nota kemahiran sains
Post on 05-Dec-2014
269 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kemahiran SainsKemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan
sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan
sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan
cara yang betul, menggendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul
dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan
dan pengukuran dengan betul (Abu Hassan, 2003).
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari
jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia
merupakan komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada
kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu (Pusat
Perkembangan Kurikulum 1999). Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal
pasti kemahiran proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran
mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat
inferens, kemahiran membuat ramalan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran
menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula
ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi, kemahiran
mengawal pembolehubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran
mengeksperimen.
Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran
proses sains bersepadu, pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum
kemahiran proses sains bersepadu dapat digunakan dengan berkesan. Kemahiran
proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada
tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa.
Terangkan bagaimanakah Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran
Manipulatif boleh dikembangkan dalam diri pelajar melalui kerja-kerja amali.
(10 markah)
_____________________________________________________________
_
Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri
dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk
menyisat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir
serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil
penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan
murid memperkembangkan sikap yang positif.
Pembelajaran sains menggalakkan sikap saintifik dan nilai murni
termasuk semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, tabah dan prihatin terhadap
hidupan dan menghargai alam sekitar. Apabila murid melaksanakan amali,
mereka telah bersedia dengan langkah-langkah yang akan dijalankan. Murid-
murid juga akan mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran
proses sains semasa membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal
pembolehubah, menggunakan radas dan spesimen dan semasa proses
mengumpul data serta membuat kesimpulan.
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk
menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti
eksperimen,
penyelidikan, dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran
saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid
mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran
proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.
Aktiviti amali Kemahiran Proses Sains
MemerhatiMenggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
untuk mengumpulkan maklumat tentang
objek dan fenomena.
Mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek
atau fenomena kepada kumpulan masing
masing berdasarkan kriteria tertentu
seperti
ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat sepunya
Mengukur dan
menggunakan nombor
Membuat pemerhatian secara kuantitatif
dengan menggunakan nombor dan alat
berunit piawai atau alat yang di
seragamkan sebagai unit rujukan.
Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih
jitu.
Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan
mempersembahkan maklumat atau idea
dalam pelbagai bentuk seperti tulisan,
lisan,
jadual, graf, rajah atau model.
Mendefinisi operasi Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep
dengan menyatakan perkara yang
dilakukan dan diperhatikan.
Mengawal
pembolehubah
Mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak
balas dan pemboleh ubah yang
dimalarkan.
Dalam sesuatu penyiasatan satu
pemboleh
ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan
hubungannya dengan pemboleh ubah
yang
bergerak balas. Pada masa yang sama
pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum
tentang hubungan antara pemboleh ubah
yang difikirkan benar bagi menerangkan
sesuatu perkara atau peristiwa.
Pernyataan
Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang
munasabah, yang mungkin benar atau
tidak
benar, untuk menerangkan sesuatu
peristiwa atau pemerhatian
Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang
boleh
dipercayai.
Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk
menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan
data, mentafsirkan data sehingga
mendapat
rumusan daripada aktiviti itu.
Mentafsir data Memberi penerangan yang rasional
tentang
objek, peristiwa atau pola daripada data
yang dikumpulkan
KEMAHIRAN MANIPULATIF MERUPAKAN KEMAHIRAN PSIKOMOTOR DALAM PENYIASATAN SAINS YANG MEMERLUKAN MURID
MELAKUKAN PERKARA YANG BERIKUT SEMASA AMALI DIJALANKAN:1. MENGGUNAKAN DAN MENGENDALIKAN PERALATAN
DAN BAHAN SAINSDENGAN BETUL.2. MENYIMPAN PERALATAN DAN BAHAN SAINS
DENGAN BETUL DANSELAMAT.3. MEMBERSIHKAN PERALATAN SAINS DENGAN CARA
YANG BETUL.4. MENGENDALIKAN SPESIMEN DENGAN BETUL DAN CERMAT.
5. MELAKAR SPESIMEN, PERALATAN DAN BAHAN SAINS DENGAN TEPAT
Definisi istilah
Dalam kajian ini, beberapa istilah yang digunakan didefinisikan seperti berikut
dan mengikut format Creswell (1994) dengan penomboran dan pengarisan pada
istilah.
1.6.1 Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif sains yang telah dikenalpasti untuk diperkembangkan dalam kalangan
murid sekolah rendah melalui Kurikulum Sains Sekolah Rendah. Dalam hal ini,
sebanyak tujuh kemahiran proses sains asas, lima kemahiran proses sains bersepadu
dan lima kemahiran manipulatif sains telah dikenalpasti. (PPK, 1993).
1.6.2 Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan
kemahiran proses sains bersepadu. 11
1.6.3 Kemahiran manipulatif sains merupakan kemahiran psikomotor dalam
menjalankan aktiviti sains. Ia melibatkan:-
• Penggunaan dan pengendalian peralatan dan bahan sains dengan betul
• Penyimpanan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat
• Pembersihan peralatan sains dengan cara yang betul
• Pengendalian spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat
• Pelakaran spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat dan berkadaran
betul.
