oct bertulis soalan 401-500
Post on 06-Sep-2015
120 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
:
NO SOALAN: 401
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB UST. DATO' DR. MOHO. KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI [ KUALA NERUS ]
Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan berhubung cadangan penggubalan Akta Kehormanian Sosial.
1
-
JAWAPAN: PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI MENTERI 01 JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, drat Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum dimuktamadkan pada masa ini dan masih lagi dalam peringkat perbincangan serta konsultasi.
2. Proses ini akan mengambil masa kerana dalam mengubah sesuatu undang-undang sedia ada atau memperkenalkan sesuatu akta baru, ia perlulah lebih baik daripada akta sedia ada khususnya dalarn meningkatkan lagi keharmonian, keamanan dan kestabilan Negara serta memastikan Negara terus berjaya. Oleh itu, hanya selepas rundingan selesai, barulah Kerajaan akan membuat keputusan berkenaan kedudukan Akta Hasutan 1948.
Sekian, terima kasih.
2
-
NO SOALAN: 402
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB UST. DATO' DR. MOHO. KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI [ KUALA NERUS ]
Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status pemansuhan Akta Hasutan 1948.
1
'~----------------------------
-
JAWAPAN: PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2012, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan menggantikan dengan suatu undang-undang baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di Malaysia.
2. Sungguhpun begitu, Kerajaan amat prihatin dan mengambil maklum akan pandangan dan maklum balas yang telah diberikan oleh pelbagai pihak berhubung dengan isu pemansuhan ini.
3. Sehubungan dengan itu, YAB Perdana Menteri melalui kenyataan akhbar beliau bertarikh 12 September 2014 telah memaklumkan bahawa rundingan yang menyeluruh akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan. Selepas proses rundingan tersebut diadakan, barulah Kerajaan akan menentukan hala tuju yang akan diambil berhubung dengan Akta Hasutan 1948.
Sekian, terima kasih.
2
-
PERTANYAAN DARIPADA
KAWASAN NO. SOALAN
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS YB. UST. DATO' DR. MOHO KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI KUALA NERUS 403
YB. UST. DATO' DR. MOHO KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI minta MENTER! PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perancangan Kerajaan berhubung projek hab perdagangan halal di Dubai.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Hubungan perdagangan produk halal di antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan dari tahun ke tahun. Kedudukan Dubai yang strategik membolehkan produk halal dari Malaysia dan Asia Tenggara menembusi pasaran Asia Barat dan Eropah. Pada masa yang sama, UAE juga dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran produk halalnya untuk ke . pasaran Asia Tenggara.
-
Pada tahun 2013, eksport barangan halal Malaysia ke UAE bernilai RM546.45 juta iaitu peningkatan sebanyak 5.4/o berbanding RM518.45 juta pada tahun 2012. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2014, eksport produk halal Malaysia ke UAE bernilai RM355. 72 juta.
Dalam usaha menggalakkan perdagangan keluaran halal, penyertaan Malaysia di dalam pelbagai pameran antarabangsa di UAE seperti GULFOOD merupakan inisiatif penting dalam memasarkan produk makanan dan minuman halal serta membantu syarikat Malaysia dalam menembusi pasaran timur tengah dan antarabangsa.
Perdagangan produk halal dijangka akan turut memacu perkembangan sistem perbankan dan kewangan islam secara amnya. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Perbadanan Pembangunan lndustri Halal (Halallndustry Development Corporation (HOC)) sedang bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk memastikan agar penglibatan bank-bank tempatan di dalam pembangunan hab ekonomi Islam di Malaysia dapat dijayakan dan dijalinkan dengan hab ekonomi Islam Dubai.
Pembangunan hab ekonomi Islam ini turut merangkumi aspek-aspek seperti sumber manusia, kepakaran, pematuhan syariah dan produk yang konsisten yang boleh diguna pakai di semua negara Islam.
2
-
NO SOALAN :404
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH
(KUALA TERENGGANU) PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD
BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah di antara hutang-hutang lama yang
masih belum di bayarkan dan terhutang kepada MAS sejak 30 tahun
kebelakangan ini.
JAWAPAN
uan Yang di-Pertua,
Sehingga 31 Disember 2013, antara hutang-hutang lama yang masih
belum dibayarkan dan terhutang kepada MAS adalah berjumlah RM2.62
-
bilion dengan perinciannya adalah seperti berikut:
Bil. Perkara jumlah (RM'OOO)
I. Pembayaran 1,064,351 pendahuluan (prepayment) kepada anak syarikat dan syarikat bersekutu
ii. jumlah terhutang (amount due) daripada 17,099 anak syarikat dan syarikat bersekutu
iii. Kos penyelenggaraan tertunda 160,513 IV. Pinjaman kakitangan (Pinjaman pekerja 96,251
bagi mengikuti latihan juruterbang kadet yang perlu dibayar dalam tempoh 15 tahun)
v. Deposit keselamatan 96,735 V!. Perdagangan belum terima 799,150 VI I. Runcit belum terima (sundry receivable) 409,465
JUMLAH 2,643,563 Tolak : Peruntukan hutang lapuk (23,825) JUMLAH BERSIH 2,619,738
Berdasarkan keperluan untuk memfailkan Laporan Tahunan
Beraudit selaras dengan peruntukan Akta Syarikat 1965, maklumat
kedudukan dan tuntutan hutang MAS boleh diperoleh daripada laporan
kewangan tahunan berkenaan.
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
SOALAN NO. : NO. 405
DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN BUKAN LISAN
BUKAN LISAN
RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ]
Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jenis projek yang telah diluluskan kepada Syarikat Samsung di Teluk Kalong, Terengganu dan adakah kelulusan EIA diperoleh.
-
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Syarikat Samsung Engineering Co. Ltd. telah dilantik oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd. sebagai onshore contractor bagi kemudahan Terengganu Gas Terminal (TGAST) di Kerteh. Cadangan projek Evacuation Of North Malay-Basin (EVA-NMB) Gas Delivery System (ENGDS) oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 15 Februari 2013.
2
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SOALAN :
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
SOALAN ( 406 )
Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [KUALATERENGGANU]
Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan setelah aduan pembinaan fasa pertama bangunan Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu di atas sungai hiliran pada Kementerian melalui sesi Parlimen pada awal 2014, apakah langkah-langkah kementerian untuk pihak berkenaan mengkaji semula pembinaan fasa kedua dan seterusnya yang akan juga melanggar garis panduan dan keperluan Kementerian.
1
-
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan Pasar Baru
Cabang Tiga (PBCT) sebenarnya adalah projek Lembaga Tabung Amanah Warisan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu. Proses kelulusan projek
dan penguatkuasaan pula berada di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa penuh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Berdasarkan maklumat yang diterima Kementerian daripada MBKT, fasa
pertama projek pembinaan PBCT telah dibawa ke Mesyuarat
Jawatankuasa "One Stop Center'' (OSC) dan telah diluluskan dengan
syarat pada 2 Jun 2010. Kelulusan pel an bangunan telah dikeluarkan pada
21 Jun 2011 setelah semua syarat jabatan teknikal yang berkaitan seperti
Jabatan Kesihatan Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan
Jabatan Pengairan dan Saliran dipatuhi.
2
-
Pihak MBKT juga memaklumkan tiada 'stop work order' yang akan
dikenakan oleh pihaknya memandangkan projek tersebut telah diluluskan
oleh Majlis secara keseluruhannya.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
November 2014
3
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
SOALAN NO. : NO. 407
DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN BUKAN LISAN
BUKAN LISAN
RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH [KUALATERENGGANU]
Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan di dalam projek perlombongan dan pembinaan kilang pemprosesan silika kualiti tinggi di kawasan Bari, Setiu, apakah penemuan kajian laporan alam sekitar (EIA) tentang "impact" kesan sampingan kepada "Setiu Wetlands" khususnya dan industri pelancongan tempatan amnya.
-
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Proposed Silica Sand Mining And Beneficiation Plant At Kg. Bari, Setiu, Terengganu" oleh Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) pada 19 Mei 2014.
Berdasarkan penemuan Laporan EIA, projek ini tidak berpotensi memberikan impak yang signifikan kepada Setiu Wetlands khususnya dan industri pelancongan tempatan amnya. Langkah-langkah kawalan yang dicadangkan berupaya mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menjalankan penguatkuasaan terhadap syarat-syarat kelulusan laporan EIA dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Sekian terima kasih.
2
-
DARIPADA
NO SOALAN :408
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
: Y.B. RAJA DATa KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH
(KUALA TERENGGANU) PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. RAJA DATO KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD
BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan di ambil I
lakukan bagi memastikan tiada lagi campur tangan luar di dalam
pengurusan MAS apabila syarikat penerbangan tersebut diselamatkan dan
dihidupkan semula.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan terus komited dalam menyokong usaha memulihkan MAS
-
..
menerusi pelan penyusunan semula MAS. Kejayaan pelan ini bergantung
pada kesediaan semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama dan
memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing . Sokongan
Kerajaan ke atas penyusunan semula MAS ini dizahirkan menerusi
langkah-langkah berikut:
1. Membenarkan MAS untuk menjalankan operasi berdasarkan model
perniagaan yang berteraskan komersial;
2. Menyokong penggubalan Akta khusus untuk MAS; dan
3. Menyokong penubuhan Suruhanjaya Penerbangan untuk menggalakkan
industri penerbangan yang adil dan progresif .
-
NO. SOALAN: 409
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SO ALAN:
BUKAN JAWAB LISAN
TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI [DUNGUN]
7305
Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab kegagalan menangani masalah rempit yang berleluasa di kalangan anak muda Melayu khususnya di Terengganu.
-
JAWAPAN:
Tanggapan "Mat Rempit" yang sering digambarkan oleh masyarakat adalah menjurus kepada golongan yang melakukan aktiviti perlumbaan di jalan awam yang terancang serta mempertaruhkan imbuhan kepada peserta yang memenangi sesuatu perlumbaan. Hakikatnya, hasil soal siasat terhadap mereka yang ditangkap (lebih 80o/o remaja antara 17-25 tahun) menunjukkan aktiviti berkenaan bukan merupakan suatu aktiviti yang terancang dan bersindiket, tetapi ianya berlumba sesama sendiri bagi mencari keseronokan atau mendapatkan "status yang lebih dihormati" di kalangan rakan sebaya. lni kerana lumba haram merupakan salah satu gejala negatif yang dipilih oleh remaja dalam mempamerkan sikap devian mereka seperti mana juga masalah Iepak, gangsterisme, parti liar, ketagihan dadah dan alkohol dan pelbagai penyakit sosial yang lain. Punca yang mendorong kepada aktiviti "Mat Rempit" ini tidak dapat lari dari faktor pengaruh rakan sebaya, kurang didikan agama, keruntuhan institusi keluarga serta kurang kawalan ibu bapa mengenai aktiviti harian anak remaja mereka.
