mohd rohani mat diah , elanngovan muniandy · mohd rohani mat diah, elanngovan muniandy &...
Post on 15-Jul-2019
259 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
SENARIO PENYALAHGUNAAN DADAH BAGI TAHUN 2009
Mohd Rohani Mat Diah1, Elanngovan Muniandy2 & Muhammad Yazid Ismail3
ABSTRAK
Artikel ini membincangkan isu dan masalah dadah di Malaysia sepanjang tahun 2009.
Ini meliputi trend terkini kes penagihan dadah dari aspek demografi seperti jantina,
bangsa, umur ketika dikesan serta faktor penagih terlibat dengan dadah. Data-data di
dalam artikel ini adalah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia,
Ketua Pendaftar Mahkamah, Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Secara
khususnya, artikel ini melihat bahawa peningkatan penyalahgunaan dadah berlaku dari
kes penagih baru dan berulang. Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa ramai penagih
yang dikesan adalah penagih belia yang berumur antara 19 hingga 39 tahun. Terdapat
beberapa faktor yang menjadi pendorong belia terlibat dengan dadah seperti tahap
pendidikan dan jenis pekerjaan. Bagi mengatasi masalah ini, masyarakat perlu
bekerjasama dan memantapkan institusi kekeluargaan serta anak-anak didedahkan
dengan pendidikan agama sejak dari kecil. Kesimpulannya, gejala dadah yang berlaku
di Malaysia akan dapat ditangani. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan
masyarakat berganding bahu dengan pihak berkuasa bagi menangani masalah
penyalahgunaan dadah di Malaysia secara berkesan.
1 Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, AADK 2 Ketua Penolong Pengarah (Perancangan), Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, AADK 3 Penolong Pengarah (Perancangan), Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, AADK
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
ABSTRACT
This article to discuses the issues and problems related to drugs in Malaysia in year
2009. It covers current trends in drug addiction based on demographic aspects such as
sex, race, age when detected and factors that contributes to drug addiction. The data
provided were sourced from the National Anti-Drugs Agency, Royal Malaysia Police,
Chief Registrar of the Court, Royal Malaysian Customs Department, Ministry of Health,
Prisons Department and Malaysia Maritime Enforcement Agency. Specifically, this
article focuses on the increasing number of drug addicts, involving new and relapsing
addicts. Based on statistics collected for 2009, a substancial number of drug addicts
identified are youth between the age of 19 to 39 years. There are several factors
contributing to youths using drugs, for example education and working environment. To
overcome this problem, the society need to cooperate, family institution have to stabilize
and to readdress the focus on religious education for children. In summary, the current
drug menace in Malaysia can be minimalized, however the need for a more enhanced
and integrated cooperation between the society with the relevant authorities is important
to ensure that drug problem in Malaysia is tackled appropriately.
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
PENGENALAN
Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu masalah yang memberi impak
keselamatan, sosial dan kesihatan kepada masyarakat Malaysia. Mengikut perangkaan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)4, sebanyak 12,352 orang penagih telah dikesan
sepanjang tahun 2008 dengan 5,939 daripadanya adalah penagih baru dan 6,413
orang penagih berulang. Statistik tersebut menunjukkan bahawa sebanyak 0.04%5
penduduk Malaysia pada tahun 2008 terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Jika
dibandingkan kes penagihan dadah tahun 2009 dengan tahun sebelumnya, berlakunya
peningkatan sebanyak 27.40% iaitu dari 12,352 orang kepada 15,736 orang.
Perkembangan pesat negara dari aspek ekonomi, sosial serta ICT menyebabkan
masyarakat terutamanya golongan belia mudah terjebak dengan gejala dadah.
Sebanyak 69.67% penagih yang dikesan sepanjang tahun 2008 adalah golongan belia
yang berumur antara 19 hingga 39 tahun. Peratusan ini amat membimbangkan kerana
golongan belia merupakan pelapis generasi yang akan memimpin negara pada masa
akan datang. Jika masalah ini tidak ditangani segera, dikhuatiri pada masa akan datang
negara ini tidak dapat maju ke hadapan seiring dengan perkembangan era globalisasi.
Daripada senario yang dinyatakan ini, kes penagihan dadah sekarang masih berada
pada tahap yang membimbangkan dan masyarakat harus memainkan peranannya
secara proaktif di dalam membanteras najis dadah.
4 Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI), 2008 5 Buku Maklumat Dadah 2008, m/s 42
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
OBJEKTIF
Secara amnya, laporan ini bertujuan mengenalpasti statistik terkini kes penagihan
dadah yang berlaku sepanjang tahun 2009 di negara. Manakala objektif khusus
adalah:
a) Mengenalpasti trend terkini penyalahgunaan dadah semasa tahun 2009
b) Mengenalpasti penagih yang terlibat dengan dadah dari aspek jantina, bangsa,
umur ketika dikesan dan pekerjaan
c) Menentukan faktor utama penagih terlibat dengan dadah
METODOLOGI
Data-data dan maklumat berkaitan di dalam laporan ini diperolehi daripada Sistem
Maklumat Dadah Kebangsaan (BioNADI) yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) pada setiap tahun serta laporan daripada agensi
penguatkuasaaan membanteras dadah seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam
Diraja Malaysia (KDRM), Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia serta
agensi lain. Selain itu, maklumat tambahan juga diperolehi melalui Laporan Bulanan
Dadah serta Buku Maklumat Dadah 2008 yang turut dikeluarkan oleh AADK.