1.6.4 Kemahiran proses sains asas merangkumi memerhati, mengelas, mengukur
dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan
menggunakan perhubungan ruang dan masa.
• Memerhati (observing)-Proses mengumpul maklumat tentang objek dan
fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria. Alat
atau instrumen yang dicipta atau direka boleh juga dilaksanakan untuk
membantu deria. Pemerhatian yang dilakukan mungkin pemerhatian kualitatif,
pemerhatian kuantitatif atau pemerhatian perubahan.
• Mengelas (classifying)-Pengumpulan objek berdasarkan ciri-ciri sepunya yang
boleh diperhatikan ke dalam kumpulan yang sama.
• Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)-
Pemerhatian yang dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit rujukan
atau alat berunit piawai.
• Membuat inferens (inferring)-Kenyataan tentang sesuatu objek atau peristiwa
berdasarkan pemerhatian yang merupakan penerangan. Penerangan tersebut
mungkin betul atau tidak. 12
• Meramal (predicting)-Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang
akan datang berasaskan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data
yang boleh dipercayai.
• Berkomunikasi (communicating)-Cara untuk mengemukakan idea atau
menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, model,
jadual, graf, gambarajah, carta, peta, simbol, persamaan matematik dan
sebagainya.
• Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space/time relationship)-
Satu proses memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz
sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
1.6.5 Kemahiran proses sains bersepadu merangkumi mengintepretasi data,
mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan
mengeksperimen.
• Mengintepretasi data (intepreting data)-Mengorganisasikan data dalam bentuk
graf dan membuat kesimpulan berdasarkan graf
• Mendefinisi secara operasi (defining operationally)-Proses memberi definisi
tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan
diperhatikan. Ia membolehkan pembezaan di antara contoh dan bukan contoh
bagi konsep yang dihuraikan.
• Mengawal pembolehubah (identifying variables)-Mengenalpasti pembolehubah
yang boleh mempengaruhi hasil eksperimen iaitu pembolehubah bersandar,
memalarkan pembolehubah lain dan memanipulasikan pembolehubah tidak
bersandar.
• Membuat/ menyatakan hipotesis (making/stating hypothesis)-Menyatakan hasil
eksperimen yang dijangka berdasarkan data yang ada 13
• Mengeksperimen/ mereka bentuk penyiasatan (experimenting/ designing
investigation)- Mengendalikan suatu eksperimen termasuk mengemukakan
soalan yang relevan, menyatakan hipotesis, mengenalpasti dan mengawal
pembolehubah, mendefinisikan pembolehubah secara operasi dan
mengintepretasikan hasil eksperimen.
1.6.6 Penyeliaan merangkumi penyeliaan klinikal yang bermaksud penyeliaan
sebelum, semasa dan selepas pengajaran pembelajaran.
1.6.7 Bilik darjah merangkumi bilik darjah yang biasa dan juga makmal untuk
pengajaran Sains, Biologi, Kimia dan Fizik.
1
Sains menitikberatkan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah harian dan kemahiran saintifik memainkan peranan yang utama dalam dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah.
APAKAH KEMAHIRAN SAINTIFIK?
Kemahiran saintifik diperlukan oleh seseorang pelajar untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara sistematik.Kemahiran saintifik terdiri daripada Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Kemahiran Proses Sains (Science Process Skills)
Kemahiran proses sains (KPS) merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis, dan sistematik. Terdapat 12 KPS yang harus diperkembangkan dalam kurikulum Sains adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
Berdasarkan Teori Peringkat Perkembangan Kognitif, KPS dapat dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB).
Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Asas (Basic Process Skills) mampu
mengembangkan logik dan memahami konsep pengabadian serta dapat membuat pengelasan berasaskan lebih daripada satu ciri pada satu masa. Lazimnya, pelajar yang mempunyai KPSA adalah golongan murid sekolah rendah yang berusia antara 7 hingga 11 tahun (Peringkat Operasi Konkrit).
Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Bersepadu (Integrated Process Skill)pula lebih
pula lebih matang dan dapat menguasai pemikiran yang lebih abstrak serta memahami keperluan untuk mengawal pemboleh ubah apabila menjalani suatu eksperimen. Rata-rata pelajar yang mempunyai KPSB merupakan pelajar yang berusia antara 11 hingga 15 tahun (Peringkat Operasi Formal). Rajah 3 berikut menunjukkan model KPS yang lebih terperinci.
Jadual berikut memberikan definisi bagi komponen-komponen KPS yang telah dibincangkan di atas.
Kemahiran Manipulatif Sains (Science Manipulative Skills)
Kemahiran manipulatif (KMS) ialah kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan pelajar…..