Dalam konteks PDRM, sebagai agensi penguatkuasa, pendekatan yang diambil lebih menjurus kepada tindakan penguatkuasaan, namun demikian terdapat juga halangan ketika pelaksanaannya, untuk membuktikan aktiviti itu sebagai "lumba haram" amat sukar kerana ianya memerlukan bukti yang jelas
2
-
bahawa terdapatnya tawaran atau imbuhan yang diberikan dalam perlumbaan tersebut.
Antara sebab-sebab kesukaran untuk menangani masalah "Mat Rempit" adalah seperti berikut:-
i. Lumba haram yang dimaksudkan bukan sesuatu yang dirancang tapi ianya berlaku secara "in situ" atas -faktor cabaran dari kawan, menunjuk aksi kepada awam dan sebagainya. Sukar bagi pihak Polis untuk mendapatkan risikan tentang bila lumba haram tersebut akan diadakan, tempat diadakan dan siapa yang menyertainya.
ii. Lokasi yang diadakan lumba haram ini di tempat yang tidak menentu, ianya bergantung kepada lokasi yang menjadi tumpuan ramai yang mana penonton awam yang memberi sorakan dan perhatian kepada aksi yang ditunjukan oleh mereka. Lazimnya ia diadakan dalam tempoh waktu yang singkat atau secara sambil lalu sahaja.
iii. Terdapat juga aksi yang dilakukan di tempat yang baru dibina atau disiapkan seperti lebuhraya, bulatan dan sebagainya untuk menunjukkan kepakaran kepada rakan-rakan sebaya tentang keupayaannya menunggang di kawasan yang belum pernah digunakan. Status "yang lebih
3
-
dihormati" di kalangan mereka akan lebih tinggi jika dapat menguasai tempat atau lokasi tersebut.
iv. Keadaan lebih bahaya dan lebih mencabar aksi yang ditunjukkan oleh penunggang dianggap meningkatkan lagi status di kalangan mereka. Anggapan mereka keupayaan untuk melepaskan diri dari ditangkap Polis merupakan satu kejayaan. Kumpulan mat rempit ini akan berbuat apa cara walaupun merbahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain untuk melepaskan diri.
v. Pihak Polis semasa menjalankan operasi terpaksa menggunakan pertimbangan yang sewajarnya untuk mengelak bahaya kepada orang awam yang menggunakan jalanraya tersebut pada masa yang sama. Tindakan yang hendak diambil perlu dirancang secara teliti supaya orang awam tidak teraniaya dalam tindakan yang diambil.
Walaupun langkah pencegahan yang diambil oleh pihak Polis ianya tidak dapat membenteras keseluruhannya gejala ini dari terus berlaku, peranan intitusi kekeluargaan begitu penting dalam menentukan perkembangan anak-anak remaja dibimbing dan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka dari terjebak dalam gejala yang tidak sihat ini, anak-anak sentiasa memerlukan perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa mereka untuk menjadi modal insan yang berguna untuk negara.
4
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
SOALAN NO.: 410
DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN BUKAN LISAN
BUKAN LISAN
TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI [DUNGUN]
Tuan Wan Hasan bin Mohd. Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKIT AR menyatakan jumlah hasil bijih besi yang dieksport dan jumlah cukai yang dikutip mengikut pecahan negeri dari tahun 2008 hingga 2013.
-
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lndustri perlombongan bijih besi telah berkembang pesat kerana terdapat permintaan yang tinggi dari negara China. Sejak tahun 2008, eksport bijih besi telah meningkat dengan ketara daripada 824,536 tan metrik bernilai RM71 .5 juta pada tahun tersebut kepada 12,429,184 tan metrik bernilai RM1.46 billion pada tahun 2013. Jadual1 menunjukkan data eksport bijih besi bagi tahun 2008 -2013.
Jadual 1 - Eksport bijih besi Malaysia bagi tahun 2008- 2013
Tahun Kuantiti (tan) Nilai (RM '000) 2008 824,536 71,517
2009 834,521 75,766 2010 2,814,243 292,077 2011 5,696,546 714,164
2012 8,930,799 1,082,836
2013 12,429,184 1,464,507 Jumlah 31,529,829 3,700,867
2
-
Negeri-negeri yang mengeluarkan bijih besi adalah Pahang, Perak, Kelantan, Kedah, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. Peningkatan pengeluaran bijih besi telah meningkatkan kutipan royalti yang diperoleh dari mineral ini. Negeri Pahang merupakan pengeluar terbesar bijih besi dengan kutipan royalti sebanyak RM36.04 juta pada tahun 2013, diikuti oleh Terengganu (RM2.96 juta), Kelantan (RM2.2 juta), Kedah (RM2.15 juta) dan Negeri Sembilan (RM138,000). ~erajaan Negeri Johor masih belum mengenakan royalti ke atas pengeluaran _mir:leral--eli negeri tersebut. Jadual 2 menunjukkan royalti yang dikutip oleh Kerajaan Negeri yang mengeluarkan bijih besi.
Jadual 2. Royalti bijih besi yang dikutip mengikut Negeri, 2008- 2013
3
-
2008 2009 2010 2011 2012 2013 (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Pahang Tiada 4,620,581 9,245,314 16,802,990 22,641,301 36,041,435 Perak Tiada Tiada Tiada Tiada 119391558 Tiada Kelantan Tiada 191495 771641 110561943 119481354 212011680 Kedah Tiada Tiada 321237 481685 210271081 211511166 Terengganu 2,448 36,624 121,224 11168,575 1,074,597 219621261 N. Sembilan Tiada Tiada Tiada 3041200 11151,084 1381000
---- - -- --- -
-
NO. SOALAN: 411
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SO ALAN:
BUKAN JAWAB LISAN
TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI [DUNGUN]
7306
Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] . minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha-usaha bagi mencegah kejadian pecah rumah yang berleluasa di siang hari yang berlaku di Terengganu khususnya bagi daerah Dungun.
-
JAWAPAN:
Kejadian pecah rumah sama ada di waktu siang atau malam hari menjadi penyumbang utama kepada statistik jenayah indeks di seluruh negara. Hasil daripada siasatan pihak Polis mendapati majoriti kejadian pecah rumah berlaku di kawasan bandar dan taman-taman perumahan pada waktu siang hari ketika rumah ditinggalkan kosong oleh penghuni yang bekerja atau pergi bercuti. Pihak Kerajaan dan PDRM telah mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan penduduk dan rumah yang ditinggalkan selamat seperti berikut:-
i. Konsep Omnipresence iaitu melibatkan keberadaan di mana-mana anggota beruniform terdiri daripada anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan turut disertai oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM}, Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menjalankan tugas rondaan, melalui pelbagai jenis rondaan, sama ada rondaan berkereta (Mobile Patrol Vehicle}, rondaan bermotosikal dan rondaan berjalan kaki. Kehadiran mereka ini membuat rondaan adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa mereka berada dalam persekitaran yang selamat dan juga untuk mewujudkan perasaan 11Fear of Being Caught" kepada penjenayah.
2
-
ii. PDRM juga turut melaksanakan aktiviti 'Community Policing' bertujuan untuk melibatkan masyarakat dalam aktiviti menangani jenayah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa membanteras jenayah merupakan tanggungjawab bersama. lnisiatif ini melibatkan masyarakat awam dalam program-program seperti Rakan Cop, Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan lntegrasi Nasional (JPNIN).
iii. Program Bandar Selamat merupakan program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengurangkan kadar jenayah dengan mengambil inisiatif seperti berikut:-
a) Pemasangan CCTV di tempat-tempat strategik yang dikenalpasti kerap berlaku jenayah dan yang menjadi tempat tumpuan ramai.
b) Pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotor bagi mengelak kejadian ragut dan samun.
c) Mencerahkan kawasan yang kerap berlaku jenayah.
3
-
iv. Unit Rondaan bermotosikal (URB) yang ditubuhkan melalui bajet 2013 untuk memenuhi tuntutan rakyat yang sentiasa mahukan negara ini berada dalam keadaan aman dan selamat. Kawasan rondaan URB secara "buddy system" iaitu tiga syif selama 24 jam di kawasan-kawasan perumahan serta kawasan sibuk seperti kawasan sekolah, perniagaan, taman rekreasi dan kawasan perindustrian bagi mengelak kejadian pecah rumah, pecah gudang, jenayah jalanan dan sebagainya. Unit URB akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan dan tumpuan akan diberikan kepada daerah yang mencatatkan kadar jenayah yang tinggi.
Bagi Daerah Dungun, Terengganu, kadar kejadian pecah rumah masih lagi di peringkat yang terkawal. Kejadian pecah rumah yang dilaporkan seperti berikut:-
STATISTIK PECAH RUMAH DAN CURl DAERAH DUNGUN, TERENGGANU.
Kesalahan Tahun Tahun Naik/ P tu Jan-Ogos Jan-Ogos : Naik/ 2012 2013 Turun era 5 2013 2014 . Turun
Pecah Rumah dan Curi 16 10 -6 37.5 8 7 1 (Siang) Pecah Rumah dan Curi 80 41 39 48.8 39 44 5 (Malam)
Jumlah 96 51 -45 -46.9 47 51 ' 4
4
. Peratus
-12.5
12.8
8.5
-
NO. SOALAN: 412
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SO ALAN:
BUKAN JAWAB LISAN
TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI [DUNGUN]
7307
Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan saman ekor dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
-
JAWAPAN:
PDRM akan sentiasa mendidik pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang dan peraturan melalui pendekatan berhemah serta kolaborasi merentasi Kementerian. Selain menumpukan kepada elemen "enforcement", PDRM . turut terlibat dalam proses menambahbaik isu-isu perundangan, kejuruteraan dan pendidikan untuk menentukan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya ketika berada di atas jalan raya, atau dengan kata lain, peranan PDRM adalah untuk melindungi nyawa dan harta benda pengguna jalan raya.
