novel “destinasi impian sm1 nama...destinasi impian sinopsis keseluruhan johari, azlina, dan...
Post on 12-Dec-2020
31 Views
Preview:
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Sinopsis Novel “Destinasi Impian”
SM1
Nama : _____________________________
Analisis Novel
Sinopsis
Tema
Persoalan
Watak & perwatakan
Latar
Plot
Gaya Bahasa
Teknik Plot
Nilai
Pengajaran
Destinasi Impian
Sinopsis Keseluruhan
Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke
Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan beberapa tujuan, iaitu yang pertama, untuk
menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi sekarang lemah
dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Kedua, untuk melihat tanah air mereka
yang merdeka secara lebih dekat. Seterusnya, untuk menjadikan Firdaus lelaki sejati,
Firdaus bersifat agak keperempuanan akibat terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
Firdaus menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila.
Dalam ekspedisi berbasikal itu, Firdaus sering merungut kerana terlalu penat.
Sikap Firdaus yang tidak sabar itu menimbulkan konflik antara dia dengan adiknya,
Azlina. Konflik antara mereka berdua telah menimbulkan sindir menyindir, tengking-
menengking, dan perasaan marah. Walau bagaimanapun, Johari sebagai sepupu
mereka yang lebih dewasa sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah kedua-dua
orang adik sepupunya. Akhirnya, ekspedisi tersebut berjaya. Mereka bertiga berjaya
tiba di tempat yang dituju, iaitu di Pantai Morib Baru. Firdaus berasa bangga kerana
telah dapat mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Ketibaan Firdaus di Pantai Morib Baru disambut oleh rakan-rakannya, iaitu
Sazali, Moksin, Salim, Erma, Zarina, dan Mazlinda. Firdaus terkejut kerana
menyangka bahawa kawan-kawannya sedang bergembira menonton wayang dan
meraikan majlis sambutan hari lahir Mazlinda, iaitu gadis idamannva. Kawan kawan
Firdaus memberikan ucapan tahniah kepadanya. Firdaus membohongi kawan-
kawannya dengan mengatakan bahawa perjalanannya lewat kerana adiknya, Azlina
hanyak berehat. Firdaus juga telah meninggalkan Johari dan Azlina.
Johari dan Azlina bersama-sama dengan kawan-kawan Johari yang sama belajar
di Universiti Putra Malaysia. Johari dan Azlina juga seperti Firdaus, iaitu bergembira
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
dengan kawan-kawan mereka. Tiba-tiba Azlina didatangi oleh kawan-kawan Firdaus,
iaitu Moksin dan Sazali. Mereka bertanyakan sama ada betul atau tidak kenyataan
Firdaus, iaitu kelewatan mereka sampai kerana Azlina asyik hendak berehat.
Akhirnya, Moksin dan Sazali mendapat tahu bahawa Firdaus berbohong. Mereka
bertekad untuk memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Sebenarnya, Firdaus
menjadi sombong akan kejayaannya berbasikal dari Klang ke Morib. Dia telah
memberitahu Mazlinda bahawa dia pandai berenang juga. Firdaus berbohong kepada
Mazlinda walaupun sedar bahawa dia tidak sehebat yang diceritakannya. Oleh itu,
perasaan itu terbawa-bawa dalam mimpinya.
Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang. Firdaus
memberitahu mereka bahawa dia ingin pulang berseorangan. Azlina berasa tidak
sampai hati mahu meninggalkan abangnya, Firdaus. Setelah dipujuk oleh Johari,
akhirnya, mereka berbasikal pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan kawan-
kawannya mandi di laut. Firdaus mandi sambil bergembira bersama-sama dengan
kawan-kawannya. Mereka berlumba menyelam. Dalam kegembiraan itu, Mazlinda
telah dipukul ombak dan terkapai-kapai. Firdaus yang telah bercakap besar terpaksa
memberanikan diri untuk menyelamatkan Mazlinda tetapi akhirnya, dia yang lemas.
Sebaik-baik sahaja sedar, Firdaus berada di katil hospital. Johari dan Azlina
yang berada di sisi Firdaus bertanyakan khabarnya. Firdaus mendapat tahu bahawa dia
lemas dan telah diselamatkan oleh Mazlinda. Mazlinda berpura-pura tidak tahu
berenang untuk mengujinya. Firdaus berasa malu dan tunduk sahaja. Johari menasihati
Firdaus supaya mengangkat mukanya. Bagi Johari, Firdaus sudah menjadi orang yang
berani dan orang yang berani tidak akan menundukkan muka sepanjang masa.