….. menggunakan dan mengendalikan peralatandan bahan sains dengan betul.….. menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.….. membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.….. mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.….. melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Sains merupakan bidang yang menekankan kepada
pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran. Alam
sekitar merupakan makmal utama untuk murid menguasai
kemahiran proses sains. Kepentingan penguasaan kemahiran
proses sains termaktub dalam kurikulum sains sekolah rendah.
”Kurikulum sains sekolah rendah memberikan penekanan
kepada penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik
di samping kepada pemahaman prinsip asas sains serta
pemupukan sikap saintifik. Strategi pengajaran dan
pembelajaran kurikulum ini menyarankan pendekatan inkuiri
yang menegaskan pembelajaran melalui pengalaman”...(p. iii)
Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran
membantu murid menguasai kemahiran proses sains.
Kejayaan menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan
murid sekolah rendah bergantung kepada strategi dan
penyampaian guru semasa pengajaran. Menurut Kementerian
Pelajaran Malaysia (2006) matlamat sains sekolah rendah
untuk membangunkan perkembangan, minat dan kreativiti
pelajar melalui pengalaman harian dan penyiasatan yang dapat
menggalakkan mereka untuk menguasai kemahiran berfikir
dan kemahiran saintifik. Penguasaan kemahiran proses sains
dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah harian
mereka.
Dalam melaksanakan pengajaran, guru menggunakan
pelbagai pendekatan agar kandungan dan kemahiran dapat
dikuasai oleh murid. Fenomena seperti ini akan berlaku
sekiranya guru menyedari kepentingan kemahiran proses sains
dan bersedia mengamalkannya semasa pengajaran di bilik
darjah. Namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya, di
mana penekanan guru adalah terhadap isi pelajaran dan
berorientasikan peperiksaan. Fenomena ini turut menular
dalam kalangan guru pelatih sains semasa praktikum.
2.0 Penyataan Masalah
Kepentingan kemahiran proses sains dalam pengajaran
sains di sekolah tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun demikian
kemahiran tersebut dianggap sukar untuk dilaksanakan dalam
kalangan guru pelatih pengkhususan sains. Ini dikukuhkan lagi
dengan kebanyakan guru pelatih Institut Perguruan Kota Bharu
sejak 10 tahun yang lalu menunjukkan masalah dalam
penguasaan kemahiran proses sains semasa melaksanakan
program sepanjang tempoh praktikum.
Menurut Martin, Sexton, Wagner, Gerlovish (1994),
kemahiran proses sains dalam kalangan guru sekolah rendah.
Kajian yang dijalankan di Barat Australia menunjukkan guru-
guru sains lemah dalam penguasaan kemahiran proses sains
dan kurang jelas kelihatan pelaksanaannya dalam pengajaran
sains di sekolah rendah. Kelompangan dalam penguasaan
kemahiran proses sains ini menimbulkan pelbagai masalah-
masalah lain dalam pengajaran sains. Manakala Miller (1996)
menyokong pendapat Willian dengan menegaskan bahawa
kemahiran proses sains akan digunakan dalam pengajaran
sains yang berkesan. Kemahiran ini juga merujuk kepada
langkah. Prosedur atau aktiviti yang dirancangkan oleh guru
kepada pelajar agar pelajar dilibatkan secara aktif dalam
pembelajaran.
Kemahiran proses sains merupakan salah satu aspek
penting yang diberikan penekanan dalam pengajaran sains
dalam kalangan guru pelatih sebelum mereka ke sekolah untuk
menjalani praktikum. Kemahiran proses sains asas yang terdiri
daripada kemahiran memerhati, membuat pengkelasan,
kemahiran mengukur dengan menggunakan nombor,
kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal, kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran perhubungan ruang dan masa.
Manakala kemahiran proses sains bersepadu terdiri daripada
kemahiran mentafsir data, kemahiran mendefinisi secara
operasi, kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran
membuat hipotesis dan kemahiran mengeksperimen.
Walaupun pada peringkat sekolah rendah tidak kesemua
kemahiran proses itu perlu dilaksanakan dalam pengajaran
agar pelajar dapat menguasainya. Namun guru pelatih telah
didedahkan kesemua kemahiran proses tersebut secara teori
dan amali dengan harapan mereka dapat melaksanakan dalam
pengajaran sains semasa praktikum yang bersesuain dengan
kemampuan pelajar. Bagi guru pelatih sains terdapat beberapa
kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan praktikum
iaitu kurang berjaya menerapkan kemahiran proses tersebut
dalam pengajaran sains. Oleh yang demikian, kajian ini ingin
melihat sejauhmana guru pelatih melaksanakan kemahiran
proses sains dalam pengajaran mereka.
http://zoharimuda.blogspot.com/2012/07/aplikasi-kemahiran-proses-sains-guru.html
KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS4. Kemahiran membuat inferens
Takrif Membuat kesimpulan awal yang logik , yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa.Biasanya kesimpulan awal ini, dibuat berdasarkan pengalaman yang lalu.
