muqaddimah. - cycc.com.mycycc.com.my/haji.pdf · rukun kedua: wukuf di padang arafah apakah maksud...
Post on 21-Mar-2019
276 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
Muqaddimah.
97
Maksudnya: {..Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia
terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang mempunyai kemampuan
perjalanan ke Baitullah} [Aali ‟Imran: 97].
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Ambillah contoh dariku (sebagai) pelaksanaan ibadah
haji kamu”. [Hadis Riwayat Muslim]
Perjalanan menuju ke Tanah Haram memerlukan bekalan yang
cukup. Di samping bekal harta, ilmu juga merupakan bekal yang sangat
diperlukan. Kerana dengan ilmu, seseorang akan terbimbing dalam
melakukan ibadah hajinya sesuai dengan tuntutan Rasulullah r. Juga
agar terhindar dari berbagai kesalahan dan kesilapan, sehingga hajinya
diterima sebagai haji mabrur (yang diterima) tiada balasan baginya
kecuali al-Jannah (Syurga).
Untuk membantu para jemaah membuat persiapan ilmu tentang
ibadah yang besar ini serta persediaan dalam perjalanan melaksanakan
fardhu yang ke lima ini, kami menganjurkan kursus ibadat Haji secara
bersiri, semoga para peserta mendapat manfaat darinya, aamiin.
Akhukum,
Abu Anas Madani Pondok Sungai Durian. 3 Jun 2016.
2
PENGERTIAN HAJI:
Menurut bahasa Arab: Menuju ke suatu tempat.
MENURUT ISTILAH SYARAK:
Ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) dalam bulan-bulan
haji (dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah) kerana
mengerjakan tawaf, sa‟ie dan wukuf di Arafah menurut syarat-syarat
dan rukun-rukunnya serta menunaikan segala wajibnya.
TA’RIF UMRAH
Menurut bahasa: Ziarah atau berkunjung.
MENURUT ISTILAH SYARA’:
Mengunjungi Baitullah (Ka‟bah) untuk mengerjakan ibadah umrah
dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.
HUKUM MENGERJAKAN HAJI
Haji adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas
setiap orang yang mampu.
{ ت حج اناس عه نه انث اصتطاع ي صثال إن كفز ي فإ انه غ ع {انعان
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji
dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa
sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar untuk ibadat haji)
maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu
pun) dari sekalian makhluk”. [Surah Aali Imran: 97] Firman Allah swt:
[196: البقرة] وأتمىا الحج والعمرة لله} { MaksudNya: {Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah}.
[Surah Al-Baqarah: 196]
Dalil wajib umrah: Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap
orang yang mampu.
Firman Allah swt:
وأتمىا الحج والعمرة لله} { Maksudnya: {Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah}.
3
Kelebihan:
فياى فإهوا والعورج الحج تيي تاتعىا في كوا والذىب الفقر ي خثث الكير ي
الجح إال ثىاب الوثرورج للحجح وليس والفضح، والذهة الحذيذ“Ulangilah antara haji dan umrah kerana ianya menghapuskan kesilapan
dan dosa-dosa sebagaimana alat penghembus api tukang besi menghembus
karat besi, emas dan perak. Dan tidak ada balasan bagi haji mabrur melainkan
syurga”. [HR: Bukhari & Muslim]
Umrah adalah sunat dilakukan berulang kali berdasarkan sabda Nabi saw:
العمرة إلى العمرة كفارة ما بينهماMaksudnya: Daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa
antara keduanya [HR Bukhari & Muslim]
Kelebihan melakukan umrah pada bulan RAMADHAN:
عمرة في رمضان تعدل حجت(Melakukan) satu umrah di bulan ramadhan adalah menyamai
(pahala) melakukan sekali haji [HR Bukhari]
Beza di antara haji dan umrah Waktu:- Haji hanya boleh dilakukan pada bulan-bulan haji sahaja
iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah
Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun kecuali bagi orang yang
sedang berada dalam ihram haji.
Amalan:- Haji merupakan satu ibadat yang mengandungi amalan;
berwukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina juga melontar
batu di jamrah.
Ibadat umrah tidak mengandungi amalan-amalan tersebut.
Hikmah dan Falsafah Haji a- Turutan Rukun Islam Yang Lima;
1- Syahadah : Tundukkan HATI kepada Allah
2- Solat : Tundukkan ANGGOTA kepada Allah
3- Zakat : Tundukkan HARTA kepada Allah
4- Puasa : Tundukkan NAFSU kepada Allah
5- HAJI & UMRAH: Menjadi Tetamu Allah. Tundukkan Anggota-
Harta kepada Allah swt.