Antara tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah dengan mengeluarkan saman postal (POL 170 A) terhadap kesalahan yang boleh menyumbang berlakunya kemalangan jalanraya dengan menggunakan alat "trucam" di lebuhraya dan juga di jalan-jalan persekutuan. Antara kesalahan yang diambil tindakan dengan mengeluarkan saman postal seperti berikut:-
i) Memandu melebihi had laju ii) Memandu di lorong kecemasan iii) Tidak ikut penunjuk arah tapak iv) Memotong dengan cara bahaya v) Memandu di laluan waktu terhad vi) Memotong di garisan berkembar viii) Berhenti di garisan kuning.
2
-
Secara perbandingannya, kesan daripada tindakan pencegahan yang diambil oleh pihak PDRM termasuk melalui kaedah saman postal ini telah menunjukan hasil yang positif. Matlamat utama untuk mengurangkan kemalangan terutama yang melibatkan kemalangan maut menunjukan penurunan sejak tahun 2012.
Statistik kemalangan jalaraya bagi tahun 2102 sehingga 2014 (Ogos) seperti berikut:-
TAHUN 2012 2013 BEZA %
JUMLAH KEMALANGAN 462,423 477,204 14,781 3.2
MAUT 6,381 6,308 -73 -1.1
PARAH 4,694 3,567 -1 ,127 -24.0
RINGAN 9,398 6,523 -2,875 -30.6
ROSAK SAHAJA 441,950 460,806 18,856 4.3
TAHUN 2013 (JAN - OGOS) 2014 (JAN-
OGOS) BEZA %
JUMLAH KEMALANGAN 322,135 318,292 -3,843 -1
MAUT 4,399 4,245 -154 -4
PARAH 2,489 2,448 -41 -2
RINGAN 4,629 5,090 461 10
ROSAK SAHAJA 310,618 306,509 -4,109 -1
PDRM tidak sama sekali berputus asa dan akan terus berusaha untuk mencapai matlamatnya bukan sekadar untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, tetapi dari sudut yang
3
-
lebih holistik, peranan PDRM di jalan raya adalah untuk menentukan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya dan memandu dengan selamat untuk ke destinasi yang dituju serta menggurangkan kerugian harta benda dan modal insan yang terpaksa ditanggung akibat daripada kemalangan yang berlaku.
4
-
NO. SOALAN: 413
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SO ALAN:
BUKAN JAWAB LISAN
TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI [DUNGUN]
7308
Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes pemalsuan pasport antarabangsa Malaysia yang melibatkan kebanjiran pendatang asing yang kini melebihi 5.8 juta.
-
JAWAPAN:
Untuk makluman, bilangan kes pemalsuan pasport Malaysia bagi tahun 2010 adalah sebanyak 78 kes, tahun 2011 sebanyak 55 kes, tahun 2012 sebanyak 52 kes, tahun 2013 sebanyak 143 kes dan tahun 2014 sehingga bulan Julai terdapat 66 kes. Kesemua kes ini dikesan di luar negara.
Walau bagaimanapun, pemalsuan ini tidak menyumbang kepada kebanjiran pendatang asing.
2
-
SOALAN NO : 414
PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN DARIPADA SO ALAN
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
BERTULIS DATO' DR. MUJAHID YUSOF RAWA Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perancangan Kementerian untuk melaksanakan insurans padi untuk pesawah padi yang mengalami kerugian akibat bencana serta ancaman makhluk perosak.
Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani telah memutuskan supaya pelaksanaan Skim Takaful Padi bagi pengusaha sawah berskala kecil ini tidak diteruskan memandangkan ianya tidak menyeluruh dan hanya meliputi sektor padi.
Bagi memastikan nasib petani, penternak dan pengusaha terus dibela, Kerajaan telah mewujudkan Tabung Bantuan Bencana Agromakanan yang merangkumi subsektor tanaman (padi, sayur-sayuran dan buah-buahan), ternakan veterinar, ternakan akuakultur dan industri asas tani (IAT) bagi membantu petani, penternak dan pengusaha berskala kecil memulihkan semula projek mereka yang
-
terjejas akibat bencana. Tabung ini mula dilaksanakan pada tahun 2014 dan bayaran telah dibuat pada petani, penternak dan pengusaha kecil yang terlibat dengan bencana banjir yang berlaku pada awal tahun 2014 dan bencana kemarau (EI-Nino) yang berlaku pada Jun 2014.
-
RTSG/415
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
DATO' DR. MUJAHID YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR 1
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERT ANY AAN BERTULIS
Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah murid miskin sekolah menerima Rancangan Makanan Tambahan. Adakah Kementerian bercadang Rancangan Makanan Tambahan ini dilanjutkan kepada pelajar miskin di peringkat sekolah menengah.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kerajaan sentiasa prihatin membantu murid/pelajar miskin bagi membantu meningkatkan motivasi dan minat belajar. Seramai 579,641 orang murid miskin di sekolah rendah telah mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan pada ta?un 2014. Pada masa ini Kerajaan belum bercadang untuk memperluaskan program ini kepada murid sekolah menengah.
RT56
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN:
DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN BUKAN LISAN
SOALAN NO. : 416
BUKAN LISAN
Dato Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ]
Dato Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status projek tebatan banjir di pinggiran Sungai Kerian. Bagaimanakah Kementerian membantu memindahkan penduduk termasuk peruntukan sagu hati perpindahan mereka.
1
-
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kerian mula dilaksanakan pada 2 Disember 2013 dan dijangka siap pada 1 Jun 2015. Status terkini kemajuan di tapak adalah 15%.
Penduduk yang terlibat dalam projek ini ialah penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Dennis Town. Mereka terdiri daripada penduduk setinggan dan peneroka haram atas tanah kerajaan.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE}, melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (JPS) telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak bagi mendapatkan maklumat dan bilangan sebenar setinggan terlibat. Seterusnya, setelah beberapa s1n perbincangan dibuat di antara Kerajaan Negeri Perak, NRE dan JPS bagi menetapkan kadar dan kaedah yang bersesuaian bagi bayaran sagu hati kepada penduduk, kadar saguhati yang dipersetujui adalah sebanyak RM42,000.00.
Kadar bayaran tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan peruntukan bagi bayaran saguhati ini telah disalurkan terus kepada Pejabat Kewangan Negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah, Pejabat Tanah dan Galian dan JPS Perak akan membuat penyelarasan berdasarkan Piawaian Prosedur Operasi (SOP) yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
2
-
PERTANVAAN
DARIPADA
SOALAN :
NO. SOALAN: 417 DEWAN RAKYAT
PEMBERITAHUAN PERTANVAAN MESVUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KETIGA BELAS (2014)
BUKAN LISAN
VB TUAN lORIS BIN HAJI AHMAD [ Bukit Gantang 1
Tuan ldris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang 1 minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran terperinci nama setiap GLC dan jumlah zakat yang dikeluarkan sejak 2005 hingga 2013.
JAWAPAN: (VB MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI)
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, di bawah Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, hal-ehwal Agama Islam termasuklah urusan zakat terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan mengenai perkara-perkara berkenaan di negeri-negeri. Di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan {MAIWP) merupakan agensi yang menguruskan dana zakat. Kutipan zakat harta di Wilayah Persekutuan dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP {PPZ-MAIWP) manakala agihan zakat dilaksanakan oleh MAIWP melalui Sahagian Baitulmal.
1
-
Sejak tahun 2005 hingga 2013, jumlah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang telah mengeluarkan zakat kepada PPZ-MAIWP adalah sebanyak 33 institusi dengan jumlah keseluruhan RM121.46 juta.
Suka saya jelaskan, bahawa GLC tidak terikat untuk membayar zakat perniagaan di Wilayah Persekutuan sahaja tetapi boleh membayar zakat di negeri-negeri lain, di mana terdapat GLC yang membayar zakat di beberapa negeri mengikut keutamaan operasi GLC tersebut di negeri-negeri yang terlibat.
Sekian, terima kasih.
2
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SOALAN :-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
SOALAN ( 418)
Y.B. TUAN lORIS BIN HAJJ AHMAD [ BUKIT GANT ANG ]
Y.B. TUAN lORIS BIN HAJI AHMAD [ BUKIT GANTANG ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan berapakah jumlah pinjaman berlesen yang diluluskan oleh Kementerian dan jumlah yang dibatalkan sehingga tahun 2013 mengikut negeri-negeri.
1
-
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 Oktober 2014,
terdapat sejumlah 3,266 Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang dilesenkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 [Akta 400].
Pecahan bilangan PPW berlesen yang aktif mengikut negeri bagi tahun
2013 dan 2014 adalah seperti di Jadual A.
Manakala bagi lesen pemberi pinjam wang yang dibatalkan sehingga tahun
2013 adalah sebanyak 27 lesen. Perincian lesen PPW yang dibatalkan
mengikut negeri adalah dalam Jadual B.
2
-
Jadual A: Bilangan PPW Berlesen Aktif Mengikut Negeri Bagi Tahun 2013 dan 2014
, .J .-= ,t ~ __ .. ,l ,l/, ......... ~ .. : . ,\
~~-~--:~~-~.:-~~r1iJ~~~i:':7 :::~~~'Jt~--:;~?:z~~~~~ : .. _;;!'=c~:, ;4 7'.J:J~,-~~ ,~ "'' '~-....-~~~ ,: . J'~ .. ;;>-:..~H.~ .. ...::-J1 ,~ }J j /L; ~-;"f.:.M'f!i. . .w. ~ ~" \I':!>J< ,., H~-.c .:(Jh:.,s.~.,~l-1,_-: .,' '~ ~:c';l. ~ \1~-~...,. : :;~ll'o'f"~: t~.: 't;'~'/~ :~~ -d viiild!' . ......1--~ '.att.- ....::~'t::::.~ .L:~~~~ ~~lfi.ill~a:&.:....l. .r.t..:.t.!..:i:!c.:rtl ..... ~~...:..~~
Perlis 8 9
Kedah 138 134
Pulau Pinang 326 320
Perak 269 259
Selangor 615 611
Negeri Sembilan 119 116
Mel aka 95 97
Johor 283 284
Pahang 94 96
Terengganu 25 25
Kelantan 13 13
Sa bah 417 442
Sarawak 381 441
WP. Kuala Lumpur 433 437
WP. Labuan 5 5
WP. Putrajaya 2 2 ' i ' : t ~ ( ~ i c' ~ .. / .. ....,
*sehingga Oktober 2014
3
-
Jadual 8: Bilangan Lesen PPW yang Dibatalkan (Sehingga 2013)
Perl is
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Negeri Sembilan
Mel aka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sa bah
Sarawak
WP. Kuala Lumpur
WP. Labuan
WP. Putrajaya
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan November 2014
1
2
3
5
4
3
3
2
1
1
2
4
-
PERTANVAAN
DARIPADA
SOALAN:
NO. SOALAN: 419 DEWAN RAKVAT
PEMBERITAHUAN PERTANVAAN MESVUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KETIGA BELAS (2014)
BUKAN LISAN
VB TUAN lORIS BIN HAJI AHMAD [BUKIT GANTANG]
Tuan ldris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan pegawai penguatkuasa mengikut negeri-negeri, untuk memastikan syarikat yang sudah memperolehi penarafan halal mengikut peraturan yang sudah ditetapkan.