Anda perlu menguasai kemahiran ini supaya anda boleh...membuat penerangan awal untuk sesuatu pemerhatian.membina satu hipotesis untuk penyiasatanmengguna bukti-bukti yang ada untuk membuat penerangan awal.melalui proses pemikiran semasa hendak menerangkan sesuatu pemerhatian.
Anda sedang menginferens apabila.....cuba membuat kesimpulan awal tentang pemerhatian.membuat satu kesimpulan daripada sesuatu data.membuat kesimpulan daripada sesuatu maklumat.membuat satu tanggapan awal.mencari jawapan kepada soalan yang bermula dengan ; Mengapakah .....?, Bagaimanakah...? Nyatakan sebab...
Aktiviti 1: Sekumpulan murid darjah lima sedang menjalankan projek mengkaji kesan penggunaan baja terhadap pertumbuhan pokok. Ketinggian pokok dan banyaknya baja yang diguna telah direkod dalam jadual 1.
Jadual 1
Apakah inferens yang boleh anda buat?
Aktiviti 2
Perhatikan kedua-dua gambar di bawah. Apakah inferens yang boleh anda buat?
1. Kaedah penyiasatan fizik bermula dengan menanya soalan-soalan yang sesuai tentang suatu fenomena yang diterokai (biasanya soalan tentang apa, mana, bila, mengapa dan bagaimana).
2. Penaksiran awal dilakukan terhadap soalan-soalan ini dan proses ini dikenali sebagai membuat inferens.
3. Membuat inferens bermaksud mentafsir atau menerangkan apa yang diperhatikan. Contohnya, apabila jarum galvanometer yang disambung kepada suatu gelung dawai terpesong, inferens yang dapat dibuat ialah arus teraruh dalam gegelung itu.
4. Inferens merupakan kesimpulan awal yang dibuat berdasarkan pemerhatian. Kesimpulan awal yang dibuat ini mungkin benar ataupun salah. Untuk mengesahkannya, pemerhatian lanjut perlu dilakukan.
5. Dalam penyiasatan saintifik, membuat inferens untuk menerangkan sesuatu pemerhatian merupakan satu titik permulaan untuk membuat hipotesis dan seterusnya melekukan eksperimen untuk menguji hipotesis tersebut.
6. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:
(a) Mengenal pasti masalah
(b) Membuat hipotesis
(c) Merancang eksperimen
(i) mengawal pemboleh ubah
(ii) menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
(iii) menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan
data dan menganalisis data
(d) Menjalankan eksperimen
(e) Mengumpulkan data
(f) Menganalisis data
(g) Mentafsirkan data
(h) Membuat kesimpulan
(i) Membuat pelaporan
MENGAPA “MEMBUAT INFERENS?”
Kemahiran Membuat Inferens adalah merupakan salah satu daripada kemahiran proses sains yang
bertujuan untuk: Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005
3 – 4 Oktober 2005/ Pej. Pelajaran Gabungan Bhg Sri Aman & MP Batu Lintang, Kuching,
Sarawak
81
i. menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat pemerhatian awal yang
munasabah;
ii. membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian; dan
iii. menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan.
Oleh itu, saya mendapati bahawa kemahiran membuat inferens amat penting dikuasai oleh murid
sekolah rendah kerana ia merupakan soalan yang popular dan sentiasa diuji dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), mata pelajaran Sains Bahagian B.
Membuat Hipotesis
1. Hipotesis merupakan satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah.
2. Ciri-ciri hipotesis ialah:
(a) Hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah
dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas apabila pemboleh ubah
yang lain dimalarkan.
(b) Hipotesis mesti berasaskan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa
hipotesis itu perlu dibuktikan.
(c) Hipotesis itu mesti boleh diuji.
(d) Hipotesis mesti ringkas dan jelas.
3. Contoh hipotesis ialah semakin panjang ladung (pemboleh ubah dimanipulasikan),
semakin lambat ayunannya (pemboleh ubah bergerak balas).
1 Pengertian Hipotesis
Hipotesis adalah usulan keterangan untuk gejala.
Dalam metode hipotetik-deduktif, hipotesis sebaiknya falsifabel, berarti bahwa mungkin bahwa itu bisa diperlihatkan bahwa itu adalah salah, biasanya oleh pengamatan.
Sebagai contoh, seorang pembaca yang menemukan artikel yang bermutu tinggi di Wikipedia mungkin membentuk hipotesis bahwa artikel Wikipedia hanya bisa diredaksikan oleh sangat memenuhi syarat profesor dengan Ph.D lipat ganda. Ini bisa dianggap sebagai hipotesis, karena falsifabel; bisa disalahkan dengan menyadari bahwa siapa saja bisa meredaksikan artikel Wikipedia, menggunakan pautan "Sunting halaman ini" di atas semua halaman. Suatu eksperimen sehubungan dengan ini adalah dengan mengklik pautan itu, meredaksikan halaman, dan menyimpannya. Jika halaman yang diganti muncul, dan anda tidak mempunyai ini Ph.D ganda, hipotesis anda disalahkan, dan eksperimen berakhir.
