nota pengalaman keusahawanan
Post on 14-May-2015
3.588 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KULIAH STPD 2213KEUSAHAWANAN SAINS DAN TEKNOLOGITAJUK : PENGALAMAN KEUSAHAWANAN
PENSYARAH : DR NOR RISHAM BIN ISMAIL
PENGALAMAN KEUSAHAWANAN
REALITI & CABARAN
“Aktivis Keusahawanan” yang telah melalui pelbagai pengalaman jatuh bangun dan pahit getir dalam perniagaan, beliau percaya dengan kaedah tersendiri tentang perniagaan.Beliau telah membimbing ramai usahawan menuju kecemerlangan dengan berkongsi rahsia-rahsia perniagaan berdaya tinggi.
Beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan yang unik,berdaya maju dan memberi manfaat kepada masyarakat melalui perkongsian dan kerjasama dengan rakan-rakan dan usahawan lain.
ORIREKA INOVATIF MALAYSIA SDN.BHDORIAGRO INDUSTRIES SDN.BHDDR BOSS BUSINESS SOLUTIONPUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN HOLISTIK MALAYSIAPENASIHAT PEMASARAN PELBAGAI SYARIKAT IKS
Kini Dr. Nor Risham memberi tumpuanmencurahkan ilmu serta pengalaman membimbing kaum Bumiputra menjadi usahawan Muslim yang berjaya melaluiPendekatan Holistik dan diredhai Allah SWT.
PAKAR KEUSAHAWAN HOLISTIK MALAYSIA
Dr. Nor Risham bin IsmailDoctorate in Sales & MarketingCanterbury University, UK ( 2006 )
FROM NEGATIVE TO ZERO, FROM ZERO TO HERO
Minat Berniaga Dipupuk Sejak Kecil
Diasah & Digilap Sepanjang Masa
BIDANG PERNIAGAAN YANG DICEBURI…MEMBUAT FORMULASI PELBAGAI PRODUK MAKANAN,MINUMAN,KOSMETIK
DAN PERUBATAN ALTERNATIF MENGGUNAKAN SUMBER ALAMI SEPERTI AKAR KAYU, HERBA TERPILIH, BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN DAN REMPAH-RATUS KEPADA
USAHAWAN IKS DI MALAYSIA .
MENGILANG DAN MENGELUARKAN PELBAGAI PRODUK SECARA KONTRAK PENGILANGAN KEPADA USAHAWAN IKS DI SELURUH MALAYSIA
MENYEDIAKAN PRODUK DI KILANG BERTARAF GMP …….
MEMPERKENALKAN PIAWAIAN KHAS SCMP KEPADA PENGUSAHA DAN PENIAGA MUSLIM SEBAGAI PIAWAIAN ALTERNATIF BAGI MEMASARKAN PRODUK MEREKA
DENGAN MEMATUHI BEBERAPA KRITERIA YANG TERSUSUN BAGI MENJAMIN KEPENTINGAN PENGGUNA MUSLIM
MENGENDALIKAN BEBERAPA SIRI KEUSAHAWANAN HOLISTIK BAGI MELAHIRKAN USAHAWAN MUSLIM YANG MELAKSANAKAN PERNIAGAAN SECARA SISTEMATIK DAN
DIREDHAI SERTA DI SAYANGI OLEH ALLAH SWT.
DR NOR RISHAM SEDANG MENGENDALIKAN KURSUS PENYEDIAAN PRODUK SECARA HOLISTIK KEPADA PEMILIK KILANG IKS YANG TERPILIH DI SELURUH NEGERI KELANTAN DENGAN KERJASAMA
JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN.