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
HASIL KAJIAN
I) KES PENAGIHAN DADAH
a) Status Kes
Kes penagihan dadah di Malaysia dikategorikan kepada dua kes iaitu penagih baru dan
penagih berulang. Penagih baru adalah penagih yang pertama kali dikesan oleh Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK) melalui Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan
(BioNADI) dan penagih berulang adalah penagih yang pernah dikesan sebelum ini
melalui Sistem BioNADI. Jadual 1 menunjukkan status kes penagihan dadah di
Malaysia dan negeri bagi tempoh Januari sehingga Disember 2009. Bilangan
keseluruhan penagih dadah bagi pada tahun 2009 seramai 15,736 orang penagih.
Sebanyak 45.27% adalah penagih baru (7,123 orang) dan 54.73% penagih berulang
(8,613 orang). Secara purata, sebanyak 594 orang penagih baru dikesan dalam tempoh
sebulan serta 718 orang bagi penagih berulang. Manakala bagi purata sehari, 20 kes
penagih baru dan 24 penagih berulang bagi tempoh tersebut.
Jadual 1: Kes Penagihan Dadah Tahun 2009
KATEGORI KESELURUHAN PURATA
BIL. % SEBULAN SEHARI SEJAM
STATUS KES
PENAGIH BARU 7,123 45.3% 594 20 1
PENAGIH BERULANG 8,613 54.7% 718 24 1
JUMLAH 15,736 100.0% 1,312 44 2
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan (BioNADI), AADK
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
Jadual 2: Kes Penagihan Dadah Mengikut Negeri Tahun 2009
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH KES
BIL. % BIL. % BIL. %
NEGERI
KEDAH 979 48.56% 1,037 51.44% 2,016 12.81%
WP KUALA LUMPUR 479 29.30% 1,156 70.70% 1,635 10.39%
KELANTAN 945 49.68% 957 50.32% 1,902 12.09%
PULAU PINANG 766 33.97% 1,489 66.03% 2,255 14.33%
PERAK 487 43.44% 634 56.56% 1,121 7.12%
JOHOR 846 51.81% 787 48.19% 1,633 10.38%
SELANGOR 960 51.50% 904 48.50% 1,864 11.85%
TERENGGANU 264 54.89% 217 45.11% 481 3.06%
NEGERI SEMBILAN 414 45.05% 505 54.95% 919 5.84%
MELAKA 210 64.22% 117 35.78% 327 2.08%
PAHANG 466 43.80% 598 56.20% 1,064 6.76%
PERLIS 157 51.99% 145 48.01% 302 1.92%
SARAWAK 55 72.37% 21 27.63% 76 0.48%
SABAH 66 66.67% 33 33.33% 99 0.63%
WP LABUAN 14 66.67% 7 33.33% 21 0.13%
WP PUTRAJAYA 15 71.43% 6 28.57% 21 0.13%
MALAYSIA 7,123 45.27% 8,613 54.73% 15,736 100.0%
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan (BioNADI), AADK
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
Jadual 2 menerangkan bahawa kes penagihan dadah tertinggi dikesan di
Pulau Pinang sebanyak 2,255 orang iaitu 14.33% daripada kes penagihan dadah tahun
2009 melibatkan 766 orang (33.97%) penagih baru dan 1,489 orang (66.03%) penagih
berulang. Kes kedua tertinggi dikesan di Kedah seramai 2,016 orang iaitu 12.81%
daripada kes yang dicatat untuk Malaysia melibatkan penagih baru seramai 979 orang
(48.56%) dan 1,037 orang (51.44%) penagih berulang. Selain itu, kes penagihan dadah
tinggi juga dikesan di Kelantan (12.09%), Selangor (11.85%), WP Kuala Lumpur
(10.39%) dan Johor (10.38%).
b) Jantina
Jadual 3: Kes Penagihan Dadah Mengikut Jantina Tahun 2009
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH
BIL. % BIL. % BIL. %
JANTINA
LELAKI 6,933 97.33% 8,525 98.98% 15,458 98.23%
PEREMPUAN 190 2.67% 88 1.02% 278 1.77%
JUMLAH 7,123 100% 8,613 100% 15,736 100%
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan (BioNADI), AADK
Jadual 3 menerangkan bahawa bilangan penagih ramai dikesan dikalangan kaum lelaki
berbanding kaum wanita pada tahun 2009. Seramai 15,458 orang (98.23%) penagih
lelaki dengan 6,933 orang penagih baru dan 8,525 orang penagih berulang. Penagih
lelaki ini bersamaan dengan 0.17% 6 daripada jumlah unjuran penduduk lelaki di negara
ini yang berusia 15-64 tahun. Bagi penagih wanita, sebanyak 278 orang (1.77%)
penagih dikesan melibatkan 190 orang penagih baru dan 88 orang penagih berulang.