4
b- Hikmah dalam melaksanakan Ibadat Haji:
1. Pengorbanan.
2. Sabar dan tabah.
3. Persaudaraan.
4. Mengabdikan diri.
5. Fadhilat.
6. Gambaran-gambaran akhirat.
7. Dugaan.
8. Melawan nafsu.
9. Persamaan.
10. Satu cita-cita.
Kelebihan [fadhilat] menunaikan Haji;
a-Manfaat-manfaat duniawi:
1. Pertemuan orang Islam seluruh dunia.
2. Kepentingan perniagaan dan ekonomi.
3. Menunjukkan persamaan di kalangan orang Islam.
b-Manfaat-manfaat ukhrawi:
1. Kem latihan penumpuan kepada ibadat.
2. Kem latihan membentuk keperibadian muslim.
3. Latihan supaya bersedia untuk meninggalkan alam dunia.
4. Mendapat ganjaran pahala melihat kaabah.
5. Melatih diri supaya ikhlaskan amalan hanya kerana Allah swt.
6. Mendapat pujian Allah swt di hadapan malaikat.
7. Mendapat haji mabrur.
Hadis hadis Fadilat Haji: 1- “Dari satu umrah kepada umrah yang lain merupakan
penghapus dosa antara keduanya dan haji mabrur itu tidak ada
balasannya melainkan syurga”. [HR: Al-Bukhari]
2- “Nabi saw telah ditanya: Apakah sebaik-baik amalan? Baginda
menjawab: Beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Baginda ditanya
lagi: Kemudiannya apa? Baginda menjawab: Berjihad pada jalan Allah.
Baginda ditanya lagi: Kemudiannya apa? Baginda menjawab: Haji
mabrur”. [HR: Al-Bukhari]
5
3- Sabda Rasulullah saw kepada „Amru bin Al-‟As ra: “Tidakkah
kamu mengetahui bahawa Islam menghapuskan apa yang sebelumnya
dan hijrah menghapuskan apa yang sebelumnya dan haji juga
menghapuskan apa yang sebelumnya!” [HR: Muslim]
4- “Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tidak
melakukan perkara yang berkait dengan wanita (seks) dan tidak juga
melakukan maksiat dia akan pulang sama seperti keadaan hari dia
dilahirkan oleh ibunya”. [HR: Muslim]
Pengertian Haji Mabrur Haji mabrur pada Syarak ialah: Haji yang diterima dan balasan yang
luar biasa iaitu syurga, manakala lawannya ialah haji mardud iaitu haji
yang di tolak dan tidak di terima.
Sabda Rasulullah s.a.w:- “Haji mabrur itu, tidak ada balasan
baginya melainkan syurga”
Syarat – syarat Haji Mabrur:
a- Sebelum menunaikan Haji
1- Niat semata – mata kerana Allah swt.
2- Wang perbelanjaan dari harta yang halal.
3- Melakukan amal ibadat dengan sempurna.
b- Semasa menunaikan Haji
4- Menyempurnakan segala rukun dan wajib haji.
5- Membayar segala jenis dam yang berkaitan.
6- Tidak melakukan perkara-perkara larangan ihram.
c- Selepas menunaikan Haji
7- Menjauhkan diri dari dosa dan perkara mungkar.
8- Memperbanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan
ketakwaan.
9- Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna dari segi akhlak
dan kelakuan secara berterusan.
Tanda-tanda haji yang mabrur
Kembali dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya dan
tidak mengulangi dosa-dosa yang biasa dilakukannya sebelum ini.
6
Menurut al-Hasan al-Basri: “Kembali dalam keadaan zuhud kepada
dunia dan bersungguh-sungguh kepada alam akhirat”.
Syarat-syarat wajib Haji dan Umrah 1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Merdeka.
5. Berkuasa.
Adab-adab sebelum menunaikan fardu haji. 1. Niat Yang Ikhlas
2. Bertaubat Dari Segala Dosa Dan Kezaliman
3. Selesaikan Hak-Hak Allah
4. Selesaikan Hak-hak Manusia
5. Mencari Keredhaan
6. Memperbaiki Diri
7. Punca Perbelanjaan Yang Halal
8. Mencari Rakan Dan Teman
9. Mempelajari Cara Mengerjakan Umrah
10. Berdoa dan bertawakal kepada Allah
Doa mohon haji yang mabrur:
“Ya Allah, Ya Tuhan kami kurniakanlah Haji yang mabrur dan
ampunkanlah dosa-dosa hamba dan pekerjaan Haji yang dipuji, amalan
saleh yang diterima dan perniagaan yang tidak merugikan”.
Haji adalah jihad
Aishah ra berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: “Adakah
diwajibkan jihad ke atas wanita?”
Jawab Baginda saw: “Ya, tetapi jihad yang tidak ada peperangan
iaitu haji dan umrah”. [HR Ahmad & Ibnu Majah, Sahih]
7
Rukun-rukun haji: Apakah yang dimaksudkan dengan istilah rukun dalam haji?
1. Amalan asasi yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji.
2. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara-perkara rukun
haji, haji tersebut tidak sah, sama ada ianya tidak dilakukan secara
sengaja atau terlupa.
Rukun haji 6 perkara 1- Berniat ihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf ifadhah.
4- Saie.
5- Bercukur/bergunting.
6- Tertib pada kebanyakan rukun.
BERNIAT DI MIQAT
MENINGGALKAN LARANGAN-
LARANGAN IHRAM
BERMALAM DI MUZDALIFAH
MELONTAR DI JAMRATUL
AQABAH
BERMALAM DI MINA
MELONTAR DI KETIGA-TIGA
JAMRAH
BERNIAT IHRAM
WUQUF DI ARAFAH
TAWAF IFADHAH
SAIE
BERCUKUR/
BERGUNTING
TERTIB PADA
KEBANYAKAN RUKUN
RUKUN WAJIBHAJI
8
Wajib-Wajib Haji: Apakah yang dimaksudkan dengan istilah wajib haji?
1. Pekerjaan/amalan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji.
2. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara-perkara wajib
haji, haji tersebut tetap sah, tetapi wajib ke atas orang yang
berkenaan membayar dam.