JAWAPAN: (VB MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR ~N HAJI BAHAROM (B), MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENJ ERI )
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan mengenai kawalan pensijilan, logo dan tanda halal adalah di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang penguatkuasaannya adalah terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Bagi memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap pensijilan halal, KPDNKK turut melantik pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Islam Negeri (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan iaitu seramai 204 orang.
1
-
Pecahan bilangan pegawai penguatkuasa JAKIM dan JAIN yang dilantik sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 adalah seperti berikut:-
Bil Pejabat/Negeri Bilangan Pegawai 1 JAKIM 44 2 Perak 27 3 Mel aka 6 4 Pulau Pinang 5 5 Wilayah Persekutuan 6 6 Perl is 5 7 Terengganu 6 8 Negeri Sembilan 10 9 Pahang 8 10 Johor 7 11 Sa bah 14 12 Kelantan 17 13 Sarawak 17 14 Kedah 17 15 Selangor 15
Jumlah 204
Walau bagaimanapun, tugas-tugas penguatkuasaan halal tidak terhad kepada pegawai-pegawai di JAKIM dan JAIN sahaja tetapi juga melibatkan operasi bersama dengan agensi-agensi lain seperti KPDNKK, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain.
Sekian, terima kasih.
2
-
SOALAN NO: 420
PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN DARIPADA
SO ALAN
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
: Bertulis : Tuan ldris bin Haji Ahmad
[ Bukit Gantang ] : Tuan ldris bin Haji Ahmad minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-Jumlah nilai import ikan, sayuran, daging lembu dan a yam daripada tahun 2010 hingga 2013.
Bagi tempoh 201 0 hingga 2013, jumlah nilai import bagi em pat ( 4) komoditi makanan iaitu ikan, sayur, daging lembu/kerbau dan daging ayam/itik adalah sebanyak RM24.64 bilion atau 17. 7o/o daripada nilai keseluruhan import makanan negara yang berjumlah RM134.54 bilion. Perincian jumlah nilai import dan sumbangan em pat ( 4) komoditi makanan tersebut kepada nilai import makanan negara bagi tempoh 201 0 hingga 2013 adalah seperti berikut:
-
Daging 0.24 0.32 0.34 0.35 1.25 0.9% Ayam/ltik Daging Lembu/ 1.03 1.26 1.43 1.66 5.38 3.9o/o Kerbau lkan 1.33 1.62 1.76 1.86 6.57 4.7/o
2.78 2.73 2.70 3.22 11.43 8.2o/o
-
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KETIGA BELAS
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN : JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN IDRIS BIN HAll AHMAD [ BUKIT GANTANG ]
SOALAN : 421
Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah bilangan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera yang terlibat di dalam perniagaan alat ganti kenderaan bermotor di negeri Perak.
-
JAWAPAN:
Yang Di-Pertua,
Bilangan usahawan MARA yang terlibat dalam perniagaan alat ganti kenderaan bermotor di negeri Perak adalah seperti berikut:
Bil Daerah Bilangan Usahawan
1 Kerian 2
2 Perak Tengah 2 3 Hilir Perak 1 4 Larut/ Matang/ Selama 1 5 Kinta 1
lumlah 7
-
RT57/422 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
TUAN HAJI NASRUDIN BIN HASSAN [ TEMERLOH ]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab-sebab penurunan bilangan pengambilan pelajar yang layak ke IPTA bagi sesi 2014/2015 sedangkan Malaysia disenaraikan pad a kedudukan ke-1 0 bagi penyediaan akses pengajian tinggi.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Tawaran caJon ljazah Sarjana Muda ke institusi pengajian tinggi awam (I PTA) sebanyak 41,573 tempat bagi pengambilan Sesi Akademik 2013/2014 manakala 37,467 tempat bagi Sesi Akademik 2014/2015 iaitu penurunan sebanyak 9.8%. Walau bagaimanapun peningkatan caJon ke IPTA telah meningkat selepas proses e-Rayuan ditutup pada 15 September 2014. Peningkatan sebanya~ 12.45% iaitu pertambahan caJon sejumlah 5,328 orang. JumJah keseluruhan tawaran caJon sesi Akademik 2014/2015 ialah 42,795 orang. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah mengurangkan bilangan pengambilan. Walau bagaimanapun usaha untuk meningkatkan kualiti pelajar di !PTA tetap dilaksanakan. Justeru hanya caJon dalam merit yang tinggi sahaja akan ditawarkan tempat di IPTA.
Bagi meningkatkan kualiti pengambilan, terdapat program pengajian
-
yang melaksanakan saringan seperti ujian khas dan temu duga bagi memastikan calon mempunyai kebolehan dan kecenderungan yang sesuai dalam bidang yang dipilih. Oleh itu, jika calon mempunyai markah akademik dan ko-kurikulum yang baik sekalipun jika tidak melepasi saringan ini maka calon tidak akan ditawarkan program yang dipohon.
Selain itu, bagi menjaga kualiti graduan yang dihasilkan bilangan calon diambil perlulah mendapat kemudahan yang kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran seperti infrastruktur dan nisbah antara pensyarah dan pelajar yang bersesuaian. Maka tempat yang ditawarkan perlulah sesuai dengan kualiti yang ingin dihasilkan oleh bakal graduan.
Justeru, penurunan sebanyak 9.8% adalph wajar bagi meningkatkan kualiti calon yang diambil dan graduan yang dihasilkan.
i. :.
-
RT58/423
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
TUAN HAJI NASRUDIN BIN HASSAN [ TEMERLOH ]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERT ANY AAN BERTULIS
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan garis panduan kadar yuran institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi memastikan yuran yang ditawarkan adalah berpatutan, mengikut kemampuan pelajar serta selari dengan kos pengajian yang ditawarkan.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Yuran lnstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ditetapkan sepenuhnya oleh pihak IPTS dengan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Semua IPTS yang ditubuhkan di negara ini dikawal selia dan ditadbir urus mengikut Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) termasuklah kadar yuran yang dikenakan oleh IPTS kepada pelajar-pelajarnya. Kelulusan yuran sesebuah program itu adalah b~rdasarkan
.. :
kepada permohonan yang telah dikemukakan oleh IPTS tersebut dengan mengambil kira jenis program, infrastruktur, fasiliti untuk pengajaran dan pembelajaran, bidang dan jenis pengajian serta mengikut pasaran semasa.
-
Sesebuah IPTS tidak boleh mengenakan yuran kepada pelajar melebihi dari kadar yang telah diluluskan oleh KPM. Jika didapati ada IPTS mengenakan yuran lebih daripada yang diluluskan, maka berdasarkan peruntukan di bawah Akta 555 yang sama di mana IPTS berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
KPM sedang mengkaji kaedah menang-menang bagi mengawalselia yuran pengajian yang kompleks dan sukar kerana IPTS perlu menjana pendapatan bagi meningkatkan kualiti sumber, kualiti amalan dan kualiti perkhidmatan. KPM juga telah menghasilkan buku informasi IPTS yang mengandungi maklumat tentang program! pengajian yang ditawarkan oleh IPTS serta yuran yang dikenakan basi setiap program pengajian. Dengan makluman ini, orang awam diberi peluang untuk memilih IPTS mengikut yuran yang berpatutan dan reputasi IPTS dengan merujuk daripada keputusan penilaian dan penarafan Sistem Penarafan lnstitusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) dan Sistem Penarafan Displin Pengajian (D'SETARA) untuk peringkat universiti dan MyQUEST untuk peringkat kolej.
-
SOALAN N0:424
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
PERTANYAAN DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN YB HAJI NASRUDIN BIN HASSAN [TEMERLOH]
YB HAJI NASRUDIN BIN HASSAN [ TEMERLOH ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan menyatakan bilangan terkini penghidap HIV/ AIDS dan langkah-langkah dibuat bagi membendung angka itu daripada terus meningkat.
Tuan Yang di-Pertua,
Bilangan terkumpul kes HIV yang dilaporkan sejak tahun 1986 sehingga Jun 2014 adalah sebanyak 1 03,348 kes. Bagi tahun 2013 sahaja, sebanyak 3,393 kes HIV baru telah dilaporkan dengan kadar notifikasi kes HIV baru mencatatkan 11.42 bagi setiap 100,000 penduduk. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2014 pula, jumlah kes HIV baru yang dilaporkan adalah sebanyak 1 ,676 kes dan berdasarkan pemantauan ini, adalah dijangkakan sebanyak 3,352 kes HIV baru akan dilaporkan sepanjang tahun 2014 dengan kadar notifikasi kes HIV baru 11.14 bagi setiap 100,000 penduduk. Bilangan kes HIV baru di Malaysia pada amnya telah menunjukkan tren penurunan sejak tahun 2002 di mana
1
-
bilangan tertinggi kes HIV telah dilaporkan iaitu sebanyak 6,978 orang atau pad a kadar 28.5 bagi setiap 100,000 penduduk.
Kerajaan telah mengambil langkah - langkah bagi menangani kes HIV sejak tahun 1985 iaitu setahun sebelum penyakit ini mula dikesan di negara ini. Langkah - langkah pencegahan, kawalan, rawatan dan sokongan bagi HIV/AIDS ini dilaksanakan sepertimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan HIV/AIDS 1988, diikuti dengan Pelan Tindakan HIV/AIDS .1998 dan seterusnya Pelan Strategik Kebangsaan mengenai AIDS 2006 - 2010 dan terkini Pelan Strategik Kebangsaan mengenai AIDS 2011 - 2015. Perlaksanaan pelan ini telah berjaya membuahkan hasil dengan penurunan ketara kes HIV baru seperti yang dinyatakan di atas terutama kes HIV melalui penagihan dadah suntikan dan transmisi HIV dari ibu kepada bayi.
