organisasi sosial masyarakat india

Post on 03-Jul-2015

240 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Organisasi Sosial Masyarakat India

Para pengkaji membahagi masyarakt Indus kepada dua bahagian iaitu golongan atasan dan golongan bawahan.

Golongan atasan tediri daripada pendeta dan pedagang.

Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dan menentukan hal tentang keagamaan.

Pendeta ditaati oleh golongan bawahan.

Golongan bawahan terdiri daripada petani,buruh dan hamba.

Petani menjalankan aktiviti pertanian dan memberi sedikit hasil pertanian kepada pemerintah sebagai cukai.

Buruh pula menjalankan kerja pemburuhan seperti membina terusan,membersih bandar dan sebagainya.

Golongan hamba melakukan kerja berat yang disuruh oleh tuan mereka.

Kedatangan orang Arya ke India menyebabkan kehidupan masyarakat diasingkan.

Golongan yang paling tinggi tarafnya ialah golongan Brahmin.Mereka terlibat dalam bidang keagamaan.

Golongan kedua dikenali sebagai Kshatrya yang menjadi hulubalang.

Manakala golongan Vaisya pula menjalankan kegiatan perdagangan dan perniagaan.

Orang tempatan yang dikenali sebagai Dasa menjadi hamba kepada ketiga-tiga golongan diatas.

Golongan Dasa juga dikenali sebagai Sudra.Sistem pembahagian masyarakat yang

dibahagikan kepada empat kategori ini dinamakann sistem warna.

Sistem ini diikuti dengan ketat di sesetengah kawasan di India.

Berdasarkan sistem ini lelaki hanya boleh kahwin dengan wanita yang sama dengan kastanya dan tidak boleh interaksi dangan ahli kasta yang lain.

Semasa pemerintahan Kerajaan Maurya,terdapat enam golongan masyarakat.

Kelas ini dibahagikan oleh duta Seleukes.Beliau menyenaraikan enam golongan yang terdapat dalam masyarakat India iaitu:

1. Ahli falsafah(termasuk golongan Brahmin dan petapa)

2. Petani,pemburu dan penternak3. Pedagang,artisan dan pendayung perahu4. Hulubalang5. Perisik 6. Councillors

Dalam bahasa Yunani Perisik dikenali sebagai episkopoi yang bertugas memerhati perkembangan yang berlaku dalam negara,di bandar-bandar dan seterusnya melaporkan ke pemerintah.

Councillors pula merupakan ahli-ahli suruhanjaya yang mentadbir bandar-bandar utama.

Kelas Warna Kulit Pekerjaan

Brahmin Putih Paderi dan Guru

Ksatriya Merah Pendekar dan Pemerintah

Vaisya Coklat Petani,Pedagang dan Pelukis

Sudara Hitam Buruh

Pariah Hitam Burruh kasar

Sistem Kasta

ORGANISASI SOSIAL

MASYARAKAT

CHINA

Susun Lapis Masyarakat ChinaR

aja/Maharaja

Golongan bangsawan,pembesar

dan pegawai kerajaan

Golongan petani,artisan dan pedagang

Tentera dan hamba

Organisasi sosial masyarakat Shang mmemperlihatkan golongan raja menduduki hierarki teratas dalam susun lapis masyarakat China.

Raja atau Maharaja memiliki kuasa mutlak dalm bidang pentadbiran.

Masyarakat china purba percaya dengan konsep mandat dari syurga.Mereka mempercayai bahawa jika raja seorang yang adil maka kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran kerana pemerintah direstui tuhan.

Mandat tersebut ditarik balik jika raja bersikap zalim.

Raja dibantu oleh golongan bangsawan,pembesar dan pegawai kerajaan.

Golongan bangsawan mempunyai keistimewaan memilih senjata dan tentera.Mereka menggunakan keistimewaan mereka untuk menundukkan golongan bawahan.

Golongan artisan sebahagian besarnya wujud disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang iaitu pengunaan mereka dalam teknologi gangsa.

Golongan petani merupakan sebahagian besar daripada penduduk China yang mendiami kawasan luar bandar.kedudukan golongan petani dianggap lebih tinggi dalam masyarakat China kerana merekalah berperanan memenuhi keperluan golongan atasan dan rakyatnya keseluruhannya iaitu menghasilkan beras.