3. Dia juga menanggung dosa jika meninggalkan perkara-perkara
wajib tersebut dengan sengaja.
Wajib Haji Enam Perkara:
1- Berniat ihram di miqat.
2- Meninggalkan pantang larang ihram.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Melontar batu Jamratul Aqabah.
5- Bermalam di Mina.
6- Melontar batu di tiga jamrah.
Cara-cara mengerjakan haji: Tiga cara untuk mengerjakan haji
1- TAMATTU’.
2- IFRAD.
3- QIRAN.
Pertama: Haji Tamattu’ تتع 1. Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji.
2. Kemudian mengerjakan haji dalam tahun yang sama.
3. Dalam musafir yang sama.
Cara melakukan Haji Tamattu’. 1. Masuk ke Makkah dengan berniat ihram umrah.
2. Selepas selesai mengerjakan umrah melakukan haji pula.
Kedua: Haji Ifrad إفزاد Mengerjakan haji dalam bulan-bulan haji. Manakala umrah pula
dikerjakan selepas itu. Cara melakukan Haji Ifrad Masuk ke Makkah dengan berniat ihram haji.
Selepas selesai mengerjakan haji melakukan umrah pula.
9
Ketiga: Haji Qiran قزا
Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan-bulan
haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja.
Atau: Berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf,
jemaah haji berniat untuk mengerjakan haji pula.
Cara melakukan Haji Qiran
1. Masuk ke Makkah dengan berniat ihram umrah dan haji
sekaligus.
2. Jemaah ini hanya melakukan kerja-kerja haji sahaja.
UMRAH:
Rukun Umrah 5 Perkara:
1- Berniat ihram.
2- Tawaf rukun.
3- Saie.
4- Bercukur/bergunting
5- Tertib.
Wajib Umrah 2 Perkara:
1- Berniat ihram di miqat.
2- Menjaga pantang larang ihram.
Sunat Sebelum Niat Ihram (Haji & Umrah) 7 perkara: 1. Mengerat Kuku.
2. Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai.
3. Mandi.
4. Memakai minyak rambut di kepala dan bau-bauan di badan.
5. Memakai pakaian ihram warna putih (bagi lelaki).
6. Berniat ihram selepas solat (fardhu & sunat).
7. Membanyakkan Talbiyah selepas niat.
Rukun Haji Pertama: NIAT
Niat Haji: أحزيت ت هلل تعانحجت ال
Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana
Allah Taala. Sunat diucapkan: حجانثك
10
Kami sahut seruanmu dengan mengerjakan haji.
Niat Umrah: ت انعزج أحزيت تا هلل تعان
Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana
Allah Taala. Sunat diucapkan: نثك عزج
Kami sahut seruanmu dengan mengerjakan umrah.
Niat bersyarat:
Isytirat (bersyarat), sekiranya rasa tidak selamat (sakit-keuzuran)
bolehlah membaca syarat ini setelah berniat:
ج حثضت ح حه ي حثض حاتش ف إMaksudnya: Sekiranya aku tertahan (daripada menyempurnakan
ibadat haji / umrah) oleh sesuatu halangan maka tempat tahallulku
(buka ihram) adalah tempat Engkau menahanku (Ya Allah).
Setelah selesai berniat hendaklah bertalbiyah, ini merupakan syiar
haji / umrah.
TALBIAH
HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah,
HambaMu datang menyahut PanggilanMu,
HambaMu datang menyahut PanggilanMu,
Tidak ada sekutu bagiMu,
HambaMu datang menyahut PanggilanMu,
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat
dan pemerintahan adalah kepunyaanMu
Tidak ada sekutu bagiMu
11
Rukun Kedua: WUKUF DI PADANG ARAFAH
Apakah maksud wukuf di Arafah?
Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun. Bermula daripada
gelincir matahari hari 9Zulhijjah sehingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah
Syarat-syarat wukuf 1. Hendaklah berada di bumi Arafah dalam masa yang ditentukan.
2. Orang yang berwukuf mestilah orang yang ahli bagi ibadah
(tidak gila, tidak pitam atau tidak mabuk yang hilang akalnya
sepanjang masa)
3. Orang yang berwukuf sudah berniat ihram dengan niat untuk
mengerjakan ibadat haji.
4. Berwukuf dalam sempadan Arafah.
Sunat-Sunat dan Adab-Adab Berwukuf. 1. Mandi untuk berwukuf.
2. Imam berkhutbah dua khutbah dan menjamakkan solat zohor
dan asar secara jamak taqdim serta qasar.
3. Masuk ke dalam bumi Arafah selepas gelincir matahari dan
selepas menunaikan solat jamak tadi.
5. Bersegera melakukan ibadat, berusaha untuk berwukuf di
tempat Nabi saw berwukuf (di batu-batu besar di bawah kaki
Jabal Rahmah) jika berpeluang melakukannya.
6. Menghadap kiblat, dalam keadaan bersuci dan menutup aurat
ketika berwukuf.
7. Wukuf dalam keadaan tidak berpuasa
8. Mengosongkan hati semata-mata untuk memberi tumpuan
kepada berwukuf .
9. Memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran.
10. Berwukuf sehingga tenggelam matahari (maghrib)
11. Menjauhi pertengkaran, maki hamun, kata-kata keji & nista dan
lain-lain.
