asalono.files.wordpress.com file · web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam...

28
CTU 101 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM TAJUK PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU DISEDIAKAN OLEH: Nama No. Kad Pelajar 1. 2. 3 KOD PROGRAM : SESI : 0

Upload: leliem

Post on 27-Apr-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

CTU 101PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

TAJUK

PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:

Nama No. Kad Pelajar

1.

2.

3

KOD PROGRAM :

SESI :

SEKSYEN :

0

Page 2: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

KANDUNGAN

1. Pendahuluan

2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu

3. Pengaruh Islam ke atas Masyarakat Melayu

4. Islam semasa Penjajahan Inggeris

5. Kesimpulan

Rujukan

1

Page 3: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

1. Pendahuluan

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di

Tanah Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh

sarjana-sarjana tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah

Melayu. Namun yang penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima

baik oleh masyarakat Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan

Melayu Melaka bertindak menyebarluas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.

Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan

masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya

suatu peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya

merubah kepercayaan tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut

pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan. Namun perkembangan dan pengaruh Islam

menghadapi cabaran apabila kuasa Barat khususnya Inggeris (British) menjajah Tanah

Melayu dengan mencampuri hal ehwal pentadbiran di negeri-negeri Melayu dengan

memperkenalkan beberapa dasar bercorak sekular dan moden dalam pelbagai aspek

sehingga secara perlahan meminggirkan pengaruh Islam. Situasi ini telah

membangkitkan kesedaran orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah menuntut

kemerdekaan demi kesinambungan peradaban Islam yang telah lama bertapak di

negara.

2

Page 4: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu

Penyebaran Islam secara berencana dan menyeluruh di Tanah Melayu berlaku

di Melaka apabila munculnya kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat penyebaran Islam

di samping sebagai pusat perdagangan yang terpenting di rantau Alam Melayu. Peranan

yang dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka dalam menyebarkan Islam ini telah

menyebabkan Islam berkembang pesat di beberapa buah negeri jajahannya di Tanah

Melayu. Oleh kerana perkembangan dan penyebaran Islam yang dilakukan oleh Melaka

ini begitu ketara dan menyeluruh, maka tidak hairanlah kenapa sejarawan Barat

beranggapan Melaka sebagai negeri yang mula-mula menerima Islam di Tanah Melayu

pada abad ke-15M apabila rajanya yang pertama memeluk Islam pada tahun 1414M.1

Namun pandangan ahli sejarah Barat ini disanggah oleh ahli sejarawan

tempatan kerana terdapat beberapa negeri selain Melaka telah menerima Islam lebih

awal seperti Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar abad ke-7 dan ke-8

Masihi.2 Namun pertapakan Islam di negeri-negeri tersebut pada waktu itu dianggap

sebagai peringkat masa tunas dan kedudukan Islam tidak kukuh untuk berkembang.

Orang-orang Islam hanya merupakan kelompok-kelompok kecil yang hidup bersendirian

dan tidak ada bukti menunjukkan usaha pengembangan dan penyebaran Islam secara

meluas dan menyeluruh di Tanah Melayu dari negeri-negeri tersebut pada waktu itu

melainkan hanya Melaka diperakui berperanan bertindak menyebarluas Islam di rantau

ini. 3

1Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah, hlm. 70-71.2Mahayudin Haji Yahaya (1998), Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 15.3Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 515.

3

Page 5: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

Proses pengislaman dalam kerajaan Melaka adalah lebih menyeluruh sifatnya

iaitu bermula dari pihak istana. Oleh yang demikian, proses penyebaran agama Islam di

kalangan rakyat negeri Melaka dan jajahan takluknya menjadi meluas. Pahang,

Terengganu, Johor dan Kedah adalah antara negeri yang berjaya ditakluki Melaka dan

tersebar Islam di sana. Bendahara Tun Perak4 adalah orang yang bertanggungjawab

disebalik kejayaan peluasan kuasa kerajaan Melaka dan penyebaran agama Islam ke

seluruh Tanah Melayu.