Menurut Johari lagi, keberanian hendaklah disertai fikiran yang waras. Sewaktu
Mazlinda datang bersama-sama dengan kawan-kawannya yang lain, Firdaus ingin
menundukkan muka kerana malu. Namun begitu, Firdaus segera teringat akan kata-
kata Johari lalu dia mengangkat muka untuk memandang Mazlinda dengan berani.
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sinopsis Terperinci
Johari Teruskan Perjalanan Ini!
Johari memanggil Azlina yang sedang sibuk merakamkan gambar bunga lalang.
Johari memberitahu Azlina bahawa abangnya, Firdaus mengajak mereka berpatah
balik. Johari mengadakan undian untuk menentukan sama ada mereka perlu berpatah
balik atau meneruskan perjalanan. Berdasarkan undian tersebut, Firdaus membuat
keputusan bahawa mereka perlu meneruskan perjalanan.
Firdaus yang kelelahan itu bertanyakan tujuan ekspedisi tersebut. Johari
menjelaskan bahawa ekspedisi berbasikal itu adalah untuk menyahut cabaran datuk
mereka. Datuk mereka mengatakan bahawa generasi hari ini lemah dan tidak tahan
lasak. Selain itu, ekspedisi tersebut adalah untuk melihat tanah air mereka yang
merdeka secara dekat. Azlina pula menyambung ekspedisi itu adalah untuk
menjadikan Firdaus sebagai orang lelaki. Firdaus berasa marah mendengar kata-kata
Azlina tetapi Johari menyabarkannya. Johari meminta Firdaus mengambil kata-kata
Azlina sebagai cabaran.
Kemudian, mereka bertiga meneruskan perjalanan berbasikal itu sambil melihat
kesan sejarah dan persekitaran. Dalam perjalanan tersebut, tayar basikal Firdaus
kempis kerana tertusuk paku. Firdaus merungut lagi sambil mengatakan bahawa jika
duduk di rumah, tentu tiada masalah. Azlina menyuruh Firdaus balik dan berkepit di
bawah ketiak emaknya. Firdaus berasa marah terhadap Azlina. Johari terpaksa
meninggikan suara untuk meleraikan pertengkaran antara dua beradik itu. Johari
menasihati Firdaus dengan mengatakan bahawa perjalanan sentiasa mempunyai
halangan. Oleh itu, Firdaus haruslah berani, tabah, dan sabar menghadapinya. Selepas
itu, mereka bertiga meneruskan perjalanan.
Firdaus Penyesalan Sepanianq Perjalanan
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Firdaus berasa terlalu penat. Dia menyesal kerana menyertai Johari dan Azlina
dalam perjalanan gila itu. Firdaus teringat perjalanan berbasikal itu bermula daripada
perbualan dengan datuk mereka. Firdaus menyertai perjalanan berbasikal itu adalah
untuk menyahut cabaran datuknya. Firdaus juga teringat akan sindiran rakan-rakannya
tentang hasratnya hendak menyertai ekspedisi berbasikal itu.
Bunyi hon yang kuat dari arah belakang membuatkan Firdaus terkejut. Firdaus
segera membelokkan basikalnya ke kiri. Akibatnya, Firdaus terlanggar seketul batu
yang besar. Siku Firdaus luka. Azlina membandingkan keadaan abangnya itu dengan
orang yang sebaya dengan abangnya di Afghanistan dan Palestin. Menurut Azlina,
banyak orang yang sebaya dengan abangnya di negara-negara tersebut patah tangan
atau kaki kerana berjuang untuk mempertahankan tanah air. Kata-kata Azlina itu
menyakiti hati Firdaus. Johari membalut luka pada siku Firdaus. Selepas itu, mereka
meneruskan perjalanan berbasikal walaupun Firdaus ingin berehat.