12. Memperbanyakkan amalan-amalan baik pada hari wukuf dan 10
hari permulaan bulan Zulhijjah
12
Rukun Ketiga: TAWAF:
a) Tawaf Haji / Ifadhah. 1. Tawaf bagi mereka yang balik daripada Arafah selepas
berwukuf.
2. Masuk waktunya: Selepas separuh malam 10 Zulhijjah.
3. Bila berakhir? Tidak ada tempoh akhirnya untuk melakukan
tawaf ini.
b) Tawaf Umrah. Tawaf rukun bagi yang melakukan umrah.
c) Tawaf Tahiyyatul Bait. Tawaf bagi mereka yang memasuki Masjidil Haram kerana
menghormati Baitullah.
Jika terhalang daripada melakukan tawaf ini kerana kesesakan
maka lakukanlah solat sunat tahiyyatul masjid.
d) Tawaf Qudum. Tawaf selamat datang ke Makkah kerana mengunjungi Baitullah
disunatkan bagi yang melakukan haji ifrad dan qiran.
e) Tawaf Sunat. Tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai.
f) Tawaf Wada’ Tawaf selamat tinggal yang wajib dilakukan apabila seseorang itu
selesai mengerjakan haji dan hendak meninggalkan Makkah kerana
menghormati dan memuliakan Baitullah al-haram kecuali kaum
wanita yang sedang haidh atau nifas.
SYARAT-SYARAT TAWAF. 1. Suci daripada hadas besar dan kecil.
2. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.
3. Menutup aurat sebagaimana di dalam solat.
4. Hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad dan berniat
tawaf jika tawaf tersebut tawaf qudum, nazar, sunat atau wada‟.
5. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, baitullah hendaklah sentiasa
berada di sebelah kiri bahu.
6. Berjalan itu dengan tujuan tawaf.
7. Cukup tujuh keliling dengan yakin.
13
8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari
bahagian Kaabah seperti Hijir Ismail dan Syazarawan.
Sunat-sunat tawaf 1. Tawaf dengan berjalan kaki.
2. Berittiba‟ bagi lelaki bagi tawaf yang diikuti selepasnya dengan
saie.
4. Berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan 1, 2 dan 3 pada tawaf
yang diikuti selepasnya dengan saie. Melakukan istilam
(menjabat) Hajarul Aswad kemudian mengucupnya. Jika tak
mampu, disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh kemudian
kucup tapak tangan.
Begitu juga sunat istilam Rukun Yamani tetapi tidak sunat
mengucupnya.
Bagi wanita tidak sunat melakukan istilam kecuali ketika
lapang. Jika tidak, memadai dengan isyarat sahaja.
5. Membaca doa dan wirid yang warid (diambil dari sunnah
Rasulullah saw).
6. Berturut-turut tujuh pusingan tawaf tersebut.
7. Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.
8. Solat sunat 2 rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam
Ibrahim.
Rukun Keempat: SAIE:
Berjalan ulang alik di antara bukit Safa dan Marwah.
Syarat-syarat Saie haji 1. Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun dan boleh juga selepas
tawaf qudum.
2. Mulai daripada bukit Safa dan disudahi di bukit Marwah.
3. Cukup tujuh kali dengan yakin iaitu dikira dari Safa ke Marwah
sekali dan dari Marwah ke Safa sekali
4. Hendaklah saie sehingga sampai ke penghujung tempat saie di
bukit Safa dan bukit Marwah pada tempat yang dikehendaki
pada tiap-tiap kali.
5. * Orang yang saie dengan diusung atau berkereta sorong
hendaklah mempastikan bahawa usungan atau kereta sorong bermula
14
dari tempat permulaan dan kesudahannya pada tempat yang
dikehendaki. Hendaklah saie di tempat yang termaklum
6. Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan saie.
Sunat-sunat saie 1. Keluar ke tempat saie melalui pintu Safa.
2. Menaiki bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu
bukit.
3. Menghadap ke arah kiblat dan berdoa dengan mengangkat
kedua- dua belah tangan seperti ketika berdoa dan bertakbir:
اهلل أكثر اهلل أكثر اهلل أكثر وهلل الحوذ
setiap kali berada di bukit Safa dan Marwah.
4. Berlari-lari anak bagi lelaki tidak bagi wanita apabila sampai di
suatu tempat yang bertanda lampu hijau dan membaca doanya.
5. Berturut-berturut antara saie.
6. Berwudhuk.
7. Berjalan kecuali uzur. Maka boleh menggunakan kenderaan.
8. Berdoa.
Rukun Kelima: BERCUKUR @ BERGUNTING
Menanggalkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala,
afdhalnya bercukur bagi lelaki dan bagi wanita hanya bergunting
sekurang-kurangya tiga helai sahaja.
Bagi yang tidak mempunyai rambut (botak) disunatkan melalukan
mata pisau cukur di atas kulit kepala.
Syarat sahnya:
1- Masuk waktu
2- Rambut dikepala
3- Tidak kurang dari 3 helai rambut.
Waktu bercukur atau bergunting:
Ia dilakukan selepas separuh malam, malam 10 zulhijjah bagi orang
yang mengerjakan haji. Bagi orang yang mengerjakan umrah ialah
selepas sa‟ie
15
TAHALLUL
Tahallul ialah melepaskan diri daripada larangan dalam masa ihram.