2. Cara Membuat Hipotesis Yang Baik
Membuat Hipotesis yang Baik Posted in 21:05 Persyaratan untuk Membuat Hipotesis yang Baik yaitu :- Berupa pernyataan yang mengarah pada tujuan penelitian dan dirumuskan dengan jelas.- Berupa pernyataan yang dirumuskan dengan maksud untuk dapat diuji secara empiris. Menunjukkan dengan nyata adanya hubungan antara dua variabel atau lebih. - Berupa pernyataan yang dikembangkan berdasarkan teori-teori yang lebih kuat dibandingkan dengan hipotesis rivalnya dan didukung oleh teori-teori yang dikemukakan oleh para ahli atau hasil penelitian yang relevan.
Menurut bentuknya, Hipotesis dibagi menjadi tiga 1. Hipotesis penelitian / kerja: Hipotesis penelitian merupakan anggapan dasar peneliti terhadap suatu masalah yang sedang dikaji. Dalam Hipotesis ini peneliti mengaggap benar Hipotesisnya yang kemudian akan
dibuktikan secara empiris melalui pengujian Hipotesis dengan mempergunakan data yang diperolehnya selama melakukan penelitian. Misalnya: Ada hubungan antara krisis ekonomi dengan jumlah orang stress 2. Hipotesis operasional: Hipotesis operasional merupakan Hipotesis yang bersifat obyektif. Artinya peneliti merumuskan Hipotesis tidak semata-mata berdasarkan anggapan dasarnya, tetapi juga berdasarkan obyektifitasnya, bahwa Hipotesis penelitian yang dibuat belum tentu benar setelah diuji dengan menggunakan data yang ada. Untuk itu peneliti memerlukan Hipotesis pembanding yang bersifat obyektif dan netral atau secara teknis disebut Hipotesis nol (H0). H0 digunakan untuk memberikan keseimbangan pada Hipotesis penelitian karena peneliti meyakini dalam pengujian nanti benar atau salahnya Hipotesis penelitian tergantung dari bukti-bukti yang diperolehnya selama melakukan penelitian. Contoh: H0: Tidak ada hubungan antara krisis ekonomi dengan jumlah orang stress. 3. Hipotesis statistik: Hipotesis statistik merupakan jenis Hipotesis yang dirumuskan dalam bentuk notasi statistik. Hipotesis ini dirumuskan berdasarkan pengamatan peneliti terhadap populasi dalam bentuk angka-angka (kuantitatif). Misalnya: H0: r = 0; atau H0: p = 0
3. Ciri-Ciri HipotesisCiri-Ciri Hipotesis yang Baik Karakteristik Hipotesis yang BaikSebuah hipotesis atau dugaan sementara yang baik hendaknya mengandung beberapa hal. Hal – hal tersebut diantaranya :1) Hipotesis harus mempunyai daya penjelas2) Hipotesis harus menyatakan hubungan yang diharapkan ada di antara variabel-variabel-variabel.3) Hipotesis harus dapat diuji4) Hipotesis hendaknya konsistesis dengan pengetahuan yang sudah ada.5) Hipotesis hendaknya dinyatakan sesederhana dan seringkas mungkin.
Berikut ini beberapa penjelasan mengenai Hipotesis yang baik :- Hipotesis harus menduga Hubungan diantara beberapa variabelHipotesis harus dapat menduga hubungan antara dua variabel atau lebih, disini harus dianalisis variabel-variabel yang dianggap turut mempengaruhi gejala-gejala tertentu dan kemudian diselidiki sampai dimana perubahan dalam variabel yang satu membawa perubahan pada variabel yang lain.
- Hipotesis harus Dapat DiujiHipotesis harus dapat di uji untuk dapat menerima atau menolaknya, hal ini dapat dilakukan dengan mengumpulkan data-data empiris.
- Hipotesis harus konsisten dengan keberadaan ilmu pengetahuan-Hipotesis tidak bertentangan dengan pengetahuan yang telah ditetapkan sebelumnya. Dalam beberapa masalah, dan terkhusus pada permulaan penelitian,
ini harus berhati-hati untuk mengusulkan hipotesis yang sependapat dengan ilmu pengetahuan yang sudah siap ditetapkan sebagai dasar. Serta poin ini harus sesuai dengan yang dibutuhkan untuk memeriksa literatur dengan tepat oleh karena itu suatu hipotesis harus dirumuskan bedasar dari laporan penelitian sebelumnya.
- Hipotesis Dinyatakan Secara SederhanaSuatu hipotesis akan dipresentasikan kedalam rumusan yang berbentuk kalimat deklaratif, hipotesis dinyatakan secara singkat dan sempurna dalam menyelesaikan apa yang dibutuhkan peneliti untuk membuktikan hipotesis tersebut.