Azlina Kerana Abang
Azlina berasa amat penat setelah mengayuh basikal sejak pukul 7:00 pagi. Kini,
sudah hampir pukul 12:00 tengah hari dan matahari pula sedang panas terik. Azlina
teringat akan kata-kata seorang peniaga perempuan bahawa jika orang perempuan
mahu melakukan pekerjaan yang dimonopoli oleh lelaki, perempuan itu mesti
melakukannya dua kali lebih baik daripada orang lelaki; barulah kemampuannya
diiktiraf. Azlina berasakan dia telah berjaya melakukan dua kali lebih baik daripada
Firdaus dalam perjalanan berbasikal itu. Azlina berharap agar Firdaus tercabar dan
berusaha mengatasinya.
Azlina teringat juga akan kata-kata Johari tentang persaingan, iaitu persaingan
yang sihat akan meningkatkan kualiti. Sebaliknya, persaingan yang disertakan hasad
dengki akan menyebabkan sama-sama tidak maju. Johari bukan sahaja pandai berteori
tetapi pandai mempraktikkannya juga. Seterusnya, Azlina teringat akan kata-kata
Johari, iaitu jika kurang membaca akan ketinggalan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bunyi hon kereta Volkswagen menyebabkan Azlina terkejut. Azlina segera
menepikan basikalnya ke tanah merah. Pemandu kereta itu bersiul kepada Azlina.
Perbuatan itu membuatkan Azlina teringat akan kata-kata kawannya, Salamah.
Salamah mengatakan bahawa perbuatan pemandu itu sebagai mengurat fesyen lama.
Azlina melihat ke belakang tetapi Johari dan Firdaus tidak kelihatan.
Azlina berhenti berhampiran dengan gerai air tebu. Azlina minum air tebu dan
berbual dengan peniaga air tebu tersebut. Selepas itu, Azlina berehat sambil menunggu
Firdaus dan Johari. Ketika itu, wajah abangnya, Firdaus menjelma dalam ingatan
Azlina. Firdaus memang kacak tetapi berperwatakan agak keperempuanan. Azlina
teringat akan kawan-kawan abangnya, Firdaus yang telah mengusiknya kerana
perwatakan abangnya itu. Menurut emak mereka, perwatakan Firdaus demikian kerana
adik beradik sebelumnya perempuan. Azlina teringat juga Firdaus tidak pernah
bermain bola sepak, takraw atau badminton. Sebaliknya, Firdaus lebih gemar
menonton televisyen atau menolong kakaknya memasak.
Tiba-tiba Azlina terdengar bunyi hon yang disertai dengan bunyi brek
mencengkam jalan. Azlina tersedar daripada lamunannya. Azlina tersenyum apabila
melihat Johari dan Firdaus berbasikal ke arahnya. Azlina segera bertanyakan sebab
mereka lambat. Johari menyuruh Azlina bertanyakan soalan iru kepada Firdaus.
Firdaus merungut dengan mengatakan babawa perjalanan berbasikal itu kerja gila.
Johari menghulurkan air tebu kepada Firdaus. Johari memberitahu Azlina
bahawa mereka lambat kerana Firdaus berehat dan dia terpaksa menunggu. Jika dia
tidak berbuat begitu, Firdaus hendak balik ke Klang dengan menaiki bas. Oleh itu,
Azlina mengingatkan Firdaus akan ejekan datuknya. Tindakan Azlina membuatkan
Firdaus memarahinya. Azlina mengatakan bahawa dia sudah mempunyai empat orang
kakak dan dia mahu seorang abang. Kata-kata Azlina membuatkan Firdaus
menundukkan kepalanya. Kemudian, Johari memberitahu mereka bahawa lima minit
lagi mereka akan meneruskan perjalanan berbasikal tersebut.
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Johari Antara Mereka Berdua
Johari tahu bahawa Firdaus keletihan. Dia teringat akan kata-kata Firdaus
bahawa perjalanan itu sebagai perjalanan gila. Namun begitu, Johari tidak berhasrat
untuk mendera sepupunya tetapi untuk mengajar mereka betapa nikmatnya hidup
apabila mampu memenuhi cabaran. Johari berharap agar perjalanan tersebut
menjadikan Azlina dan Firdaus sebagai remaja yang lasak, pandai berdikari, dan
berani sebagai bekalan untuk meredah rimba kehidupan.