TAHALLUL HAJI
Tahallul haji terbahagi kepada dua:
1- Tahallul Awal:
Tahallul awal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan dua
dari tiga perkara:
a. Melontar di jamrah kubra.
b. Tawaf dan sa‟ie (jika belum dilaksanakan).
c. Bergunting/ bercukur.
Jemaah haji yang telah tahallul awal, boleh melakukan perkara-
perkara yang dilarang semasa ihram kecuali 3 perkara; Berkahwin.
Mukadimah persetubuhan dan bersetubuh.
2- Tahallul Thani.
Tahallul thani terhasil apabila selesai mengerjakan semua amalan
berikut;
a) Melontar di jamrah kubra.
b) Tawaf dan sa‟ie.
c) Bergunting/ bercukur.
Dengan tahallul thani semua larangan dalam ihram boleh dilakukan.
Rukun Keenam: TERTIB pada kebanyakan rukun.
Rukun haji hendaklah dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan
rukun iaitu:-
Di dahulukan niat ihram dari rukun-rukun yang lain, di dahulukan
wuquf dari tawaf ifadah dan didahulukan tawaf dari sai‟e.
Tetapi sa‟ie haji boleh dikerjakan sebelum wuquf dan tawaf rukun
bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad dan qiran iaitu selepas tawaf
qudum
Begitu juga bercukur/bergunting boleh dilakukan selepas wuquf
apabila telah masuk waktu dan sebelum tawaf rukun.
16
Penjelasan Wajib-Wajib Haji.
Wajib Haji No 1: Berniat ihram di miqat.
Erti miqat: Ketentuan Tempat atau Masa untuk berniat Ihram
haji atau umrah.
1- Miqat zamani bagi haji ialah: Ketentuan masa bagi
seseorang untuk memulakan niat ihram haji. Bermula dari
1Syawal hingga fajar 10 Zulhijjah.
2- Miqat makani ialah ketentuan tempat bagi memulakan
Niat ihram haji/umrah.
Lima tempat: Zulhulaifah (Bir Ali), Yalamlam, Qarnul
Manazil, Juhfah dan Zatu „Irqin.
Wajib Haji No 2: Meninggalkan larangan dalam ihram 13 perkara. 1. Memotong Kuku.
2. Memakai bau-bauan.
3. Mencabut rambut atau bulu badan.
4. Memakai minyak di kepala atau janggut.
5. Memotong atau menebang pokok di Tanah Haram.
6. Memburu binatang yang halal dimakan.
7. Melakukan pendahuluan persetubuhan.
8. Bersetubuh.
9. Akad nikah / berkahwin.
10. Memakai pakaian bercantum (lelaki).
11. Menutup kepala (lelaki ).
12. Menutup muka (wanita).
13. Memakai sarung tangan (wanita).
Wajib Haji No 3:
Bermalam (Mabit) Di Muzdalifah
Jangkamasa bermalam di muzdalifah: Sepanjang malam bermula
selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga terbit fajar hari tersebut.
Atau berada sekejap sahaja dalam tempoh tersebut.
Wajib Haji No 4:
Melontar 7 biji batu di Jamratul Aqabah.
17
Bilakah waktu paling afdhal untuk melontar pada hari tersebut?
Bermula daripada naik matahari (waktu Dhuha) sehingga gelincir
matahari (masuk waktu Zohor).
Wajib Haji No 5:
Bermalam (bermabit) di Mina.
Erti bermalam (mabit) di Mina ialah berada di Mina pada malam-
malam Hari Tashriq (11-12 dan 13 Zulhijjah).
Tarikh untuk bermalam di Mina:
Jemaah haji boleh membuat pilihan sama ada untuk bermalam pada
hari..11 dan 12 Zulhijjah sahaja (nafar awwal atau 11, 12 dan 13
Zulhijjah (nafar thani).
Wajib Haji No 6:
Melontar batu di tiga Jamaraat
Apakah yang dimaksudkan dengan tiga jamaraat itu?
Tiga tempat untuk dilontar 7 biji batu yang berada di Mina.
Bilakah tarikh untuk melontar di ketiga-tiga jamrah ini?
Apabila gelincirnya matahari [masuk waktu zuhur] pada hari-hari
tersebut.
TAWAF WADA’:
Tawaf Wada‟ ialah tawaf selamat tinggal kerana memuliakan dan
menghormati Baitullah (Kaabah) bagi orang yang hendak
meninggalkan Makkah yang jauhnya 2 marhalah (91km) atau lebih.
HUKUMNYA:
1. Hukum mengerjakan Tawaf Wada' bagi umrah sebahagian
ulama‟ wajib, ada pula yang mengatakan sunat.
2. Tawaf Wada' tidak termasuk dalam perkara2 rukun, wajib atau
sunat dalam mengerjakan haji/umrah.
3. Tawaf Wada' merupakan suatu perkara wajib yang tersendiri
dan terasing dari amalan-amalan ibadat haji/umrah dan tidak berkaitan
dengan ibadat haji/ umrah yang dikerjakan oleh seseorang.