MENGUJI HIPOTESISSuatu hipotesis harus dapat diuji berdasarkan data empiris, yakni berdasarkan apa yang dapat diamati dan dapat diukur. Untuk itu peneliti harus mencari situasi empiris yang memberi data yang diperlukan. Setelah kita mengumpulkan data, selanjutnya kita harus menyimpulkan hipotesis , apakah harus menerima atau menolak hipotesis. Ada bahayanya seorang peneliti cenderung untuk menerima atau membenarkan hipotesisnya, karena ia dipengaruhi bias atau perasangka. Dengan menggunakan data kuantitatif yang diolah menurut ketentuan statistik dapat ditiadakan bias itu sedapat mungkin, jadi seorang peneliti harus jujur, jangan memanipulasi data, dan harus menjunjung tinggi penelitian sebagai usaha untuk mencari kebenaran.
KEMAHIRAN MEMBINA HIPOTESIS11. Kemahiran Membina Hipotesis
Takrif membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens.
Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan anda dalam .....
1. membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf.2. mentafsir inferens dan data secara tepat3. mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat4. membuat penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data
5. memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis6. merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis7. membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu hipotesis8. menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji9. membezakan inferens daripada hipotesis
Bila dan mengapa perlu membina hipotesis?1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen.2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam eksperimen.3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara bagaimana menganalisis data.4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara pembolehubah.5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir eksperimen
Bagaimana membina hipotesis?Kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balasdan pembolehubah malarTulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yangdimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimanapembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua.
Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian
Anda pernah memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panasberbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut anda mungkin membina hipotesis,
"Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"
Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali denganmenggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yangdiketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisiair sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas samadengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidakdisokong oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti,
"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"
Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens
Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik.Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas.Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turutbertambah. Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelungbertambah, lebih banyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medanelektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferensialah,"Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku."
Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong ataumenyangkal hipotesis tersebut.
Bagaimana menilai hipotesis anda?
Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimenmenyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesistersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.
Aktiviti
Anda dikehendaki menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi masa untuk memasakkentang. Beri empat faktor dan bagi setiap faktor bina hipotesis yang boleh anda uji.
Mengeksperimen Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.Merupakankemahiran proses sainsperingkat tinggi.Petunjuk Mengeksperimen o Membuat pemerhatiano Mengemukakan soalan serta membuat inferenso Membuat hipotesis yang boleh diujikano Mengawal pemboleh ubah / mendefinisikan secaraoperasi
o Menentukan peralatan yang diperlukan bagi suatueksperimeno Menjalankan eksperimen dan memerhati sertamerekod datao Menganalisis dan mentafsir datao Membuat kesimpulano Melapor keputusan eksperimen yang telahdijalankano dalam keempat-empat strategi ni, sy suka kejadian bercanggah, sebab1.menarik minat
murid2.menimbulkan persoalan dari murid3. sifat ingin tahu murid bertambah4.hasil daripada
persembahan kejadian bercanggah, ini akan membuatkan murid untuk menjalankan
penyiasatan, seterusnya Eksperimen!5. sesudah murid menguasai akan sesuatu kejadian bercanggah,
mereka akanmenjalankan demonstrasi kepada ibu bapa dan rakan.6. pemahaman bertambah
apabila murid diminta memberi penjelasan kepada kejadiantersebut.
o
A Discrepant Event is something that surprises, startles, puzzles, or astonishes the
observer. Often, a discrepant event is one that does not appear to follow basic “rules
of nature” and the outcome of a discrepant event is unexpected or c
ontrary to what onewould have predicted. The event throws the child "off balance"
intellectually whichmost likely will motivate them to further investigate the science concept.
This strategyis often used in elementary science classes because most children feel the need
to havequestions answered, and there are many discrepant events that occur in the realm
of scientific knowledge. This will promote problem-solving skills on part of the child.The
child will be guided while finding a solution, but he or she will discover thereason for the
discrepant event. Discrepant events can be used:
• to engage students in inquiry• as a demonstration followed by discussion to introduce a new
topic• to engage students in science processes skills• as a small grou
p lab activity
• as a mind
-on warm-up to stimulate critical thinking
• as a take home lab activity• as a challenge for students to create investigative lab activites to
find out more about
the eventDE sebanarnya adalah "pendapat yang bercanggah"... Bebudak merasakan pemikiranmereka betul
contohnya, belon akan pecah kalau terkena benda tajam atau contoh dariDimitry hari tuh,
budak-budak fikir bahawa "glove" menghasilkan haba...DE ini membetulkan secara terang
pendapat yang salah... hmm...