Perjalanan berbasikal itu diteruskan sehingga pukul 2:30 petang dan peluh
mereka menitik di sepanjang jalan. Johari sedar bahawa peluh itu sering dikaitkan
dengan pekerjaan dan pekerjaan dikaitkan dengan penat. Oleh itu. Johari berharap agar
kedua-dua orang adik sepupunya itu akan mengenali makna penat dan mengerti pula
penat lelah ibu bapa membesarkan mereka. Johari juga berharap mereka tidak terlalu
banyak meminta tanpa menyuburkan sikap berdikari dalam jiwa. Malah. Johari
berharap agar mereka memahami makna penat pejuang tanah air lalu berusaha
menghargai dan mengisi kemerdekaan ini dengan sebaik-baiknya.
Bagi Johari, perjalanan berbasikal itu tidak jauh berbeza dengan kehidupan
manusia. Johari berharap agar Azlina dan Firdaus tidak dapat menipu apa -apa yang
ada di hadapan mereka. Sebaliknya, mereka perlu menempuhinya dengan tabah dan
berani. Sepanjang berbasikal itu, Johari dapat melihat perbezaan antara Azlina dan
Firdaus, iaitu Firdaus lebih memikirkan penat. Azlina pula suka mengkritik dan tidak
pula melenting apabila dikritik. Johari melihat Azlina peka dan bersikap krisis
terhadap apa-apa sahaja yang dilihatnya.
Kemudian, mereka berehat di pekan Banting. Menurut Johari, mereka telah
kalah dengan datuk mereka kerana datuk mereka berbasikal ke Morib balik hari.
Sebaliknya, mereka masih belum sampai ke Morib walaupun sudah pukul 3:00 petang.
Bagi Azlina, kelewatan tersebut berpunca daripada mereka banyak berehat. Firdaus
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
mengatakan bahawa dia terlalu penat tetapi Azlina membidas kata-kata Firdaus
dengan mengatakan bahawa semua orang penat dan jika ada semangat, rasa penat akan
hilang.
Johari menegur kedua-dua orang sepupunya yang bertengkar dan mengajak
mereka memulakan perjalanan berbasikal yang tinggal 15 kilometer sahaja lagi.
Dalam perjalanan dari Banting itu, Johari sempat menunjukkan rumah jaguh
badminton negara. Firdaus menunjukkan reaksi tidak berminat. Azlina menempelak
Firdaus dengan mengatakan bahawa Firdaus lebih berminat dengan cerita bintang
filem dan penyanyi yang sememangnya banyak lelaki lembut. Firdaus membalas kata-
kata Azlina. Menurut Firdaus, penyanyi juga penting sama seperti ahli sukan kerana
ada penyanyi yang menyanyikan lagu patriotik. Kata Azlina, Firdaus hanya
menyayikan lagu cinta, putus asa, kecewa, dan merana. Johari mengangkat ibu jari
kepada Azlina kerana Azlina dapat mematahkan hujah Firdaus.
Firdaus Kesal Belum Bernoktah
Firdaus benar-benar marah akan sikap adiknya, Azlina yang mengatakan
bahawa penyanyi yang menyanyikan lagu cinta tidak berguna. Firdaus berpendapat
bahawa manusia di muka bumi ini perlu dicintai dan mencintai. Bagi Firdaus, kalau
Azlina boleh mendapat ketenangan dengan berjoging atau bersukan, salahkah dia
mencari ketenangan melalui lagu-lagu cinta.
Tiba-tiba Firdaus mengesyaki Azlina dan Johari bercinta. Namun begitu, dia
tidak peduli kerana bukan tiada sepupu bercinta dengan sepupu dan cinta itu buta.
Dalam pada itu,wajah kawan rapatnya, Salim muncul dalam ingatan Firdaus. Salim
telah mengajak Firdaus menonton wayang tetapi pelawaan Salim terpaksa ditolaknya
kerana mahu menyertai ekspedisi berbasikal itu. Firdaus amat menyesal. Dia bermandi
peluh sedangkan rakan-rakannya pula berseronok menonton wayang. Kekesalan
Firdaus bertambah apabila mengingati esoknya adalah majlis sambutan ulang tahun
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
kelahiran Mazlinda, iaitu gadis pujaan hatinya. Dia membayangkan Mazlinda yang
jelita itu bertambah jelita dengan pakaian baharu dan istimewa.
Dalam Firdaus berangan itu, Azlina memintas Firdaus sambil memberitahunya
bahawa Morib makin dekat dan mengajak Firdaus berlumba. Namun begitu, Firdaus
tidak memberikan reaksi. Azlina menyindir Firdaus dan membuatkan Firdaus marah.