6 Laporan Dadah Bulan Disember 2009, m/s 6
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
c) Bangsa
Jadual 4: Kes Penagihan Dadah Mengikut Bangsa Tahun 2009
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH
BIL. % BIL. % BIL. %
BANGSA
MELAYU 6,810 49.69% 6,895 50.31% 13,705 87.1%
CINA 164 17.25% 787 82.75% 951 6.04%
INDIA 114 12.10% 828 87.90% 942 5.99%
PRIBUMI SABAH 12 21.43% 44 78.57% 56 0.36%
PRIBUMI SARAWAK 14 60.87% 9 39.13% 23 0.15%
LAIN-LAIN 8 14.55% 47 85.45% 55 0.35%
WARGA ASING 1 0.25% 3 0.75% 4 0.03%
JUMLAH 7,123 45.27% 8,613 54.73% 15,736 100.0%
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan (BioNADI), AADK
Jadual 4 menunjukkan bahawa penagih berbangsa Melayu merupakan penagih yang
paling ramai menagih dadah iaitu seramai 13,705 orang (87.09%) melibatkan 6,810
orang (49.69%) penagih baru dan 6,895 orang (50.31%) penagih berulang. Penagih
Melayu yang dikesan pada tahun 2009 bersamaan dengan 0.16%7 daripada unjuran
penduduk bangsa Melayu di negara ini yang berusia 15-64 tahun. Secara purata, kes
penagih berbangsa Melayu melebihi 60%8 pada setiap tahun berbanding dengan
bangsa lain. Manakala bagi bangsa Cina, sebanyak 951 kes (6.04%) telah dikesan
serta India 942 kes (5.99%). Penagih di kalangan pribumi Sabah seramai 56 orang,
pribumi Sarawak 23 orang dan lain-lain bangsa 55 orang.
7 Laporan Dadah Bulan Disember 2009, m/s 5 8 Buku Maklumat Dadah 2008, m/s 19
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
d) Umur Ketika Dikesan
Jadual 5: Kes Penagihan Dadah Mengikut Umur Ketika Dikesan
Tahun 2009
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH
BIL. % BIL. % BIL. %
UMUR KETIKA
DIKESAN
< 13 TAHUN 0 - 0 - 0 -
13-15 TAHUN 43 91.49% 4 8.51% 47 0.30%
16-17 TAHUN 81 80.20% 20 19.80% 101 0.65%
18 TAHUN 154 83.70% 30 16.30% 184 1.19%
19 TAHUN 263 77.81% 75 22.19% 338 2.19%
20-24 TAHUN 1,921 71.63% 761 28.37% 2,682 17.35%
25-29 TAHUN 1,792 51.58% 1,682 48.42% 3,474 22.47%
30-34 TAHUN 1,159 36.00% 2,060 64.00% 3,219 20.82%
35-39 TAHUN 709 31.71% 1,527 68.29% 2,236 14.46%
40-44 TAHUN 442 31.94% 942 68.06% 1,384 8.95%
45-49 TAHUN 262 29.50% 626 70.50% 888 5.74%
> 50 TAHUN 249 27.48% 657 72.52% 906 5.86%
TIADA MAKLUMAT 48 0.00% 229 0.00% 277 0.00%
JUMLAH 7,123 45.27% 8,613 54.73% 15,736 100.0%
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan (BioNADI), AADK
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH
BIL. % BIL. % BIL. %
UMUR KETIKA
DIKESAN
REMAJA: 13-18 TAHUN 278 83.73% 54 16.27% 332 2.15%
BELIA: 19-39 TAHUN 5,844 48.91% 6,105 51.09% 11,949 77.29%
DEWASA: 40 TAHUN KE ATAS 953 30.00% 2,225 70.00% 3,178 20.56%
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
Jadual 5 menerangkan bahawa majoriti penagihan dadah dikesan sepanjang tahun
2009 adalah dikalangan belia yang berumur di antara 19 hingga 39 tahun. Sebanyak
11,949 kes (77.29%) telah dikesan dikalangan belia dengan 5,844 orang penagih baru
dan 6,105 orang penagih berulang. Bagi kes penagihan dadah yang berumur antara 13
hingga 29 tahun, seramai 4,254 orang adalah penagih baru iaitu 60.13% daripada
penagih baru keseluruhannya. Manakala bagi penagih berulang yang berumur antara
30 hingga lebih 50 tahun, seramai 5,812 orang iaitu 69.32% daripada penagih berulang
keseluruhannya.