Pada masa pemerintahan Sultan Muzafar Shah umpamanya, kedudukan agama

Islam semakin kukuh dan berkembang apabila baginda mempergiatkan lagi

penyebaran agama Islam menerusi kuasa politik. Dasar berbaik-baik dengan kuasa-

kuasa asing seperti Siam, Majapahit dan China yang dibuat oleh pemerintah selepas itu,

iaitu Sultan Mansur Shah, membolehkan kerajaan Melaka menumpukan perhatian

sepenuhnya terhadap perkembangan Islam di dalam dan di luar negeri. Justeru itu,

Melaka menjadi sebuah pusat kerajaan Melayu yang terbesar dan pusat penyebaran

agama Islam yang terpenting di Nusantara pada masa pemerintahan Sultan Mansur

Shah. Runtuhnya kerajaan Majapahit di Jawa adalah hasil gerakan dakwah Islam oleh

Melaka.5

Selain faktor politik dan penaklukan, penyebaran Islam di Tanah Melayu turut

disumbang oleh faktor perkahwinan, perdagangan dan gerakan dakwah oleh golongan

sufi.6 Walaubagaimana pun, faktor terpenting tersebarnya Islam secara meluas adalah

4Bendahara Tun Perak dianggap tokoh teragung dalam sejarah Melaka kerana kejayaannya menguatkan kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran agama Islam di samping kejayaannya meluaskan wilayah Melaka.5 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 99-100.6 Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, hlm. 36.

4

Page 6: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

kerana agama itu sendiri di mana sifat-sifatnya dan kandungannya adalah dengan

mudah dapat mendorong orang mengikutinya.7

Sungguhpun, tarikh sebenar kedatangan Islam di Tanah Melayu masih kabur,

namun kedatangan dan penyebaran agama Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu

ini yang menjangkau masa yang lama dan tidak henti-henti telah membawa pengaruh

yang cukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan

peradaban mereka.

3. Pengaruh Islam Ke Atas Masyarakat Melayu

Islam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah

baharu iaitu zaman bertamadun dan berkemajuan.8 Menurut Syed Muhammad Naquib

al-Attas, Islam mempunyai pengaruh yang amat besar, mendalam dan meluas di Alam

Melayu sehingga berjaya mencabut akar umbi pengaruh Hindu-Buddha. Kedatangan

Islam bukan sahaja menandakan kedatangan zaman baharu, bahkan permulaan suatu

zaman moden di rantau ini. Ujarnya, segala-galanya berpunca daripada tamadun yang

dibawa oleh Islam berasaskan kepada rasionalisme dan kebebasan cara berfikir

berbanding dengan zaman sebelumnya yang tidak berasaskan kepada rasionalisme dan

akal fikiran masyarakat dibelenggu oleh kepercayaan yang salah.9

Pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas ini secara tidak langsung menolak

beberapa pendapat sarjana barat yang mengatakan bahawa pengaruh Islam di Alam

7 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, Kota Bharu: Masfami Enterprise, hlm. 35.8 Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 37.9Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 3-4.

5

Page 7: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

Melayu itu adalah suatu yang tipis iaitu hanya kulit sahaja sedangkan di dalamnya

adalah unsur Hindu dan Buddha. Anggapan sarjana Barat ini telah mengelirukan.

Bagaimana boleh dianggap penyebaran Islam itu secara tipis sedangkan orang-orang

Melayu itu menganut dan terlibat secara dalaman dengan Islam.10 Sebenarnya

pengaruh unsur Hindu dan Buddha itulah yang tipis kerana agama Hindu dan Buddha

hanya didalami dan diamalkan oleh golongan istana sedangkan rakyat bawahan tidak

mempunyai kefahaman yang tepat berkenaan dengan agama-agama tersebut.11

Sejak orang Melayu menerima agama Islam, dapat ditegaskan ia mempengaruhi

secara mendalam dan melibatkan keseluruhan cara hidup harian anggota masyarakat

itu dan tidak hanya pada sistem kepercayaan sahaja. Perubahan yang berlaku ini

merupakan suatu revolusi yang telah sama sekali mengubah corak sosial dan politik

masyarakat tersebut.12

Umumnya kedatangan Islam telah membawa pengaruh yang cukup besar ke

atas masyarakat Melayu sehingga mencorakkan lanskap peradaban mereka. Pengaruh

Islam ke atas masyarakat Melayu dapat dilihat pada aspek-aspek berikut:

a. Aspek Akidah (Kepercayaan)

