mutiara kata...mutiara kata make your life a masterpiece; imagine no limitations on what you can be,...
Post on 19-Jan-2020
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Ap
ril
20
12
Learn . Lead . Legacy
Aktiviti INTURA Sepanjang Bulan November
Sepanjang bulan November 2018, telah berlangsung pelbagai program di INTAN Wilayah Utara termasuklah seminar, kursus pemantapan kepakaran, lawatan kerja Pengarah INTAN dan kursus integrasi warga INTAN. Pada 1 November 2018 telah berlangsung Seminar MyPortfolio : Panduan Kerja Sektor Awam bertempat di Dewan Jubli Perak yang bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Objektif seminar ini adalah untuk memberikan kefahaman dan meningkatkan kemahiran pegawai terhadap tatacara penyediaan myPortfolio serta membantu pegawai dalam melancarkan pelaksanaan myPortfolio di agensi masing-masing berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 dan memberi peluang kepada pegawai untuk mengaplikasikan kemahiran dalam penyediaan myPortfolio dengan lebih terancang. Pengisian seminar dibahagikan kepada dua slot yang disampaikan oleh En. Nasrul Muhaimin bin Ibrahim dari Bahagian Pembangunan Organisasi, Sektor Dasar Perjawatan dan Maklumat Strategik dan Pn. Aishah binti Abdul Rahman dari Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Organisasi. Seminar ini telah dihadiri oleh 345 orang peserta. Kursus Wilderness First Responder : Cave Risk and Rescue Management yang melibatkan fasilitator i-Lead Park dan InCube INTURA pula telah berlangsung pada 3 hingga 5 November 2018 bertempat di sekitar INTAN Wilayah Utara. Tujuan penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada fasilitator tentang kemahiran bantuan awal mula semasa melaksanakan aktiviti outdoor terutamanya aktiviti yang berisiko seperti penggunaan In-Cube dan aktiviti kembara yang melibatkan eksplorasi seperti di dalam gua dan mendaki. Para peserta telah diberi pendedahan yang secukupnya antaranya mengenai penyediaan dokumentasi untuk bantuan keselamatan, penggunaan peralatan bantuan untuk menyelamat, kaedah mengawal situasi dan pemgurusan risiko semasa bencana. Semua fasilitator perlu menjalani latihan berdasarkan senario yang berbeza bagi setiap aktiviti. Di akhir kur-sus, semua fasilitator perlu menjalani ujian teori dan amali bagi memperolehi sijil pengiktirafan Wilderness First Responder Incorporating Risk Management & Cave Rescue Management Course. Pada 16 hingga 18 November 2018 pula telah berlangsung Program INTAM Team Integration (i-TAG) bertempat di INTAN Wilayah Utara dan Gua Kelam, Perlis. Seramai 60 orang peserta yang terdiri dari pelbagai skim dan gred perjawatan dari seluruh INTAN telah menghadiri program i-TAG pada kali ini. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar, INTAN Bukit Kiara dengan kerjasama INTAN Wilayah Utara. Pengisian program ini telah dilaksanakan oleh Unit Pengukuhan Pasukan INTURA dan bagi memastikan kelancaran program semua fasilitator i-Lead Park dan InCube turut bersama-sama menjayakan program ini. Sesi Temu Sua Pengarah INTAN bersama warga INTAN Wilayah Utara telah berlangsung pada 18 November 2018 bertempat di Anjung Rasa, INTAN Wilayah Utara. Sesi ini merupakan platform untuk warga berkongsi pandangan bersama Pengarah INTAN, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad. Di dalam pertemuan pada kali ini, YBhg. Pengarah INTAN di dalam amanatnya menyeru semua warga untuk bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang untuk memastikan INTAN sentiasa menjadi rujukan agensi lain. Beliau juga turut memaklumkan INTURA merupakan kampus wilayah pertama yang dilawatinya semenjak beliau menjadi Pengarah INTAN. Beliau juga turut memberi peluang kepada setiap warga untuk menanyakan sebarang soalan, pandangan dan idea semasa sesi ini. Beliau juga turut melawat dan mencuba elemen di i-Lead Park dan InCube.
No
ve
mb
er
2
018
Mutiara Kata
Make your life a masterpiece; imagine no limitations on what you can be, have or do
Brian Tracy
Wake up your mind in the afternoon with some
energetic music and sing along. If the 80s was your
favorite music era, play the songs that cheered you up and
got you rocking along. If you can't have it loud at work,
consider ear phones and notice your motivation increase.
Avoid food comas that cause sluggishness by eating
smaller meals and adding snacks. This would mean that
you would eat around 6 times a day. Eat a larger breakfast
to get you through your day, but opt for a light lunch and
dinner. Avoid high carb and sugar laden lunches, as they
will make you less productive for the rest of your day.
Grab an afternoon snack that's low in sugar and high
in nutrition, such as nonfat yogurt, trail mix, sliced
apple with peanut butter, or a granola bar. Fresh
berries are a great midday energy booster.
Treat yourself to a piece or 2 of dark chocolate for that
afternoon shot of caffeine. Dark chocolate is also high in
flavonoids, a natural health-promoting substance. Just
remember to eat in moderation.