e) Pekerjaan
Jadual 6: Kes Penagihan Dadah Mengikut Pekerjaan
Tahun 2009
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH
BIL. % BIL. % BIL. %
PEKERJAAN
BURUH AM 2,770 38.05% 4,510 61.95% 7,280 46.28%
PERKHIDMATAN 2,512 54.58% 2,090 45.42% 4,602 29.26%
JUALAN 172 51.04% 165 48.96% 337 2.14%
TEKNIKAL 297 38.77% 469 61.23% 766 4.87%
PERTANIAN/PERIKANAN 374 49.34% 384 50.66% 758 4.82%
PERKERANIAN 25 58.14% 18 41.86% 43 0.27%
PENGURUSAN 73 60.83% 47 39.17% 120 0.76%
PENGANGKUTAN 77 51.33% 73 48.67% 150 0.95%
PERKILANGAN 50 65.79% 26 34.21% 76 0.48%
HIBURAN 11 68.75% 5 31.25% 16 0.10%
BINAAN 437 44.82% 538 55.18% 975 6.20%
PENUNTUT 63 75.00% 21 25.00% 84 0.53%
PENGANGGUR 256 48.95% 267 51.05% 523 3.32%
TIADA MAKLUMAT 6 0.0% 0 0.0% 6 0.0%
JUMLAH 7,123 45.27% 8,613 54.73% 15,736 100.0%
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan (BioNADI), AADK
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
Jadual 6 menerangkan bahawa seramai 15,123 orang penagih yang dikesan
mempunyai pekerjaan (96.14%). Manakala 607 orang (3.86%) adalah dari kalangan
penagih tidak bekerja (penuntut dan penganggur). Seramai 7,280 orang penagih iaitu
(46.28%) adalah bekerja di sektor buruh am dan 4,602 orang (29.26%) di sektor
perkhidmatan. Bagi penagih yang menganggur mencatatkan bilangan iaitu 523 orang
(3.32%) dengan 256 daripadanya adalah penagih baru dan 267 orang penagih
berulang.
f) Kelulusan Akademik
Jadual 7: Kes Penagihan Dadah Mengikut Kelulusan Akademik Tahun 2009
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH
BIL. % BIL. % BIL. %
KELULUSAN TERTINGGI
TIDAK BERSEKOLAH 1,769 98.28% 31 1.72% 1,800 12.34%
SEKOLAH RENDAH 1,154 35.78% 2,071 64.22% 3,225 22.11%
LCE/SRP/PMR 184 4.22% 4,173 95.78% 4,357 29.88%
MCE/SPM/SPMV 2,116 50.42% 2,081 49.58% 4,197 28.78%
HSC/STP/STPM 57 32.57% 118 67.43% 175 1.20%
DIPLOMA 18 30.00% 42 70.00% 60 0.41%
IJAZAH 7 36.84% 12 63.16% 19 0.13%
LAIN-LAIN 666 88.68% 85 11.32% 751 5.15%
TIADA MAKLUMAT 1,152 0.0% 0 0.0% 1,152 0.0%
JUMLAH 7,123 45.27% 8,613 54.73% 15,736 100.0%
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan (BioNADI), AADK
Jadual 7 menerangkan kelulusan akademik tertinggi penagih dadah sepanjang tahun
2009. Kes penagihan dadah ramai dikesan dikalangan penagih yang mempunyai
kelulusan minimum tingkatan tiga iaitu seramai 9,559 orang (65.54%) iaitu 3,048 orang
(31.89%) penagih baru dan 6,511 orang (68.11%) penagih berulang. Bilangan penagih
yang mempunyai sijil LCE/SRP/PMR adalah sebanyak 4,357 orang (29.88%), diikuti
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
MCE/SPM/ /SPMV seramai 4,197 orang (28.78%) serta 3,225 orang bagi sekolah
rendah.
g) Jenis Dadah
Jadual 8: Kes Penagihan Dadah Jenis Dadah Tahun 2009
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH
BIL. % BIL. % BIL. %
JENIS DADAH
HEROIN 1,636 32.42% 3,411 67.58% 5,047 32.07%
MORFIN 1,051 31.04% 2,335 68.96% 3,386 21.52%
CANDU 1 20.00% 4 80.00% 5 0.03%
GANJA 3,110 59.73% 2,097 40.27% 5,207 33.09%
PIL PSIKOTROPIK 18 46.15% 21 53.85% 39 0.25%
PIL ECSTASY/MDMA 76 91.57% 7 8.43% 83 0.53%
METAMPHETAMINE (SYABU) 558 49.34% 573 50.66% 1,131 7.19%
AMPHETAMINE 64 76.19% 20 23.81% 84 0.53%
GAM 0 0.0% 0 0.0% 0 0.0%
UBAT BATUK/KODEIN 20 40.00% 30 60.00% 50 0.32%
LAIN-LAIN 589 83.66% 115 16.34% 704 4.47%
JUMLAH 7,123 45.27% 8,613 54.73% 15,736 100.0%
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan (BioNADI), AADK
Jadual 8 menerangkan bahawa penagih dadah gemar mengambil dadah jenis ganja
sebanyak 5,207 orang (33.09%) dengan 3,110 orang (59.73%) daripadanya penagih
baru dan 2,097 orang (40.27%) penagih berulang. Selain itu, penagih ini juga terlibat
dengan dadah jenis heroin sebanyak 5,047 orang (32.07%). Bagi penagih dadah jenis
sintetik Amphetamine Type Stimulants (ATS) yang terdiri daripada dadah jenis pil
ecstasy, metamphetamine (syabu) dan amphetamine sebanyak 1,298 orang (8.25%)
melibatkan 698 orang (53.78%) penagih baru dan 600 orang (46.22%) penagih
berulang.