10Wan Abdul Kadir (1992), Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif: Budaya Melayu, Petaling Jaya: Masfami Enterprise, hlm. 25.11 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, hlm. 12.12Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam Dan Masyarakat Melayu, hlm. 1.

6

Page 8: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

Kesan paling ketara dengan kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu

ialah bertukar agama daripada beragama Hindu atau Buddha atau kepercayaan

animisma kepada berakidah Islam yang mentauhidkan dan menyembah Allah s.w.t,13 di

samping menyakini kewujudan malaikat, perutusan para nabi, penurunan kitab-kitab,

kewujudan hari akhirat dan ketentuan qadha dan qadar.

Pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan juga menjadi benar iaitu

semata-mata untuk beribadah kepada Allah s.w.t bukan untuk tujuan-tujuan lain selain

dari itu. Amalan berakidah tidak hanya terikat pada amalan ibadah-ibadah yang

diwajibkan sahaja tetapi juga pada setiap tindakan dan perbuatan. Kefahaman tauhid

yang menjadi asas akidah Islam berjaya meresap masuk ke dalam jiwa orang Melayu

sehingga sukar untuk digugat keislaman mereka. Sebab itu, cubaan untuk

menyeberluas agama Kristian oleh penjajah ke atas orang Melayu tidak memberi kesan.

Malahan sampai kini, hubungan antara Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan.14

b. Aspek Politik dan Pentadbiran

Kesan segera pengislaman di Tanah Melayu ialah kemunculan kerajaan Islam

seperti kerajaaan Islam Melaka. Sistem politik dan pentadbiran kerajaan Islam ini telah

memperkenalkan sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah dengan meletakkan

‘sultan’ sebagai ketua negara dan ketua agama Islam. Di dalam perlaksanaan

pentadbiran, sultan dijadikan ‘Khalifah Allah di bumi’ dibantu oleh golongan penasihat

13 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 540.14Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM, hlm. 223.

7

Page 9: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

yang terdiri daripada alim ulama dan mufti.15 Berbeza dengan sistem kerajaan sebelum

Islam di mana golongan agama tidak mendapat tempat yang istimewa di dalam istana.

Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah

dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman Hindu yang perlu disembah.

Sultan bertanggungjawab menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara bagi

mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan sama ada dari segi

penyebaran, pentadbiran dan perlaksanaan hukum-hukumnya.16

Sultan juga bertanggungjawab memperkenalkan dan melaksanakan undang-

undang berdasarkan hukum syariah Islam dalam pentadbirannya bagi menjamin

keadilan dan kesaksamaan, walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu

sempurna dan kurang memuaskan. Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka

adalah antara contoh undang-undang bertulis yang mengandungi hukum syariah Islam

yang dikuatkuasakan dan dilaksanakan di dalam pentadbiran Kesultanan Melayu

Melaka. Di dalam undang-undang berkenaan telah dicatatkan beberapa peruntukkan

undang-undang mengikut perundangan jenayah Islam seperti hukuman mencuri,

membunuh, zina dan sebagainya. Selain itu, dimuatkan juga peruntukkan tentang soal

nikah kahwin, pembahagian pusaka (faraid), hal yang berkaitan dengan muamalah

seperti urusan jual beli dan sebagainya juga dilaksanakan menurut sistem Islam. 17

c. Aspek Pendidikan dan Keilmuan

15Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (2004), Cetakan ke Empat, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 168.16 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 131-132.17 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 541-542.