PAKAR KEUSAHAWANAN
HOLISTIKBERSAMA PESERTA
KURSUS KEUSAHAWANAN
HOLISTIK ANJURAN KKLW & HALUAN
HASIL INOVASI
MEMPERKENALKAN GAJET PENDIDIKAN 3 DIP CUBE ,FENOMENA BARU RAKYAT MALAYSIA
ORIREKA INOVATIF MALAYSIA SDN BHD
TIPS KEUSAHAWANAN : BERGAUL DENGAN USAHAWAN YANG BERJAYA
DR NOR RISHAM BERSAMA DATUK MAZNAH HAMID DI NATIONAL
ACHIEVERS CONGRESS 2012
DR NOR RISHAM BERSAMA DATUK SERI DR.M.KAVYEAS
PRESIDEN PPP
DR NOR RISHAM BERSAMA PASANGAN BLAINE AND HARNEY PARKER
JUTAWAN INDUSTRI KREATIF USA
DR NOR RISHAM BERSAMA JUTAWANBILL WALSH PAKAR PEMASARAN
ANTARABANGSA
DR NOR RISHAM DAN ISTERI SEBAGAI TETAMU VIP DI NATIONAL ACHIEVERS
CONGRESS 2012
DR NOR RISHAM BERSAMA RIBUAN USAHAWAN
DI NATIONAL ACHIEVERS CONGRESS
TOKOH USAHAWAN BERJAYADatuk Maznah Hamid
'IRON LADY'
TANPA keberanian, impian hanya tinggal impian..Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia yang
telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan
menuntut keberanian yang luar biasa.
BERANI MENJADI PERINTIS Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang
mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400
syarikat seumpamanya di negara ini.
USAHA YANG BERTERUSAN“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi
bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini. Beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam
dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Ujar beliau yang turut terlibat dalam bidang hartanah dan
pembangunan sumber manusia.
Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce)
BERMULA DENGAN MODAL KECIL Beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.
Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.
Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak terutamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keusahawanan dan kejayaan.
BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN USAHAWAN LAINPenubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yang berjaya.Beliau kerap kali mengesa supaya kita menjadi orang yang berani merebut kejayaan dan peluang dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.
Namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita”.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.
TYCOON BUMIPUTERA MALAYSIATan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset
sebanyak 167 bilion.
JUTAWAN INDUSTRI MLMDatuk Stapa Omar
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif De Classic Life (M) Sdn. Bhd. ( DCL )
Mengungkap perjuangannya selama 10 tahun bagi membina empayar perniagaan dengan fokus utamanya membina rangkaian perniagaan yang berasaskan MLM tulen. Sepanjang beliau bergiat sebagai seorang pengedar bebas selama 14 tahun dan lima tahun sebagai pengurus kanan di beberapa syarikat MLM, beliau dapati kebanyakan syarikat hanya mementingkan keuntungan syarikat tanpa berlaku adil terhadap pengedar dan pengguna.
Pengedar terutamanya pemimpin atasan tidak memperoleh pendapatan yang sewajarnya dengan kerja mereka. Manakala pengguna pula sering terdedah dengan produk yang tidak halal dan memberi kesan sampingan. Bertitik-tolak daripada itu beliau terpanggil untuk menubuhkan syarikat MLM sendiri dengan menitikberatkan keadilan kepada pengedar dan pengguna. maka pada 1998 saya memulakan langkah meskipun berdepan dengan segala kepayahan dan kini alhamdulillah terus berkembang pesat hingga ke pasaran global seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. Insya-Allah kami akan mengembangkan ke beberapa negara lagi pada tahun ini.
BILLIONAIR TEKNOLOGI MAKLUMAT DUNIA
William Henry "Bill" Gates III
Pengerusi MicrosoftSyarikat perisian komputer
terbesar di dunia
3 CIRI KEJAYAAN YANG DIMILIKI BELIAUMATLAMAT YANG UNGGUL
Beliau begitu meminati bidang yang diceburi dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai
kejayaan dalam bidang tersebut. Sejak dari usia muda beliau telah dikenali sebagai pakar sistem komputer dan telah membaca dan mempelajari pelbagai buku
yang berkaitan dengan teknik dan selok-belok perniagaan.
KOMITED DAN KERJA KERASBeliau memiliki kebiasaan tidur yang anih. Beliau
berjaga hingga 36 jam atau,kemudian tidur 10 jam sebelum bangun kembali beli pizza dan sambung kerja.
Semasa awal pembabitan beliau dalam perniagaan,beliau hidup di hadapan komputer,makan-
minum dan tidur juga di depan komputer.
BERFIKIRAN POSITIFSentiasa berfikiran positif,memiliki keyakinan dan kepercayaan diri yang sangat tinggi. Beliau pernah
berkata akan mencetak satu juta dolar yang pertama pada usia 25 tahun. Terbukti semasa beliau berumur
24 tahun,syarikat Microsoft telah berjaya memperolehi 7 juta dolar Amerika dengan hanya
mempunyai 40 orang pekerja.
