nov pitching bmc sempena program siswapreneur · 2018. 3. 18. · pitching bmc sempena program...
Post on 22-Jan-2021
7 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PULAU PINANG, 27 November 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kelmarin membanggakanwarganya apabila memperolehi tempat kedua dalam Pertandingan Pitching Business Model Canvas(BMC) Sempena Program Siswapreneur Putra @1 Malaysia.
(https://news.usm.my)
Berita Mutakhir
search...
USM RAIH TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGANPITCHING BMC SEMPENA PROGRAM SISWAPRENEURPUTRA @ 1 MALAYSIA
27NOV
USM diwakili oleh 4 orang pelajar iaitu Iza Fazlan Mohd Nor (Pusat Pengajian Sains Komputer),Muhammad Adib Sahadudin (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan), Muhammad Arif Yahya (PusatPengajian Sains Kemanusiaan) dan Muhamad Nazri Mohd Anowar (Sains Sukan).
Dalam pertandingan ini, USM membuat pembentangan berkaitan perniagaan dalam kampus iaitu"UniStorage Student Campus Mail" iaitu perkhidmatan penghantaran dan penerimaan surat pelajar dikampus selain dari perkhidmatan lain yang disediakan iaitu moving services, self-storage services,packing and supply services, pick-up and delivery services, dan custom clearance services.
Selaku tempat kedua, USM membawa pulang wang tunai sebanyak RM800 beserta sijil.
Sebanyak 12 Universiti Awam dan Universiti Swasta terlibat dalam pertandingan ini dan tempatpertama dimiliki oleh Universiti Malaya (UM) manakala tempat ketiga pula disandang oleh UniversitiPutra Malaysia (UPM).
Program ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan,Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Share This
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)
Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015
top related