Tiba-tiba, sebuah lori besar bergerak sangat laju dan angin lori itu telah menyebabkan
Azlina terbabas ke kiri jalan. Akibatnya, Azlina terlanggar lubang lalu terjatuh. Johari
segera mendapatkan Azlina. Firdaus hanya berkata padan muka kepada Azlina.
Menurut Firdaus, kemalangan yang menimpa Azlina adalah balasan terhadap
perbuatan Azlina yang suka memperlinya.
Kemudian, Johari menegur Firdaus kerana berdendam. Firdaus membalas
dengan mengatakan bahawa dia juga tahu sakit hati. Johari memberitahu Firdaus
bahawa adiknya, Azlina memperlinya supaya dia menjadi lelaki yang berani menyahut
cabaran. Johari juga mengingatkan Firdaus bahawa persaingan yang disertai dendam
kesumat bukan persaingan kerana itu persaingan yang merugikan. Firdaus membalas
dengan mengatakan bahawa Johari selalu memenangkan Azlina. Johari bertanya
kepada Firdaus sama ada selama ini Firdaus menganggap bahawa dia pilih kasih.
Firdaus diam sabaja dan meneruskan perjalanan.
Johari Api Itu Mesti Dipadamkan
Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus betul-betul marah, Azlina memujuk
Johari agar tidak risau kerana Firdaus memang begitu. Dia cepat marah apabila penat.
Kemudian, Johari dan Azlina berbual tentang luka Azlina yang seolah-olah tiada
kesan. Johari mengatakan bahawa orang muda yang tahan lasak macam Azlinalah
yang dikehendaki. Azlina pula menjelaskan bahawa luka, patah, atau terseliuh sudah
menjadi perkara biasa bagi orang yang aktif bersukan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Dalam pada itu, Johari bimbang apabila mengenangkan dendam Firdaus
terhadap Azlina. Johari menghampiri Firdaus untuk memberitahu bahawa Morib tidak
sampai dua kilometer lagi. Namun begitu, Firdaus seperti tidak mengendahkannya.
Mungkin Firdaus mendendaminya juga. Seterusnya, Johari bertanya sama ada Firdaus
tahu atau tidak jalan hendak ke Pantai Morib Baru. Firdaus mengatakan bahawa dia
tahu dengan suara yang keras.
Johari mengekori Firdaus dari belakang sahaja supaya Firdaus tidak sesat.
Johari teringat akan kata-kata Azlina bahawa Firdaus cepat marah apabila penat.
Johari percaya bahawa penat Firdaus akan hilang setelah dia mandi-manda di Morib
nanti. Bagi Johari, Firdaus mesti memadamkan api dendam di hatinya.
Firdaus Tidak Kuduga
Firdaus bertanya dalam hatinya adakah salah dia mengatakan 'sakit' kepada
adiknya, Azlina yang terjatuh tadi. Jika pertanyaan itu menyakiti hati Azlina, Johari
mesti menganggap usikan, sindiran, atau cabaran Azlina juga menyakiti hatinya.
Walau bagaimanapun, kata-kata itu tidak diucapkannya kepada Johari. Jika diucapkan
Firdaus yakin bahawa Johari akan terdiam.
Dalam itu, Firdaus tahu bahawa Pantai Morib semakin hampir. Namun begitu,
apabila memikirkan tutur kata dan tindakan adiknya serta sepupunya, kegembiraan
tidak wujud dalam hati Firdaus. Firdaus tertanya-tanya sendiri, iaitu sama ada dia
boleh bersama-sama dengan Azlina dan Johari. Firdaus berpendapat bahawa jika rasa
sakit hatinya tidak hilang, dia akan meninggalkan Azlina dan Johari. Dia akan
meninggalkan basikalnya juga dan akan balik dengan menaiki bas. Firdaus tidak akan
mempedulikan sindiran datuknya. Kalau Firdaus balik petang itu, esok dia akan dapat
menghadiri majlis hari jadi Mazlinda.
Dalam pada itu, Firdaus berasa bangga kerana dia telah berjaya mengayuh
basikal sejauh 50 kilometer. Malah, Firdaus berbangga kerana telah dapat
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
membuktikan kepada Moksin, Sazali, dan beberapa orang kawannya bahawa dia telah
sampai ke Morib bukan dengan menaiki bas, kereta, atau ambulans.