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
h) Cara Guna Dadah
Jadual 9: Kes Penagihan Dadah Mengikut Cara Guna Dadah Tahun 2009
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH
BIL. % BIL. % BIL. %
CARA GUNA
DADAH
CHASE 3,350 36.66% 5,788 63.34% 9,138 58.07%
HIDU 2,438 72.60% 920 27.40% 3,358 21.34%
HISAP 936 42.49% 1,267 57.51% 2,203 14.00%
MINUM 38 50.67% 37 49.33% 75 0.48%
SUNTIK 160 23.46% 522 76.54% 682 4.33%
TELAN 171 74.67% 58 25.33% 229 1.46%
LAIN-LAIN 30 58.82% 21 41.18% 51 0.32%
JUMLAH 7,123 45.27% 8,613 54.73% 15,736 100.0%
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan (BioNADI), AADK
Jadual 9 menunjukkan bahawa seramai 9,138 orang (58.07%) penagih mengguna
dadah dengan cara chase iaitu menghidu asap hasil daripada ramuan dadah yang telah
dimasak di atas dapur khas melibatkan 3,350 orang (36.66%) adalah penagih baru dan
5,788 orang (63.34%) penagih berulang. Bagi cara menghidu, sebanyak 3,358 orang
(21.34%) dan cara menghisap dengan 2,203 orang (14.00%) penagih telah dikesan.
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
i) Sebab Mula Mengguna Dadah
Jadual 10: Kes Penagihan Dadah Mengikut Sebab Mula Mengguna Dadah
Tahun 2009
KATEGORI
STATUS KES
BARU ULANG JUMLAH
BIL. % BIL. % BIL. %
SEBAB MULA GUNA
DADAH
KESERONOKAN 708 37.34% 1,188 62.66% 1,896 12.47%
PENGARUH KAWAN 4,872 48.33% 5,208 51.67% 10,080 66.27%
PERASAAN INGIN TAHU 730 42.20% 1,000 57.80% 1,730 11.37%
RANGSANGAN 50 27.17% 134 72.83% 184 1.21%
MENAHAN SAKIT/ KETAHANAN BADAN
50 81.97% 11 18.03% 61 0.40%
SECARA TIDAK SENGAJA 28 58.33% 20 41.67% 48 0.32%
TEKANAN JIWA 256 39.75% 388 60.25% 644 4.23%
LAIN-LAIN 293 51.68% 274 48.32% 567 3.73%
TIADA MAKLUMAT 136 0.0% 390 0.0% 526 0.0%
JUMLAH 7,123 45.27% 8,613 54.73% 15,736 100.0%
*Sumber: Sistem Maklumat Dadah Kebangsaaan, AADK
Jadual 10 menunjukkan bahawa sebanyak 10,080 orang (66.27%) penagih yang
dikesan sepanjang tahun 2009 mengambil dadah disebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya dengan 4,872 orang (48.33%) penagih baru dan 5,208 orang (51.67%) penagih
berulang. Selain itu, penagih yang terlibat dengan dadah atas faktor keseronokan
seramai 1,896 kes (12.47%) dan perasaan ingin tahu 1,730 orang (11.37%)
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
II) PENGUATKUASAAN
a) Penyalahguna dan penagih dadah
Jadual 11: Perangkaan penyalahguna dan penagih dadah bagi tahun 2009
BIL. PERKARA JABATAN/AGENSI JUMLAH
AADK PDRM PENJARA
1 Bilangan saringan (ujian) air kencing. 126,145 246,151 - 372,296 a) Bilangan dikesan positif (penyalahguna)
3,641 49,762 - 53,403 dadah melalui saringan (ujian) air kencing
Seksyen 3 & 4 APD (R&P) 1983 (disyaki penagih)
b) Seksyen 6(1)(a) APD (R&P) 1983 (PUSPEN) 3,047 - - 3,047
c) Seksyen 6(1)(b) APD 9,097
- - 9,097
(R&P) 1983 (Pengawasan dalam komuniti)
d) Bilangan orang dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (disyaki
memasukkan dadah dalam badan)
T* - 42,304
- 42,304
D* - 20,531 - 20,531
2 Seksyen 8 (3)(a) APD (R&P) 1983 (Sukarela di bawah PUSPEN) 312 - - 312
3 Seksyen 8 (3)(b) APD (R&P) 1983 (Sukarela di bawah pengawasan dalam komuniti)
203 - - 203
4 Bilangan kes Penyalahguna/ penagih
- - 972 972 (dibawah Akta Penjara 1995 peraturan-peraturan penjara 2000)
*Nota : T = Kes yang ditangkap/ditahan
D = Kes yang didakwa 0 = Tiada tangkapan atau pendakwaan yang dilakukan