8

Page 10: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

Mengenai sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan ternyata agama Islam telah

membawa beberapa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Oleh

sebab agama Islam menerima naungan daripada istana raja-raja Melayu, maka istana

telah dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Begitulah halnya

yang berlaku di Melaka, bermula daripada sultannya yang pertama sehingga sultan

yang terakhir sebelum tahun 1511M mengambil berat tentang perkembangan pelajaran

dan pendidikan Islam.18 Pernah diceritakan Sultan Mahmud Shah pernah mengunjungi

rumah maulana Yusuf untuk mempelajari kitab ”Maklumat”, di samping belajar dengan

maulana Sadar Johan.19

Institusi-institusi pendidikan sama ada rasmi atau tidak rasmi seperti pendidikan

di peringkat madrasah, pondok atau pesantren, masjid dan surau telah wujud. Ini

menunjukkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang

untuk mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan terutama mengenai ajaran Islam.

Kesannya, ramailah masyarakat Melayu yang celik huruf berbanding sebelum

kedatangan Islam di mana ilmu pengetahuan hanya dipelajari oleh golongan istana

sahaja. Kesan lain ialah muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di

beberapa pusat tamadun Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama

karya-karya berbentuk keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang

dinamakan sastera kitab.20

18 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 141.19 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm. 402.20 Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2004), hlm. 168.

9

Page 11: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

Ulama dalam bidang agama ini tidak hanya berperanan sebagai guru agama,

pengarang kitab-kitab dan penasihat raja-raja malah turut berjihad sebagai pahlawan di

medan perang. Oleh itu, golongan ini sentiasa mendapat penghormatan yang tinggi di

kalangan masyarakat dan juga pemerintah.21

Kedatangan Islam secara tidak langsung telah mengangkat martabat bahasa

Melayu sebagai salah satu bahasa ilmu pengetahuan dan penyebaran dakwah di Alam

Melayu dan dianggap sebagai Lingua-Franca di rantau ini. Justeru itu, Islam dikatakan

bertanggungjawab mengasaskan sistem pendidikan yang terawal di Alam Melayu.22

Selain itu, dengan kemasukan Islam juga telah menjadikan bahasa Melayu

daripada bahasa lisan kepada bahasa persuratan, apabila tulisan jawi diperkenalkan,

melalui pengajaran yang berasaskan kepada al-Quran. Secara kebetulan huruf-huruf

jawi yang diperkenalkan oleh tulisan Arab amat sesuai sekali dengan cara bahasa

Melayu dituturkan.23

Penglibatan pedagang dan mubaligh Islam dari Arab dalam usaha menyebarkan

Islam di Alam Melayu secara tidak langsung turut mempengaruhi penggunaan istilah

dan perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Penggunaan istilah dan perkataan

tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah

dan akhlak tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti perkataan

sultan, ilmu, kitab, masjid, hisab, alam, sedekah dan lain-lain yang dipinjam dari bahasa

Arab.24 Hal ini tentunya memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu dan

menjadi simbol kekuatan Islam menerusi bahasa.21 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 404.22 Syed Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu., hlm. 41.23 Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Indah , hlm. 118.24 Dasuki bin Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 544.

10

Page 12: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

d. Aspek Sosial

Walaupun tidak sepenuhnya unsur-unsur sosial Islam mempengaruhi

masyarakat Melayu, namun sudah terdapat nilai-nilai persamaan taraf antara manusia,

tidak wujud lagi sistem perhambaan dan amalan kasta25 sebagaimana yang diamalkan

sebelum kedatangan Islam. Sungguhpun masih kedapatan perbezaan status antara

golongan bangsawan dengan rakyat tetapi perbezaan itu tidaklah begitu ketara.26

Islam mengajar anggota-anggota masyarakat Melayu mengeratkan hubungan

persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu dan tolong-menolong. Peraturan dan

panduan hidup adalah berasaskan kepada agama Islam.27 Unsur-unsur metafizik yang

berkaitan dengan rukun iman dan perkara-perkara sam’iyyat28 serta hukum syarak yang

terdapat dalam ajaran Islam seperti wajib, sunat, makruh, haram dan harus amat

mempengaruhi pemikiran orang-orang Melayu di mana segala kegiatan yang dilakukan

semata-mata didorong untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dalam kegiatan ekonomi

misalnya, amalan riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan. Bagi

mendapat keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang diperolehi

hendaklah dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan amal jariah.29

Demikianlah pengaruh agama Islam dalam membentuk masyarakat dan budaya Melayu

yang lebih kukuh, yang belum pernah berlaku sebelum ini.