18
TIDAK
DIKENAKAN
DAM TETAPI
BERDOSA
DIKENAKAN
DAM DAN
BERDOSA
MENINGGAL
KAN
DENGAN
SENGAJA
TANPA UZUR
SYAR’IE
ORANG YANG MENINGGALKAN DENGAN SENGAJA LAGI TAHU HUKUM WAJIBNYA,
KEMUDIAN BELUM SAMPAI 2 MARHALAH IA BERPATAH BALIK DAN MELAKUKAN
TAWAF ( BERPATAH BALIK ITU MENGUGGURKAN DAM TETAPI TIDAK GUGUR DOSA
)
TIDAK DIKENAKAN
DAM DAN TIDAK
BERDOSA
ORANG YANG MASIH BELUM
MENYEMPURNAKAN MANA-
MANA RUKUN
ORANG YANG KELUAR DARI
KOTA MAKKAH KEMUDIAN
DENGAN TIDAK SEMENA-MENA
IA MUSAFIR
DIKENAKAN
DAM TETAPI
TIDAK
BERDOSA
JIKA JAHIL
ATAU TERLUPA
WANITA HAID/NIFAS ATAU
MUSTAHADAH
SAKIT KENCING TIDAK TOS
ORANG LUKA YANG DARAHNYA
TIDAK HENTI
TAKUT KEPADA ORANG ZALIM
DIPAKSA MENINGGALKAN TAWAF
TAKUT DITINGGAL TEMAN
SEPEMERGIAN
TAKUT PEMINTA HUTANG
KERANA TIADA UPAYA
MENJELASKAN HUTANG
JIKA UZURDIKECUALIKAN DARIPADA
TAWAF WADA’
(TIDAK DIKENAKAN DAM DAN
TIDAK BERDOSA)
HUKUMNYA
JIKA DITINGGALKAN
TANPA UZUR
Siapakah yang dikenakan Tawaf Wada'?
Orang yang hendak meninggalkan Makkah:
1. Mahu bermusafir dalam jarak jauh yang diharuskan qasar solat
iaitu dua marhalah (91 km) ke atas,
2. Mahu pulang ke tempat kediamannya yang jarak jauhnya dari
makkah tidak sampai dua marhalah,
3. Mahu ke suatu tempat yang ia akan bermukim sekalipun dalam
tempoh 4 hari cukup dan jaraknya dari makkah tidak sampai dua
marhalah.
Orang yang dikecualikan daripada melakukan Tawaf Wada':
1- Perempuan yang datang haid atau nifas.
2- Orang yang berpenyakit kencing tidak tos.
3- Orang yang luka dan darahnya tidak berhenti mengalir serta
boleh mengotorkan masjid
4- Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.
5- Orang yang takut kepada orang zalim yang akan melakukan
kezaliman ke atasnya.
6- Orang yang takut ditinggalkan oleh teman sepelayaran.
7- Orang yang takut kepada peminta hutang sedangkan ia tidak
berupaya menjelaskan hutangnya.
19
8- Orang yang takut kepada sesuatu yang akan membahayakan
dirinya atau kehormatan maruah diri atau hartanya.
9- Orang yang tidak mempunyai air dan tanah untuk bersuci.
Waktu melakukan Tawaf Wada'
1. Dilakukan tawaf wada' setelah semua urusan sudah selesai.
2. Sebaik sahaja melakukan tawaf wada' ia terus meninggalkan
makkah kecuali kerana menyediakan keperluan perjalanan atau
membeli makanan atau mengangkut barang2. Jika didirikan solat
maka ia boleh melakukan solat.
3. Sesiapa yang melengah-lengahkan meninggalkan makkah selepas
Tawaf Wada' wajib ke atasnya mengulanginya semula.
PERHATIAN.
SYARAT-SYARAT TAWAF WADA', SUNAT-SUNATNYA,
CARA MELAKUKANNYA ADALAH SAMA SEBAGAIMANA
YANG TELAH DIPELAJARI SEBELUM INI.
TIDAK MELAKUKAN TAWAF WADA'
Sesiapa yang wajib melakukan Tawaf Wada' tetapi ia keluar tanpa
melakukan tawaf ini:
1. Ia telah melakukan dosa
2. Wajib ke atasnya kembali semula ke makkah untuk melakukan
tawaf wada' selagi belum sampai ke jarak jauh yang membolehkan
qasar solat dari Makkah atau belum sampai ke rumahnya atau tempat ia
bermukim.
3. Apabila ia kembali dan melakukan tawaf, maka tidak wajib ke
atasnya membayar dam.
4. Apabila ia sampai kepada 2 marhalah di dalam perjalanannya
atau sampai ke rumahnya atau sampai ke tempat yang ia bermukim
padanya, sekalipun rumahnya dan tempat yang bermukim itu tiada
sampai dua marhalah dari makkah:
5. Maka tidak wajib ke atasnya kembali semula ke makkah untuk
melakukan tawaf wada' dan diwajibkan ke atasnya membayar dam.
20
DAM:
Dam ialah binatang berkaki empat (األعام) iaitu unta, lembu dan
kambing atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan
ke atas mereka yang menunaikan haji, umrah atau ziarah di atas sebab-
sebab tertentu.
Sebab-sebab seseorang itu wajib membayar dam:
1. Melakukan perkara yang dilarang semasa dalam ihram.
2. Meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau umrah.
3. Melakukan haji tamattu‟ atau qiran.
4. Tidak sempat wuquf di arafah.
5. Tidak melakukan tawaf wada' bagi mereka yang tiada uzur
syar‟i.
6. Berlaku ihsar (tak dapat menyempurkan amalan haji) bagi
orang yang telah berniat ihram.