Golongan tentera dan hamba berada dalam kedudukan yang paling bawah dalam hierarki sosial masyaraka China.Mereka amat patuh dengan arahan tuan mereka.

Golongan bawahan pula berperanan sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan dan membantu kerja-kerja perburuhan.

Organisasi Sosial Masyarakat Yunani Dan Rom

Dua buah negara kota Yunani yang terkenal ialah Athens dan Sparta.

Masyarakat Athens terbahagi kepada tiga golongan iaitu warganegara,penduduk bukan warganegara (metics) dan golongan hamba.

Golongan warganegara iaitu golongan kelas pertama merupakn ahli negara kota dan berhak mengamnil bahagian dalam politik Athens.

Golongan warganegara berkecimpung dalam arena politik dengan menghadiri perhimpunan di Acropolis.

Golongan kedua ialah penduduk bukan warganegara (matics).

Golongan ini mempunyai bilangan yang agak ramai dan tidak berperanan dalam bidang politik dan dianggap sebagai warganegara bebas.

Ada juga dikalangan Matics menjadi pedagang.Golongan petani yang gagal membayar hutang

golongan bangsawan akan menjadi hamba kepada golongan bangsawan.Golongan ini merupakan satu pertiga daripada penduduk Athens dan tidak mempunyai kuasa politik.

Masyarakat Athens sanga mementingkan pendidikan.

Anak-anak mereka wajib menyikuti persekolahan formal.

Setiap warganegara Athens bertanggungjawab membiayai kos pendidikan anak mereka.

Matlamat pendidikan Athens ialah untuk melahirkan warganegara yang terlatih.

Masyarakat Athensyidak memandang rendah kepada kaum wanita. Penghormatan dapat dilihat melalui natu nisan dan bekas bunga yang diukir dengan gambar wanita.

Masyarakat Sparta terdiri daripada tiga golongan iaitu golongan Peer,Perioeci dan Helot.

Golongan Peer terdiri daripada pemerintah dan tuan tanah.

Golongan Perioeci terdiri daripada peniaga dan artisan.

Golongan Helot terdiri daripada petani dan hamba dan kebanyakan mereka mengusahakan tanah golongan Peer.

Golongan Helot merupakan majoriti penduduk Sparta.Oleh kerana itu golongan Peer selalu menindas mereka.Maka golongan Helot diwajibkan menyertai latihan ketenteraan.

Kerajaan mengawal tugas membesarkan anak.

Kaum wanita dilatih dengan latihan fizikal supaya mereka dapat menjalankan tugas keibuan dengan sebaik mungkin.

Antara latihan yang dijalankan ialah berlari.bertinju,menari dan menyanyi di khalayak ramai.Mereka juga dibenarkan bergaul dengan kaum lelaki.

Kanak yang baru dilahirkan akan diletakkan dibwah jagaan orang tua.

Kanak-kanak yang sihat akan dipelihara tetapi sekiranya kanak-kanak yang sakit akan dibiarkan mati.

Sewaktu kanak-kanak ini berusia tujuh tahun mereka akan diletakkan di bawah kawalan pegawai awam.Disitu kanak-kanak diberi latihan dan pendidikan secara tegas dan keras.Hal ini demekian kerana masyarakat Spara amat mementingkan undang-undang dan peraturan.

Masyarakat Rom terbahagi kepada tiga kelas iaitu Patrician,Plebeian dan hamba.

Golongan Patrician merupakan golongan bangsawan,pemilik tanah yang kaya dan memonopoli jawatan di Senat.

Golongan Plebeian terdiri daripada peniaga,artisan dan petani.Golongan ini merupakan golongan majoriti dalam masyarakat.

Kebanyakkan hamba terdiri daripada tawanan perang.Hamba bekerja di ladang,terlibat dalam projek pembinaan dan jalan raya.

Organisasi Sosial

Masyarakat Melayu

Secara umumnyaerdapat dua golongan dalam susun lapis masyarakat Melayu.

