mohon sumbangan yb ho yip kap

Post on 26-Oct-2015

83 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

YB. DATUK HO YIP KAP C-2-G13 Jalan Royal Lily 4/239000 Tanah Rata Cameron HighlandsPAHANG DARUL MAKMUR

Yang Berhormat,

PERMOHONAN SUMBANGAN KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Guru dan Staf SMK Ringlet telah memutuskan untuk mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme seperti maklumat di bawah:-

Tarikh : 28 – 30 Jun 2013Masa : 3 Hari 2 Malam Tempat : Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor Peserta : Semua guru dan staf SMK Ringlet (50 orang)

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik YB Datuk untuk menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM5000.00 bagi menjayakan kursus ini. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk menampung kos perbelanjaan sepanjang kursus diadakan termasuklah bayaran penceramah, cenderahati, penginapan dan pengangkutan peserta serta jamuan makan malam yang melibatkan semua guru dan staf.

4. Sumbangan dalam bentuk cek boleh diserahkan seperti berikut:PIBG SMK RINGLETNombor Akaun: 06190000388058 (CIMB BANK)

5. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi Kelab Guru dan Staf 2013, Encik Muhammad Nor bin Ali (019-9107575) atau Naib Pengerusi, Puan Siti Rogayah (019-9153413).

6. Sumbangan YB Datuk amatlah dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................................(MUHAMMAD NOR BIN ALI)Pengerusi Kelab Guru dan StafSekolah Menengah Kebangsaan Ringlet

KELAB GURU DAN STAFSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RINGLET39200 RINGLET, CAMERON HIGHLANDSPAHANG DARUL MAKMUR

Telefon : 05-4956619 05-4956620

Faks : 05-4956621 Email : smkringletch@gmail.com

Ruj. Kami : Tarikh : 17 April 2013

Cameron Highlands

2

top related