25Kasta diertikan sebagai lapisan masyarakat atau tingkatan golongan dalam masyarakat, lihat Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka26 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 133.27 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, hlm. 39.28Sam’iyyat ialah beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti percaya adanya siksaan kubur selepas mati adalah perkara benar dan tetap akan berlaku kepada orang yang telah meninggal dunia.29 Ibid., hlm. 134-135.

11

Page 13: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

e. Aspek Kesenian

Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti

arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya.30 Aspek arkitektur

atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah, istana, rumah,

kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan pusat ibadat umat Islam

mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam seperti bumbung kubah,

mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding

masjid.31

Epigrafi seperti prasasti atau batu bersurat dan batu-batu nisan kebiasaannya

terdapat tulisan-tulisan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat al-Quran serta angka-

angka Arab. Batu nisan di Langgar Kedah misalnya terdapat catatan kalimah Syahadah

dengan tulisan khat kufi. Manakala prasasti di Terengganu terdapat nasihat dan perintah

bagi mentaati hukum-hukum syarak.32

Salah satu kesenian Islam yang terpenting ialah kaligrafi atau seni khat Islam.

Seni khat Islam ini dapat dilihat pada bangunan-bangunan masjid, batu nisan atau batu

bersurat, di samping tertulis pada benda-benda lain seperti tembikar, mata wang,

pakaian dan lain-lainnya.33

Adapun tentang seni logam, antara jenis-jenisnya ialah mata wang dan senjata-

senjata. Tentang mata wang, ianya menonjolkan nilai Islam dalamnya, dengan

30 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 390.31 Ibid., hlm. 391.32 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 135.33 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 394.

12

Page 14: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

menekankan sifat keadilan kepada raja-raja. Demikan juga pada senjata keris, dari segi

fungsi dan motif-motif ragam hias khususnya daripada ayat-ayat al-Quran yang terukir

pada hampir keseluruhan senjata ini yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.34

4. Islam Semasa Penjajahan Inggeris

Inggeris atau British adalah penjajah Tanah Melayu paling lama iaitu bermula

mengambil alih Tanah Melayu daripada penguasaan pihak Belanda menerusi Perjanjian

Inggeris-Belanda pada tahun 1824 sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Pada peringkat awal penjajahan, dasar pihak Inggeris ialah tidak mahu mencampuri

urusan yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi pentadbir British,

agama Islam yang telah sebati dalam kebudayaan orang-orang Melayu bukanlah satu

ancaman. Jika mencampuri urusan agama seperti mengembangkan agama Kristian

mungkin akan mencetuskan ketegangan yang boleh mendatangkan masalah besar

kepada kepentingan ekonomi mereka. Oleh yang demikian mereka meletakkan urusan

yang berkaitan dengan hal-hal agama di bawah kuasa sultan sebagai penaung.35

Menurut Muhammad Redzuan Othman, perluasan penjajahan British ke atas

Tanah Melayu ternyata tidak banyak mengubah amalan Islam dalam kalangan orang

Melayu, malah komitmen mereka terhadap agama pula tidak pernah terjejas pada bila-

bila masa.36 Namun begitu, penyerapan pengaruh Barat tetap berlaku apabila Inggeris

campurtangan dalam urusan pentadbiran dan undang-undang kerajaan Melayu

sehingga menghakis sedikit demi sedikit pengaruh Islam. Seperti yang diungkapkan

oleh Ahmad Ibrahim;

34 Ibid., hlm. 395.35 Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam Dan Masyarakat Melayu, hlm. 17.36 Ibid., hlm. 23.