2
-
SOALAN NO. 425
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
JAWAB BUKAN LISAN
TUAN HAJI NASRUDIN BIN HASSAN
[ TEMERLOH]
7 OKTOBER 2014 (SELASA)
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan usaha-usaha yang dibuat bagi mengesan ibu bapa yang
tidak mendaftarkan anak kurang upaya termasuk penghidap autisme
memandangkan rawatan intensif awal sebelum lima tahun amat penting
diberikan kepada anak-anak dalam kategori ini bagi memperbaiki
kemahiran sosial dan bahasa mereka.
1
-
JAWAPAN:
Kanak-kanak autisme didaftarkan sebagai orang kurang upaya (OKU) di bawah kategori masalah pembelajaran oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Seksyen 21 Akta Orang Kurang Upaya 2008. Walau bagaimanapun, pendaftaran OKU masih dijalankan secara
sukarela iaitu bagi OKU yang berhasrat untuk mendaftar sahaja seperti yang termaktub dalam Perkara 3(2)(c) Peraturan-Peraturan Orang Kurang Upaya (Pendaftaran dan Pengeluaran Kad OKU) 2010.
Pihak Kementerian Kesihatan memainkan peranan yang penting dalam
pengesanan kanak-kanak OKU. Sekiranya seorang bayi atau kanak-
kanak dikesan dan didiagnosa mengalami ketidakupayaan, pada mana-
mana peringkat usia, anggota Kementerian Kesihatan termasuk
pegawai perubatan dan jururawat berperanan untuk menasihatkan ibu bapa/penjaga kanak-kanak berkenaan mendaftarkan anaknya sebagai OKU. Sebagai usaha untuk membantu ibu bapa mengesan
kemungkinan bayi atau anak mereka OKU, ibubapa/penjaga diberikan
Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (0-6 tahun) selepas
kelahiran anak. Buku Rekod ini memberi panduan, pengetahuan dan
nasihat kepada ibubapa/penjaga dalam pelbagai aspek jagaan anak
2
-
termasuk pertumbuhan serta perkembangan kanak-kanak. Buku Rekod
ini juga digunakan oleh anggota kesihatan untuk merekodkan jumpaan
pemeriksaan serta status kesihatan bayi dan kanak-kanak. Senarai
Semak M-CHAT (Modified -Checklist for Autism in Toddlers) yang
terdapat di dalam Buku Rekod ini juga membantu pengesanan awal
autisme seawal usia 18 bulan.
Pihak pengusaha taska juga memainkan peranan dalam pengesanan kanak-kanak OKU bagi kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menggunakan beberapa kaedah
untuk meningkatkan kesedaran tentang pendaftaran kanak-kanak OKU
termasuk autisme kepada para ibu bapa menerusi pelbagai program
outreach seperti:
i. Penerangan tentang ketidakupayaan termasuk tentang
autisme semasa Kempen Pendaftaran OKU;
ii. Khidmat nasihat kepada ibu bapa yang memerlukan di
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah;
3
-
111. Rujukan kes kepada pakar I pegawai perubatan di daerah atau klinik kesihatan untuk pengesahan dan cadangan
pemulihan; dan
iv. Penerangan oleh pihak pertubuhan sukarela kebajikan yang
berdaftar di bawah JKM.
4
-
SOALAN NO. 426
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
JAWAB BUKAN LISAN
TUAN HAJI NASRUDIN BIN HASSAN
[TEMERLOH]
7 OKTOBER 2014 (SELASA)
Tuan Haji Nasrudin Bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan status terkini 5,000 daripada 10,000 peserta Program Akhir
Zaman Miskin (1AZAM) yang dikatakan berpotensi untuk dibantu bagi mendapat pembiayaan lebih besar untuk melebarkan perniagaan
mereka.
-
JAWAPAN:
Program 1AZAM telah memberi kesan positif terhadap peserta-peserta
yang mengikuti program ini, khususnya penjanaan pendapatan
tambahan kepada keluarga daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan. Hingga 31 Ogos 2014 seramai 163,213 orang peserta telah menyertai
Program 1AZAM di seluruh negara.
Kerajaan mempunyai perancangan untuk membantu peserta program
1 AZAM yang telah berjaya meningkatkan pendapatan untuk melangkah
ke tahap yang lebih maju dalam perniagaan. lnisiatif ini nanti akan
mengambil kira "what's nexf' dalam memastikan kelangsungan
penjanaan pendapatan oleh peserta 1AZAM.
lnisiatif baru yang bakal dilaksanakan terdiri dari dua jenis bentuk
bantuan iaitu jenis kewangan secara mikro kredit dan bukan kewangan.
Jenis kewangan adalah berbentuk pembiayaan kewangan dan bukan
kewangan adalah seperti kursus "up ski/ling" dan lain-lain yang
berkaitan.
Berdasarkan statistik daripada pengkalan data eKasih, Jabatan Perdana
Menteri hingga bulan Februari 2014 terdapat seramai 17,908 orang
2
-
peserta Program 1AZAM berpotensi untuk dibantu bagi melebarkan
perniagaan mereka melalui inisiatif baru ini nanti.
3
-
NO. SOALAN : 427
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH JAWAPAN Dl DEWAN RAKYAT
SO ALAN
BERTULIS
YB. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
a) jumlah deposit bil elektrik yang dikutip oleh TNB dan di mana ia dilaburkan; dan
b) apakah faedah yang diperolehi oleh pen deposit..
-
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Jumlah keseluruhan deposit tunai yang dipegang oleh TNB
sehingga 31 Ogos 2014 adalah sebanyak RM3.61 billion. Wang
cagaran yang diterima diuruskan sebagaimana semua aliran wang tunai
TNB yang lain. Walau bagaimanapun, TNB sentiasa memastikan
kemampuan untuk memulangkan bayaran deposit yang telah diterima
daripa~a pengguna apabila perlu.
2. Sebagaimana yang disyaratkan dalam Peraturan 5 (Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen), deposit yang dipegang oleh TNB
perlu diberi rebat setiap tahun. Wang rebat ini akan diberikan dengan
dikreditkan ke dalam akaun pengguna pada bulan Januari setiap tahun.
Kuantum rebat yang ditetapkan adalah sebanyak 2.5/o setahun daripada
jumlah deposit tunai yang dipegang oleh TNB bagi setiap penggunanya.
Pada Tahun Kewangan 2014 (01 September 2013 hingga 31 Ogos
2014 ), TNB telah membayar rebat deposit sebanyak RM90.04 juta
kepada pengguna.
******************************************************************************
-
NO. SOALAN: 428
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT (HULU LANGAT]
428
Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Program Tenaga Nuklear yang dikemas kini dan bilakah Kementerian akan mengumumkan Program Maklumat Awam dan Penerimaan Awam (Public Information and Public Acceptence-PIPA) untuk nuklear.
-
JAWAPAN: Y.B. DATO' MAH SlEW KEONG MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Sehingga kini, Kajian Perundangan dan Kawalseliaan Tenaga Nuklear telah siap pada akhir tahun 2013. Hasilnya adalah draf Rang Undang-Undang Kawalseliaan Tenaga Atom untuk menggantikan Akta Pelesenan Tenaga Atom (Akta 304) 1984.
Di samping itu, Kajian Kemungkinan, atau dengan izin, Feasibility Study, dan penyediaan Pelan Pembangunan lnfrastruktur Kuasa Nuklear, atau dengan izin, Nuclear Power Infrastructure Development Plan (NPIDP), pula dijadualkan siap pada tahun 2015.
Kajian pemilihan tapak yang sesuai untuk pelaksanaan loji janakuasa nuklear pula akan hanya dimulakan setelah mengambilkira hasil kajian pendapat umum tersebut. Oleh itu, lokasi tapak yang sesuai belum diperolehi.
Kajian pendapat umum tersebut bertujuan untuk mengenalpasti pendapat umum dan isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka mengenai penggunaan tenaga nuklear pada peringkat kebangsaan. Kajian ini akan dimulakan dan dijangka siap pada tahun 2015. Hasil kajian ini akan digunakan untuk merangka program penyebaran maklumat yang menepati keperluan maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat umum.
Sekian, terima kasih.
2
-
No Soalan: 429 PR-1323-T64081
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB BERTULIS DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
JAWAB BERTULIS
DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT]
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan komitmen Kerajaan ke atas keselamatan, kedaulatan dan keamanan negara Islam dunia.
1
-
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagaimana Dewan ini sedia maklum, Malaysia sentiasa memberikan komitmennya yang tidak berbelah bagi ke atas keselamatan, kedaulatan dan keamanan negara Islam dunia.
2. Atas komitmen inilah, Malaysia terus menghulurkan bantuan dan bekerjasama dengan semua negara Islam, sama ada melalui konteks hubungan dua hala atau pelbagai hala.
3. lni termasuklah sokongan Kerajaan Malaysia terhadap inisiatif dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi 0-8 (0-8), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), dan ASEAN, di dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu yang melanda negara-negara Islam masa kini.
4. Di samping itu, Malaysia turut aktif dalam menghadiri pelbagai mesyuarat yang diadakan oleh pertubuhan-pertubuhan dunia tersebut sebagai mencerminkan komitmen negara untuk membantu mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara Islam di samping menghulurkan pelbagai bentuk bantuan, termasuklah kewangan, kemanusiaan dan material kepada negara-negara Islam yang memerlukan bantuan.
2
-
5. Malaysia juga konsisten dalam membantu negara-negara Islam dalam pelbagai aspek, seperti penyelesaian konflik; pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan; bantuan kemanusiaan; dan pemerkasaan modal insan. Pendekatan tersebut telah dapat meningkatkan keupayaan dan memperkasakan negara-negara Islam seterusnya, membolehkan mereka meningkatkan tarat hidup rakyatnya dan mengatasi permasalahan yang dihadapi.
6. Keahlian Malaysia di dalam Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015-2016 akan membuka lebih banyak peluang untuk Malaysia terus membantu dan bekerjasama erat dengan negara-negara anggota PBB ke arah membela kemakmuran dan kesejahteraan negara-negara Islam.
Sekian, terima kasih.