Dodge midday sluggishness by drinking plenty of water
throughout the day. When your body is hydrated it is
more energized. Limit the amount of caffeine you drink, as
that will work against the hydration process, and stay away
from energy drinks since they only offer a short-term boost
that results in a crash.
Pour yourself a cup of black tea for an afternoon
energy boost. Studies show that tea helps reduce stress
by speeding up the body's recovery process.
Wash the day's stress from your mind by splashing
cold water onto your face and neck.
Take a moment to stretch and breathe. It only takes a
few seconds, and the sensation of a stretch can be
surprisingly revitalizing.
Break from work for a moment and spend it
laughing with friends. Socializing is a great way to feel
refreshed, even for just a moment. It takes your mind off
stress, and laughing picks up your mood.
Go for a walk outside, especially if it's a beautiful day.
The fresh air will give you a great boost of energy
and motivation. A brisk walk will get your heart
pumping and your body and mind will no longer feel
sluggish, and including a regular exercise regimen into
your afternoon breaks up the day. Consider attending a
gym in the mornings to give you more energy
throughout the day. A cardio workout or a calming yoga
session will help build your stamina and endurance, while
relieving stress.
Extract from http://www.wikihow.com
Muka 2
Bahan Bacaan Pilihan Bulan November
Artikel Pilihan
Berita@INTURA
B u k u i n i
m e m u a t k a n
s e c a r a
menyeluruh dan
t e r p e r i n c i
tentang ibadat
solat, dit-
ampilkan dengan
bahasa yang
mudah difahami serta ilustrasi
menarik untuk memudahkan
pemahaman pembaca. Buku ini
disusun khusus bertujuan
membimbing diri sebagai hamba
yang lemah ke arah kesempurnaan
solat agar menjadi umat Islam
yang diredhai Allah.
B u k u i n i
m e n g a n d u n g i
hampir semua
elemen penting
y a n g p e r l u
d i f a h a m i ,
dan dilaksanakan
o l e h s e m u a
penjawat awam
atau individu yang mengendalikan
majlis berbentuk formal atau tidak
formal, rasmi atau tidak rasmi.
Buku ini dapat memenuhi aspirasi
kerajaan persekutuan dan negeri
dalam memastikan pelaksanaan
majlis yang sempurna
mengikut protokol.
Disiplin adalah
sesuatu yang
wajib ada dalam
d i r i u n t u k
menolak alasan.
B u k u i n i
m e n e r a n g k a n
b a g a i m a n a
dis ipl in d ir i
dapat membantu anda mencapai
kejayaan. Selain itu buku ini juga
mengajar anda untuk berhenti
mencipta alasan sebaliknya
mengarahkan anda untuk segera
bertindak melakukan sesuatu
demi mencapai apa yang anda
inginkan.
How To Boost Your Energy Level In The Afternoon
Jauhi Tiyarah (Firasat Buruk)
Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tiyarah (firasat buruk) sebahagian daripada amalan syirik dan bukan daripada ajaran kami, akan tetapi Allah SWT akan menghilangkan tiyarah (firasat buruk) itu dengan bertawakal kepa-da-Nya."
(Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 1614, Abu Dawud, No: 3910, Ibnu Majah, No: 3538, Ahmad, No: 3504, 3957)
Huraian
Menurut ahli bahasa, perkataan "tatayyur” atau “tiyarah" diambil da-ripada kebiasaan orang jahiliyah apabila ingin melakukan sesuatu akan mengherdik burung dan melihat sama ada ianya terbang ke arah kanan atau kiri. Jika ia terbang ke arah kanan bererti petanda kebaikan, namun jika ke arah kiri bererti petanda kesialan.
Walau bagaimanapun, ada pendapat yang membezakan makna di antara "tatayyur" dan "tiyarah". Tatayyur adalah bersangka buruk yang muncul dalam hati, manakala tiyarah pula adalah tindakan yang diambil ber-dasarkan sangkaan tersebut. Kebiasaannya ia akan menyebabkan seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu kerana merasa gusar dan takut kepada tiyarah (firasat buruk).
Tiyarah akan berlaku disebabkan oleh bisikan dan godaan syaitan. Ia termasuk perbuatan syirik yang menafikan kesempurnaan aqidah. Rasulullah SAW mengingatkan umat baginda bahawa Allah SWT tidak memberikan sesuatu petanda atas tiyarah (firasat buruk) atau menjadi-kannya penyebab perasaan takut dan khuatir untuk melakukan sesuatu. Pesanan Baginda SAW agar memohon petunjuk dengan melakukan solat sunat hajat dalam setiap perkara dan bertawakal kepada Allah SWT akan menyebabkan hati menjadi tenang serta jiwa menjadi tenteram.
Sumber : JAKIM
Untuk pertanyaan kursus hubungi : Setiausaha Kursus
04-4218321 samb. 238 (Pn. Ku Intan Sakinah bt. Ku Ahmad/En. Khairul Asyraf bin Abdul Talib)
samb. 118 (Pn. Zuraida bt. Chin)
Kursus Sepanjang Disember 2018
TIADA KURSUS BERJADUAL DITAWARKAN
SEPANJANG BULAN DISEMBER 2018
Hadis Pilihan
http://www.intanbk.intan.my
Diterbitkan oleh : Pusat Sumber Maklumat, INTAN Wilayah Utara
top related