Apakah Jenis-Jenis Dam? Pertama: Dam tertib dan taqdir -دو تزتة دا تقذز
Tertib: Tidak harus dikeluarkan bayaran yang kedua selagi mampu
mengeluarkan bayaran yang pertama.
Taqdir: Kadar bayaran tersebut sudah ditetapkan dan ditentukan
oleh syarak.
Siapakah yang diwajibkan membayar dam jenis ini?
1- Orang yang melakukan haji tamattu‟ dan qiran.
2- Tidak sempat wuquf di arafah.
3- Tidak melontar di jamrah 3 biji batu ataupun lebih.
4- Tidak bermalam di muzdalifah tanpa uzur.
5- Tidak bermalam di mina pada keseluruhan malam-malam tasyriq
6- Tidak berniat ihram di miqat.
7- Tidak tawaf wada' tanpa uzur syari‟.
8- Tidak mengikut apa yang dinazarkan dalam masa mengerjakan
haji & umrah.
Apakah dam bagi orang yang melakukan perkara-perkara
yang tersebut?
Menyembelih seekor kambing / sebahagian daripada unta atau
lembu yang sesuai dibuat korban.
21
Jika tidak mampu berpuasa 10 hari. 3 hari pada masa haji dan 7
hari apabila pulang ke kampung masing-masing.
Kedua: Dam tertib dan ta’dil - دو تزتة دا تعذم
Tertib: Tidak harus dikeluarkan bayaran yang kedua selagi mampu
mengeluarkan bayaran yang pertama.
Ta‟dil: Jika tidak mampu mengeluarkan makanan, maka digantikan
dengan puasa.
Perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu dikenakan
dam jenis ini;
1) Melakukan persetubuhan sebelum bertahallul awwal bagi haji
atau sebelum bercukur/bergunting bagi umrah dimana ianya
dilakukan: Sengaja tidak dipaksa / Tahu haram hukumnya.
2) Ditahan di tengah jalan oleh musuh / penyakit / arahan pihak
keselamatan daripada memasuki Makkah untuk melakukan kerja-kerja
haji / umrah selepas berniat ihram (ihsar = اإلحصار).
Ketiga: Dam takhyir dan ta’dil -دو تخز دا تعذم
Takhyir: Boleh dipilih salah satu daripada dam-dam yang telah
ditetapkan oleh syarak>
Ta‟dil: Jika tidak mampu mengeluarkan makanan, maka digantikan
dengan puasa.
Perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu dikenakan
dam jenis ini:
1- Berburu binatang yang halal dimakan atau membunuhnya dalam
ihram haji/umrah di tanah haram atau halal. Kalau dalam tanah
haram juga diharamkan ke atas orang yang tidak dalam ihram
haji atau umrah
2- Mengerat/menebang/mencabut pokok di dalam tanah haram.
Keempat: Dam takhyir dan taqdir - دم تخيير داى تقذير
Takhyir: Boleh dipilih salah satu daripada dam-dam yang telah
ditetapkan oleh syarak.
Taqdir: Kadar bayaran tersebut sudah ditetapkan dan ditentukan
oleh syarak.
22
Perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu dikenakan
dam jenis ini ialah:
Melakukan larangan ihram selain dari jimak.
Pilihan yang diberikan ialah:
1. Menyembelih seekor kambing di tanah haram. Atau
2. Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin di tanah haram
sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang. Atau
3. Berpuasa sebanyak 3 hari.
CARA MELAKUKAN UMRAH: 1- Apabila anda telah sampai di miqat, anda disunatkan agar
membersihkan diri, mandi dan mengenakan wangian pada tubuh anda
dan bukannya pada pakaian ihram. Kemudian, pakailah pakaian ihram
(dua helai kain untuk lelaki) dan yang afdhalnya adalah kain berwarna
putih.
Kaum wanita berihram dengan memakai apa saja pakaian yang
disukainya dengan syarat tidak menampakkan perhiasan, tidak
menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang kafir.
Kemudian berniat ihram untuk umrah serta mengucapkan:
“Labbaika Umrah” ( زج ك ع (نث
“Ku menyahut seruan-Mu untuk melaksanakan umrah”.
Kemudian, ucaplah talbiyah:
ك نك) هك ال شز ان ح نك ع ان ذ انح ك، إ ك نك نث ك ال شز ك، نث ى نث ك انه (نث “Ku sambut seruan-Mu ya Allah, ku sambut seruan-Mu. Ku sambut
seruan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, ku sambut seruan-Mu.
Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu”.
Disunatkan bagi kaum lelaki menguatkan suara ketika bertalbiyah,
tetapi tidak bagi kaum wanita.
Kemudian perbanyakkanlah bertalbiyah, berzikir dan beristighfar.
2- Apabila anda telah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf di
Kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari Hajar Aswad sambil
bertakbir pada permulaannya dan berakhir di Hajar Aswad juga.
23
Ketika tawaf bacalah zikir serta doa yang anda kehendaki dan
disunatkan membaca pada setiap pusingan di antara Rukun Yamani
dan Hajar Aswad: ا ا رت ا ف آت ح انذ ح انآخزج ف حض ا حض ار عذاب ق (201: الثقرج) ان
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari
azab neraka”.
Setelah selesai melakukan tawaf, lakukan solat sunat tawaf dua
rakaat di belakang Maqam Ibrahim walaupun agak jauh dari tempat
tersebut jika mampu. Sekiranya ia menyusahkan, lakukanlah di
sebarang tempat di dalam masjid.