Setelah membelok ke sebelah kanan, Firdaus tiba di Pantai Morib Baru. Dia
berbangga akan kejayaannya. Firdaus terkejut apabila kawan-kawannya menyambut
ketibaannya di pantai tersebut. Firdaus menerima ucapan tahniah daripada Moksin,
Sazali, Salim, dan Moktar. Firdaus turut menerima ucapan tahniah daripada Mazlinda,
iaitu gadis idamannya. Dengan demikian, Firdaus berasa kepenatannya hilang serta-
merta.
Johari Kuinjaki Destinasi Ini
Azlina mengadu kepada Johari tentang sikap Firdaus yang tidak mempedulikan
mereka. Ketika itu, Johari memang sengaja mengajak Azlina berhenti di bawah
teduhan pokok ru untuk melihat Firdaus disambut oleh kawan-kawannya. Selepas
Firdaus beredar, Johari memberitahu Azlina bahawa ada yang akan menyambut
mereka juga, iaitu kawan-kawan Johari di Universiri Putra Malaysia. Mereka
mengayuh basikal semula.
Semakin dekat ke pantai semakin jelas pandangan mereka. Kawan-kawan Johari
sudah menyiapkan khemah. Azlina berkenalan dengan kawan Johari, iaitu Kasman
dan Kasmadiana adik Kasman. Azlina turut berkenalan dan berbual-bual dengan
kawan Johari, Tamrin.
Kemudian, Johari dan Azlina pergi berjumpa dengan Firdaus. Dalam pertemuan
iru, Johari mengucapkan tahniah kepada Firdaus sambil bertanya sama ada Firdaus
ingin duduk bersama sama dengan kawan-kawannya atau mengikuti mereka. Firdaus
mengatakan bahawa dia ingin bersama-sama dengan kawan-kawannya. Johari
memberitahu Firdaus jika ada apa-apa hal mereka ada di sana sambil menudingkan
jari ke arah dua buah khemah yang didirikan oleh Kasman dan Tamrin.
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Azlina berasa marah akan sikap abangnya kerana melupakan mereka yang telah
bersusah payah menunggunya semasa perjalanan berbasikal. Menurut Azlina, Firdaus
mungkin berdendam. Bagi Johari, Firdaus tidak berdendam, tetapi dia begitu seronok
dengan kawan-kawannya yang menantinya di pantai itu sehingga terlupa kepada
mereka berdua. Johari dan Azlina pergi ke khemah mereka. Mereka turut bergembira
bersama-sama dengan kawan-kawan mereka yang sudah menanti dengan air dan
makanan.
Azlina Senja Di Pantai
Azlina dan Kasmadiana berbual-bual. Kasmadiana memuji kejayaan Azlina
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahu Kasmadiana bahawa dia
hanya mengikuti Johari menyahut cabaran datuk mereka. Kasmadiana pula
memberitahu Azlina bahawa abangnya, Kasman suka berbasikal juga. Menurut
Kasmadiana lagi, Johari dan Kasman merancang untuk mengelilingi Malaysia dengan
berbasikal. Azlina bertanya sama ada Kasman tidak mengajak Kasmadiana untuk turut
serta dalam ekspedisi tersebut. Kasmadiana membalas bahawa abangnya ada
mengajaknya tetapi dia malu.
Kemudian, Kasmadiana menyambung perbualan dengan kisah abangnya dan
Tamrin berbasikal ke Bagan Lalang. Mereka turut bercerita tentang kisah empat orang
yang mati lemas di Pantai Bagan Lalang. Azlina bertanyakan Kasmadiana tentang
perbezaan antara Pantai Morib Baru dengan Pantai Morib Lama. Ketika mereka
sedang berbual, Moksin dan Sazali datang. Moksin dan Sazali mengucapkan tahniah
dan berkenalan dengan Kasmadiana. Moksin dan Sazali bertanya kepada Azlina
tentang sebab perjalanan berbasikal Azlina, Firdaus, dan Johari menjadi lewat. Mereka
diberitahu oleh Firdaus bahawa kelewatan itu disebabkan Azlina banyak berehat.
Azlina menjawab pertanyaan mereka dengan mengatakan bahawa selalunya mereka
berbohong tetapi pada kali ini, Firdaus pula yang membohongi mereka.