13

Page 15: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

“Walaupun ada fasal yang menyatakan bahawa Raja-raja Melayu bersetuju menerima semua nasihat British kecuali dalam hal-ehwal mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu namun British sama ada secara langsung atau tidak langsung telah campurtangan dalam hal-ehwal agama dan pentadbiran. British secara tidak langsung telah membawa masuk undang-undang Inggeris menggantikan sebahagian besar pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu”.37

Menurut Ahmad Ibrahim lagi dengan memetik kenyataan R.J Wilkinson, tidak boleh

diragui lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu

sekiranya undang-undang British tidak masuk dan menahannya.38

Ekoran campurtangan Inggeris dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu dengan

memperkenalkan undang-undang Inggeris sehingga mengenepikan sebahagian besar

undang-undang Islam telah membangkitkan kemarahan di kalangan orang-orang

Melayu terutama dari golongan nasionalis Melayu dan juga golongan ulama’. Namun

semua gerakan penentangan ini dapat dipatahkan oleh pihak penjajah. 39

Sungguhpun gerakan penentangan ini dapat dipatahkan, namun sedikit

sebanyak membuatkan pihak Inggeris mempertimbangkan kedudukan undang-undang

Islam dengan bertindak mengubah struktur pentadbiran agama Islam dan undang-

undang Mahkamah Syariah yang sedia wujud di samping menubuhkan Majlis Agama

Islam serta menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di mahkamah tersebut.40

Menurut Kassim Thukiman, pada zaman penjajahan Barat, Islam tidak memberi

kesan ke atas sistem politik masyarakat Melayu dan hanya dijadikan sebagai agama

rasmi di setiap negeri Melayu. Perkembangan agama Islam juga semakin merosot dan 37 Ahmad Mohamad Ibrahim (1986), Sistem Undang-undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 49.38 Ibid.39 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 201.40 Ibid., hlm. 202.

14

Page 16: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

terhad pemakaiannya. Ini kerana kerajaan British telah menginstitusikan bidang agama

menyebabkan ia menjadi sangat birokratik.41

Akibat campurtangan Inggeris, aspek-aspek lain turut terjejas seperti ekonomi,

pendidikan dan budaya. Proses modenisasi yang menjurus kepada mementingkan

kemajuan kebendaan yang dilakukan oleh pihak Inggeris dalam pelbagai aspek ini telah

mempengaruhi cara hidup masyarakat Melayu. Kesannya, berlakulah suatu pemisahan

dalam cara hidup di mana Islam hanya pada ibadah ritual sahaja. Ini bermakna Inggeris

berjaya menerapkan budaya sekular dalam sistem pentadbiran dan kehidupan

masyarakat Melayu. Di bidang ekonomi misalnya, pihak Inggeris telah memperkenalkan

sistem kapitalis yang menekankan aspek kebendaan bukannya aspek spiritual

sebagaimana dalam Islam. Pengaruh kapitalis ini mula tersebar di bandar-bandar

moden di negara ini kerana ia merupakan ukuran kemajuan Barat.42 Oleh itu, untuk

mencapai kemajuan seperti kemajuan orang-orang Barat masing-masing berusaha

mengejar kebendaan atau material.

Begitu juga dalam sistem pendidikan di mana sistem pendidikan sekular

mengambil-alih sistem pendidikan tradisional. Stamford Raffles dikatakan pelopor sistem

pendidikan sekular ini, kerana dialah yang mula-mula menganjurkan supaya pelajaran

bahasa Melayu diasingkan dari dasar pelajaran al-Quran.43 Sistem pendidikan Inggeris

ini secara halus mula menanam sikap, nilai dan wolrdview Barat kepada murid-murid

tempatan. Barat menyalurkan nilai-nilai Barat dan melakukan proses modenisasi atau

pembaratan menerusi sistem pendidikan. Akibatnya lahirlah golongan yang cenderong

kepada budaya Barat apatah lagi dari segi psikologinya kedudukan orang Inggeris pada 41 Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, hlm. 48.42 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, hlm. 48.43 Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena, hlm. 357.