3
-
SOALAN N0:430
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
PERTANYAAN
DARIPADA SO ALAN
BUKAN LISAN DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT
DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a)sejauh mana pelaksanaan kawalan biologi dalam membanteras pembiakan nyamuk aedes; dan
(b )apakah jenis vaksin yang berkesan dalam mengawal demam denggi yang berleluasa sekarang
Tuan Yang Dipertua,
Kawalan biologi yang digunapakai dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hanyalah menggunakan bakteria Bacillus thuringiensis israelensis (Bti) bagi membunuh jentik-jentik nyamuk Aedes. Ia digunakan melalui semburan ruang menggunakan mesin Ultra Low Volume (ULV), mistblower dan hand-sprayer terutama di lokaliti hotspot denggi. Pada tahun ini KKM telah membelanjakan sebanyak RM431 ,080 untuk membeli Bti dan sehingga 22 September 2014, sebanyak 112 lokaliti hotspot telah dibuat semburan menggunakan Bti.
1
-
Sehingga kini belum ada vaksin untuk penyakit demam denggi, ia masih diperingkat kajian oleh beberapa syarikat farmasutikal termasuklah untuk menentukan keberkesanan vaksin tersebut.
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga kini, masih belum ada vaksin yang berkesan untuk mengawal demam denggi walaupun beberapa syarikat pengeluar vaksin antarabangsa telah menghasilkannya, vaksin berkenaan yang mana masih lagi dalam kajian.
2
-
SIDANG DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KETIGA BELAS (2014)
PERTANYAAN DARIPADA
SO ALAN
BERTULIS VB DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT] 431
minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kaedah pemantauan yang dibuat dalam memastikan Polisi Sains Negara mengikut garis panduan yang berkesan dan adakah Kementerian berhasrat menubuhkan Lembaga Sains, Teknologi dan I novasi sebagai bad an pemantau.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Sains, Teknologi dan lnovasi Negara atau ringkasnya DSTIN menggariskan hala tuju pelaksanaan sains, teknologi dan inovasi atau ringkasnya STI ke arah mewujudkan sebuah negara maju sains menjelang tahun 2020.
DSTIN memberikan fokus kepada 6 Teras Strategik iaitu: (i) Memajukan Bidang-bidang Penyelidikan dan Pembangunan Saintifik dan Sosial, dan Pengkomersialan (R,D&C); (ii) Membangun, Memupuk dan Menggilap Bakat; (iii) Menggiat dan Mencergaskan lndustri; (iv) Transformasi Tadbir Urus STI; (v) Menggalak dan Memupuk Kesedaran
-
STI; dan (vi) Mengukuhkan Hubungan Strategik Antarabangsa. Enam (6) Teras Strategik DSTIN ini akan direalisasikan menerusi Pelan Tindakan DSTIN yang mengandungi pelbagai program, projek dan aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan sehingga tahun 2020. Program-program di bawah DSTIN juga akan menyokong inisiatif Kerajaan dalam melaksanakan program-program di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dari 2016 hingga 2020. Pelaksanaan Pelan Tindakan DSTIN akan melibatkan konsultasi dengan pelbagai pihak termasuk agensi pusat, kementerian-kementerian 'dan agensi berkaitan serta pihak industri dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menubuhkan satu majlis dengan menyelaras majlis sedia ada bagi memantau semua aktiviti berkaitan Sains, Teknologi, lnovasi dan lndustri (STII). Majlis STII ini akan dianggotai oleh kementerian/jabatan berkaitan STII. Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi serta Pejabat Penasihat Sains kepada YAB Perdana Menteri akan bertindak sebagai urus setia bersama. Semua jawatankuasa sedia ada berkaitan sains akan dipantau oleh majlis ini.
Penubuhan majlis ini akan memberi manfaat kepada negara melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) STII yang lebih berfokus. Majlis ini juga akan memacu peranan STII secara menyeluruh dalam membantu mencapai matlamat agenda transformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan di samping memastikan semua perancangan, pengurusan dan penyelarasan R&D antara agensi menjadi lebih kemas dan efektif. Ia akan dapat memastikan isu pertindihan bidang fungsi di antara majlis dan jawatankuasa sedia ada di bawah bidang STI dapat dikurangkan.
-
Penubuhan majlis ini akan turut dapat mengukuhkan jalinan kerjasama antara pihak Kerajaan, swasta, akademia dan masyarakat umum yang berdasarkan konsep quadruple helix dan dapat menjuruskan program R,D&C termasuk pembangunan industri kepada penjanaan kekayaan dan kesejahteraan negara. Penubuhan majlis ini, kini dalam tindakan kementerian.
Sekian, terima kasih.
-
NO. SOALAN: 432
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SOALAN
BUKAN LISAN
VB TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD (SHAH ALAM)
Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan syarat-syarat kelayakan menerima pencen minima.
-
JAWAPAN : VB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pencen minima sekarang ialah RM820 sebulan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Syarat kelayakan bagi mendapat pencen minima adalah pegawai mesti berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan Kerajaan.
Sekian. Terima kasih.
2
-
NO. SOALAN: 433
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAM AD
Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai penerima pencen minima mengikut sektor pekerjaan.
-
JAWAPAN: VB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABAT AN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,sehingga September 2014, seramai 25,500 pesara dan 23,536 Penerima Pencen Terbitanmenerima pencen minima iaitu sekurang-kurangnya RM820.00 sebulan.
Bagi pesara ia melibatkan 97 skim perkhidmatan manakala bagi Penerima Pencen Terbitan ia melibatkan 95 skim perkhidmatan.
Sekian. Terima kasih.
2
-
SOALAN NO: 434
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATUK SERI DRS. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
PERTANYAAN DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD [SHAH ALAM]
Tuan Haji Khalid Bin Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kos pengurusan klinik Kerajaan di Shah Alam dan adakah klinik tersebut akan diteruskan selepas siapnya hospital Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua,
Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi keseluruhan kos pengurusan Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam pada tahun 2013 adalah sebanyak RM 7,073,067 .25. Pengoperasian Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam akan diteruskan kerana skop perkhidmatan yang diberikan oleh Klinik Kesihatan dan Hospital Shah Alam (Hospital Berpakar) adalah berbeza. Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam menyediakan perkhidmatan kesihatan di peringkat kesihatan primer di mana pesakit akan dirawat secara pesakit luar dan tidak memerlukan kemasukan ke wad. Hospital Shah Alam pula menyediakan perkhidmatan rawatan pakar secara temujanji dan juga rawatan bagi pesakit dalam iaitu pesakit yang memerlukan kemasukan ke wad untuk rawatan lanjut.
-
NO. SOALAN : 435
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH JAWAPAN Dl DEWAN RAKYAT
SO ALAN
BERTULIS
YB. TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD [ SHAH ALAM ]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
langkah kerajaan dalam menjalankan inisiatif tenaga boleh baharu
semenjak Rancangan Malaysia ke-9 sehingga sekarang.
-
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kerajaan telah mula melaksanakan program Tenaga Boleh Baharu
(TBB) sejak Rancangan Malaysia Ke-8 bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil apabila Dasar Lima Bahan
Api (Five Fuel Policy) diperkenalkan. Dibawah dasar ini, sumber TBB iaitu biomas, biogas, mini-hidro dan solar telah dikenalpasti
sebagai sumber tenaga alternatif selain daripada tenaga
konvensional iaitu minyak, gas, arang batu dan hidro untuk
penjanaan tenaga elektrik. Selaras dengan pelaksanaan Dasar ini,
Program Small Renewable Energy Power (SREP) telah diperkenalkan bagi menggalakkan lagi pembangunan tenaga boleh
baharu di negara ini. Di bawah program ini, para pemaju boleh
membangunkan stesen penjanaan tenaga elektrik berasaskan
sumber-sumber TBB seperti biomass, biogas dan mini-hidro untuk
dijual kepada pihak utiliti.
2. Selain itu, Kerajaan juga telah melaksanakan program-program
seperti, dengan izin, Malaysian Building Integrated Photovoltaics
-
(MBIPV) dan Biomass Based Generation and Cogeneration
(Biogen) dengan kerjasama United Nations Development Program
(UNDP) bagi menggalakkan penggunaan solar fotovoltik dan
biomass bagi penjanaan elektrik. Kemudahan-kemudahan insentif
fiskal juga telah disediakan oleh Kerajaan bagi menggalakkan lagi penyertaan dalam pembangunan projek-projek Tenaga Boleh
Baharu seperti taraf perintis, pengecualian cukai pelaburan,
pengecualian duti import dan cukai jualan.
3. Bagi memacu pembangunan Tenaga Boleh Baharu di negara ini
dengan lebih pesat, Kementerian telah memperkenalkan
pelaksanaan mekanisme Feed-in Tariff (FiT) di bawah Dasar dan
Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu yang baru di bawah RMKe-
10. Dasar ini dirangka bagi meningkatkan sumbangan tenaga
boleh baharu bagi men jam in keselamatan tenaga (energy security) serta meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara. Sasaran
yang telah ditetapkan di bawah dasar ini adalah sebanyak
2,080MW menjelang tahun 2020.
4. Mekanisme FiT telah dilaksanakan bermula daripada 1 Disember
2011 selaras dengan penguatkuasaan Akta TBB 2011. Di bawah
mekanisme ini, lima (5) sumber TBB telah dikenal pasti layak untuk
-
mendapat kadar FiT iaitu biomas daripada sisa pertanian dan sisa
pepejal, biogas, hidrokuasa kecil, solar PV dan geothermal.
Sehingga 31 Oktober 2014, sebanyak 4,626 permohonan dengan
jumlah kapasiti terpasang sebanyak 917 MW telah diluluskan oleh
SEDA Malaysia. Daripada jumlah yang diluluskan, sebanyak 2,417
telah bersambung ke grid dan beroperasi dengan jumlah kapasiti
terpasang sebanyak 242 MW. Berdasarkan kepada jumlah kuota
yang diluluskan sehingga 31 Oktober 2014, pelaksanaan
Mekanisme FiT dianggarkan telah mewujudkan sebanyak 19,104
peluang pekerjaan dan mengelakkan pembebasan karbon dioksida
(C02) ke atmosfera sebanyak 2, 789,686 mtco2eq sehingga separuh
tahun pertama 2017.