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kisah Firdaus berbohong dan tindakannya memberitahu Moksin dan Sazali
akan hal sebenar disampaikan oleh Azlina kepada Johari. Azlina turut memberitahu
Johari tentang rancangan Moksin dan Sazali yang mahu mencampakkan Firdaus ke
laut jika dia tidak mahu mengaku berbohong. Bagi Johari, eloklah rancangan itu
dilaksanakan supaya Firdaus sedar akan akibat berbohong. Azlina tidak berkata apa-
apa kerana ketika itu Tamrin sedang melaungkan azan maghrib dari dalam khemah.
Azlina berasa takut akan Allah SWT.
Firdaus Usah Lupa Bumi Yang Dipijak
Firdaus duduk bersama-sama dengan Mazlinda di bawah pokok ru pada petang
itu. Sementara itu, kawan-kawan mereka yang lain sedang mandi-manda. Firdaus
menanyakan Mazlinda tentang sebab dia tidak mandi. Mazlinda menjawab bahawa dia
sudah mandi sewaktu menanti Firdaus. Firdaus juga menanyakan sebab Mazlinda dan
kawan-kawannya tidak pergi menonton wayang dan mengadakan majlis sambutan hari
jadinya esok. Mazlinda berkata bahawa dia kecewa kerana ibu bapanya terpaksa ke
Sarawak atas urusan perniagaan.
Mazlinda turut memberitahu Firdaus bahawa dia berjumpa dengan kawan-
kawan mereka pada petang semalam. Kawan-kawan mereka sibuk bercerita tentang
Firdaus berbasikal ke Morib. Moksin dan Sazali mahu ke situ menyambut Firdaus.
Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk turut serta. Akhirnya, semua kawan mereka
turut serta bersama-sama dengan Mazlinda ke situ untuk menyambut Firdaus.
Firdaus kagum akan kehebatan Mazlinda kerana mampu menarik semua kawan
mereka ke situ. Dalam perbualan tersebut, Mazlinda memuji kehebatan Firdaus dan
membuatkan Firdaus berasa bangga diri. Mazlinda memuji Firdaus dengan
mengatakan bahawa tentu Firdaus pandai berenang juga. Pujian Mazlinda itu diakui
oleh Firdaus walaupun dia sebenarnya tidak berapa pandai berenang. Firdaus tidak
tahu akan sebab dia boleh mengiyakan pujian Mazlinda. Mazlinda merendah diri
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
dengan mengatakan bahawa dia suka mandi di laut tetapi di tempat cetek kerana takut
lemas. Firdaus mengatakan bahawa Mazlinda tidak usah berasa takut jika dia ada.
Firdaus telah membuktikan kata-katanya dengan kejayaan dia berbasikal sejauh 50
kilometer tersebut. Mazlinda mahu melihat Firdaus membuktikan kehandalannya
berenang pula esok.
Tiba-tiba, Moksin dan Sazali datang. Mereka memberitahu Firdaus bahawa
mereka mendapat rahsia. Firdaus ingin tahu tentang rahsia itu tetapi Moksin dan Sazali
hanya mengatakan "rahsia" sambil tergelak. Firdaus mahu mendesak Moksin dan
Sazali, tetapi mereka sudah berlalu ke khemah. Firdaus akan bertanya kepada Moksin
dan Sazali tentang rahsia itu pada malam nanti.
Pada malam itu, Firdaus bermimpi bahawa Azlina marah kerana dia
mengatakan bahawa mereka lewat tiba disebabkan Azlina banyak berehat. Dalam
mimpi itu juga, Johari menasihati Firdaus agar kejayaan yang dicapai hendaklah
disertai dengan rasa syukur kepada Allah SWT, bukan diselubungi keangkuhan.
Seterusnya, Sazali dan Moksin datang dan mengatakan bahawa dia pembohong.
Mereka mendesak dia mengakui perbuatannya. Mereka mengangkatnya dan
mencampakkannya ke laut. Firdaus hampir lemas. Firdaus menjerit meminta tolong.
Akhirnya, Firdaus mendapati dirinya bermimpi. Firdaus cuba melelapkan
matanya tetapi dia terdengar deburan ombak dan berasa takut jika mimpinya tadi
menjadi kenyataan. Kemudian, dia terdengar suara Mazlinda yang mengatakan
bahawa dia perenang yang handal. Tentu dia dapat mencari pantai tidak kira siang atau
malam. Dalam keadaan sukar melelapkan mata itu, Firdaus baru teringat akan Azlina
dan Johari. Dia belum lagi ke khemah mereka sejak sampai di situ. Firdaus tertanya-
tanya sendiri sama ada dia bersalah dan sebab dia berperasaan demikian.