*Sek. 15(1)(a), kes tangkapan oleh PDRM dan kes pendakwaan di Mahkamah
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
Jadual 11 menerangkan bahawa sebanyak 372,296 orang telah menjalani ujian urin
sepanjang tahun 2009 melibatkan operasi yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Berdasarkan jumlah tersebut,
53,403 orang (14.34%) daripadanya dikesan positif (penyalahguna) di bawah seksyen 3
APD (R&P) 1983. Seramai 3,359 orang penagih telah ditempatkan di Pusat Pemulihan
Penagihan Narkotik (PUSPEN) melibatkan seksyen 6(1)(a) seramai 3,047 orang dan
312 orang bagi kes sukarela (seksyen 8(1)(a). Bagi kes yang ditempatkan di bawah
pengawasan dalam komuniti (seksyen 6 (1)(b) seramai 9,097 orang dan kes sukarela
(seksyen 8(3)(b) seramai 203 orang.
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
b) Jenayah dadah
Jadual 12: Perangkaan jenayah dadah bagi tahun 2009
BIL PERKARA
JABATAN/AGENSI JUMLAH
PDRM MAHKAMAH KDRM APMM FARMASI
T* D* T* D* T* D* T* D* T* D*
1 Kes dibawah ADB 1952
A. Seksyen 39B
a. Warganegara 2,805 572 6 0 0 0 - - 2,811 572
b. Bukan warganegara 196 118 39 0 0 0 - - 235 118
c. Jumlah 3,001 690 45 0 0 0 - - 3,046 690
B. Seksyen 39A(1)
a. Warganegara 3,771 1,520 0 0 0 0 - - 3,771 1,520
b. Bukan warganegara 52 99 0 0 0 0 - - 52 99
c. Jumlah 3,823 1,619 0 0 0 0 - - 3,823 1,619
C. Seksyen 39A(2)
a. Warganegara 1,682 1,300 0 0 0 0 - - 1,682 1,300
b. Bukan warganegara 33 77 0 0 0 0 - - 33 77
c. Jumlah 1,715 1,377 0 0 0 0 - - 1,715 1,377
*Nota : T = Kes yang ditangkap/ditahan
D = Kes yang didakwa
0 = Tiada tangkapan atau pendakwaan yang dilakukan
- = Tidak berkenaan
*PDRM = Polis Diraja Malaysia Mahkamah = Ketua Pendaftar Mahkamah KDRM = Kastam Diraja Malaysia APMM = Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Farmasi = Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
BIL PERKARA
JABATAN/AGENSI JUMLAH
PDRM MAHKAMAH KDRM APMM FARMASI
T* D* T* D* T* D* T* D* T* D*
D. Seksyen-Seksyen lain
a. Warganegara
24,002 22,102 0 0 0 0 - - 24,002 22,102
i. Sek. 6 ADB
ii. Sek. 6B ADB
iii. Sek. 9 ADB
iv. Sek. 12 (3) ADB
b. Bukan warganegara
234 1,402 0 0 0 0 - - 234 1,402 i. Sek. 6 ADB
ii. Sek. 6B ADB
iii. Sek. 9 ADB
iv. Sek. 12 (3) ADB
c. Jumlah
24,236 23,504 0 0 0 0 - - 24,236 23,504
i. Sek. 6 ADB
ii. Sek. 6B ADB
iii. Sek. 9 ADB
iv. Sek. 12 (3) ADB
JUMLAH KES DI BAWAH ADB 1952
32,775 27,190 45 0 0 0 - - 32,820 27,190
*Nota : T = Kes yang ditangkap/ditahan
D = Kes yang didakwa
0 = Tiada tangkapan atau pendakwaan yang dilakukan
- = Tidak berkenaan
*PDRM = Polis Diraja Malaysia Mahkamah = Ketua Pendaftar Mahkamah KDRM = Kastam Diraja Malaysia APMM = Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Farmasi = Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
BIL PERKARA
JABATAN/AGENSI JUMLAH
PDRM
MAHKAMAH KDRM APMM FARMASI
T* D* T* D* T* D* T* D* T* D*
2 Kes di bawah ADB (LLPK) 1985
a. Warganegara 2,460 384 0 0 0 0 - - 2,460 384
b. Bukan warganegara 40 22 0 0 0 0 - - 40 22
c. Jumlah 2,500 406 0 0 0 0 - - 2,500 406
3 Kes di bawah Akta Perlucuthakkan Harta 1988
a. Jumlah Kes 4,627 224 0 0 0 0 - - 4,627 224
b. Jumlah nilai harta disita (RM)
135,456,064.75
4,547,458.70 0 0 0 0 - - 135,456,064.75 4,547,458.7
0
c. Jumlah harta dilucuthak (RM)
- 783,236.61 & 160,000 (Thai
Bhat)
0 0 0 0 - - - 783,236.61 & 160,000 (Thai Bhat)
4 Kes di bawah Akta Racun 1952
a. Warganegara 959 704 0 0 0 0 - 39 959 743