5. Pelaksanaan Mekanisme FiT juga telah berjaya menarik pelaburan
daripada sektor swasta yang dianggarkan sebanyak RM7.06 bilion
bagi membangunkan projek-projek FiT. Ia juga telah menjadi
pemangkin kepada pertumbuhan industri baru iaitu industri TBB
negara yang terdiri daripada pembekal perkhidmatan TBB dan juga
pembuatan (manufacturing) komponen TBB khususnya solar PV.
*****************************************************************
-
DARIPADA
NO SOALAN :436
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
: Y.B. TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD {SHAH ALAM)
PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD [ SHAH ALAM ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang dalam negeri dan luar
negeri dari tahun 2000 hingga 2014 dan usaha-usaha kerajaan membayar
hutang tersebut.
JAWAPAN
jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir jun 2014 adalah sebanyak
RM568.9 bilion atau 52.8% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Daripada jumlah berkenaan, 97.1% atau RM552.7 bilion adalah hutang
domestik, sementara bakinya RM16.2 billion atau 2.9% merupakan
-
pinjaman luar persisir. Kedudukan hutang Kerajaan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana. Perincian
kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:
HUTANG HUTANG TAHUN DALAM % LUAR o/o
NEGERI KEPADA NEGERI KEPADA (RM JUTA) KDNK (RMJUTA) KDNK
2000 106,805 30.0 18,821 5.3 2001 121,396 34.4 24,328 6.9 2002 128,680 33.6 36,283 9.5 2003 151,483 36.2 37,284 8.9 2004 181,970 38.4 34,654 7.3 2005 198,670 36.5 30,000 5.5 2006 217,220 36.4 25,005 4.2 2007 247,120 37.1 19,602 2.9 2008 286,121 37.2 20,316 2.6 2009 348,600 48.9 13,786 1.9 2010 390,356 49.0 16,745 2.1 2011 438,025 49.5 18,103 2.0 2012 484,769 51.5 16,848 1.8 2013 523,095 53.0 16,763 1.7 2014** 552,652 52.7 16,241 1.5
* Hutang luar negeri mengikut definisi lama
** Sehingga akhir jun 2014
-
2. Kerajaan terus komited dalam memastikan paras hutang Kerajaan
Persekutuan tidak melebihi 55% daripada KDNK. Bagi memastikan paras
hutang Kerajaan Persekutuan kekal rendah dan terurus, langkah
konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit
secara berperingkat dan mencapai bajet berimbang pada tahun 2020.
Kedudukan ini seterusnya akan mengurangkan keperluan Kerajaan untuk
meminjam dan dapat menurunkan paras hutang. Kepatuhan yang tegas
terhadap disiplin fiskal serta pengurusan hutang yang baik terus diberikan
penekanan bagi memastikan kedudukan fiskal dan makroekonomi terus
kukuh serta dapat menampan sebarang krisis.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat,
3. Bagi mengurangkan paras hutang, Kerajaan telah melaksanakan
langkah-langkah berikut :
i. Memastikan jumlah hasil negara lebih daripada mencukupi bagi
-
menampung perbelanjaan mengurus, dan menampung sebahagian
perbelanjaan pembangunan.
i. Pinjaman Kerajaan adalah semata-mata untuk membiayai perbelanjaan
pembangunan. Pinjaman ditumpukan kepada perbelanjaan
pembangunan bagi projek berimpak tinggi yang akan memberi
pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa
panjang;
i. Mengawal perbelanjaan dan memastikan peruntukan dibelanjakan
dengan berhemat, cekap dan berkesan serta memberi penekanan
kepada outcome, bagi mengelakkan pembaziran.
i. Meneruskan dasar semasa Kerajaan dalam mengutamakan pinjaman
dalam negeri yang tidak menyebabkan inflasi, dengan mengambil kira
mudah tunai yang tinggi dan kos pinjaman yang lebih murah; dan
i. Kerajaan komited dengan konsolidasi fiskal bagi mengurangkan paras
-
defisit secara berperingkat, yang seterusnya akan mengurangkan
keperluan Kerajaan untuk meminjam.
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
SOALAN ( 437 )
Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA]
Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan perancangan jangka panjang Kementerian untuk mengurangkan penggunaan bahan pembungkusan yang tidak boleh di kitar semula di seluruh negara yang merupakan sebahagian besar dari sampah pepejal. Berapakah peruntukan tahunan Kementerian dalam pendidikan kitar semula dan penjagaan alam sekitar.
1
-
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Kajian Komposisi Sisa Pepejal, Ciri-Ciri dan Amalan Kitar Semula di Malaysia yang dijalankan pada 2011 - 2012 menunjukkan bahawa sisa makanan adalah merupakan kategori sisa pepejal terbesar dalam komposisi sisa pepejal Malaysia iaitu sebanyak 44.5o/o, diikuti dengan 13.2o/o sisa plastik di mana
kebanyakannya adalah bahan pembungkusan.
Pihak Kerajaan sedia maklum bahawa terdapat beberapa kategori sisa pepejal yang tidak ekonomikal dan praktikal untuk dikitar semula, sebagai contohnya sisa pembungkusan seperti styrofoam, beg plastik dan
sebagainya. Langkah terbaik bagi menangani sisa pepejal ini adalah melalui konsep pengurangan penggunaan bahan tersebut di mana pihak
pengilang boleh merekabentuk produk yang menggunakan bahan
pembungkusan yang minima atau pihak pasaraya boleh memperkenalkan
hari tanpa beg plastik. Selain itu, Kerajaan juga menggalakkan
2
-
penggunaan beg-beg atau bahan pembungkusan daripada plastik yang
mudah terurai (degradable) kerana ia lebih bersifat mesra a lam sekitar.
Bagi mewujudkan situasi menang-menang, langkah mengurangkan penggunaan beg plastik dengan menggantikannya dengan penggunaan
beg mesra alam adalah wajar kerana penggunaan beg plastik yang berleluasa telah menyumbang kepada implikasi negatif terhadap ekologi
dan kesihatan masyarakat . lndustri plastik tidak mungkin boleh terjejas jika sekiranya kempen atau larangan penggunaan beg plastik hanya terhad di
pasar raya. lni kerana beg plastik masih digunakan secara meluas di pasar
malam, pasar tani, pasar basah, kedai runcit, kilang dan pelbagai premis
perniagaan.
Bagaimanapun buat masa ini pihak Kerajaan masih belum bercadang untuk mewajibkan kepada mana-mana pihak untuk mengurangkan penggunaan beg-beg plastik kerana ianya akan mempengaruhi kenaikan
harga sesuatu barangan. Bagaimanapun beberapa langkah-langkah telah
dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini iaitu:-
3
-
(i) mempergiat kempen dan program kesedaran;
(ii) menggubal peraturan bagi mewajibkan syarikat menghadkan penggunaan bahan pembungkusan; dan
(iii) melaksanakan hari tanpa plastik di pasaraya-pasaraya utama seluruh negara.
Semenjak tahun 2001 . sehingga tahun 2013, pihak Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM80juta bagi tujuan untuk melaksanakan aktiviti kesedaran awam dan pendidikan mengenai kitar semula. Pelbagai aktiviti
telah dijalankan antaranya adalah seperti berikut:-
(i) Program promosi seperti mengadakan Majlis sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan, Larian Kitar Semula dan promosi melalui media
massa;
(ii) Pemberian tong-tong kitar semula ke PBT-PBT, sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan stesen minyak; dan
4
-
{iii) Penubuhan pusat-pusat kitar semula, bank kitar semula dan
pelaksanaan program pengkomposan di komuniti;
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
November 2014
5
-
SOALAN NO. 438
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
JAWAB BUKAN LISAN
DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD
[KOTA RAJA]
7 OKTOBER 2014 (SELASA)
Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja) minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan apakah perkembangan terbaru program Kementerian untuk
OKU.
1
-
JAWAPAN:
Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh orang kurang upaya (OKU). Pelbagai program telah diadakan dari masa ke masa bagi memperkasa OKU untuk hidup berdikari dalam
masyarakat.
Masyarakat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan pelbagai program. Antara program y1;1ng terbaru adalah
seperti berikut:
i. Economic Empowerment Programme (EEP) di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Program Pemerkasaan Ekonomi (EEP) di PDK merupakan suatu
program yang bertujuan menjana pendapatan pelatih OKU di PDK.
Sasaran program adalah OKU dewasa yang berada di PDK. Objektif
program ini adalah untuk meningkatkan kebolehan, keupayaan,
kemampuan serta kemahiran bagi petugas PDK dan OKU dewasa
mengikut potensi yang ada dalam diri mereka serta sebagai suatu
kaedah untuk memberi pekerjaan kepada OKU di PDK. Selain itu,
2
-
program ini juga memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa OKU
adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai hak
yang sama dalam pembangunan komuniti. Program ini bertujuan untuk
menjana pendapatan OKU dengan menjalankan pelbagai kegiatan
ekonomi. Antara kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan adalah
jahitan baju kurung, sulaman name tag dan tuala, pembuatan beg,
sarung kusyen, cadar dan sebagainya. Sejak tahun 2010, seramai 629
OKU telah terlibat dalam program EEP.
ii. TASKA OKU
Penubuhan 6 buah Taska OKU pada tahun 2013 yang melibatkan
peruntukan Kerajaan berjumlah RM 3 juta adalah satu lagi komitmen
terbaru Kerajaan sebagai langkah penyediaan intervensi awal kepada
kanak-kanak OKU. Taska-taska tersebut adalah seperti berikut:
a) TASKA OKU Sindrom Down (Putrajaya)
b) TASKA OKU Fizikal (Kota Kinabalu)
c) TASKA OKU Masalah Pembelajaran (lpoh)
d) TASKA OKU Autisme (Sibu)
e) TASKA OKU Masalah Pendengaran (Puchong)
f) TASKA OKU Masalah Penglihatan (Pulau Pinang)
3
-
JKM telah menerima peruntukan berjumlah RM1 ,440,000 melalui Bajet
2015 bagi tujuan membiayai kos operasi TASKA OKU di atas.
iii. Program Kumpulan Advokasi Diri OKU di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Program Kumpulan Advokasi Diri OKU di PDK merupakan suatu
program yang dijalankan bertujuan menghasilkan masyarakat OKU yang inklusif, tanpa halangan sama ada dalam bentuk sikap mahupun
persekitaran dan berteraskan kesamarataan hak dengan lain-lain
anggota masyarakat ke arah kehidupan berdikari. Sasaran program
adalah untuk menggalakkan OKU dewasa yang berada di PDK dapat
mewujudkan Kumpulan Advokasi Diri dan menggerakkan masyarakat
untuk menubuhkan Kumpulan Penyokong bagi Kumpulan Advokasi Diri
OKU. Sejak tahun 2011 , sebanyak 26 Kumpulan Advokasi Diri OKU
telah ditubuhkan melibatkan 34 buah PDK di seluruh Malaysia.