Acara berbeza-beza adalah sesuatu yang kejutan, startles, teka-teki, ataumengagumkan
pemerhati. Biasanya, satu peristiwa yang berbeza-beza adalah salahsatu yang tidak
kelihatan untuk mengikuti asas "kaedah-kaedah semula jadi" dan hasil daripada
peristiwa yang berbeza-beza yang tidak diduga ataubertentangan dengan apa yang telah
diramalkan. Acara ini membuang kanak-kanak itu"hilang imbangan"
intelektual yang paling mungkin akan mendorongmereka untuk terus menyiasat konsep sains.
Strategi ini sering digunakan dalam kelassains asas kerana kebanyakan kanak-kanak merasakan keperluan
untuk mempunyaisoalan yang dijawab, dan terdapat banyak peristiwa yang berbeza-beza yang
berlakudi alam pengetahuan saintifik. Ini akan menggalakkan masalah
kemahiranmenyelesaikan sebahagian daripada kanak-kanak itu. Kanak-kanak
itu akanberpandukan pada masa yang sama mencari penyelesaian, tetapi dia akan menemuisebab untuk acara
berbeza-beza. Peristiwa berbeza-beza boleh digunakan:
• melibatkan pelajar dala
m siasatan
• sebagai demonstrasi yang diikuti oleh perbincangan untuk memperkenalkan topik
baru
• melibatkan pelajar dalam kemahiran proses sains• aktiviti makmal kumpulan kecil•
pemikiran minda
-on memanaskan badan untuk merangsang kritikal
• a
ktiviti makmal rumah mengambil
• sebagai satu cabaran kepada pelajar untuk mewujudkan aktiviti
-aktiviti makmalpenyiasatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai walaupunDE sebanarnya
adalah "pendapat yang bercanggah"... Bebudak merasakan pemikiranmereka betul contohnya, belon akan
pecah kalau terkena benda tajam atau contoh dariDimitry hari tuh, budak-budak fikir bahawa
"glove" menghasilkan haba...DE ini membetulkan secara terang pendapat yang salah...
hmm...
o
Sebelum memulakan sesi kuliah, En.Donatus telah melakukan set induksi
denganmenjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Discrepant Event
(KejadianBercanggah). Aktiviti yang dijalankan secara berpasangan ialah belon dan
jarum,meniup kertas dan dirikan kotak mancis. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan
berdasarkantajuk kuliah kami pada hari itu. En.Donatus memberitahu kami bahawa aktiviti-
aktivitiini boleh dilakukan kepada murid sekolah rendah apabila kami mengajar kelak.
Ianya juga dapat memperkembangkan kognitif kanak-kanak dan menarik minat merekauntuk
mempelajari sains.Ini juga merupakan pengalaman baru bagi saya kerana sebelum ini saya
tidak pernahmengetahui tentang discrepant event. Selepas itu, En.Donatus menerangkan
dengankami tentang empat strategi pengajaran dengan berbincang di ruang forum dari
LamanRespositori Pengajaran Sains beliau. Banyak yang kami bincangkan di dalam ruang
forum ini. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa dan semua soalan kami terjawab.Di
samping itu juga percambahan ilmu berlaku secara tidak langsung. Di dalamLaman
Respositori Pengajaran Sains, semua nota telah disediakan dan guru pelatihdibenarkan untuk
muat turun nota tersebut.Di dalam perbincangan tersebut, banyak persoalan yang ditimbulkan
pensyarahmengenai strategi discrepant event dan eksperimen. Selain itu, En.Donatus
telahmenerangkan bahawa kejadian bercanggah ini merupakan suatu demonstrasi yangdireka
untuk memperlihatkan suatu situasi atau fenomena yang mempamerkan hasilyang luar biasa.
Ianya juga merupakan suatu teknik inkuiri yang dikembangkan olehRichard Suchman (1962).
Kejadian bercanggah ini merupakan strategi pembelajaranberpusatkan murid dan ia boleh
digunakan untuk menarik perhatian murid, tetapiobjektif utamanya ialah untuk mengajar
suatu konsep atau prinsip sains yang penting.Seterusnya, pembelajaran menggunakan
discrepant event ini merupakan satu jenispembelajaran koperatif.Di samping itu, eksperimen
juga merupakan satu strategi pengajaran yang baik untuk diaplikasikan kepada murid sekolah
rendah. Eksperimen adalah satu kaedah yanglazim dijalankan dalam pelajaran sains. Kaedah
saintifik digunakan semasaeksperimen yang dilakukan ialah kemahiran berfikir murid dapat
dikembangkan,kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Seterusnya guru perlulah
memberipeluang kepada murid untuk membentuk eksperimen sendiri, di mana murid
sendiriyang merangka cara eksperimen yang boleh dijalankan, data yang boleh
diukur,bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh
dilakukansecara bersendirian atau secara berkumpulan. Di samping itu juga, sikap
saintifik dannilai-nilai murni dapat diterapkan dalam aktiviti eksperimen ini.Dalam tutorial
minggu ketujuh ini, kami diminta untuk melakukan satu demonstrasiyang berkaitan dengan
konsep sains yang diajar di sekolah rendah. Demonstrasi iniadalah guru yang menunjukkan
langkah-langkah melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid. Kaedah ini melibatkan
penerangan guru, pendengaran, penglihatandan percubaan murid. Demonstrasi ini sesuai
digunakan untuk membantu muridmenguasai kemahiran manipulatif, merangsang minat
murid dan mengaplikasikan apayang telah dipelajari ke dalam situasi baharu dengan
memperkembangkan pemahamandengan pengalaman baharu.Strategi yang terakhir ialah
penyiasatan, En.Donatus telah menerangkan bahawapenyiasatan saintifik ini ialah suatu
kaedah saintifik untuk mencari pengetahuan yangmelibatkan mengenalpasti dan menerbitkan
formula untuk suatu masalah,pengumpulan data melalui pemerhatian atau eksperimen,
membuat hipotesis danmenguji dan mengesahkan (atau menolak) hipotesis itu.Akhir sekali,
banyak dapatan baru yang saya perolehi daripada hasil perbincangansaya dengan rakan-rakan
serta pensyarah pembimbing. Strategi-strategi ini amat sesuaidigunakan untuk menarik
perhatian murid untuk mempelajari sains.