Daun Ketum
Pil Psikotropik
b. Bukan warganegara
39 21 0 0 0 0 - 0 39 21
Daun Ketum
Pil Psikotropik
c. Jumlah 998 725 0 0 0 0 - 39 998 764
Daun Ketum
Pil Psikotropik
JUMLAH BESAR 40,900 28,545 45 0 0 0 0 39 40,945 28,545
*Nota : T = Kes yang ditangkap/ditahan
D = Kes yang didakwa
0 = Tiada tangkapan atau pendakwaan yang dilakukan
- = Tidak berkenaan
*PDRM = Polis Diraja Malaysia
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
Mahkamah = Ketua Pendaftar Mahkamah KDRM = Kastam Diraja Malaysia APMM = Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Farmasi = Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual 12 menerangkan bahawa sebanyak 32,820 orang telah ditahan di bawah Akta
Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan 32,775 orang ditahan oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan 45 orang ditahan oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) melibatkan 3,046
orang (seksyen 39B), 3,823 orang bagi seksyen 39A(1), 1,715 orang bagi seksyen
39A(2) dan lain-lain seksyen seramai 24,236 orang. Manakala seramai 27,190 orang
telah didakwa sepanjang tahun 2009 bagi kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB)
1952 melibatkan 690 orang (seksyen 39B), 1,619 orang bagi seksyen 39A(1), 1,377
orang bagi seksyen 39A(2) dan lain-lain seksyen seramai 23,504 orang. Bagi kes Akta
Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, seramai 2,500 orang
telah ditahan oleh PDRM. Kes penyalahguna dadah (seksyen 15(1)(a) seramai 42,304
orang telah ditahan oleh PDRM dan 20,531 orang (48.53%) daripadanya telah didakwa.
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
c) Rampasan dadah
Jadual 13: Perangkaan rampasan dadah bagi tahun 2009 (Kuantiti)
BIL. JENIS
JABATAN/AGENSI
JUMLAH PDRM KDRM FARMASI
Kuantiti dadah ditahan/rampas
1 Heroin Base (kg) 27.42 0 - 27.42
2 Heroin No. 3 (kg) 218.35 0 - 218.35
3 Heroin No. 4 (kg) 25.27 12.313 - 37.583
4 Ganja (kg) 1,743.79 608 - 2,351.79
5 Ganja (pokok) 62 0 - 62
6 Candu Mentah (kg) 10 0 - 10
7 Candu Masak (kg) 0.14 0 - 0.14
8 Kokain (kg) 18.61 0 - 18.61
9 Syabu (kg) 1,094.71 64.95 - 1,159.66
10 Syabu cecair (liter) 0 23 - 23
11 Ecstasy (kg) 708.52 0 - 708.52
12 Pil Ecstasy (biji) 73,535 1,980 - 75,515
13 Pil Yaba (biji) 107,952 0 - 107,952
14 Pil Psikotropik (biji) 100,299 0 168,589 268,888
15 Eramin 5 (biji) 2,468,147 441,440 - 2,909,587
16 Ketamine (kg) 373.34 697.25 - 1,070.59
17 Ubat Batuk (Kodein) (liter) 13,127.66 0 4.08 13,131.74
18 Ketum - Air (liter) 5,139.61 0 - 5,139.61
19 Ketum - Daun (kg) 1,797.85 0 - 1,797.85 *Sumber : PDRM, KDRM dan Bahagian Farmasi KKM
*Nota: 0 = Tiada rampasan yang dilakukan
- = Tidak berkenaan
*PDRM = Polis Diraja Malaysia
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
KDRM = Kastam Diraja Malaysia Farmasi = Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual 13 menerangkan kuantiti dadah yang berjaya dirampas sepanjang tahun 2009.
Rampasan dadah ini melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Bahagian Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dadah jenis Eramine 5 merupakan dadah
paling banyak dirampas iaitu sebanyak 2,909,587 biji iaitu 2,468,147 biji daripada
PDRM dan 441,440 biji daripada KDRM dan diikuti dengan pil psikotropik sebanyak
268,888 biji dengan 100,299 biji daripada PDRM dan 168,589 biji dari Bahagian
Farmasi KKM.