SEKADAR RENUNGANKISAH DUA ORANG SAHABAT KARIB DARI TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA,
MEMBESAR BERSAMA,BELAJAR BERSAMA,SAMA-SAMA BERNIAGA.TAPI WARNAKEHIDUPAN MEREKA BERBEZA
DATO’ LEE TOK DAUD
TOKOH USAHAWAN
MEMULAKAN KERJAYA USAHAWAN
SEBAGAI TUKANG BAIKI BASIKAL
SELEPAS SETAHUN MULAIJUAL BASIKAL
MEMULAKAN KERJAYA USAHAWAN SEBAGAI PENJUAL
GORENG PISANG
SELEPAS SETAHUN JUAL GORENG PISANG & CEMPEDAK
• TIGA TAHUN KEMUDIAN LEE MULAI MENJUAL & MEMBAIKI MOTORSIKAL
• LEE MENGHANTAR ANAK KE UNIVERSITI LUAR NEGARA DENGAN BELANJA SENDIRI
• LEE MENYERAHKAN PERNIAGAAN KERETA MEWAH KEPADA ANAK-ANAK
• PEMILIK LEE MOTOR TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATO’ OLEH SULTAN
• EMPAYAR PERNIAGAAN DATO’ LEE MASIH WUJUD HINGGA SEKARANG.
• SELEPAS TIGA TAHUN DAUD MEMBESARKAN GERAI KEPADA WARUNG ( PELANGGAN BOLEH PESAN MINUMAN ).
• ANAK-ANAK DAUD KE UNIVERSITI DENGAN BIASISWA KERAJAAN
• ANAK-ANAK DAUD MEMILIH KERJAYA SEBAGAI KAKITANGAN KERAJAAN.WARUNG DAUD TERPAKSA DITUTUP.
• DAUD DIGELAR TOK OLEH ANAK-ANAK CUCU BELIAU.
• TAPAK WARUNG TOK DAUD TELAH DIBINA HOTEL MEWAH.LENYAP TANPA SEBARANG TANDA KENANGAN.
TIPS MENJADI USAHAWAN BERJAYA
1. BERCITA-CITA TINGGISemua org mempunyai impian. Ada yang nak jadi jutawan, nak hidup senang, ada kereta mewah, rumah besar. Jadi, tentukan apa yang anda semua impikan. Terapkan dalam diri.
2. MATLAMAT YANG JELAS Selepas menetapkan impian, kita perlu juga menetapkan matlamat untuk mencapai kejayaan tersebut. Sebag ai contoh, impian kita adalah untuk menjadi jutawan. Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut? Kita perlu lebih bekerja keras, banyakkan mempromosi produk kita, berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan sebagainya.
3. USAHA GIGIHUsaha yang gigih adalah amat penting. Kalau sekadar berangan-angan tetapi tidak melakukan tindakan pro aktif, segala impian kita tidak akan menjadi kenyataan. Usaha mestilah berusaha gigih sepadan dengan matlamat yang ditetapkan.
4. BERFIKIRAN POSITIFAntara punca kejayaan seseorang usahawan adalah berfikiran positif. Fikiran positif adalah punca kekuatan diri seseorang di mana ianya dapat menghalang seseorang usahawan dari berputus asa dan membuat perniagaan mereka sentiasa bertapak kukuh.
5. TIDAK TAKUT PADA KEGAGALAN Untuk menjadi usahawan yang berjaya, jangan takut pada kegagalan. Banyakkan mencuba walaupun kita tahu sesuatu yang kita lakukan itu akan gagal. Sebab pengalaman dari kegagalan yang membuatkan sesuatu perniagaan itu berjaya.
6. TIDAK GENTAR PADA PERSAINGAN Jangan takut pada persaingan perniagaan anda!. Apa yang perlu dilakukan adalah teruskan bersaing. Berikan perkhidmatan yang lebih baik dari pesaing.
7. SENTIASA BERIKAN HASIL KERJA YANG TERBAIK.Berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda. Biar mereka merasa puashati dengan perkhidmatan yang anda berikan. Perkara ini akan meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada perniagaan anda dan sekaligus dapat mengembangkan perniagaan anda.
8. TIDAK MUDAH PUTUS ASADalam perniagaan, jangan mudah putus asa. Berikan perkhidmatan yg terbaik kepada pelanggan. Jangan jadikan persaingn sebagai punca anda berputus asa. Sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Jangan lari dari masalah.