Kesimpulannya, Kementerian telah melaksanakan pelbagai program
dari semasa ke semasa bagi memperkasa OKU untuk hidup berdikari
supaya golongan OKU tidak ketinggalan dalam mengejar arus
pemodenan dan dapat bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling.
4
-
RT59/439
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status dana PTPTN yang telah dikeluarkan semenjak penubuhannya. Dari jumlah ini berapa peratus dana ini digunakan untuk membiayai penuntut IPTS dan IPTA. Adakah pihak Kementerian masih perlu menambah modal dana tersebut dan berapa tambahannya mengikut tahun.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Sehingga 31 Ogos 2014, sejumlah 2,126,632 pinjaman dengan pembiayaan sehingga pelajar tamat pengajian sebanyak RM47.79 bilion telah diluluskan oleh PTPTN. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM39.28 bilion telah dikeluarkan kepada pelajar. Sebanyak 51% dana pembiayaan digunakan bagi membiayai pelajar IPTA manakala 49% lagi kepada pelajar IPTS melibatkan keperluan peruntukan sebanyak RM5.0 hingga 5.5 bilion setahun.
-
RT60/440
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERT ANY AAN BERTULIS
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah Kementerian untuk meningkatkan kemahiran Bahasa lnggeris mahasiswa dan graduan lnstitusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sentiasa berusaha untuk memperkasakan penguasaan bahasa lnggeris dalam kalangan mahasiswa melalui kaedah-kaedah seperti berikut:
. '
1
i) Penawaran kursus-kursus kemahiran bahasa lnggeris yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam bahasa tersebut. Jumlah jam kredit serta jenis kursus yang ditawarkan kepada setiap pelajar adalah berdasarkan keputusan pelajar tersebut di dalam Malaysia University English Test (MUET) yang diambil sebelum memasuki IPTA;
-
ii) Menggalakkan penggunaan bahasa lnggeris dalam sesi tutorial, pembentangan kertas kerja serta pembentangan kertas projek tahun akhir dan lain-lain sesi pembelajaran tidak formal;
iii) Menawarkan kursus-kursus elektif bahasa lnggeris sebagai kursus pilihan untuk pelajar;
iv) Menggalakkan pelajar lemah untuk mengikuti kursus jangka pendek/klinik bahasa semasa cuti semester;
v) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum dalam bahasa lnggeris . seperti melaksanakan minggu/bulan bah as a lnggeris, English Language Camp serta beberapa program lain yang dilaksanakan oleh persatuan-_persfltuan pelajar dari semasa ke semasa, dan
vi) Penilaian kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berkomunikasi di dalam bahasa lnggeris.
-
SOALAN NO: 441
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYMN: BERTULIS
DARIPADA: Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD
SOALAN:
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dasar Kerajaan dalam isu pengambilan pembantu rumah dari luar negara terutamanya Indonesia. Apakah Kementerian boleh memudahkan urusan pengambilan pembantu rumah wanita daripada kalangan mereka yang memasuki negara ini menggunakan visa lawatan dan kemudian tidak meninggalkan negara ini dan bekerja sebagai pembantu rumah dengan orang tempatan.
PR-1323-T6524 7
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
1. Untuk makluman Dewan Yang Mulia,dalam isu penggajian pembantu rumah dari luar negara terutamanya Indonesia, dasar Kerajaan membenarkan pengambilan pembantu rumah asing daripada 9 buah negara sumber yang terdiri daripada Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Filipina, India, Sri Lanka, Nepal dan India.
1
-
2. Pada masa ini, Kerajaan hanya mempunyai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Indonesia iaitu Protokol MoU 2011 yang menetapkan sebarang penggajian dan penempatan pembantu rumah Indonesia mestilah berlandaskan saluran yang ditetapkan di bawah Protokol ini, pengambilan melalui Agensi Pekerjaan Swasta yang berdaftar di antara kedua-dua negara serta mematuhi kos struktur yang ditetapkan iaitu RM7,800 (RM6,000 ditanggung oleh majikan dan RM1 ,800 ditanggung oleh pembantu rumah Indonesia).
3. Bagi isu pengambilan pembantu rumah menggunakan visa lawatan atau Journey Performed Visa (JP Visa), prosedur ini adalah di bawah kawalan Jabatan lmigresen Malaysia dan pada masa sekarang terpakai kepada semua pembantu rumah negara-negara sumber yang berkaitan melainkan Indonesia. lni selaras dengan keputusan Kerajaan pada 1 Julai 2013 untuk memansuhkan pengeluaran JP Visa kepada pembantu rumah Indonesia berkuatkuasa 1 Oktober 2013.
2
-
NO. SOALAN: 442
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN LISAN
DARIPADA VB TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN
[SEPANG]
SO ALAN
TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN [SEPANG] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
(a) adakah Kerajaan akan mewajibkan pendaftaran pengundi bagi memastikan rakyat yang cukup umur menjalankan tanggungjawab memilih dalam pilihan raya; dan
(b) adakah Kerajaan ada cadangan untuk meminda umur kelayakan rakyat yang layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun dan jika ada, bila akan dipinda dan jika tidak, mengapa.
-
JAWAPAN: YB DATO' SERI DRSHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menyebut mana-mana warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun dan tidak hilang kelayakan sebagai pemilih perlu memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih bagi suatu bahagian pilihan raya dan membolehkannya mengundi dalam sesuatu pilihan raya umum atau kecil.
Oleh yang demikian, cadangan untuk mewajibkan pendaftaran bagi warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan sebagai pemilih adalah bertentangan dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan pada masa sekarang. Selain itu, Kerajaan juga belum berhasrat untuk meminda umur kelayakan warganegara Malaysia berdaftar sebagai pemilih kepada 18 tahun. Sekiranya kedua-dua cadangan tersebut hendak dilaksanakan, ia memerlukan kajian lanjut dan mendalam sebelum sebarang pindaan dibuat pada peruntukan undang-undang sedia ada.
Sekian. Terima kasih.
2
-
NO. SOALAN : 443
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [ Sepang]
Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
a) mengapakah para peneroka yang menyaman FELDA dalam kes isu perahan minyak dinafikan sumbangan wang hari raya dan wang keuntungan FGV pada tahun ini sedangkan pada tahun sebelum ini mereka menerima sumbangan tersebut; dan
b) berapakah jumlah peneroka yang dinafikan sumbangan tersebut di seluruh Malaysia dan berapa pula peneroka yang menerimanya.
-
JAWAPAN: YB DATO' RAZALI BIN IBRAHIM, TIM BALAN MENTERI Dl JABAT AN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agihan pembayaran dividen FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kepada Dana Tabung Amanah Peneroka dan sumbangan Hari Raya kepada peneroka FELDA merupakan sebahagian daripada pelbagai insentif dan sumbangan yang disediakan oleh FELDA.
Pemberian sumbangan Hari Raya kepada peneroka mula diperkenalkan pada tahun 2003. Tujuan pemberian ialah sebagai penghargaan kepada peneroka atas sumbangan yang besar kepada kemajuan industri sawit dan getah negara di samping meringankan beban kewangan peneroka bagi menyambut hari raya.
Pembayaran dividen FGV pula adalah bagi pegangan saham langsung FELDA di dalam FGV sebanyak 20% iaitu atas nama Tabung Amanah Peneroka. Bayaran dividen ini akan diagihkan kepada semua peneroka mengikut kategori yang telah ditetapkan.
Terdapat dua (2) kategori peneroka yang tidak diberi kedua-dua sumbangan berkenaan iaitu:
(i) peneroka yang terlibat dalam urusniaga tanah tanpa kebenaran FELDA
(ii) peneroka yang telah memfailkan saman terhadap FELDA.
-
Bagi pemberian sumbangan Hari Raya, peneroka yang dikategorikan (i) telah tidak dibayar sejak tahun-tahun terdahulu. Manakala bagi kategori (ii) pula tidak dibayar mulai tahun ini. Bagi agihan dividen, penahanan pembayaran dividen sebagaimana diterima melalui Tabung Amanah Peneroka ini adalah untuk kali pertama.
Sejak awal penubuhan, FELDA mengorak langkah dan berkembang atas kesepakatan bersama semua peneroka. Kesepakatan ini diterjemahkan dalam konteks semua peneroka bersama dalam setiap program FELDA, memberi sumbangan dan seterusnya mendapat manfaat bersama dalam model FELDA. Maka rasional penahanan sumbangan ini dilihat daripada sudut untuk memberi lebih dorongan kepada peneroka berkaitan supaya turut serta dalam kelompok bersama FELDA.
FELDA tidak memaksa peneroka untuk menarik balik saman. Sekiranya terdapat peneroka yang menarik balik saman, FELDA menyediakan saluran rayuan untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan lnsentif bagi membolehkan peneroka mendapat kembali insentif berkenaan.
Jumlah peneroka yang menerima bayaran adalah seramai 106,709 orang (94.7%). Jumlah peneroka yang tidak layak menerima bayaran adalah seramai 5,926 orang (5.3%). Mereka terdiri daripada 241 peneroka yang terlibat dengan urusniaga tanah tanpa kebenaran FELDA dan 5,685 peneroka yang telah memfailkan saman terhadap FELDA.
Sekian . Terima kasih.
-
SOALAN NO. 444
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
BUKAN JAWAB LISAN
TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN
[ SEPANG 1
7 OKTOBER 2014 (SELASA)
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang 1 minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan :-
a) apakah faedah-faedah yang Kementerian untuk membantu ibu-ibu tunggal dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh
Kementerian untuk menyedarkan ibu-ibu tunggal tentang wujudnya
1
-
dan bagaimana untuk memperolehi faedah-faedah tersebut; dan
b) berapa jumlah ibu-ibu tunggal di Sepang sehingga September 2014.
2
-
JAWAPAN:
a) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
menyediakan pelbagai program kemahiran untuk membantu wan ita dan ibu
tunggal membangunkan ekonomi dan menjana pendapatan menerusi
program-program seperti berikut:
A. Pro
top related