Sains sebagai suatu mata pelajaran dilaksanakan di semua sekolah rendah diseluruh Malaysia mulai tahun persekolahan 1994/1995. Unsur sains didedahkan diTahap 1 (Tahun 1-3) melalui penyepaduan mata pelajaran bahasa pengantar danmatematik dan diperkenalkan sebagai suatu mata pelajaran di Tahap II (Tahun 4-6).Langkah ini dijangka memberi persediaan yang sesuai dan mencukupi untuk muridmuridmengikuti pendidikan sains di peringkat sekolah menengah.Dalam kurikulum sains sekolah rendah (KSSR), penekanan diberi kepadapenguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, pemahaman kepada prinsip
asas sains, pemupukan sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusipengalaman yang relevan kepada kehidupan harian murid.
Kemahiran saintifik diberi tumpuan utama dalam kurikulum sains di samping isi kandungan sains. Kemahiran saintifik yang dimaksudkan dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah ini terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (PPK, 1994).
Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran prosessains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Padilla, 1980).
Kemahiran proses sains asas (KPSA) merangkumi memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa.
Manakala kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) pula merangkumi mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). Kemahiran proses sains asas perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum seseorang dapat menguasai kemahiran proses sains bersepadu (Roadrangka et al,1996).
Menurut Parker dan Roy (1991) kemahiran-kemahiran proses sains yangdisebutkan itu merupakan subset kepada kemahiran berfikir yang digunakan olehsama ada seorang ahli sains, guru ataupun pelajar apabila mempelajari sains.
Kemahiran proses sains digunakan oleh ahli-ahli sains untuk menyiasat danmeneroka (Roadrangka, Muhamad Nor Ahmad & Said Manap, 1996) dan hanya akanmemainkan peranannya apabila digunakan dalam kontek aktiviti sains sepertipenyiasatan dan diintepretasikan dengan pemahaman saintifik (Woolnough, 1994;Maloney, 2007).
Kemahiran proses sains ini perlu digunakan oleh guru dalammenyampaikan pengajaran fakta-fakta sains dengan berkesan. Hal ini adalah keranasains bukan hanya merupakan ilmu pengetahuan sahaja malahan ia merupakan suatucara untuk memahami alam persekitaran secara sistematik.
Kemahiran proses sains diperlukan oleh murid untuk mempelajari mengenai dunia sains dan teknologinya dengan lebih mendalam. Guru-guru perlu mengetahui dan menguasai kemahiranproses sains ini terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat diajarkan kepadamurid. Justeru, guru dengan tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran prosessains yang berlainan akan mengajarkan kemahiran proses sains dalam pengajarandan pembelajaran Sains dengan kualiti yang berbeza. Apabila seseorang guru telah menguasai kemahiran proses sains dengan baik, adalah diharapkan bahawa mereka dapat melaksanakannya dengan berkesan semasa pengajaran sains di kelas. Untuk penguasaan yang berkesan, kaedah penyampaian kemahiran proses sains harus menekankan aktiviti hands-on yang menarik (Maloney, 2007). Strategi inkuiri yang berpusatkan murid dengan aktiviti, penyiasatan dan eksperimen akan memupuk dan mengasah kemahiran-
kemahiran proses sains. Seterusnya, kemahiran berfikir murid juga akan dipertingkatkan. Kajian yang dijalankan oleh Padilla, Okey dan Dillashaw (1983) menunjukkan bahawa kemahiran proses sains khasnya bersepadu mempunyai korelasi dengan kemahiran berfikir aras formal sepertiyang dikemukakan oleh Piaget. Kemahiran berfikir ini adalah penting kerana terdapatkajian yang menunjukkan bahawa ramai orang dewasa belum dapat mencapai kebolehan menaakul pada peringkat formal (Chiapetta, 1976).
top related