Golongan pertama merupakan golongan pemerintah dan golongan kedua ialah golongan yang diperintah.

Golongan pemerintah terdiri daripada raja,keluarga dan kaum kerabat diraja,para pembesar negeri termasuk golongan bangsawan,ulama dan pendeta.

Terdapat beberapa jawatan penting dalam pentadbiran Srivijaya:

1. Parvanda(Ketua tentera)2. Senapati(Pemimpin tentera peringkat wilayah)3. Datu(Pentadbir wilayah) Ketika pemerintahan Majapahit masyarakatnya

dibahagikan kepada empat kasta iaitu brahmana,kshatriya,vaisya dan sudra.Struktur masyarakat ini dijumpai dalam buku Negarakertagama.

Terdapat golongan yang lebih rendah daripada Sudra.Golongan in tidak boleh disentuh dan menjalankan aktiviti harian berdasarkan undang-undang Manu.

Sistem kasta ini turut digunakan di Bali.Selain golongan kasta ini terdapat juga golongan hamba.

Dalam undang-undang jenayah hukuman diberi berbeza mengikut sistem Kasta kerana agama Hindu amat mementingkan perbezaan darjat dalam penganutnya.

Selepas kedatangan agama Islam,sistem masyarakat masih lagi berlandaskan kelas.

Di Melaka,selepas Sultan,ialah golongan anak raja dan kerabat raja yang berketurunan raja bergelar raja atau tengku.

Sultan mempunyai kedudukan tertinggi. Golongan bangsawan terdiri daripada para

pembesar dan kaum kerbat mereka yang berpengaruh.

Ada di kalangan pembesar ini berperanan sebagai penasihat sultan.

Sultan memberi kuasa untuk pembesar untuk memungut cukai dan mempunyai bala tentera sendiri.

Tergolong dalam kelas memeritah ialah ulama dan pendeta.

Golongan ini menjadi penasihat sultan dalam hal-hal keagamaan.

Golongan ini terdiri daripada Arab-Melayu dan digelar Maulana,Makhdum dan Kadi.

Golongan kecil ini mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Golongan pendeta pula mahir dalam bidang adat istiadat,salasilah raja,kesenian dan kebudayaan.

Mereka juga menjadi penulis dan perawi diraja.

Penghulu menjadi orang perantara antara orang kampung dengan orang atasan.

Penghulu merupakan orang kaya dan berpengaruh di dalam kampung.

Penghulu juga bertanggungjawab mengutip cukai dari orang kampung.

Penghulu menjalankan kerahan tenaga rakyat bagi membantu kerja-kerja raja dan pembesar.

Penghulu juga di dalam golongan yang memerintah.

Golongan yang diperintah terdiri daripada dua golongan iaitu golongan merdehaka dan golongan hamba.

Golongan merdehaka terdiri daripada dau kumpulan iaitu rakyat biasa dan orang asing.

Rakyat biasa ialah penduduk yang bermastautin tetap dan bebas melakukan aktiviti ekonomi masing-masing.

Seperti bertani,peniaga,tukang-tukang mahit,pemain sandiwara dan lain-lain lagi.

Orang asing ialah orang bukan Melayu yang tinggal sementara di Tanah Melayu dan pulang ke negara asal setelah selesai urusan mereka.

Mereka adalah pedagang dan mubaligh. Golongan hamba menduduki hierarki paling

rendah dalam masyarakat Melayu. Hamba boleh dibahagikan kepada tiga

bahagian iaitu hamba biasa,hamba berhutang dan hamba raja.

Hamba abdi,hamba yang dibeli dan biduanda(orang suruhan raja) tergolong dalam hamba biasa.

Hamba berhutang ialah orang biasa yang tidak ampu membayar hutang dan menjadi hamba kepada pemiuatang.

Hamba raja pula merupakan pesalah-pesalah jenayah.Mereka juga digelar budak raja.Hamba raja mendapat sedikit keistimewaan daripada hamba yang lain.

Struktur Organisasi Masyarakat Melayu

Raja/Sultan

Kerabat Diraja

Pembesar

Penghulu

Rakyat Biasa

Hamba

Golongan Atasan

Golongan Bawahan

top related