Semasa tawaf ini disunatkan bagi orang lelaki berittiba’, iaitu
meletakkan kain ihram di bawah ketiak kanan dan hujungnya di atas
bahu kiri.
Disunatkan juga raml pada tiga pusingan awal.
Raml ialah: berjalan cepat dengan langkahan yang sempit (berlari-
lari anak).
3- Kemudian keluarlah menuju ke Safa dan naik ke atasnya sambil
membaca firman Allah :
“Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syi'ar
(tempat beribadat kepada) Allah. Maka sesiapa yang menunaikan
ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tidak ada
dosa baginya mengerjakan sa'ie antara keduanya. Dan sesiapa yang
mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka
sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha
Mengetahui”. (Al-Baqarah: 158)
Kemudian, anda hendaklah menghadap ke arah Ka‟bah serta
membaca tahmid (memuji Allah) dan bertakbir sebanyak tiga kali
sambil mengangkat tangan seperti dalam keadaan berdoa. Kemudian
berdoalah serta ulangilah sebanyak tiga kali seperti yang dilakukan
oleh Rasulullah r. Kemudian, ucapkanlah:
ز ) ء قذ عه كم ش ذ انح ن هك ان ، ن ك ن شز حذ إال اهلل . ال إن
24
صز عثذ عذ جز أ حذ إال اهلل ال إن حذ زو األحزاب )
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha
Esa, tiada sekutu bagi-Nya, hanya bagi-Nya segala pujian, Dia Maha
Kuasa ke atas segala sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah yang Maha Esa, yang menepati janji-Nya,
memenangkan hamba-Nya dan menghancurkan golongan kafir, tanpa
dibantu oleh sesiapapun”.
Dibaca sebanyak tiga kali. Jika dibaca sebahagian daripadanya pun
tidak mengapa.
Kemudian, turunlah (dari bukit Safa) dan lakukan sa‟ie umrah
sebanyak tujuh pusingan dengan berjalan cepat di antara dua tanda
hijau dan berjalan biasa sebelum dan selepas tanda tersebut. Kemudian,
naiklah ke atas Bukit Marwah, bacalah tahmid dan bacaan yang telah
anda baca di Bukit Safa.
* Dalam tawaf atau sa‟ie tidak ada zikir khusus yang wajib dibaca,
tetapi bacalah zikir, doa atau Al-Quran sekadar yang boleh dengan
mengutamakan zikir dan doa yang bersumberkan dari sunnah
Rasulullah saw.
4- Apabila anda telah selesai mengerjakan sa‟ie, cukur atau
guntinglah rambut anda. Dengan demikian, selesailah umrah anda dan
semua larangan semasa ihram sudah tiada lagi.
Ziarah Madinah Sabda Rasulullah saw:
ح اهلل نع يحذحا فعه آ ا حذحا أ أحذث ف ر ف ز إن ح ع ح حزو يا ت ذ ان
ال عذال ايح صزفا و انق قثم اهلل ي ال ع اناس أج الئكح ان
“Madinah adalah tanah haram terletak antara bukit eir sehingga ke
bukit Thaur. sesiapa yang melakukan maksiat (kezaliman) atau
melindungi orang yang melakukan maksiat (kezaliman) di dalamnya,
maka dikenakan ke atasnya laknat Allah, malaikat dan manusia
keseluruhannya dan semua amalan baiknya tidak diterima Allah pada
hari kiamat kelak sama ada yang yang wajib mahupun yang sunat. [HR
Bukhari:6755,1870. Muslim:1370]
Kelebihan Pergi ke Madinah
25
ذا: ال تشذ انزحال إال إن حالحح يضاجذ) يضجذ يضجذ األقص، .(يضجذ انحزاو، .روا الثخاري وهسلن
Maksudnya: “Tidaklah digalakkan (disunatkan) bermusafir
melainkan ke tiga buah masjid iaitu: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa
dan Masjidku ini”. [Sahih Al-Bukhari No. 1197, Sahih Muslim No. 1397.]
Kelebihan solat di Masjid Nabi
ضجذ انحزاو إال ان ا ا ص أنف صالج ف ذا أفضم ي صالج ف يضجذ
“Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali ganda lebih baik
daripada solat di tempat-tempat lain kecuali di Masjidil Haram” [HR
Bukhari: 1190, Muslim: 1394].
Tempat-tempat yang patut di lawati di Madinah
1- Masjid Nabi saw
2- Masjid Quba‟
3- Syuhada‟ di Uhud
4- Perkuburan Baqi‟.
Amalan Yang Patut dilakukan semasa di Tanah Haram:
1- Bersolat di Masjid Haram / Nabi saw
2- Mengerjakan Umrah ( Makkah )
3- Membaca Al-Quran (Usahakan agar dapat sekali khatam)
4- Bertaubat – beristighfar.
5- Bersedekah.
6- Berpuasa sunat.
SELAMAT MENGERJAKAN HAJI & UMRAH,
SEMOGA SEGALA AMALAN DITERIMA ALLAH.
Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang dua Tanah
Haram Makkah dan Madinah sila rujuk buku:
1. Makkah Al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah.
2. Madinah Al-Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah.
Oleh: Abu Anas Madani.
www.dartaibah.com.
26
27
top related