

lagu sendiri dan suka bernyanyi.

Namun, dia selalu bernyanyi

dengan kuat. Ini membuat Ibu

Arnab sangat marah.

“Cuba senyap sikit! Kan Anak

Arnab sedang tidur!” marah Ibu

Arnab kepada Si Tupai dan

kawan-kawannya.

Si Tupai meminta maaf

kepada Ibu Arnab. Namun, Si

Tupai berasa tersinggung

atas perbuatan Ibu Arnab

itu.

Ibu Arnab mengadu hal itu kepada

Pak Beruang yang dikenali dengan

sikapnya yang tidak menyebelahi

satu pihak. Pak Beruang menyuruh

Ibu Arnab bersabar tetapi Ibu Arnab

sangat degil.

“Sudah! Saya tidak mahu tinggal

di sini lagi. Saya lebih rela

mencari penghidupan di

tempat lain yang lebih jauh,”

kata Ibu Arnab.

Pada suatu hari, Si Musang

melarikan diri dengan Anak

Arnab. Ibu Arnab cuba

mengejarnya tetapi tidak

berjaya. Ibu Arnab menangis.

Ibu Arnab kembali ke tempat

tinggal asalnya untuk meminta

bantuan Pak Beruang dan Si

Tupai. Mereka yang suka

memberikan bantuan berasa

kasihan terhadap Ibu Arnab.

Si Tupai mencuba berikhtiar

menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh Ibu Arnab.

Akhirnya, Si Tupai mendapat

idea yang amat baik sekali.

Si Tupai memiliki idea yang baik.

Dia dan kawan-kawannya

memanjat pokok untuk melihat

pemandangan sekeliling. Mereka

lihat Si Musang memasuki gua.

Ibu Arnab, Si Tupai dan Pak

Beruang berlari dengan pantas

untuk mengejar Si Musang.

Setibanya di sana, Pak Beruang

terus menggunakan suaranya yang

kuat untuk menakutkan Si Musang.

“Kembalikan Anak Arnab!” jerit Pak

Beruang.

Si Musang berasa terkejut lalu

melepaskan Anak Arnab. Ibu

Arnab terus berlari ke Anak Arnab

dan memeluknya dengan kuat.

Ibu Arnab berasa gembira atas

pertolongan yang telah diberikan

kepadanya. Dia menangis apabila dia

teringat tentang kelakuan kasarnya

terhadap mereka.

“Saya minta maaf kerana tidak

berhati-hati apabila bercakap

sehingga menyakiti kamu berdua.

Saya berjanji tidak akan melakukan

perkara sebegitu lagi,” kata ibu

Arnab.

AKHIR

top related