nama nama islam

Post on 11-Jul-2015

597 Views

Category:

Self Improvement

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Nama Nama Islam

Rasulullah diutuskan kepada umat manusia untuk membentuk

akhlak dan keperibadian dengan berpandukan kepada Al-quran

dan juga hadis. Salah satu ajaran Rasulullah ialah dengan

memberikan nama yang baik kepada kanak-kanak yang baru lahir.

Ia adalah dari ajaran Rasulullah, bahawa setiap ahli keluarga

diberi nama yang baik kerana dalam Islam nama merupakan doa

kepada mereka.

Setiap pasangan yang berkahwin sama ada baru atau lama pasti

akan memohon kepada Allah SWT supaya diberikan zuriat yang soleh

dan solehah. Menamakan anak merupakan tanggungjawab mereka

sebaik sahaja bayi tersebut lahir iaitu dengan memberikan nama

nama islam yang baik. Nama tersebut juga tidak kira sama ada nama

lelaki ataupun nama perempuan Kita juga seharusnya memohon

kepada Allah supaya apabila kanak-kanak ini apabila ia membesar ia

akan menjadi kalangan pengikut Nabi Muhammad dan pengikut

Sunnah beliau yang baik.

Ada Hadis yang menunjukkan bahawa kanak-kanak diberikan

nama pada hari ketujuh bersama-sama dengan aqiqah. Walau

bagaimanapun, Nabi juga ada memberikan nama kanak-kanak

pada hari kelahiran mereka, seperti yang dibuktikan oleh riwayat

lain. Tiada kesan buruk sekiranya kanak-kanak tidak diberikan nama

dalam tempoh tujuh hari. Namun demikian, selepas melewati

tempoh tersebut, kanak-kanak tersebut mestilah diberikan nama

dengan nama-nama islam yang sesuai.

Oleh itu, berilah nama bayi anda dengan nama nama

islam yang baik! Carilah nama yang mempunyai maksud yang baik.

Diharapkan perkongsian saya melalui laman

web http://senarainamanamaislam.com ini akan dapat

memberikan manfaat yang baik dan mendapat ganjarannya di sisi

Allah SWT. Amin, Insya Allah.

• arti nama bayi, nama bayi islam, nama bayi perempuan islam, nama

nama islam

top related