15

Page 17: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

waktu dipandang tinggi. Ini kerana kemajuan yang dicapai oleh Barat dari aspek luaran

seperti teknologi, sains dan ilmu pengetahuan dengan sendirinya meletakkan

kedudukan orang-orang Barat di atas.44

Pengaruh budaya Barat juga disebarkan melalui penayangan filem-filem Barat

yang ternyata mendapat sambutan di kalangan muda-mudi Islam sehingga

mengabaikan amalan cara hidup Islam. Perlakuan, pakaian, fesyen dan seumpamanya

yang ditonjolkan menerusi filem-filem Barat selalu menjadi ikutan orang-orang muda

yang kebiasaannya mendapat tentangan dari golongan tua. Ini kerana nilai-nilai dalam

budaya Barat itu bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan agama Islam.45

Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad, sekurang-sekurangnya dua kesan ditinggalkan

oleh penjajah; pertamanya, melemahkan pengaruh Islam di Tanah Melayu di mana

kedatangan penjajah Barat dan penerapan kebudayaan Barat serta kemajuan Barat

dalam bidang sains dan teknologi telah menambah kemerosotan pengaruh Islam.

Keduanya, memundurkan kehidupan orang Islam akibat penguasaan ekonomi tempatan

oleh penjajah Barat di samping pembangunan yang dibawa oleh penjajah tidak memberi

faedah kepada orang-orang Melayu.46

5. Kesimpulan

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu jelas telah membawa pengaruh yang cukup

besar kepada masyarakat Melayu. Islam yang tersebar ke seluruh Tanah Melayu

melalui beberapa faktor telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran dan cara hidup

44 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 49.45 Ibid., hlm. 50-51.46Dasuki Haji Ahmad (1980), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 16-17.

16

Page 18: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

orang-orang Melayu sehingga membentuk satu peradaban Melayu yang berbeza

dengan sebelumnya. Pengaruh Islam ini terus berkembang dengan baik dalam tempoh

yang agak lama.

Namun begitu pengaruh Islam telah terjejas apabila pihak Barat datang menjajah

terutama penjajah British atau Inggeris yang telah berjaya mencampuri urusan hal-ehwal

orang-orang Melayu dengan memperkenalkan dasar-dasar Barat menerusi sistem

Residen. Akibatnya nilai-nilai tradisi dan agama Islam yang mewarnai politik,

perundangan, ekonomi dan pendidikan dalam masyarakat Melayu semakin terhakis dan

terpisah.

Walaupun penjajahan Inggeris telah menjejaskan pengaruh Islam dan

membantutkan perkembangannya dalam pelbagai aspek, namun dari aspek

kepercayaan dan pegangan akidah orang-orang Melayu tidak terjejas dan tetap

dipertahankan. Akidah Islam yang sudah tertanam dalam diri dan sebati dengan jiwa

orang Melayu sejak sekian lama telah membangkitkan kesedaran dan semangat di

kalangan mereka untuk berjuang menentang penjajahan Barat ini sehinggalah

membawa kepada kemerdekaan tanahair pada tahun 1957. Selepas mencapai

kemerdekaan, pengaruh dan perkembangan Islam kembali mewarnai peradaban

Malaysia.

17

Page 19: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

Rujukan

Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena.

___________________ (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah.

Ahmad Mohamad Ibrahim (1986), Sistem Undang-undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

18

Page 20: asalono.files.wordpress.com file · Web viewprinsip-prinsip asas islam. tajuk. pengaruh islam terhadap masyarakat melayu. disediakan oleh: nama no. kad pelajar 1. 2. 3 kod program

Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (2004), Cetakan ke Empat, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mahayudin Haji Yahaya (1998), Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .

Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Indah.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Abdul Kadir (1992), Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif: Budaya Melayu, Petaling Jaya: Masfami Enterprise.

_______________ (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, Kota Bharu: Masfami Enterprise.

Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM.

19