Johari Perubahan
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Azlina bertanya tentang abangnya, Firdaus kepada Johari. Johari memberitahu
Azlina bahawa Firdaus ingin pulang bersendirian. Azlina bertanyakan sama ada Johari
sampai hati membiarkan Firdaus berbasikal seorang diri. Johari menjawab pertanyaan
Azlina dengan bertanyakan sama ada Azlina ada mendengar berita tentang seorang
lelaki berbangsa Inggeris yang berbasikal mengelilingi dunia seorang diri. Johari
menjelaskan lagi bahawa Firdaus mesti menjadi sehebat orang Inggeris dan hari ini
merupakan latihan untuknya. Johari turut menasihati Azlina supaya tidak berasa risau
kerana abangnya, Firdaus telah menjadi lelaki yang berani dan pandai berdikari seperti
yang dikehendaki.
Selepas mereka berkemas, Azlina dan Johari berbasikal untuk pulang. Mereka
berhenti sebentar di persimpangan jalan. Azlina tampak sedih kerana takut Firdaus
ditimpa kemalangan. Johari juga berperasaan seperti Azlina. Namun begitu, dia
mengeraskan suaranya untuk mengajak Azlina meneruskan perjalanan. Johari
mengatakan bahawa sekurang-kurangnya Firdaus telah membuang sikap bergantung
pada orang lain. Azlina mengayuh basikalnya lambat-lambat meninggalkan Pantai
Morib Baru.
Firdaus Pahit Manis Dalam Perjalanan
Moksin memberitahu Firdaus bahawa dia nampak Azlina dan Johari balik
sambil bertanya sama ada Firdaus balik sendiri. Firdaus menempelak Moksin dengan
menanyakan adakah Moksin berfikir yang dia tidak boleh balik sendiri. Moksin
berkata bahawa dia risau. Mazlinda mengatakan bahawa Moksin tidak perlu risau
tentang Firdaus kerana Firdaus sekarang sudah menjadi lelaki yang lasak dan berani.
Selepas itu, mereka pergi mandi di laut. Sewaktu mereka mandi, Mazlinda
mengatakan bahawa dia ingin belajar berenang dengan Firdaus. Firdaus berasa dirinya
tercabar. Kemudian, mereka berlumba menyelam bagi menentukan siapakah antara
mereka yang dapat menyelam paling lama. Akhirnya, Mazlinda muncul sebagai
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
pemenang. Ketika Mazlinda timbul, dia dipukul ombak besar. Mazlinda menjerit
meminta tolong. Firdaus memberanikan diri untuk membantu Mazlinda. Namun
begitu, Firdaus yang lemas.
Apabila sedar, Firdaus mendapati dirinya berada di katil hospital. Johari dan
Azlina bertanyakan khabar Firdaus. Johari memberitahu Firdaus bahawa Firdaus
pengsan ketika dibawa ke hospital. Firdaus segera bertanyakan keadaan Mazlinda
yang ingin dibantunya. Azlina memberitahu Firdaus bahawa Mazlinda selamat.
Mazlindalah yang menolong Firdaus. Mazlinda berpura-pura tidak tahu berenang
kerana ingin menguji Firdaus.
Kemudian, Johari menasihati Firdaus supaya jangan cepat berasa angkuh
dengan sesuatu kejayaan. Firdaus hanya menundukkan kepala mendengar nasihat
Johari. Johari menyuruh Firdaus mengangkat kepala kerana dia sudah menjadi orang
yang berani. Johari menerangkan bahawa orang yang berani tidak akan menundukkan
muka sepanjang masa. Kata Johari, keberanian itu haruslah disertai dcngan fikiran
y'ang waras. Firdaus berasa insaf. Firdaus melihat Mazlinda dan kawan-kawannya
datang. Firdaus ingin menundukkan kepala kerana berasa malu. Namun begitu, apabila
Firdaus teringat akan kata-kata Johari, Firdaus segera mengangkat kepalanya untuk
memandang Mazlinda dengan berani.
Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my
top related