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
d) Nilai rampasan dadah
Jadual 14: Perangkaan nilai rampasan (RM) dadah bagi tahun 2009
BIL. JENIS
JABATAN/AGENSI
JUMLAH PDRM KDRM FARMASI
1 Heroin Base (kg) 1,645,200.00 0 - 1,645,200.00
2 Heroin No. 3 (kg) 6,550,500.00 0 - 6,550,500.00
3 Heroin No. 4 (kg) 1,768,900.00 2,105,523.00 - 3,874,423.00
4 Ganja (kg) 4,185,096.00 0 - 4,185,096.00
5 Ganja (pokok) 0 2,973,000.00 - 2,973,000.00
6 Candu Mentah (kg) 120,000.00 0 - 120,000.00
7 Candu Masak (kg) 2,800.00 0 - 2,800.00
8 Kokain (kg) 3,722,000.00 0 - 3,722,000.00
9 Syabu (kg) 273,677,500.00 16,237,500.00 - 289,915,000.00
10 Syabu cecair (liter) 0 6,750,000.00 - 6,750,000.00
11 Ecstasy (kg) 70,852,000.00 0 - 70,852,000.00
12 Pil Ecstasy (biji) 3,676,750.00 59,400.00 - 3,736,150.00
13 Pil Yaba (biji) 2,159,040.00 0 - 2,159,040.00
14 Pil Psikotropik (biji) 601,794.00 0 504,215.00 1,106,009.00
15 Eramin 5 (biji) 49,362,940.00 8,828,800.00 - 58,191,740.00
16 Ketamine (kg) 4,106,740.00 16,388,352.00 - 20,495,092.00
17 Ubat Batuk (Kodein) (liter) 1,148,676.25 0 680.00 1,149,356.25
18 Ketum - Air (liter) 25,698.05 0 - 25,698.05
19 Ketum - Daun (kg) 71,914.00 0 - 71,914.00
JUMLAH BESAR 423,677,548.30 53,342,575.00 504,895.00 477,525,018.30 *Sumber : PDRM, KDRM dan Bahagian Farmasi KKM
*Nota : 0 = Tiada rampasan yang dilakukan
- = Tidak berkenaan
*PDRM = Polis Diraja Malaysia KDRM = Kastam Diraja Malaysia
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
Farmasi = Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual 14 menunjukkan nilai rampasan dadah yang berjaya dirampas sepanjang tahun
2009. Nilai rampasan dadah keseluruhan yang dirampas oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Bahagian Farmasi Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak RM477,525,018.30. Nilai dadah paling
tinggi dirampas adalah dadah jenis syabu iaitu sebanyak RM289,915,000 dengan
RM273,677,500 daripada PDRM dan RM16,237,500 daripada KDRM. Kemudian diikuti
dengan ecstasy sebanyak RM70,852,000 dan Eramine 5 sebanyak RM58,191,740.
KESIMPULAN
Kajian berkaitan senario penyalahgunaan dadah bagi tahun 2009 menunjukkan
bahawa seramai 15,736 orang kes penagihan dadah dikesan dengan 7,123 orang
penagih baru dan 8,613 penagih berulang. Ianya ramai dikesan di kalangan golongan
lelaki sebanyak 15,458 orang (98.23%) dan wanita 278 orang (1.77%) serta golongan
belia berumur 19 hingga 39 tahun yang merupakan golongan yang paling ramai
menagih seramai 11,949 orang (77.29%).
Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa ramai penagih yang terlibat dengan dadah
bekerja di sektor buruh am disebabkan tahap pendidikan yang rendah serta kurangnya
pengetahuan tentang bahayanya dadah sehingga mudah dipengaruhi oleh rakan
sekerja yang lain. Penagih ini juga terlibat dengan dadah disebabkan pengaruh rakan
sebaya kerana lemahnya institusi kekeluargaan. Kebanyakan ibubapa yang anak
mereka terlibat dengan dadah terlalu sibuk mengejar kemewahan dengan bekerja
sehingga tidak mengetahui aktiviti harian anak. Kurangnya keprihatinan ibubapa pada
keluarga menyebabkan anak-anak mereka mudah terjebak dengan dadah melalui
pengaruh rakan sebaya. Oleh itu, program pencegahan perlu bergerak lebih aktif pada
golongan sasar seperti golongan belia, pekerja sektor buruh am serta institusi
kekeluargaan.
Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009
Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail
RUJUKAN
Agensi Antidadah Kebangsaan, (2007). Jurnal Antidadah Malaysia Jilid 1, No. 2. Kuala
Lumpur: AADK
Buku Maklumat Dadah, (2008). Kuala Lumpur: AADK
Laporan Bulanan Dadah Agensi Antidadah Kebangsaan, (2009). Kuala Lumpur: AADK
Laporan Bulanan Dadah Agensi Antidadah Kebangsaan, (2008). Kuala Lumpur: AADK
Laporan Tahunan Agensi Antidadah Kebangsaan, (2008). Kuala Lumpur: AADK
top related