9. SENTIASA MENINGKATKAN POTENSI DIRI Jangan mudah berpuas hati dengan sedikit kejayaan yang kita kecapi. Kembangkan perniagaan. Andainya 1 hari nanti anda akan mencapai matlamat menjadi jutawan , jangan berhenti setakat disitu sahaja, tetapkan matlamat yang baru.( iaitu menjadi billionaire ).
APA MANFAAT YANG BOLEH ANDA PEROLEHI DARI PENGALAMAN KEUSAHAWANAN ORANG LAIN ?
DISIPLIN DIRI UNTUK BERJAYASetiap usahawan yang berjaya memiliki tahap disiplin yang tinggi, amat komited dan fokus dalam usaha mereka membina kekayaan dan kejayaan. Usahawan baru yang mencontohi cara kerja mereka yang berjaya ini akan memperolehi kejayaan yang lebih mudah tanpa perlu menempuh kegagalan demi kegagalan.
CIRI-CIRI MEREKA YANG BERJAYAUsahawan yang berjaya pernah melalui pelbagai pengalaman pahit-getir yang boleh kita jadikan sumber inspirasi bagaimana mereka mampu bangkit dan mengekalkan status kejayaan dalam sesuatu perniagaan yang diceburi. Apakah pola dan amalan yang mereka praktikkan. Apakah pula sikap mereka dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Apakah yang membezakan mereka dari orang lain.
MENGURANGKAN RISIKO KEGAGALANPengalaman gagal dalam perniagaan adalah merupakan satu pengalaman pahit bagi seseorang usahawan. Sebab-sebab sesuatu perniagaan itu gagal boleh dijadikan sempadan agar usahawan baru tidak terjerumus ke dalam jurang dan lubang yang sama. Risiko kegagalan boleh dikurangkan sekiranya kita tidak mengulangi kaedah yang menyebabkan mereka gagal.
IDEA PERNIAGAAN YANG UNIKUsahawan yang berjaya biasanya mempunyai idea kreatif yang meletakkan mereka selangkah ke hadapan. Mereka seringkali melakukan inovasi dalam bidang yang mereka ceburi. Usahawan baru boleh meniru pola pemikiran kreatif mereka apabila bermula untuk menceburkan diri dalam perniagaan.
KAEDAH PEMASARAN PRODUK & PERKHIDMATAN MEREKAStrategi dan kaedah pemasaran yang digunapakai oleh usahawan berjaya akan membolehkan usahawan baru membuat duplikasi dan penambahbaikkan dalam mempraktikkan kaedah pemasaran produk dan perkhidmatan yang bersesuaian,dengan produk mereka tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyelidikan dan pembangunan ( R & D )
BAGAIMANA MENGEKALKAN KEKAYAANUsahawan yang berjaya dengan strategi yang betul dan tepat,biasanya sentiasa beriktiar untuk mengekalkan kekayaan yang diperolehi dengan merancang pembangunan dan pengembangan syarikat. Ilmu yang mereka pelopori ini amat berguna bagi usahawan baru dalam memajukan perniagaan mereka.
BAGAIMANA TAHAP KEYAKINANUsahawan yang berjaya umumnya memiliki tahap keyakinan dan percaya diri yang tinggi. Mereka yakin untuk mencapai impian dan cita-cita yang telah ditetapkan dan berusaha keras melalui perancangan yang mantap. Tahap keyakinan ini boleh diadaptasi oleh usahawan baru untuk berjaya seperti mereka.
GAYA PERANCANGAN & PENGURUSAN PERNIAGAANUsahawan yang berpengalaman dan telah berjaya dalam perniagaan mereka,sentiasa membuat perancangan yang teliti dan menyeluruh sebelum menceburkan diri dalam sesuatu bidang. Mereka kemudiannya akan berusaha mengurus perniagaan tersebut berdasarkan perancangan yang telah dibuat.Sistem perniagaan yang mereka laksanakan boleh dipelajari oleh usahawan baru bagi memastikan syarikat dibangunkan dan diuruskan secara sistematik.
AKTIVITI ATAU KEGIATAN SOSIAL MEREKAUsahawan yang berjaya,menjadikan tanggungjawab sosial sebagai strategi untuk dikenali,diminati, dipuji, disanjung dan popular di kalangan masyarakat pengguna. Ini semua menyebabkan survival perniagaan mereka akan berkekalan. Strategi begini boleh juga dilaksanakan oleh usahawan baru.
top related